Tuesday, May 31, 2011

Angkat Tangan, Bagi Salam

Wal akhiratu khairun wa abqo.. "Dan negeri akhirat itu lebih baik dan kekal abadi". Semua orang pasti seronok pabila tiba musim balik kampung. Nasihat saya, berhati-hatilah ketika memandu, stail orang Malaysia memandu tak sama rupanya dengan cara orang lain. Saya pernah ke Vietnam, Indonesia, Thailand dan Singapore. Gaya memandu setiap negeri ada bezanya.

Di kota Medan yang sibuk, luasnya 4 kali ganda lebih besar dari Kuala Lumpur, cara orang memandu dalam bandar menakutkan, namun jarang-jarang boleh terserempak dengan eksiden. Sikap mereka saling bertolak-ansur dan toleransi yang tinggi. Jika di persimpangan traffic light, sebelum lampu hijau menyala, orang di belakang kita sudah membunyikan hon..... hon...pik...piikk..

Menandakan, siap-siap, masuk gear, beberapa detik lagi kita akan bergerak, jangan terlambat masa itu penting. Hon di Indonesia merupakan satu peringatan, sama juga di Vietnam, horn bukan warning, namun tidak begitu di Malaysia, seseorang membunyikan hon boleh jadi menandakan marah pada seseorang, ini boleh didengar melalui cara bunyi honnya. Pon pon...itu maknanya memanggil dan kalau .. pooonggggg !!!!!! itu tandanya marah.

Orang sebelah siap menjeling bila kita berikan satu horn. Di Indonesia, waktu saya di Aceh, harga sebuah persahabatan itu dijalin melalui sebuah bunyi horn. Ketika horn motor bebek saya rosak, langsung saya menggantikan dengan yang baru, kerana bagi saya, "itulah harga bagi sebuah persabahatan" Betapa ruginya jika melalui perkampungan, sedang hon kita tidak dapat berfungsi dengan sewajarnya.

Ketika kita menunggang motosikal dalam kampung, membunyikan hon (kadang-kadang) sama maknanya dengan memberikan salam. Tak percaya ? Cuba bunyikan hon... "wa alaikum salam" jawabnya. Hehe.. Di kampung lah. Kalau di Aceh Besar, kita kena angkat tangan kanan bila bertemu dengan seseorang yang lain. Angkat tangan kiri, itu tanda nak bergaduh.

Budaya ini saya terbawa-bawa sampai ke Malaysia. Biarpun ketika sedang memulas minyak motor, kita mesti lepas dan angkat tangan. Bila kita angkat tangan kanan, mereka akan jawab " Wa alaikum salam". Menarik kan.

Yang lucunya motor saya bila dilepas minyak, tetap aja dia berjalan, kerana biarpun saya lepas, dia tetap tidak mundur, lain dengan motor orang lain, waktu pulas, dia melaju, waktu lepas, ia perlahan kan..haha.. jadi saya senang saja angkat kepada berapa ramai orang pun.

Ingat sekali, waktu balik dari kuliah, ketika tiba dipersimpangan, waktu hendak belok ke kiri, seorang mahasiswi perempuan bertanya, Sham...mau pulang? Iya deh... Langsung dia naik dibelakang, tumpang ya, saya sudah terlat ni (terlambat), anak-anak TeaKa,(Tadika) sedang menunggu tuh, katanya.

Ya Ampun, gimana sih, saya pulak sudah lah pakai kopiah, bawa cewek lagi. Ah... bukan ku ngajak, dia yang numpang. Lagi pun duduknya menyenggeng..(kaki kedua-dua belah disisi kiri).Nasib baik tak jauh, sampai dekat dengan Mess saya, dia minta turun, Makasih Ya, katanya.. Fuh.... legaaa..

Read more »

 

Barangsiapa yang menghubungi silaturrahim...

Siap-siap nak balik kampung, walau duit masuk macam biasa, sebelum balik, mesti repair dulu penghawa dingin, kalau tak, mesti panas semua penumpang, lebih-lebih lagi si kecil, semalam pun baru korek RM735.00 ganti Compressor second hand (rekon).Tak larat nak bayar yang baharu. Hihi
Bulan depan pulak kena sambung Road Tax..huhu..inilah mehnaj hidup, gali lubang tutup lubang la. Orang ajak buat bisnes itu ini nak jadi kaya, saya tak nak.... biar lah cukup gini. Takut termasuk wang yang haroomm..
Sabda Nabi "Barangsiapa menghubungi silaturrahim, dia akan di panjangkan umur" dalam riwayat yang lain mengatakan, "dia akan dimurahkan rezeki".

Read more »

 

NEPAL eksiden di Taman Semarak

Entah dari mana dia, dan dari siapa dia lari, tiba-tiba sahaja ada kat sini, kata seorang saksi yang singgah disini.Apa yang disaksinya bukan bagaimana dia eksiden, tetapi kenapa dia ada di sini.Ini motor yang dinaiki mangsa.


Dan ini dia
Mungkin tak ada lesen. Kata seorang lagi, dia terlanggar pembahagi jalan tu..

Orang ramai mula berhenti untuk melihat

Belakang kepalanya pecah, dia ditenangkan seorang kawannya

Akhirnya saya tinggal dia dan kawannya disini.

Apa moralnya? Jangan bawa laju-laju..

