Saturday, April 30, 2011

Impak Kerja Setiap Minggu Pada Keluarga

KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, arahan sedemikian menyebabkan guru merasakan diri mereka dibebani dengan pelbagai aktiviti sehingga mengorbankan waktu dengan ahli keluarga.

"Walaupun kerajaan sudah memberi dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai cuti, ada sesetengah guru besar masih memberi arahan bahawa guru-guru perlu hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

"Macam-macam aktiviti hendak dibuat ketika hari cuti itu, mesyuarat, latihan dan kadangkala tiada apa-apa pun kena suruh datang sekolah. Itu antara yang buat mereka (guru) marah-marah," katanya kepadaKosmo! Ahad di sini semalam.

Menurut Hashim, aduan sedemikian diterima NUTP ketika pihaknya mengadakan mesyuarat selain menerima surat daripada guru-guru di seluruh negara.

Menurutnya, ada juga aduan mengatakan sesetengah guru besar membuat ugutan kepada guru yang tidak hadir pada hari Sabtu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Read more »

 

Jika Buat Baik Pun Menyesal....

Salam motivasi, apa khabar anda semua? Semoga dalam keadaan baik dan bagus sentiasa. Jika lah lalang-lalang yang tak ada guna itu pun hidup saling berebut-rebut untuk tinggi dan tinggi, kenapa tidak kita manusia? Kenapa tidak kita saling berlumba-lumba untuk mencapai visi (matlamat hidup) kita?

Sungguh kesian manusia yang hidup tak ada matlamat. Nak kata macam robot pun macam tak tepat, tapi itulah, seperti orang yang hilang akal.

Pelajar sekalian, dalam Quran, Tuhan menyeru manusia di dalam sebuah ayat yang bererti, “Maka berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan”. Tengok tu kita disuruh untuk hidup berlumba-lumba.

Kalau lah kita lihat perlumbaaan kayuh basikal, mesti ada tempat bermula (START) dan tamatnya bukan? Sama juga dengan berlumba untuk berbuat baik ini, lokasi mulanya adalah ketika kita dilahirkan, dan garisan penamat ialah mati. Aik…kalau dah mati macam mana nak terima hadiah cikgu?

Hmm.. kalau dah mati, ada ke orang lain yang tolong terima hadiah kita tu? Tak…kita mesti akan menerima hadiah, Tuhan tak akan mensiakan usaha kita.

Lantaran itulah, dunia ini tak cukup, tuhan wujudkan 1 alam lain, namanya akhirat, disitulah akhir segala-galanya, namanya pun akhir (at) kan.

Emmanual Kant, seorang ilmuan dizamannya pernah berkata, adalah sangat-sangat tidak adil jika tuhan tidak mengadakan hari akhirat. Sebab apa katanya? Sebab, jika orang berbuat baik, namun akhirnya dia meninggal dan alangkah kesiannya dia jika tidak mendapat pembalasan.

Begitu juga dengan orang yang berbuat jahat, jadi pencuri, perompak, penyamun, penagih, pembunuh tapi akhirnya juga dia mati sebelum sempat masuk jel dan kena sebatan, dan tak sempat pun kena hukuman bunuh. Adil tak? Memang tak adil kan. Sebab itu akhirat itu kena ada, kerana itulah negeri “pengadilan”.

Oleh sebab itu, bila kita membaca “maaliki yaumiddin” ingatlah selalu akan maknanya, (Tuhan itu akan menjadi Raja di hari pembalasan).Bayangkan hari akhirat, bayangkan kita sedang berdiri kaku dihadapanNya, jutaan manusia sedang (terbungkam) terkunci mulutnya, tiada siapa yang berani bicara, semua manusia sedang menunggu mahkamah pengadilan bersidang.

Tiada kejahatan yang mampu disembunyikan, dan tiada kebaikan yang tidak mendapat markah. Semuanya ada dalam buku rekod, buku yang tak pernah rosak dan terkoyak, disimpan oleh Malaikat pencatat amalan.

Masa cikgu belajar di Negeri Acheh 11 tahun dahulu, guru pada cikgu, Drs. Tarmizi Dahmi ada bercerita satu kisah.

Katanya dizaman Nabi dulu ada seroang pemuda, dia ni memang rajin solat berjamaah bersama Nabi, dan tidak pernah ketinggalan pun solat berjamaah.

