Tuesday, February 15, 2011

Tunjuk atau Menunjuk?


Hidup ini adalah terpaksa, kita dijadikan oleh Allah SWT sebagai mahklukNya, yang dihidupkan dengan adanya "tujuan tertentu". Kita sedar, hidup ini sementara, dan selepas hidup akan adanya pertemuan denganNya, mau atau tidak, hal ini pasti akan berlaku.

Justeru, kita di suruh beribadah, apakah "suruhan" ini satu paksaan? Ya..pada awalnya ianya satu "Paksaan", itupun kalau anda mahu kan kedamaian hidup disana nanti. Anak-anak boleh dirotan oleh ibu bapa sendiri gara-gara tak solat. Bukankah ini satu paksaan supaya dia sembahyang?

Namun, Tuhan mengajar kita, agar.. belajarlah dan cubalah beribadah dengan penuh ikhlas, sebagaimana bacaan kita dalam doa iftitah, "inna solati wa nusuki, wa mah yaa yaa, wa mamati, lillahi rabbil 'alamin" Sesungguhnya solatku, kerja buatku, dan hidup mati ku, adalah untuk Allah Taala".

Justeru, manusia orang awam, solat kerana takutkan neraka atau kerana ingin masuk syurga, apakah itu sudah ikhlas ibadahnya?

Anda tahu, seorang manusia sufi, Rabiatul Adawiyah pernah berlari-lari di jalan sambil membawa sebaldi air dan sepotong kayu api. Orang yang melihatnya bertanya, "Rabiah..untuk apa kayu dan air itu"?

Jawabnya, aku ingin membakar syurga... kerana manusia beribadah bukan kerana "inginkan Allah". Lalu untuk apa air itu? Aku ingin menyiram api neraka. Kerana manusia beribadah lantaran takutkan api.Bukan kerana takutkan Allah.

Nah... betapa dalamnya nilai ikhlas kalau mahu dikupas, bahkan kalau kita bicara ruangan tasauf, solat kerana inginkan syurga, belum masih dikira ikhlas. Lalu apa namanya itu? Itulah syirik kecil namanya. Mahunya... solat semata-mata kerana Allah. Kerana mahu Allah semata-mata. Apakah dapat pahala atau syurga? Itu urusan tuhan. Lalu siapa yang mahukan Allah, kalau dia tidak kenal siapa itu ALLAH? hmmm.....

Persoalan ikhlas itu duduknya dalam hati.

Tak mahu solat di masjid takut orang kata tak ikhlas, takut orang kata nak menunjuk-nunjuk, lalu dia solat sendirian atau dia langsung tak solat kerana takut di kata tak ikhlas, betul kah itu namanya ikhlas?

Dalam hidup ini, ada hal yang boleh di tonjol, ada yang yang perlu disembunyikan sahaja dalam perasaan. "Menonjol" tidak mestinya kerana menunjuk dan tidak ikhlas. Menderma RM10 dihadapan orang ramai, dengan niat supaya di ikut oleh orang yang melihat, merupakan satu kebaikan dan kebaikan. Berbuatnya pasti dapat pahala. Itu janji Tuhan. Ikhlas ke dia? Itu dia dengan ALLAH. Bukan kerja kita untuk menyoal keikhlasannya.

Ikhlas Dalam Dunia Kaunselor

Apa kaitan dengan dunia kaunselor? Menurut pekeliling yang dikeluarkan pihak kementerian, guru kaunseling "tidak boleh" mempunyai waktu mengajar tetap. Dia hanya masuk kelas sebagai guru ganti sahaja. Apa modul dia nak guna? Sudah siap.. terserah mana-mana modul, asalkan baik dengan objektif yang baik.

Jadi, hampir semua kerja kaunselor, tiada siapa yang tahu, semuanya diam-diam, apatah lagi sesi kaunseling yang sifatnya adalah rahsia. So, kerja-kerja ini disebalik tabir, tak nampak dan berselindung. Hal ini boleh jadi, orang nampak kaunselor tak buat kerja. Hanya makan gaji. Sedangkan dia bekerja, hanya bidang dan cara kerjanya berbezanya sikit atau banyak.

Untuk mengelakkan dari dikata tak buat kerja, kaunselor perlu menampakkan kerjanya, supaya dapat dilihat orang. Supaya orang tahu dia buat kerja dan boleh untuk dinilai. Ada perkara tertentu dia boleh hebah dan paparkan di laman web, facebook, blog dan seumpamanya. Selagi tidak melanggar etikanya sebagai kaunselor. Apatah lagi wujudnya laman sosial seperti facebook, tempat untuk berkongsi perasaan dan fikiran.

Seorang pegawai PPD berkata, kalau dulu kerja kaunselor, ikhlas-ikhlas saja, orang tak tahu, tapi sekarang bukan zaman berlindung, orang mesti tahu, kena bagi tahu. Ini kerja kita. Saya terpilih mendapat Anugerah Cemerlang Guru Kaunseling, sedangkan kerja saya, saya tahu, bukan hebat pun, malu kalau ada orang nak datang lihat sendiri apa yang berlaku, tapi kenapa saya terpilih? Entah... saya pun tak tahu. Tapi orang tahu saya buat kerja, berdasarkan "www.noorhisham.com" yang selalu memaparkan kejadian disekeliling saya. Termasuk dunia kaunseling.

Ini bukan soal menunjuk, tapi hanya tunjuk. Adakah dia ikhlas? Terserah... Itu dia dengan tuhannya.
 

1 comment:

  1. Bergantung pd diri sendiri...kepuasan diri diutamakan..
    1. ada yg pamerkan utk menunjuk-nunjuk.
    2. ada yg pamerkan utk diketahui org.
    3. ada yg pamerkan utk tampilkan diri.
    4. ada yg pamerkan utk promosi..

    >> keihklasan hanya diri sendiri dgn DIA...

    ReplyDelete