Read more »

 
Saturday, May 28, 2011

Musim Perkhemahan Datang Lagi

Perkhemahan mengajar banyak perkara, kalau bersendirian, mudah saja nak pergi ke tandas bila-bila masa, tetapi kalau masa perkhemahan, kita kena ubah jadual, tak boleh dah nak asyik tangguh-tangguh, sebab ramai orang yang nak guna tandas. Aspek Pengurusan Masa didalam masyarakat ramai berbeza dengan pengurusan masa ketika bersendirian.

Selama ini, cuci pinggan pun tak tahu, tengok tu, masih berminyak lagi, tu lah, kat rumah malas tolong mak, kan kantoi, bila nak cuci pinggan, kita disuruh beratur, tunggu giliran, ini mendidik sifat sabar, bertolak ansur, bertoleransi, berterima kasih dan sebagainya.

So, perkhemahan ini banyak faedahnya, apalagi bila waktu malam, ustaz menyampaikan tazkirah dan belajar membaca Al-Quran, membetul bacaan surah Fatihah, padahal, diluar sana, ramai lagi orang-orang dewasa yang tunggang-langgang baca Fatihah. Nasib baik kamu terpilih menganggotai perkhemahan kali ini.
Syabas kepada murid Sekolah Kebangsaan Bangi.

Read more »

 

Mesyuarat JK PIBG SK Bangi kali ke2

29 Mei 2011.BANGI.Jawatankuasa PIBG sekolah hari ini bermesyuarat bagi kali kedua setelah minggu sebelumnya mesyuarat ini ditangguhkan atas sebab kematian seorang ahli keluarga dari JK.

Antara hal yang dibincang adalah berhubung Baju Sukan sekolah yang tidak menepati kaedah warna yang sebenar. Hal ini juga di emelkan oleh salah seorang bapa ke afraima@yahoo.com. Antara lain, mesin rezo sekolah sudahpun habis masa perkhidmatannya dan perlu diganti dengan yang baru.

Sudah pelbagai cara digunakan untuk menyelamat mesin yang besar keperluannya ini, namun semuanya sia-sia. Ia tetap saja mogok dan tidak dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Read more »

 
Thursday, May 26, 2011

Video Sempena Hari Guru

Video ini saya upload ke facebook. Dari facebook saya tampalkan di sini. Anda nak tahu caranya?

Read more »

 
Wednesday, May 25, 2011

Selamat bertugas di tempat baru

Salam perpisahan dari warga SK Bangi, buat Puan Hajjah Rabitah binti Jalaluddin, atas perpisahan ini. Beliau yang akan meneruskan perjuangan hidupnya di SK Dato' Abu Bakar Baginda pada 01 Jun 2011.

Begitu cepat masa berlalu, dan baru hanya setahun rasanya bersama, panggilan sudah datang. Apa boleh buat.

Saya tahu, banyak impian dan imaginasi Puan Rabitah yang belum menjadi kenyataan. Hanya terlukis dalam minda dan belum sempat di paparkan dalam sebuah lukisan hidup, untuk menunjukan pada anak watan, anak bangsa, bahawa "saya dulunya pun dari sekolah ini... lihatlah sekarang sudah boleh berjaya dalam hidup" walaupun meniti titian hidup yang serba mehnahnya. Akhirnya saya boleh dilihat, akhirnya saya boleh dijadikan antara ribuan contoh, bahawa anak kampung, bukan tak boleh berjaya.

Hanya yang perlu ada adalah KEMAHUAN yang kuat, yang datangnya dari dalam sanubari sendiri, yang ingin melihat diri berada di tangga kejayaan. Kerana itu, bila adanya keinginan tersebut, datangnya tangga untuk naik.

Saya, dengan ini turut berpesan pada Puan Rabitah, agar dapat membina Imaginasi baru ditempat baru, semoga semangat Cikgu membuak-buak, seperti datang ke SK Bangi dahulu. Berjalanlah di atas syariat ISLAM, SYARIAT Islam mesti di junjung, bermesyuaratlah dalam apa-apa urusan, ini pesanan Nabi Agung kita.."bermesyuaratlah kamu, nescaya kamu tidak akan menyesal".

Hidup penuh puja dan puji, juga tak hilang dengki dan amarah, lalui ia, hadapi ia dengan bergantung dengan TALI ALLAH. Doa jangan di lekang setiap kali masuk pejabat, semoga dihindari hal yang tidak di ingini. TUJUAN besar kita adalah mendidik jiwa-jiwa manusia yang kini kian haus dan gersang, dari siraman dari WAHYU ILAHI.

Perbanyakkan, dan sokonglah setiap acara, program yang bernuansa ISLAMI, yang mengarah kepada AGAMA, semoga menjadi amalan sepanjang zaman hidup didunia hingga membawa ke liang lahad. Kerana baginda pernah bersabda, 3 amalan yang bisa menolong kamu di dalam kubur, pertama, ilmu yang di sampaikan kemudian di amal, kedua, harta yang ditinggalkan sebagai sedekah jariah dan ketiga, anak yang soleh dan solehah, yang mendokan orang tuanya.

Akhirnya... hidup tak lepas dari salah dan silap, jika ada salah dan silap kami warga SK Bangi, juga bagi pihak anak-anak yang tak mengerti apa-apa ini, kami mohon maaf yang sebesar-besarnya. Semoga kita bertemu lagi di sana nanti.

Read more »

 

Bila Pendidikan Jasmani di ajar, Pendidikan Rohani diminimkan

Salam sejahtera, dan Assalamualaikum buat saudara ku seagama. Waktu saya sekolah rendah dulu pernah juga dengar pelajar bergaduh, pakai rantai motor , besi, spoket, buku 5 dan sebagainya, namun tak pula dengar wanita bergaduh seperti dalam video ini. Klik. Apa sebabnya, ha..ini saya sebagai seorang guru, sebagai Muslim, nak dedahkan sedikit apa ke hal nya ini terjadi.