Namun satu hari, ketika solat subuh, sahabat lain perasan yang beliau ini tidak hadir berjamaah bersama.

Habis solat subuh Rasulullah dan rombongan terus pergi ke rumahnya yang terletak di lereng bukit.Namanya Tuan Sya’ban.

Bukan Ramadan ek, Ramadan ada kat sekolah kita. Dari jauh terdengar suara esak-esak orang sedang menangis, setelah bagi salam Nabi pun bertanya, ada apa yang menimpa keluargamu hari ini? Sehingga Tuan Sya’ban tidak hadir berjamaah seperti biasa?

“Suami saya meninggal tuan” Itulah jawapan isteri Tuan Sya’ban.

Lalu Nabi bertanya, ada tak apa-apa yang sempat beliau ucapkan sebelum meninggal dunia? Hmmmm… isterinya berfikir, “tak ada la Ya Rasulullah”. Jawabnya. Cubalah fikir-fikirkan sejenak, mungkin ada. Sambung Nabi lagi.

Oh ada….katanya, kira-kira 40 hari sebelum meninggal, beliau ada sebut 3 hal ini, tetapi saya tak faham.. 1. Lau kaana ba’idaa, 2.Lau kaana jadiida, 3.Lau kaana jamia’.

Ertinya 1.Jikalah jauh lagi, 2. Jikalah baru lagi, 3.Jikalah semua sekali.

Adik-adik tau apa yang tersirat disebalik yang tersurat ini? Haha...ada yang tersirat, ada lagi yang tersorok..(disembunyikan).

Nabi, adalah seorang Rasul, beliau boleh berkomunikasi terus dengan Allah SWT.

Read more »

 
Friday, April 29, 2011

Ceramah Umum Berkenaan Penyalahgunaan Dadah

Insya Allah, Rabu depan, saya akan memberikan sebuah ceramah khas berkaitan penyalahgunaan dadah dan isu-isu dadah terkini.Lokasi Surau An-Nur Bandar Baru Bangi. Terima Kasih pada Ustaz Kausar (SK Bandar Baru Jalan 2) kerana memberi laluan.

Tidak ada siapa pun yang mempunyai cita-cita ingin menjadi penagih dadah. Namun kenyataan disebaliknya ke atas kehidupan manusia ini. Di Malaysia seramai 350,000 jumlah penagih yang telah berdaftar. Menurut WHO, jika ada satu penagih yang ditangkap, ada 3 lagi yang belum ditangkap.

Di Vietnam, jumlah penduduknya 80 juta orang, tetapi jumlah penagihnya 30,000 orang. Bayangkan hebatnya Malaysia, jumlah rakyat 27 juta, tetapi penagih 350 ribu orang.

Saya menelusuri langkah turun ke masjid dan surau selain sekolah, melalui ceramah dan khutbah, bagi menyedarkan masyarakat kita. Bahawa dadah itu pemusnah masa depan seseorang.

Pengalaman kami, bukan hanya orang yang miskin sahaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, bahkan orang kaya juga, kerana ada orang kaya. Kerana kekayaan, dengan pendapatan gaji RM30,000 mereka tak tahu nak guna duit. Akhirnya menjadi penagih.

Rumah FLAT, adalah salah satu dari beberapa lokasi kawasan berisiko. Buka kata semua, tapi memang ada, bukan juga tempat lain tak ada, bahkan penagih dadah jenis syabu sekarang memasukkan dadah dalam tubuhnya di hotel-hotel. Ha... Bayangkan saudara, menagih dalam hotel, tak banyak apa duit mereka tu.

Read more »

 
Tuesday, April 26, 2011

Lawatan ke SMAP Labu

LABU. 27 April 2011.Seramai 39 orang murid dan 4 orang guru telah mengikuti rombongan ke sekolah berasrama penuh (SMAP Labu) yang terletak di Labu Negeri Sembilan.
Akhirnya bergambar beramai-ramai

Read more »

 

Saya Bukan Nak Mencuri

Assalamualaikum,sekarang jam 3.03 pagi,saya baru balik meronda taman tempat saya berdomisili.Ada satu rumah yang tidak menutup pintu utama dan pinta grill, kami bhenti bagi salam untuk maklumkan pintu tak berkunci..mungkin dia terlupa atau memang sedang ada tetamu tak di undang didalamnya, kelihatan lampu bilik di padam dan diam je.. kami terus belah

Seorang anak murid saya berkata,rumahnya pernah dimasuki perompak, ketika semua ahli keluarga di ikat, perompak itu berkata, kami bukan lah nak masuk rumah ini,tapi sebab pintu tak berkunci, maka kami masuklah... tengok tu, kita telah mengundang mereka datang... Jika sekali terkena baru tau...

