Thursday, March 31, 2011

Keselamatan Semasa Berada di sekolah,rumah dan jalanraya


Jumaat, 1 April 2011. Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Polis untuk memberikan ceramah berkisar keselamatan kepada pelajar sekolah. Sjn Rahman Yunus datang pagi untuk menyampaikan ceramah berkenaan. Berikut adalah gambar-gambar semasa program dijalankan.

Petang semalam, semalam, saya mendapat maklumat, 5 suspek telah memasuki sebuah rumah di Taman XXXX Dengkil, merusakkan kereta dan peralatan di situ tanpa motif, kemudian mereka beredar.

2 Hari lepas juga, seorang perempuan dilarikan oleh sebuah kereta ke arah Dengkil. Ini kes culik. Namun suspek telah ditangkap.

Pertanyaan yang berani

Read more »

 
Wednesday, March 30, 2011

Berbahgia lah wahai Orang-2 yang Menderita

Kembara dan kembara, hidup ini tak habis-habis mengembara, dari alam ruh, ke alam rahim ibu, kemudian berpijak di alam nyata ini, alam syahadah,kemudian di alam barzakh dan akhirnya ke alam akhirat.

Justeru kehidupan ini hanya sementara, dan akan ada akhirnya, maka...kepada orang-orang yang sering hidup dalam penderitaan, berbahgialah..kerna sebentar lagi, maut akan menjemputmu, ia akan menghabiskan segala penderitaan hidup mu di alam fana ini.

Jangan lupa bertaqarrub dengan Nya, walau semiskin apa pun dirimu, redhalah, jangan sampai miskin pahala dan amal.

Sebahagian usaha saya membantu Taman setakat ini.

Read more »

 
Tuesday, March 29, 2011

Tension Lagi

Mendapat RM6.00 lebih baik dari tak dapat langsung... Menyusahkan, banyak kerja... itulah luahan hati antara guru-guru yang hadir ke program Taklimat LADAP di PPD hari ini

Read more »

 
Monday, March 28, 2011

Antara Foto Kenangan di Aceh

Terima Kasih kepada Saudara Hashim yang masih mengabadikan foto kenangan ini.Saya sendiri tak punya kamera waktu itu, foto ini pun tidak ada dalam ingatan saya lagi. Ianya hadir semula setelah terlihat di Facebook Sdr Hashim

Antara gambar kenangan di Aceh. gambar ini adalah di kawasan fakulti. Ada bersama sahabat dari Thailand dan adik baru.
di Tanoh Abe..Aceh.. Gambar ini semasa lawatan bersama Profesor (sekarang) sebelah kiri saya di Pesantren Tanoh Abe. Kami menaiki labi-labi (sejenis nama angkutan umum) hampir 1 jam setengah untuk sampai ke sini. Disini ada manuskrip lama. KItab-kitab lama dan tempat orang bersuluk.
Perpustakaan Tanoh Abe

Read more »

 
Sunday, March 27, 2011

Mesyuarat Agung Persatuan penduduk


AHAD.27 Mac 2011. Hari ini saya menghadirkan diri ke mesyuarat AGUNG, tak sangka hujung-hujung di lantik sebagai Setiausaha Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria.

Canggih jugak telefon wak Tam ni....gambar di atas adalah dari kamera Wak Tam.

Read more »

 
Thursday, March 24, 2011

Stress?

Apa punca seseorang stress?

Read more »

 
Wednesday, March 23, 2011

Sekali di Bukit Rimau

Alhamdulilah, saya dan En.Hafney telah menyampaikan ceramah Pencegahan Penyalahgunaan dadah di SK Bukit Rimau. Ketika pengacara majlis menjemput Pak Cik, beliau sedang menerima panggilan telefon dari HKL. Seorang penagih (HIV) telah meninggal, mualaf, tiada siapa yang sanggup menerimanya, Pak Cik diminta menguruskan mayat itu.

Usia baru 50, masih bujang, mati tanpa ada keluarga di sisi, itulah realiti yang berlaku pada kebanyakkan penagih dadah.

Murid yang mengikuti ceramah hari ini terdiri dari tahun 4 dan 5. Ceramah saya berkisar bahaya dadah, kesannya ke atas pengguna, berserta dengan gambar-gambar video dan kisah-kisah penagih semasa.

Pak Cik Hafney bercerita kisah lampaunya... 15 tahun dalam dunia penagihan dan akhirnya bagaimana dia pulih. Satu perjuangan yang cukup berat.