Manusia, adalah makhluk yang dicipta oleh Allah Taala, mempunyai pelbagai sifat yang cukup dinamik, boleh berubah, ada sifat baik dan buruk, negatif dan positif. Satu ayat yang menggambarkan sifat manusia ialah " Wakaanal Insaanu 'Ajula" dan adalah manusia itu bersifat gelojoh.

Tuhan juga berfirman, "Wa hadainahun Najdain" dan Kami hidayahkan kepada manusia 2 jalan. Yakni jalan baik dan jalan tak baik. Yang baik akan menuju kebaikan, membawa infak yang baik, dari dunia sampai akhirat. Manakala yang buruk pun begitu, perbuatan buruk, inpak buruk, berdosa, di kenakan azab di kubur, dan akhirat mendapat siksaan.

Supaya, manusia ini tidak terjerumus ke lembah yang membawa penderitaan pada dirinya, pendidikan rohani dan jasmani perlu di seimbang. Pendidikan jasmani untuk kesihatan tubuh badannya, sementara pendidikan rohani, adalah untuk kebaikan ruhnya, akhiratnya.

Pendidikan rohani ini yang membaiki akhlaknya, menjadi lembut dan takut. Kalau ilmu agama, kita belajar ilmu tasauf. Namun dalam arus pendidikan perdana hari ini, berapa persen ilmu tasauf ini dimuatkan dalam materi mata pelajaran? Bilahkah ilmu akhlak nan luhur persis tasauf akan diajar di sekolah rendah, atau mau tunggu mereka ke sekolah menengah?

Kalau lah mahu tunggu ke sekolah menengah, ha....tengok itulah yang terjadi seperti dalam video di atas.(sudah didelete dari lokasi asal) Tapi gambar dibawah ini boleh menjelaskan akhlak pelajar hari ini...kenapa ya?

Read more »

 
Tuesday, May 24, 2011

Jom beramai-ramai join PTT

Saya, adalah salah seorang pemegang PTT bagi line "skuad pemantau". Anda di alukan-alukan untuk menambah ahli di kawasan anda. Demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sekitar anda berada.

Read more »

 
Monday, May 23, 2011

Dimana Anda Menyimpan Rekod Sesi

24 Mei 2011.Seorang kawan menghubungi saya, katanya Nazir turun ke sekolahnya gara-gara ada satu kes antara murid dan guru. Ringkas cerita, Nazir itu mahu melihat sistem perisian rekod bimbingan dan kaunseling, katanya lagi sekolah lain ada benda tu.

Tidak ada yang terlintas dalam fikiran saya, "perisian" tersebut kecuali Sistem Pengurusan Kaunseling atau SPK yang telah dibangun oleh sahabat saya Cikgu Iznan dari Kuantan.

Sebenarnya, belum pernah ada surat rasmi dari mana-mana pihak yang berautoriti untuk mengarahkan guru bimbingan membelinya, namun jika ada, memanglah perisian itu dapat membantu kerja menjadi lebih efektif. Kerana data sesi yang diperlukan dengan segera dapat ditemui.

Cuma masalahnya, kalau lah komputer cikgu tu masuk virus, tak boleh buka, dan tak sempat print pun selama ini, ha...itulah kendalanya. Satu lagi, apabila kita ingin membeli itu dan ini, pihak kerani selalunya akan bertanya, ada surat tak? Ya kan. Walaupun benda itu dibawah paras harga petty cash.

So, inilah yang membuat majoriti orang membuat keputusan sendiri, dari banyak masalah itu dan ini, tak usahlah saya beli, kendati pun benda itu membantu perkhidmatan kita.

So, saya nak share, inilah selama ini yang telah saya gunaka setelah beberapa sistem saya try and error. Sistem SPK saya dah cuba, cuma masalah hari itu tidak ada printer, nak cetak serta merta tak boleh, simpan punya simpan, akhirnya data itu hilang. Ha...kan dah kata... kan jadi pening kita jugak.

Sistem kedua saya cuba, tulis rekod murid dalam 1 fail khusus atas nama klien, masukkan dalam satu rak yang besar..hmmm....bila nak cari...entah dimana-mana dah, murid itupun dah pindah kelas lain. Dari darjah 3 ke darjah 4.

Akhirnya, saya buat sistem 1 dalam semua. Buku dibawah inilah, saya simpan rekod sesi kaunseling. Biarpun tak secanggih orang lain, tapi memudahkan kerja saya, apalagi boss saya tak pernah komplen.

...........................Dibawah ini contoh sesi bimbingan kelompok.............................
Dan ini.................sensitif.....contoh rekod kaunseling individu....
Bila-bila masa, saya perlukan, semuanya ada dalam buku ini. Dulunya saya jarang hantar pada boss, sebab rekod ni sifatnya rahsia kan, namun setelah sekian lama, boss saya minta hantar untuk semakan beliau. Bagus juga, sebab kerja kita semakin meng"arah". Setelah sekian lama tidak di incar.

Read more »

 

Salah Tanggapan Tentang Tuhan

Q
Apalah erti hidup tanpa dugaan kan? Justeru hidup ini mesti diteruskan. Ada orang malas sembahyang, kerana dia mengira, tuhan itu baik, jadi satu masa nanti Dia akan ampuni dosa saya dan kasihani saya, lalu memasukan saya ke dalam syurga lantaran amal baik yang saya lakukan kepada umat manusia.