Untuk makluman, Taman Desaria setakat ini masih mampu menghidupkan sistem rondaan sukarela,setiap orang hanya sekali sahaja meronda sebulan, malam-malam lain anda boleh tidur lena, sedangkan kebanyakan ditaman-taman lain, skim rondaan ini telah lama berkubur tanpa nisan. Rata-rata hanya mampu bertahan selama 3 bulan. Kenapa ? Mungkin anda ada jawapannya.

Sahabat kami En.Sufian, selaku ketua biro keselamatan Taman Desaria adalah antara yang aktiv menghidupkan rakan-rakan ronda. Beliau akan sms setiap ahli ronda supaya dapat memberikan kerjasama yang padu demi keselamatan kita semua. Al-hasilnya lihatlah dibawah ini.
Sehingga kini, Taman Desaria mendapat pengiktirafan dari Ketua Balai Polis Daerah Seremban.
Pengiktirafan ini adalah hasil kerjasama penduduk untuk membanteras kegiatan jenayah berleluasa.

Selain sistem rondaan, kami juga menyarankan agar ahli-ahli taman menggunakan telefon PTT untuk berkomunikasi sesama ahli untuk menjaga kelestarian kedamaian taman. Adalah sangat tidak adil, jika orang lain berjaga setiap malam untuk memastikan rumah kita tiada pencuri masuk, tetapi kita tidak memberikan partisipasi yang sewajarnya.

Harap ada selepas ini pertambahan ahli ronda sukarela, namanya pun sukarela. Hanya sekali sahaja sebulan, atau 12 kali setahun.

Noorhisham Hamzah
Merangkap
Setiausaha Persatuan Penduduk
Taman Desaria, Nilai

Read more »

 
Saturday, April 23, 2011

Hairan Dengan Dr.Tuah

Lama saya memikirkan, bagaimana beliau membahagi masa, antara berkarya, berceramah, membuat persediaan untuk itu dan ini. Hampir 2 bulan sekali, mesti ada buku karangan beliau di pasaran. Hari ini saya berjumpa dan bertanya.

Read more »

 
Thursday, April 21, 2011

Anda memang boleh

22 April 2011.AMPANG.Tahun lepas seramai 60 orang murid SK Taman Tasik mendapat 5A. Harapannya, tahun ini, agar bertambah lagi. Saya suka memberikan ceramah hari ini, walaupun 2 jam setengah tanpa henti, tetapi mereka semua dapat memberikan perhatian penuh.

Read more »

 
Monday, April 18, 2011
Sunday, April 17, 2011

Baju Sukan Berlengan Panjang

Tahniah kepada ibubapa yang telah menyarankan agar pihak sekolah menggunakan baju berlengan panjang bagi anak perempuan.

Hal ini selain, dapat melindungi tubuh sang anak, ianya juga menepati kehendak Islam itu sendiri. Saranan ini telah dibawa ke dalam mesyuarat PIBG baru-baru, kemudian disokong oleh YDP PIBG, barulah kemudian pihak sekolah bersetuju untuk meminda.

Cuma jarak masa diambil sedikit, kerana perlu menanda kembali siapa yang mahu dan penambahan wang. Beberapa hari yang lalu, baju ini telah di agihkan.Terima kasih atas saranan ibu bapa, pandangan anda sangat berharga buat sekolah.Rajin-rajinlah datang ke mesyuarat PIBG.

Saya sedang menyiapkan banner pendaftaran baru pra sekolah tahun 2012, walaupun belum rasmi lagi, saya nak masukkan di sini, nak minta pandangan anda, sudah OK ke belum.