UPDATE




Pak Cik Hafney menyusul

Guru Kaunseling..Puan Hjh Laila

Read more »

 
Monday, March 21, 2011

Pengembaraan ke Balik Papan. UPDATE

18 Mac 2011. Macam ngak percaya ya..dengan tambang Rm366.00 pergi pulang (PP) saya sudah pun berada di Balik Papan Indonesia jam 3.15, sedangkan paginya di Malaysia. Saya bersama 2 orang rakan akan membawa anda meninjau apa yang ada di Balik Papan ini, khususnya Kalimantan Timur.Jom...

Bersebelahan dengan laut Sulawesi. Negeri ini (propinsi) terletak di sebalah laut Sulawesi, dimana kebanyakkan orang-orang suku Bugis berasal dari sana. Di sini, ada suku Madura, Dayak, Bugis dan lain-lain. Beberapa minggu kelmarin, tanpa di masukkan berita ini ke akhbar maupun television, ratusan suku kaum Madura meninggal di penggal leher oleh ilmu orang Dayak.Hairannya, orang Madura yang dipenggal lehernya, tidak melihat siapa yang datang memenggal mereka, tiba-tiba saja, leher mereka putus, padahal sedang berada dalam sebuah kereta yang bertutup cerminnya.

Mungkin kisah ini akan menambahkan lagi semangat suku kaum tertentu, makanya ia tidak di sebarkan. Saya cukup merasa hairan dengan ilmu suku Dayak.Inilah keanehan kaum dan suku tertentu yang ada di Indonesia, belum lagi ilmu boleh terbang, berjalan atas air dan berjalan kaki di siling kepala di bawah. Adalagi ilmu pukau memukau, sehingga ada sebuah pelabuhan di Indonesia, orang Indonesia sendiri pun merasa takut jika ke sana, hanya dengan mencuit bahu, mereka sudah berjaya memukau seseorang, sehingga orang yang di pukau akan menyerahkan dompet, wang dan sebagainya.

Itulah sedikit perihal kisah beberapa minggu lalu yang terjadi disini. Kisah ini membuat sahabat saya disana meminta saya menunda pemergian ke sana, kerana keadaan lagi parah katanya. Ah...dalam hati, walau pun ada rasa takut, rasa untuk melihat apa yang terjadi rasanya lebih kuat dari takutnya, sama juga waktu di Aceh dulu, malam-malam orang pada tidur dirumah, dan menonton TV, saya dengan bebek ke sana sini. Rasa takut tak ada sangat. Sebenarnya saya rasa saya bukanlah orang yang menjadi target timah cair (peluru hidup), walaupun ada juga orang yang tidak bersalah terkena peluru nyasar dari AK47 atau M16.

Apalagi jika anda mengamalkan zikir, hati anda hanya takut kepada Allah, maut terletak padaNya. Kerana itu saya terus berjalan-jalan dengan mengenderai speda motor saya walau pun ramainya orang lain sudah berada di rumah masing-masing. Alhamdulillah, 4 tahun tiada apa-apa yang berlaku.

Cuma ada satu malam, ketika sedang minum air di kedai kopi Yusti, saya dan kawan-kawan melihat cahaya yang sangat laju sedang melintasi sebuah padang. Rupanya itu adalah cahaya tembakan yang dilepaskan ke arah sasaran tertentu.

Tanpa berlengah, saya terus menghidupkan enjin motor dan terus pulang dengan 2 orang kawan. Di tengah jalan, didalam kegelapan, saya terlihat sepertinya ada sebatang kayu yang sedang merintangi disebatang jalan. Bila kami hampir, rupa-rupanya sekujur mayat yang baru sahaja ditembak.

Apalagi, saya terus memecut hingga ke rumah, sampai di rumah, saya buka pintu tanpa turun dari motor dan terus masuk ke dalam rumah dengan motor-motor sekali.. Haha...ada sorang Ustaz masa tu duduk dalam mess (rumah pelajar) tu, dengan terkejut dia bertanya, ada apa? ada apa? mayat... mayat....

OK lah, kita kembali ke cerita di sini. Saya suka melihat ketenangan alami, yang jauh dari kerosakan asap dan pembangunan duniawi.Lihatlah diperkampungan ini, sungguh nyaman bukan?


Siapa yang tak senang melihat warna hijau seperti ini. Hijau juga salah satu warna pakaian disyurga. Seorang ulama (Luqmanul Hakiem) berkata, kalau anda inginkan jiwa mu lapang, seringlah melihat warna hijau, dan air yang sedang mengalir.

Indah bukan...ciptaan Tuhan...Allah SWT.