Kalau burung pun hidupnya pun susah, sedang dia hidup hanya sementara di dunia, di akhirat dia pun sudah tiada lagi. Apalagi manusia yang akan mengembara jauh, meninggalkan segala kesenangan dan kemewahan hidup disini.. apalagi....

Read more »

 
Sunday, May 22, 2011

Inilah antara sedetik sebelum kejadian tanah runtuh di Hulu Langat

Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa yang membaca Al-Quran, kemudian dia menghafazkan, dia akan dimasukan ke dalam syurga, bahkan memberi syafaat akan dia kepada 10 orang ahli keluarganya, yang mana mereka itu telah ditetapkan sebelumnya sebagai ahli neraka"

Masya Allah, lihatlah tuan-tuan, betapa tingginya darjat orang-orang yang menghafaz Al-Quran. Saya pernah menemplak orang-orang yang memandang rendah kepada mereka ini dalam siri ceramah saya.

Kata mereka, orang belajar hafiz Quran tak ada masa depan. Nak kerja apa? Mereka tidak tahu, orang yang hafaz Quran, bukan sekadar dimurahkan rezeki mereka didunia, bahkan di akhirat mereka boleh menyelamat ahli keluarga mereka, padahal antara ahli keluarga mereka itu, sudah disabitkan dengan dosa-dosa semasa berada di dunia dan telah dijatuh hukuman neraka.

Namun, disebabkan ada anak-anak yang kecil comel ini menjadi huffaz, mereka boleh membantu orang lain, bukan dengan wang dan kedudukan mereka, tetapi sebagai penjaga Al-Quran.

Read more »

 
Saturday, May 21, 2011

Gotong-royong di Desaria

22 Mei 2011.NILAI.Combi Datang Lagi. Gotong-royong antara sesama penduduk Taman "antarabangsa" Desaria kali ini menjemput YB Dato Hashim selaku bapa angkat bagi daerah ini sebagai perasmi majlis.
Antara beberapa klik foto yang sempat singgah sebelum acara dimulakan.

Pak Tom dan rakan-rakan sedang mengatur pergerakan hari ini.
En.Hanif....pengurus Tabika Perpaduan...
Ketua Biro Keselamatan Taman Desaria, En.Supian
Dif kehormat sudah pun tiba dan mengambil tempat.

Ucapan alu-aluan oleh YDP Taman, En.Yusoff merangkap ketua KRT Taman Desaria

Ahli Majlis Perbandaran Nilai
Giliran Dato menggulung ucapan..

Program Gotong Royong bermula.. Jalan 24 Taman Desaria
Antara Jalan 24 dan 23. Lokasi ini didominasi oleh imigran...so, inilah keadaannya.

Sampah dibiarkan merata-rata

Plastik, botol air, pisau pencukur, pembungkus nasi... sangat menyakitkan mata sihat yang melihatnya.


Ahli Desaria yang prihatin turun, biarpun ini bukan lokasi paling hampir dengan rumah mereka, tetapi kerana inginkan melihat kawasan anak angkat MPN ini bersih dan ceria, mereka sanggup lakukannya.

YDP turut turun padang....pemimpin yang idam-idamkan oleh segenap lapisan masyarakat.



Kitar semula...
Antara yang duduk dibawah khemah kitar semula

Read more »

 
Friday, May 20, 2011

Mungkinkah akan berada di pasaran?


Hari ini kebetulan saya bertemu dengan wakil percetakan buku, saya hulurkan sebuah buku saya yang baru saja di promosi pada anak-anak murid dengan harga RM1.00

Saya minta dia buat quatation harga untuk dicetak, disamping saya mencari apakah hal boleh saya tonjolkan dalam buku itu sehingga menarik minat orang untuk membelinya.

Hari ini juga, Puan Rabitah selaku Guru Penolong Kanan Sekolah membeli buku itu dan ingin membacanya. Setakat ini, buku ini hanya membicarakan soal perjalanan hidup saya, bagaimana tanpa bantuan kewangan dari kerajaan, saya boleh sampai ke Indonesia, dan bagaimana saya orang pertama yang membeli komputer dan motor di kalangan rakan-rakan saya yang sama-sama pergi ke Aceh.

Belum jelas jalur mana yang boleh menjadikan ianya sebuah motivasi. Mungkin anda boleh membacanya dan memberi respon untuk saya meningkatkan lagi penulisan ini. Buku itu, ada dalam blog saya di ruangan Biodata..Silakan...

Read more »

 
Wednesday, May 18, 2011

Usaha Memasukkan Kotak Twitter ke Blog Anda

Mungkin ini hal yang baru bagi anda, untuk memasukkan twitter ke dalam Blog seperti yang saya telah lakukan, anda perlu ke laman berikut.

Isikan apa yang tertera, dan dapatkan KODE, laluy tampallah kode itu di dalam html blog anda.

Read more »

 
Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Kepada Semua Guru di Seluruh Malaysia

Selamat Hari Guru

Jasa Guru yang PALING BESAR dalam dunia ini ialah mengubah sikap seseorang manusia,dari tidak mengenal Tuhannya kepada KENAL akan siapa TUHANNYA, dari bersikap arogan,biadab kepada sikap dan nilai yang terpuji,luhur sebagaimana Nabinya.

Read more »

 
Saturday, May 14, 2011

Datang dan Pergi..itu lumrah



Hidup ini pasti ada penghujungnya. Bagaimana kita datang ke dunia, begitulah seharusnya kita pulang mengadapNya. Maksud saya, refer pada Hadis Nabi kita, "setiap anak Adam dilahirkan dalam keadaan putih bersih..."

