Saturday, May 28, 2011

Musim Perkhemahan Datang Lagi

Perkhemahan mengajar banyak perkara, kalau bersendirian, mudah saja nak pergi ke tandas bila-bila masa, tetapi kalau masa perkhemahan, kita kena ubah jadual, tak boleh dah nak asyik tangguh-tangguh, sebab ramai orang yang nak guna tandas. Aspek Pengurusan Masa didalam masyarakat ramai berbeza dengan pengurusan masa ketika bersendirian.

Selama ini, cuci pinggan pun tak tahu, tengok tu, masih berminyak lagi, tu lah, kat rumah malas tolong mak, kan kantoi, bila nak cuci pinggan, kita disuruh beratur, tunggu giliran, ini mendidik sifat sabar, bertolak ansur, bertoleransi, berterima kasih dan sebagainya.

So, perkhemahan ini banyak faedahnya, apalagi bila waktu malam, ustaz menyampaikan tazkirah dan belajar membaca Al-Quran, membetul bacaan surah Fatihah, padahal, diluar sana, ramai lagi orang-orang dewasa yang tunggang-langgang baca Fatihah. Nasib baik kamu terpilih menganggotai perkhemahan kali ini.
Syabas kepada murid Sekolah Kebangsaan Bangi.
 

No comments:

Post a Comment