Read more »

 
Thursday, April 14, 2011

Lat.Kebakaran di SK Bangi : Seorang Murid Hilang


Jam 8.55 Asap mula berkepul di bangunan tahun 5














Murid semua masuk kelas masing-masing

Read more »

 

Nasib Pelajar Tinggal di Asrama

Lokasi belum dapat diketahui dimana

Read more »

 
Wednesday, April 13, 2011

Orang Lain Pergi Koko, dia Hisap Rokok

RABU.13 Apr 2011.Malang bagi 8 orang budak ini, entah kenapa nasibnya kurang baik hari ini. Ketika sedang asyik membahagi rokok, tau-tau ada yang terlihat aksi ini, lalu melaporkan kepada pihak guru tanpa rasa simpati.

Babak pengejaran pun berlaku, namun suspek mem
ang tidak melarikan diri, tetapi bahan bukti sudah dilempar jauh-jauh supaya tidak mudah ditemui. Nak lari kemana, sebab sekolah berpagar sana sini.

Seorang telah berjaya menyedut hingga 3 batang kata saksi. Manakala tukang belinya, 2 orang kecil kecil lagi. Sebelum masuk waktu koko, mereka ke salah sebuah kedai Melayu di Bangi. Lalu membeli 2 bungkus kotak rokok berjenama Lutfman yang mengandungi 20 batang rokok yang tersusun rapi.

Disamping 1 kotak mancis. Dari m
ana kamu dapat wang tanya saya sangsi? Ada donator rupanya. Dia yang bagi duit cikgu..... Kamu yang bagi duit supaya dia beli rokok ini? Tak.... saya hanya bagi seringgit je. Taklah semua sekali. Apa pun, perbuatan merokok adalah salah di sisi undang-undang. Siapa yang lebih bersalah, adalah penjual, kerana terang-terang tulisan DILARANG MENJUAL ROKOK KEPADA MEREKA 18 TAHUN KE BAWAH". Yang datang membeli pun, terang-terang budak sekolah, sekolah rendah lagi.

Saya menghantar sms kepada Ketua Balai, sebagai makluman dan kalau boleh mohon tindakan lanjut dari beliau ke atas penjual rokok ini. Mungkin sudah beberapa kali ianya telah terjadi. semoga 2012 sekolah bebas dadah akan menjadi realiti.

UPDATE

Petang ini (14/4) saya terima sms dari pihak Polis, pihak kedai berkenaan sudah pun diberi amaran supaya tidak menjual rokok kepada pelajar sekolah. Harap amaran ini dipatuhi demi kebaikan generasi anak-anak di Bangi Lama.

Read more »

 
Tuesday, April 12, 2011

Buletin Keluarga Edisi Pertama

Nur Najihah, dia merupakan seorang pelajar yang ‘low profile’ & ‘low confident’ dengan apa yang dia lakukan. Dari Tahun 1 hingga ke awal Tahun 6, prestasi untuk setiap ujian ataupun exam, prestasinya selalu tak stabil, kadang-kadang cuma dapat 1A sahaja, itupun paper BM Pemahaman. Tahun 5 dia memulakan kelas tambahan dengan Cikgu Firdaus hinggalah ke Tahun 6 untuk subjek BM,Maths & Sains. Dia terpaksa berguru dengan Cikgu Mazidah (bekas guru SK Bangi) untuk memperkukuhkan English pula. Guru-guru inilah yang banyak menolong setiap kelemahan dia selain guru-guru yang mengajar di Kelas 6 J SK Bangi.

So bermulalah episod menghantar dia ke kelas tambahan 3 kali seminggu, dari Sg. Buah ke Bukit Mahkota & Sri Putra, malam pulak tu dari pukul 8 sampai 10 malam…tapi demi kejayaan anak, kepenatan tak pernah dihiraukan.

Dari result C, naik ke B, trial UPSR pun cuma dapat 3A je.. Cuma keputusan ujian selepas trial UPSR yang menaikkan nama dia dengan tiba-tiba bila result yang keluar ialah 5A dan terus dapat Batch 5A sebagai dorongan untuk menempuh UPSR yang sebenarnya, itupun sehari sebelum UPSR bermula.. tapi itu memang terlalu gembirakan dia dan kami nampak semangat dia yang berkobar-kobar untuk menghadapi UPSR.