Bagaimana rupa kita datang, begitulah seharusnya (bersih) kita pulang. Sebagaimana baju yang kita pakai akan busuk, lalu kita rendam, basuh dan gosok. Maka begitulah hati yang kita guna-pakai setiap detik, perlu kita cuci..

FirmanNya... "dan tiada berguna bagimu harta dan anak-anak (saat kau kembali nanti), kecuali (Man atallaha bi qalbin salim) barangsiapa menemui Allah Taala dalam keadaan hatinya salim...yakni selamat.

Hati yang SALIM, maknanya selamat dari dosa yang membawa azab di akhirat kelak. Hati yang sudah melalui proses pembersihan (Tazkiyatun nafs) sebelum maut datang menjemputnya.

Kata Ulama, setiap sesuatu itu ada alat pencucinya, dan pencuci bagi HATI ialah Zikrullah.Lalu...kerana kematian akan mendatangi setiap dari kita, yang paling AULA adalah menyiapkan diri untuk pulang.

Dan pulanglah....dalam keadaan orang sedang menyenangi kita. Bukan dalam keadaan orang tidak senang pada kita, lalu mereka bertepuk tangan atas pemergianmu..Oh sungguh malang.

Read more »

 
Wednesday, May 11, 2011

Sebuah Buku Catatan Perjalanan Hidupku

Hari ini baru selesai untuk kali pernah setelah sekian lama ingin menerbitnya...

Read more »

 

Pemergian yang TIBA-TIBA.Aduhai...

Artikel ini disalin dari blog Bro Mazidul Akmal Sidek

Dia Pendek Mata Merah (Kejadian Lemas Di Ulu Bendul)

"Dia pendek, mata merah. Dua dia tak sempat, satu dia tarik ke bawah pokok besar, tertimbus empat kaki dalam"

Itu antara dakwaan dilontarkan lelaki berjanggut dan berseluar celoreng berdiri di sebelah saya sewaktu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, JPAM Negeri Sembilan giat mencari mayat Nur Syaza Sakinah Syed Ahmad, 2 tahun, jam 4.10 petang semalam.


Saya perhatikan kegigihan anggota JPAM berusia di antara 22 dan 31 tahun terbabit, memotong akar kayu dan cuba menggali pasir di bawah pohon besar di tebing sungai.

Hampir jam 5 petang, tiada mayat ditemui di kawasan sasaran.

"Bang, boleh ambil gambar?," pinta mereka.

Malangnya setiap kali gambar cuba dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, saya mendengar keluhan sama.

"Alamak! Gambar tak clear, goyanglah"

Hakikatnya mereka semua kesejukan, setelah berada di dalam air dalam tempoh lama lalu tangan menggeletar ketika merakamkan gambar. Akhirnya gambar berikut diabadikan penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi menggunakan kamera digital, Canon G12 saya.



Saya tidak mengenali mereka secara peribadi tetapi menyanjung semangat jitu tersemat di jiwa anggota JPAM terbabit. Tujuh hari mereka menjalankan usaha mencari dan menyelamat 3 kanak-kanak perempuan mati lemas akibat fenomena luar biasa.

Jam 5.05 petang, 3 Mei lalu sewaktu berkelah bersama ayah, Syed Ahmad Ibrahim, 28 tahun, 3 anaknya, Nur Syaza Alisa, 5, Nur Syaza Azira, 4 dan Nur Syaza Sakinah, 2 tahun dilapor dihanyutkan 'kepala air'.


( Nur Syaza Alisa (kanan), Nor Shaza Azira (kiri) dan Nur Syaza Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian)

Saya berasal dari kampung dan tinggal berhampiran sungai sekian lama. Barangkali ramai pembaca keliru berhubung takrifan 'kepala air' biarpun berulang kali membaca phrasa itu di akhbar sejak awal bulan ini.

Sungai berair jernih dan cetek menjadi lokasi orang ramai berkelah dan bermandi-manda tanpa menyedari hujan lebat turun di bahagian hulu. Air hujan terkumpul kemudian menghakis tebing sungai sekaligus mengaut bersama antaranya kayu balak, batu, lumpur dan kelodak, mengalir deras ke hilir. Gabungan air hujan dan sungai dengan paras ketinggian berlipat ganda berbanding aras kedalaman air sungai sebelumnya kemudian menghayutkan mangsa. 'Kepala air', air deras terawal tiba di lokasi kejadian.

Analoginya, jika sebelum kejadian, ketinggian air sungai hanya di paras lutut, ketinggian kepala air terbabit naik mendadak, melepasi aras kepala manusia.

Lihat gambar Sungai Batang Terachi, Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, saya rakamkan semalam, kembali cetek dan mengalir tenang.


Difahamkan, sewaktu kejadian, ketinggian air sungai terbabit melebihi aras kepala pengacara 999, Hazlin Hussain berdiri di atas batu.


Tiga mangsa dilaporkan mandi di kawasan sama sewaktu tragedi melanda. Mereka anak kecil, mustahil mereka berupaya menyelamatkan diri daripada dirempuh kepala air mampu mengapungkan dan menghanyutkan kayu balak bersaiz lebih sebesar pemeluk manusia dewasa.

Saya melihat air mata berjujuran di pipi ibu mangsa, Wan Azleela Wan Abdullah, 33 tahun sewaktu majlis membaca doa selamat berlangsung pada jam 1.30 tengahari semalam.


Syed dilaporkan berpisah dengan ibu mangsa, kelihatan sugul di sepanjang majlis berlangsung.