Jalan ke Samboja dari Kota Balik Papan, sekitar 50km. Perjalanan hampir 1 jam setengah.

Yang ini adalah surau yang ada di pondok pesantren yang dibangun sahabat saya. Santrinya ada seramai 200 orang.


Pejabat pengurusan sekolah...namanya Jabal Nur...diberikan oleh seorang ulamak besar..kerana terletak di atas bukit yang tinggi.

Chairman sedang meninjau keadaan dan suasana disekitarnya






Habis kotor sandal....hehe...kemudian naik kereta...saya berpesan pada kawan, tolong berhenti di jalan, untuk basuh kaki, katanya kalau kita kaki kotor, orang akan layan kita di kota nanti, dia tau kita ada uang, tapi kalau kita kaki bersih, mereka ga layan, kerana dia perasan kita tak kerja.

Pasir yang sangat halus...mulus...sesuai untuk plaster rumah

Ada pelantar minyak rupanya di sini. Patutlah dari jauh kelihatan awan nya merah.


Pulangnya kami dibeli..kain samarinda


Perkampungan ...rumah yang dibina zaman Belanda memerintah


Anak-anak sekolah Indonesia baru pulang sekolah.

Waduh-waduh..besar sekali

Anak-anak Indonesia..hebat....jual suratkhabar mengenepikan rasa malu demi untuk uang.


Bersama sahabat saya

Hotel Samudera...hotel 4 bintang kami menginap..Ongkosnya Rp500.000
Jam 4.15 petang kami tiba di Malaysia lewat Air Asia tepatnya di LCCT. Kami akan kembali lagi buat kali kedua untuk memeterai perjanjian.

Akhirnya....
terima lah ini

Read more »

 
Thursday, March 17, 2011

Motivasi UPSR di SK Tok Muda Kapar Klang

KLANG. Sekolah Kebangsaan Tok Muda Kapar hari ini menjemput saya selaku penceramah kepada 100 orang murid calon UPSR.

Terima kasih pada Cikgu Husni, selaku guru bimbingan sekolah. Jam 7.30 pagi saya bertolak dari Nilai 3, jam 10.00 sampai di sekolah tersebut. Lihat meter van, dalam 127 kilometer gitu. Semoga semangat anak-anak disini terus bertambah dan mula mengatur strategi untuk melihat masa depan yang cemerlang, gemilang dan tak hilang nama didunia.


Read more »

 
Monday, March 14, 2011

Gambar Lawatan ke Karangkraf


Sinar Harian, antara bahan akhbar yang di cetak dan di edar oleh syarikat Karangkraf. Setelah makan tengah hari dibawah khemah bersama Dato, kami dipersila untuk bergambar bersama di belakang pejabat beliau.

Dato berdiri (5) dari sebelah kanan.Terima Kasih Karangkraf

Read more »

 

Lawatan ke Karangkraf, High 5 dan Rumah Orang Tua

14 Mac 2011. SHAH ALAM. Seramai 43 orang warga guru dan staf sokongan dan 20 orang anak-anak guru menyertai acara lawatan sambil belajar ke Kilang Percetakan Karangkraf yang terletak di Shah Alam.

Dua bas sewa khas bergerak dari perkarangan sekolah jam 8.20 pagi. Disebabkan kesilapan jadual, rombongan tiba jam 10.00 pagi di Karangkraf. Saya memberitahu pegawai terbabit, kami terpaksa bergegas ke Kilang Roti sejam setengah kemudian. O... tak cukup kata En.Hashim, sekurang-kurangnya anda akan berada di sini selama 3 jam.

Kami tak tahu, rupanya Karangkraf juga ada menyediakan jamuan untuk kami, bahkan kalau ada rezki, kami boleh makan bersama CEO sekali tengah hari ini, jelas En.Hashim lagi yang bertindak selaku pemimpin lawatan kami.