Kami sebagai ibu bapanya tidak mahu kisah kegagalan kami semasa Penilaian Darjah 5 dulu (sekarang UPSR) berulang pada dia. Kami sentiasa memberi “give & take’ pada dia. Kami tak melarang dia jika ingin menonton tv (tanpa Astro Ceria sebab kena lock) ataupun mendengar muzik yang menjadi hobi utamanya. Melayari ‘facebook ‘ & Astro Ceria hanya dibenarkan pada hujung minggu sahaja

BERDOA. Kami juga sentiasa mengingatkan dia agar selalu berdoa ketika solat dan juga rajin-rajinlah melakukan solat hajat,mohon pada Allah moga-moga dipermudahkan segalanya dan Alhamdulillah …Allah mendengar & memperkenankan doa setiap hambanya.

FAKTOR NAMA. Nama juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam memperbentukkan diri seseorang. Dia telah diubah ke nama sebenar yang mempunyai makna ‘Yang berjaya’ dan sejak itu kekuatan dalam dirinya mula kelihatan. Alhamdulillah, walaupun nama dia hanya boleh diubah semasa umurnya 12 tahun genap, kami sedaya upaya berusaha agar nama itu dapat ‘dibetulkan’. Dari Nur Najiha di surat beranak kami ubah Nur Najihah dalam MyKad nya (ubah dengan kebenaran Pejabat Agama & Pej Pendaftaran Negara). Alhamdulillah juga nama barunya sempat dihantar sebagai nama dalam exam UPSR. Para ibu bapa lain juga, pilihlah nama anak berteraskan maknanya, Insya Allah nama itu akan membentuk keperibadian diri mereka.

Sudahnya bila result UPSR diumumkan pada …………. dan tersenarailah nama NUR NAJIHAH HASAN sebagai pelajar yg mendapat result 5A, tanpa dia jangka. Alhamdulillah…’Cahaya yang berjaya’ telah dibuktikan…

Read more »

 
Monday, April 11, 2011

Hebatnya Manusia...Lantaran Hebatnya Allah Taala

Ketika Allah Taala mencipta gunung-ganang yang besar, merasa hairanlah akan Malaikat, lalu bertanya, Ya Allah, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari gunung ini? Ada… jawab Allah, Aku ciptakan batu, batu lebih keras dari tanah gunung, Ya Allah, adakah makhlukMu yang lebih besar dari batu? Ada…Aku ciptakan besi, besi boleh memotong batu yang keras.

Bertanya lagi Malaikat, Ya Allah, adakah yang lebih hebat dari besi? Ya..ada, Aku ciptakan api, api boleh mencairkan besi. Ya Allah, adakah lagi yang lebih hebat dari api? Ada, Aku ciptakan air, air boleh memadamkan api. Ya Allah, adakah lagi makhlukMu yang lebih gagah dari air? Ada, Aku ciptakan angin, angin boleh menolak air, sehingga boleh terjadi tsunami.

Ya Allah, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari angin? Ya, ada.. Aku ciptakan manusia. Manusia boleh membuat segala-galanya, kerana Aku berikan dia OTAK.

Burung boleh terbang kerana ada sayap, manusia pun boleh terbang walau tak ada sayap. Hebat kan? Macam mana cikgu? Ya.Manusia ciptakan kapal terbang.

Manusia tengok ikan di air, tenggelam timbul, tapi tak mati-mati, dia pun ingin ikut sama menikmati keindahan alam didasar lautan biru, lalu diciptanya kapal selam.
Begitulah hebatnya manusia, Tuhan berikan otak.

Read more »

 
Sunday, April 10, 2011

Jalan-jalan ke Temerloh

Baru balik dari Ladap, tengah berehat, kawan saya, Amir, dari SK Taman Rakan, hubungi ajak ke kampungnya, dia nak balik ke Kampung Guai, Temerloh, lama tak menjengok orang tua. Sekejap..nak tanya famili dulu, tak kan nak tinggal.

Rupanya orang rumah saya mahu juga ikut, apalagi,. terus call semula Cikgu Amir, dan jam 5 kami memulakan perjalanan ke Temerloh.