Akbar sebelum ini melaporkan, Syed berkunjung ke kawasan perkelahan popular terbabit bersama anak dan teman wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19 tahun. Mereka juga turut dihanyutkan air deras namun berjaya menyelamatkan diri sebelum dirawat di hospital.

Dalam majlis sama, bapa saudara mangsa, Wan Adnan Wan Abdullah, 38 tahun, kelihatan sebak, tidak berupaya mengawal emosinya.


Majlis sekaligus menemukan kedua belah keluarga mangsa, secara aman terbabit antaranya dihadiri Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba (gambar pertama di bawah, kanan sekali) dan pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Roslan Ariffin.

Mereka antara pegawai kerajaan banyak membantu mengkoordinasikan operasi mencari mayat mangsa.


Roslan Ariffin

"Lebih 150 orang terbabit mencari mangsa. Setakat ini tidak ada lagi perancangan untuk memberhentikan operasi," ujar Jaafar.

Tambah beliau, operasi mencari mangsa dibantu Pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM, RELA, SMART, polis, tentera, kakitangan Jabatan Perhutanan serta penduduk kampung.

Untuk rekod, mayat Nur Syaza Alisa ditemui pada jam 3.15 pagi manakala mayat adiknya, Nur Syaza Azira pula dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada 10.20 pagi pada jarak di antara 300 dan 500 meter dari lokasi kejadian.



Sewaktu ditemubual kru 999, ibu mangsa turut berkongsi cerita bersama Hazlin.

"Masa turun bersama mencari mangsa, emak dia terjumpa kain telekung di tepi sungai, dia angkat, kemudian letak di tebing. Seorang daripada anak dia, dijumpai di tempat sama. emak mangsa kemudian cakap, dia berasa pelik sangat apabila ada ahli keluarga terjumpa semula telekung sama di tempat asal," ujar Hazlin.

Saya dimaklumkan, usaha mencari mangsa turut dibantu ramai pengamal perubatan Islam namun sehingga jam 11 malam tadi, mangsa terakhir masih belum ditemui.

Pelbagai cerita saya dengar selama kira-kira 6 jam berada di sekitar lokasi kejadian. Barangkali penduduk Kuala Pilah lebih arif berhubung dakwaan kawasan terbabit 'keras'.


Saya doakan agar mayat mangsa ditemui dalam tempoh terdekat. Ya Allah, izinkanlah jenazah anak kecil bernama Sakinah dikebumikan secara sempurna, Al-Fatihah.

Read more »

 
Sunday, May 8, 2011

Kempen Mengguna PTT, Bersama Menjaga Lingkungan KIta

Salam, saya selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Desaria Nilai, mengajak mana-mana warga Bukit Mahkota dan Bdr Seri Putra dan penduduk kawasan Nilai Impian, untuk mengenali apa itu PTT. Kami di Taman Desaria telah mulai menggunakannya, kini seramai 7 orang telah bergabung (join).

PTT ialah sejenis telefon Nokia yang ada fungsi Pres To Talk.(Biasa 6020, 2010). (PTT) Tekan dan Cakap. Ianya digunakan macam walkie talkie. Kami ada line untuk Taman kami sendiri (lingkungan kecil) ada line utk lingkungan besar (meliputi Sepang, Nilai, Dengkil dan kawasan sekitarnya).

Didalam line yang besar ini ada seramai 7 orang anggota polis. Bersama kami online 24 jam.(Dari Balai Dengkil,. Unit Udara, Mantin, Sepang dan lain). Untuk makluman, telefon jenis walkie talkie ini boleh digunakan dimana sahaja anda berada (seluruh Malaysia), tidak kira jarak macam walkie talkie biasa kenwood 7 kilometer. Ianya boleh didengari dan di gunakan walau anda berada di Negeri Sabah, janji ada line Maxis.

Jika ada apa2 maklumat berkaitan jenayah, pecah rumah, samun dan sebagainya,salah seorang menyampaikan melalui PTT untuk tujuan minta bantuan atau sebar maklumat.Diwaktu mereka menyampaikan maklumat, sebilangan besar ahli PTT mendengarnya dan memberi respon /bantuan.

Ketika saya menaip artikel ini, baru sebentar tadi penduduk taman Ixora (Nilai ke sepang) jam 4 pagi. melaporkan ada terdengar bunyi batu dan pasir di lempar ke bumbung rumah sebelah, dan bunyi orang berlari. Kebetulan saya bangun dan terus memberi respon.2 detik kemudian, anggota polis merespon, sebuah kereta peronda di minta ke sana. Sementara ahli PTT yang berada di lokasi itu diminta membuat siasatan. Dan awal pagi semalam juga, sebuah kenderaan dilarikan oleh penyamun di Sungai Buah. Ahli PTT diminta memerhatikan jika ternampak kenderaan yang hilang ini.(Diterangkan jenis kenderaan, warna, nombor plat).Jika ada rezki, kenderaan itu boleh dijumpai semula dan penjenayah boleh ditangkap.

Kos menggunakan PTT ialah RM15.00 sebulan, anda boleh create satu line untuk taman anda (free) atau join mana-mana line yang sudah ada.Contoh, Bdr Seri Putra dan Bukit Mahkota sudah ada 1 channel, namanya Pantau PutraMahkota.Namun ahlinya baru 5 orang, termasuk saya.Channel ini di usahakan oleh mantan YDP Persatuan Penduduk Bdr Seri Putra. (En.Azizailan)

Saya ingin mengajak anda untuk menubuhkan satu line (channel) yang lebih besar antara Nilai, Bukit Mahkota,Bdr Seri Putra, Bangi Lama dan Sungai Buah (dan mana-mana taman). Informasi kejadian kes jenayah boleh kita dapat dengan cepat, akurat dan realistik.

