Wednesday, May 4, 2011

Hidup Hanya Sementara

Yup...kita Kembara Lagi. Untuk pertama kali saya berpeluang memberikan ceramah di Bandar Baru Bangi, tepatnya di Surau An-Nur (berhampiran rumah Dato Dr Harun Din). Tajuk ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah.

Manusia yang kehilangan arah tujuan hidupnya, akan terlonta-lonta di buai arus dunia, tidak menyedari masa terus berlalu dan akhirnya satu masa, kita akan pergi jua. Manusia yang ingat benar akan hal ini, akan terbentuklah satu lingkungan yang tebal diluar dirinya, sehingga yang fahsya dan mungkar tidak bisa menerobos masuk.

Justeru bentengilah diri dengan AGAMA, nanti didalamnya ada IMAN dan TAQWA. Indahnya hidup akan terasa, manisnya hidup beragama akan rasakan dan diresapi. Hanyut dalam lautan kasih dan rindu pada Tuhannya.
Fafirru IlalLah...kata tuhan dalam kitabNya, maka kembali lah kamu kepada Allah.

UPDATE

Selepas habis majlis ceramah dan solat Isya', seorang hamba mendekati saya, lalu bertanya, macam mana ya anjing yang digunakan oleh polis untuk menghidu dadah tu tidak sampai tahap ketagih? Mungkin boleh kajian, supaya anak muda ini tidak ketagih walaupun menjadikan dadah antara bahan ambilan mereka.

Saya tak tahu juga jawapan ini. Tapi semalam (Khamis) semasa saya berceramah di SK Bandar Rinching, (Drug ABuse Prevention), ada pameran dadah dari pegawai AADK Negeri, kesempatan makan bersama, saya bertanya akan soalan tadi.

ANJING PENCEN

Rupanya, anjing itu memang diberi makan dadah setiap hari, dan kerja dia pun hanya antara 4 hingga 6 tahun. Kemudian dia pun pencen.
 

No comments:

Post a Comment