Saya ada seorang rakan di sini, dulunya dia bersekolah di Sk Padang Garong,namanya Hafizan Abdul Rasyid, jika dalam kelas selalu bercerita tentang sungai Temerloh. Apabila masing-masing membawa haluan ke sekolah menengah, sampai sekarang, saya tak temui dimana Hafizan berada. Orangnya putih, tak tinggi dan tak rendah, rendang. Kalau sesiapa mengenalinya, tolong maklumkan pada saya.

Read more »

 
Friday, April 8, 2011

Sekelumit kisah di AELB

BANGI. 9 April 2011. Ketika sekolah lain menjalani Ladap yang pertama kali tahun ini, kami pula menjalaninya bagi kali keempat. Untuk rekod tahun ini sahaja. Hebat kan. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ini diadakan di AELB, Sungai Buah, dengan gabungan 3 buah sekolah.

Ketinggalan Momen Indah

Sekolah tersebut ialah SK Bangi, SK Jalan 2 dan SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi.Saya hanya sempat menyenap hanya 3 keping gambar. Ketika foto ke empat hendak di rakam, isyarat bateri kehabisan berbunyi. Beep beep..

Haha.. Tak prepair awal. Sebenarnya chargernya tak saya temui, entah dimana.Mungkin masih dalam beg besar semasa pergi ke Balikpapan baru-baru ni. Maka tak sempat lah foto genik didalam dewan di ambil.

Hanya ini antara 3 keping gambar yang sempat dirakam. Masa pendaftaran awal pagi.


Waktu melangkah masuk ke dewan, saya melihat gelagat orang-orang didalamnya, ya lah, kami datang dari 3 buah sekolah, ramai yang tak kenal, entah ada ke tidak orang yang melihat gelagat saya. Ah..biarkan. Kalau boleh jangan ada yang perasan saya pun wujud di situ. Kelihatan di depan dewan, beberapa orang penting yang mundar-mandir.

Salah seorang ialah guru besar SK Jalan 2.Puan Siti Rohana. Saya tahu nama ini sering disebut oleh Dr.Shahabuddin. Saya melihat beliau memeluk tubuhnya, sambil sebelah punggung duduk diatas dewan. Nampak semacam boss besar saja, yang sedang memerhatikan anak buahnya, memang pun beliau seorang boss.

Semasa beliau memberikan ceramahnya, saya melihat, perhati gerak-geri body language, tak banyak gerak tubuh, tapi ada satu hal yang menarik, sesungguhnya beliau tak kedekut untuk senyum sesekali. Rupanya beliau tak lah cengeng seperti yang lihat diawal penampilannya. Hehe...mana tahu ?


Habis acara, saya naik ke pentas untuk menutup acara. Ketika saya memegang mic, beliau sibuk menyimpan peralatan lap topnya. Habis ucapan, saya menyapa, "ini lap top cikgu ke?" ya. Memang kena sama ke warna baju dengan laptop ya cikgu, lap top merah, baju dan tudung pun merah?" Mulanya beliau macam tak faham, kemudian baru senyum. Baru tahu saya bercanda.

Itulah bagi saya teknik mudah menyapa seseorang dengan memuji dirinya.

Saya lihat cikgu tadi bagus, ada senyum-senyum masa bagi ceramah, tak lah macam orang lain. Susah nak senyum. Saya cengeng ke? Tanya nya. Tak lah. Tadi saya tengok macam cengeng (jugak), duduk peluk tubuh, rupanya cikgu baik hati.

Kalau tak saya memujinya, rasanya guru sekolah Jalan 2 mana ada nak puji. Betul tak.Apa lagi nak kritik.Kalau saya kritik pun, tak mengurangkan markah prestasi akhir tahun saya.

Tak rugi sebenarnya kalau kita murah senyuman. Tak jatuh martabat kita dek kerana senyum. Oleh itu, senyumlah, walaupun senyuman kita tak semanis mana. Dan kedua, belajarnya memuji, tuhan suka akan pujian.... Tuhan pun minta agar kita selalu memujiNya. Tidakkah dalam Al-Fatihah, ayat pertama bermaksud, segala puji-pujian, bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Read more »

 
Thursday, April 7, 2011

Tips Penjagaan Printer

Salam, printer saya yang baru beli ini adalah yang kelima dalam hidup saya. Hehe. Banyakkan.Dulu masa mula-mula beli printer, kat Aceh, nak guna print skripsi, guna dakwat dot metrik.Asyi bunyi kreeeett kreeett..Printer ni kalau nak jimat dakwat,saya guna minyak hitam, lumur balik kat tali dia tu.Fuh.