Jika ada sebarang pertanyaan, apa faedah dan implikasi boleh menghubungi saya di FB afraima@yahoo.com.

Read more »

 

Semangat Kerja Berpasukan "Teamwork"

Ih dinash shiratal mustaqim… Dalam setiap rakaat sholat, kita membaca ayat ini, Ihdinassiraatal Mustaqim... (Tunjukkilah akan kami jalan yang lurus). Indahnya.... kita meminta kepada Dia, atas nama "kami", dan bukan atas nama "saya" sebagaimana ayat ini, "tunjukkilah saya jalan yang lurus".

Jika ayat ini di aplikasi dalam kehidupan berkeluarga, cukup indah... jika ayat ini di aplikasi dalam sebuah institusi pendidikan, oh..sungguh-sungguh indah! Kita bekerja sebagai satu team, menuju satu matlamat, majikan sebagai pengemudi stereng kapal, guru-guru sebagai kelasi kapal dan murid sebagai anak kapalnya. Jalannya air menurut GARMIN syariat.... destinasinya "pulau impian". Pulau Bahagia sesudah MATI.

Ke mana kita mahu bawa mereka semua? Ya..kapal ini akan membawa penumpangnya menuju jalan bahagia ke kampung akhirat. Laluannya laluan bahagia, lorongnya lorong bahagia, jalan bahagia, highway bahagia didunia.

Jika laluannya bahagia, destinasinya bahagia, kapalnya bagus, penumpangnya satu hati, insya Allah pelayaran ini akan sampai destinasinya.

Destinasi AGUNG ialah selamat di akhirat. Selamat dari rendaman api NERAKA yang bergejolak hingga ke hati manusia. Segala yang kecil-kecil di dunia, adalah "khopeh" nya. Menjadi kecil dan gampang, kerana ianya bukan matlamat paling BESAR. Ianya hanya satu matlamat kecil didalam matlamat BESAR.

Sebelum sesebuah kapal itu bertolak, semua kelasi dan kapten kapal telah bermesyuarat, ke mana arah destinasi kali ini. (Dan bermesyuarah lah kamu) Firman Nya dalam Surah Syura. Jika hendak di adakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) sebagai sampel, alangkah bagusnya jika di mesyuawarah dahulu, apa yang mahu kita sama-sama buat, ini pedomannya, ini garisannya, ini arahannya, ini pekelilingnya, siapa nak bagi pendapat, siapa sokong, siapa bangkang, kenapa bangkang, berapa peratus yang tak setuju, akhirnya keputusan musyawarah adalah yang terbaik. Yang minoriti harus akur pada majoriti. Kan begitu?

Sabda Nabi , "Bermesyuarat akan kamu, kerana orang yang bermesyuarat tidak akan menyesal" siapa tak percaya pada hadis nabi? Percaya kan kata-kata kekasih Allah, masakan beliau menipu. Inilah satu strategi yang ada dalam Islam, yang datang dari ALLAH Taala. Satu teknologi yang sangat ampuh.

Tuan-tuan, jika ada seorang meminta pada Nabi supaya berdoa, ketika Nabi sujud untuk meminta, Tuhan langsung menyuruhnya angkatlah kepalamu, kerana permintaanmu telah Ku kabulkan.

Tengoklah, begitu sayangnya Tuhan pada Nabi kita. Masak beliau itu membawa sesuatu yang batil, yang merosak dan mencaca marba segalanya.

Sekolah, adalah sebuah institusi yang kecil, tidaklah terlalu repot untuk disatukan hati dan matlamat penghuninya,jika menggunakan ISLAM sebagai cara.(Sejak dari awal) Nilai yang baik dalam ISLAM seperti ikhlas, sabar, senyum, kasih-sayang, pujian, bincang dan sebagainya di pergunakan sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan. Cuba tunjukkan satu institusi yang GAGAL melayari bahteranya setelah menggunakan, ISLAM sebagai metode.

Adalah yang sering terjadi, kekecohan, kegagalan, adalah berpunca dari meninggal AGAMA sebagai PAKSI dalam kehidupan. Bukankah dalam Doa Iftitah di awal Sholat, kita telah sama-sama baca..."Inna sholaati ... wa nusuki, wa ma yah ya...wa mamati..lillahi rabbil 'alamin".Sesunguhnya sembahyangku, kerja buatku, hidupku, dan matiku adalah untuk Allah Rabbil 'Alamin"? Apakah anda tidak baca? Ya...anda baca...

Justeru mari kita perkuat sekali lagi, satu TITIK dalam minda kita, bahawa kerjaku yang paling besar ialah mendidik murid supaya mereka menjadi manusia yang berguna didunia, selamat dari menjadi bahan BAKARAN api neraka di akhirat kelak.Metode pelaksanaannya ialah ISLAM, mauduknya ialah SYARIAT. Addienun Nasihah... Agama itu (sebagai) penasihat.

Wahai...mereka yang telah tergelincir dari landasan, kembalilah kepada fitrah, kembalilah kepada AGAMA, masih belum terlewat untuk menyelamatkan dirimu dari tergelincir semasa meniti titian SIRAT di yaumil mahsyar kelak.

Inna Hazihi Tazkirah...Sesungguhnya Ini adalah satu takzirah... Tambighul Ghafilin, peringatan bagi yang alpa. lalai seketika.Awas... teruskan memandu kapten!

