Sunday, March 13, 2011

Hidup Tanpa Mauqifnya Lagi


Awal kematian bukanlah akhir dari segala kehidupan, justeru kematian adalah awal dari sebuah kehidupan yang kekal abadi. Saya ingin membayangkan kepada pembaca, pendengar ceramah saya juga, melalui gambaran di atas, bahawa kehidupan di akhirat itu, maha-maha panjang, dan tiada mauqifnya lagi (tiada berhenti).

Anda tahu hanya ada tempat yang kekal lagi abadi di sana kan? Ya... Syurga dan Neraka. Adapun ashabul a'raaf itu hanya sementara. lokasi berdomisili (menetap) untuk sementara waktu bagi hamba yang dosa dan pahala sama naik.

Anda bayangkan jika anda duduk di dalam neraka dalam tempoh yang begitu lama, sehari, setahun, seratus tahun, seribu tahun, bahkan hingga berjuta-juta tahun lamanya. Sedangkan orang lain duduk didalam syurga. Mungkin sedang menikmati buah-buahan dari syurga. Mendengar lagu dari syurga, berjumpa dan bersembang sesama ahli syurga dibawah kenikmatan yang ter amat sangat luasnya.

Adalah dikatakan, didalam syurga itu ada 70,000 jenis air dan 70,000 jenis makanan. Ketika seorang ahli syurga mencuba air minuman didalam syurga, setelah di sedup satu sedupan masuk ke mulut dan lehernya, maka berkata, oh....cukuplah... tak perlu yang lain lagi...air ini sudah terlalu sedap bagi saya... Padahal kata Allah dia, tak tahu, air lain (air kedua) jauh lebih sedap dari yang pertama.
 

No comments:

Post a Comment