Dan sebelum ini, kita simpan printer takut cepat rosak atau habis dakwat. Padahal sebenarnya, tauke kedai yang jual ajar saya, setiap minggu mesti print satu helai. Supaya dakwat itu berjalan terus, kalau tidak dia akan kering.

Patut la, selalu kering tak boleh guna. Dan inilah printer saya yang latest. The best for colour printing.

Read more »

 

Sekali di SK Kuala Pomson

Terima Kasih pada pentadbir dan guru-guru SK Kuala Pomson kerana menerima kehadiran saya hari ini. Seramai 60 orang pelajar menerima syarahan saya hari ini yang bertajuk, kepimpinan.

Kelebihan menjadi pemimpin di dunia dan akhirat.Antaranya, akan dijemput paling awal menduduki dibawah naungan Arasy. Ramai antara pengawas yang cemerlang dalam peperiksaan. Lihatlah dalam senarai 5A. Rata-rata dari golongan pengawas kan.

Awalnya, ketika dijemput memegang mikrofon, saya berasa agak geram dengan beberapa orang murid dibelakang yang seperti endah tak endah, macam tak berapa seronok dengan majlis ni, apalagi, saya gunalah sepenuh tenaga untuk memanggil minat mereka mendengar.

Antaranya, buatkan satu permainan, dengan memilih beberapa orang yang tak berapa gembira tadi untuk menyertai permainan ini. Alhamdulillah, lepas tu, dah tak nampak yang duduk senget2 kat kerusi.
http://norish77.blogspot.com/2011/04/sekali-di-sk-kuala-pomson.html
Pengawas SK Kuala Pomsom, Hulu Langat

Read more »

 
Monday, April 4, 2011

Program di USIM untuk orang Awam

Pada 09 April 2011. di USIM, Nilai

Penceramah:

slot 1 : human breeding (Prof. Dr. Ahmed Mahir B. Ahmad Mokhtar, Chief Technology Officer, Universiti Kebangsaan Malaysia)

slot 2 : tekanan perkahwinan dan seks bagi pasangan professional (En.Norazman Hj. Ahmad, Kaunselor MAINS)

Slot 3: ganguan seksualiti bagi lelaki dan perempuan : Mati Pucuk dan Menapause (Dr. Ismail Tamby)

slot 4: Penderaan seksual terhadap kanak-kanak (Prof. Madya Dr. Wan Salwina Wan Ismail, Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, PPUKM)

Slot 5: Seks Rela vs Seks Bebas: Implikasinya terhadap psilologi Remaja (Puan Salhah Abdullah, Pensyarah Kaunseling USIM)

bayaran: student RM30 / bukan student RM50

Read more »

 

Kem Kepimpinan Pengawas di USIM

Cikguuu...buat lah lagi, kami suuka sangat-sangat, bayar RM20.00 pun tak pe.
Bergambar kenangan beramai-ramai setelah tiba ke penghujung rancangan, ek rancangan pulak, penghujung progam la




Hayun-hayun








Jutaan Terima Kasih kepada semua team kakak Fasi :

1. Rahmansyahputra b. Afrizal
2. Najah bt. Nawawi
3. Hamizah bt. Sabeli
4. Mohd Faiz b. Wahab
5. Mohd Othman b. Sapiin
6. Afriza b. Abdullah
7. Nurul Ain bt. Adnan
8. Nurul Nadia bt. Mohd Zaid
9. Nuur Ul Hanis bt. Mobin
10. Nurulezani bt. Hallim
11. Ummu Haani bt. Mohd Isa
12. Sharifah Balqis bt. Syed Idrus
13. Nurul Shuhada bt. Amir Hashim
14. Noorul Hafizah bt. Kamaruzaman
15. Mohd Khairulazam bt. Mohd Hamdan
16. Nurul Atika bt. Zainal Abidin
17. Rabiatul Adawiyah bt. Abd. Ghani
18. Dhamirah Nursakinah bt. Mohd Safir
19. Aminah Zahirah bt. Abu Bakar
20. Azhani bt. Azimin

Read more »