Read more »

 
Friday, May 6, 2011

Program COMBI 22 Mei 2011



Semua penduduk Taman Desaria dijemput memberi partisipasi untuk menjayakan program taman kita ini.

Lawati juga Blog Pak Tam ini

Maklumat Oleh :
Setiausaha 2011-2012,
Taman Desaria Nilai.

Read more »

 
Wednesday, May 4, 2011

Hidup Hanya Sementara

Untuk pertama kali saya berpeluang memberikan ceramah di Bandar Baru Bangi, tepatnya di Surau An-Nur (berhampiran rumah Dato Dr Harun Din). Tajuk ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah.

Manusia yang kehilangan arah tujuan hidupnya, akan terlonta-lonta di buai arus dunia, tidak menyedari masa terus berlalu dan akhirnya satu masa, kita akan pergi jua. Manusia yang ingat benar akan hal ini, akan terbentuklah satu lingkungan yang tebal diluar dirinya, sehingga yang fahsya dan mungkar tidak bisa menerobos masuk.

Justerum bentengilah diri dengan AGAMA, nanti didalamnya ada IMAN dan TAQWA. Indahnya hidup akan terasa, manisnya hidup beragama akan rasakan dan diresapi. Hanyut dalam lautan kasih dan rindu pada Tuhannya.

Read more »

 

Hidup Hanya Sementara

Yup...kita Kembara Lagi. Untuk pertama kali saya berpeluang memberikan ceramah di Bandar Baru Bangi, tepatnya di Surau An-Nur (berhampiran rumah Dato Dr Harun Din). Tajuk ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah.

Manusia yang kehilangan arah tujuan hidupnya, akan terlonta-lonta di buai arus dunia, tidak menyedari masa terus berlalu dan akhirnya satu masa, kita akan pergi jua. Manusia yang ingat benar akan hal ini, akan terbentuklah satu lingkungan yang tebal diluar dirinya, sehingga yang fahsya dan mungkar tidak bisa menerobos masuk.

Justeru bentengilah diri dengan AGAMA, nanti didalamnya ada IMAN dan TAQWA. Indahnya hidup akan terasa, manisnya hidup beragama akan rasakan dan diresapi. Hanyut dalam lautan kasih dan rindu pada Tuhannya.
Fafirru IlalLah...kata tuhan dalam kitabNya, maka kembali lah kamu kepada Allah.

UPDATE

Selepas habis majlis ceramah dan solat Isya', seorang hamba mendekati saya, lalu bertanya, macam mana ya anjing yang digunakan oleh polis untuk menghidu dadah tu tidak sampai tahap ketagih? Mungkin boleh kajian, supaya anak muda ini tidak ketagih walaupun menjadikan dadah antara bahan ambilan mereka.

Saya tak tahu juga jawapan ini. Tapi semalam (Khamis) semasa saya berceramah di SK Bandar Rinching, (Drug ABuse Prevention), ada pameran dadah dari pegawai AADK Negeri, kesempatan makan bersama, saya bertanya akan soalan tadi.

ANJING PENCEN

Rupanya, anjing itu memang diberi makan dadah setiap hari, dan kerja dia pun hanya antara 4 hingga 6 tahun. Kemudian dia pun pencen.

Read more »

 
Monday, May 2, 2011

Sai Baba : Pergi Jua Akhirnya

Sai Baba, namanya mungkin tak ramai yang kenal, namun, jika anda sempat meleret dalam kereta kaum cina, ada sebahagian antara mereka memaparkan stiker satu gambar seorang manusia berbaju merah, dialah "Sai Baba".

Khamis lepas, beliau meninggal dunia dengan meninggalkan jutaan pengikutnya diseluruh dunia. Adalah dikatakan, bahawa beliau mampu menghidupkan orang yang sudah mati. (Kosmo 1 April 2011)

Antara lain boleh menyembuhkan orang sakit, dapat membaca fikiran orang-orang yang ada disekelilingnya. Boleh membantu ahli politik. Bahkan punya firasat tinggi katanya.

Para pengikutnya menganggap beliau sebagai "Jelmaan Tuhan". Ketika pengikut setianya meninggal, beliau dikatakan telah menghidupkannya kembali, namun..... ketika beliau meninggal dunia, tiada siapa yang boleh menghidupkannya semula. Hancurlah teori yang menyatakan bahawa beliau adalah "Jelmaan Tuhan". Sebab, mana mungkin Tuhan akan mati.

Sudah pasti Tuhan akan kekal, dan akan menjaga "Jelmaannya" supaya terus lestari. Namun itulah hakikatnya. Menarik untuk membaca maklumat lanjut Sai Baba di sini.

Agama Buddha

Begitu juga dengan Buddha. Beliau adalah seorang yang baik, lari ke hutan untuk bertapa, meninggalkan kemewahan dunia, ketika dihutan, beliau menumpukkan tanah untuk dijadikan pengganti bantal, lalu tidur di atas tanah, itulah zuhudnya Buddha. Beiau bukan tuhan, beliau hanya manusia yang mencari erti kebaikan dalam hidup ini.

Namun..setelah beliau pergi, meninggalkan dunia ini untuk selamanya, para pengikutnya mula memujanya, lalu ada yang menyembahnya, hingga terbentuklah sebuah agama bernama Buddha.

Demikian yang guru saya pernah sampaikan beberapa kali dalam kuliahnya di masjid Pulau Melaka puluhan tahun yang lalu.

Read more »