Sesi terawal. Taklimat oleh Encik Hashim

Kami tak sangka, pihak Karangkraf suka menerima lawatan guru, kerana, guru dan ilmu serta penulisan tidak dapat dipisahkan. Jelas mantan Pengerusi PIBG ini.
Sesi Lawatan bermula di sini.
Mesti ambil gambar. Ilustrasi yang sangat menarik disepanjang dinding ini.
Anak-anak pun sama
Aik.... ada jugak...
Mendengar Sesi penerangan di tingkat 1
Seronok melihat brother ini mewarnakan kartun. Untuk makluman, gambar lukisan tangan dilukis oleh orang lain, kemudian di scan, dan bila tiba pada brother ini, baru lah beliau mewarnakannya menggunakan perisian adobe photoshop.
Srikandi SKB. Ustazah Nik Nor Hafizan, Cikgu Lin dan Pembantu Pra Sekolah
Majalah Nona sedang dicetak.
Bersesak-sesak dalam kedai jualan, diskaun 10%

Apa yang tidak dapat kami bayangkan, dapat minum bersama CEO. Kemudian berdialog. Beliau yang mudah mesra, tidak loket ilmu, bahkan sangat-sangat menginginkan agar anak Melayu Islam khususnya, dapat menjejaki langkah kejayaan beliau membina empayar kegemilangan.

Semuanya bermula dari saya banyak membaca buku-buku katanya. Saya boleh habiskan buku 800 muka surat dalam masa sehari. Dari ilmu, saya dapat banyak input, pengalaman dan pengetahuan. Saya ada big dream, kalau orang lain hanya ada dream (cita-cita) tetapi saya ada The Big Dream (Impian yang Indah).

"Saya akan memastikan segala impian saya menjadi kenyataan. Saya ingin jadi orang putih, saya ingin jadi kaya, saya pakai kereta yang orang lain tak pakai, saya ingin isteri cantik, saya ingin rumah yang besar yang orang lain tak punya..."

Kemudian dari itu, saya menyusun strategi untuk berjaya.
Antara yang membanggakan.... Kami sempat berdialog bersama CEO Dato Hishamuddin
Para Guru sedang khusyuk mendengar sejarah kejayaan empayar Karangkraf
Kenangan Paling Indah... Bergambar bersama Dato..esok masuk Sinar Harian... Yah
Mana aci... asyik ambil gambar orang lain je. "Syabas dan Terima Kasih Dato..ambo sangat-sangat bangga", saya nak tunjuk gambar ini pada murid sekolah...biarlah Dato menjadi idola mereka. Usahawan yang berjaya tanpa modal dari mana-mana pihak. Sekarang mampu membayar gaji staf hampir 1500 orang dengan bayaran RM 4 Juta sebulan.

Selepas solat Zuhur. Kami kemudian bergerak ke Kilang Roti High 5. Dalam Kilang ini kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Kanak-kanak sekolah tadi pun boleh datang, bayaran yang dikenakan setiap orang RM15.00 Dewasa, manakala kanak-kanak RM12.00
Lawatan ke Silver Bread... Kami kemudian beredar ke Rumah Orang Tua yang dijaga oleh Puan Muji Abdullah. Rumah ini dibina dengan wang beliau sendiri. Sebelum majlis dialog di rumah itu bermula, Cikgu HIzbullah sempat menunjukan pada saya satu aksi di bawah.
Ingat Gua Idu Gam Ka...
Manusia tak nak guna...membazir je...baik aku duduk
Rombongan hampir berangkat pulang. Nampaknya karpet seperti didalam masjid. Ya, memang betul, rumah yang menampatkan 44 orang tua ini, asalnya sebuah masjid, lama ia tak digunakan setelah adanya masjid baru, maka Puan Muji mengambil alihnya.

Disini tidak ada pengidap HIV Aids, kerana beliau memang tidak menerimanya. Selama beliau membuka rumah orang tua ini, sudah 50 orang yang meninggal, semuanya di uruskan sendiri, kecuali 3 orang yang di urus keluarga.

Menjawab pertanyaan Guru Besar, apakah beliau ada bertanya kepada setiap ahli yang ingin tinggal di sini tentang masa lalunya, siapa keluarganya, :"Tak..saya tak ambi port" Saya tak ambil tahu akan hal itu dan saya tak perlu pun tahu akan semua itu"

Siapa yang merasakan ini mak ayah mereka sepatut mereka datang menjenguk. Tetapi hanya sebilangan kecil yang datang. Bahkan ada yang meninggal tanpa pengetahuan keluarga si mati. Lalu di kuburkan di perkampungan ini sahaja.

Ketika ditanya, dari mana tergerak hati untuk menubuhkan rumah ini? Beliau mempunyai pengalaman di Hospital Serdang dan Kuala Lumpur pernah meminta pihak JKM mengambil orang tua di hospital untuk di hantar ke rumah orang tua, ceritanya sampai 2 tahun, sampai mati permohonan tersebut masih gagal dijawab. Inilah antara krenah birokrasi dunia yang membuat beliau seakan geram sendirian dan terpacul dihatinya, selepas aku bersara nanti, aku akan menubuh rumah orang tua.

Read more »