Wednesday, July 6, 2011

Saya Insaf Cikgu

Sejurus tamat sesi kaunseling berkelompok berfokus, saya memanggil 2 orang ahli baru. Ahli ini baru saja mengikuti program ini dan inilah pertama kali dia ikut. Saya perintahkan, Duduk…. Apa pendapat kamu dengan sesi tadi? Bagus cikgu…. Apa perasaan kamu tadi (waktu sesi)? Ahli kelompok ini terus menangis. (Padahal bukan dia yang menjadi sasaran.)

Kenapa dia pun seakan mahu menangis dan menangis? Sebabnya (kata dia) kerana dia turut merasakan perbincangan tadi seperti ditujukan kepadanya. Semasa ahli kelompok menuju kan bahan perbincangan kepada objek sasaran. Klien lain turut merasakan benda yang sama. Bahkan ada ketikanya ahli kelompok turut menangis ketika bercakap, terutama ketika menyebut tentang kesusahan ibu mengandung dan melahirkan klien.

Inilah yang saya temui, sesuatu hal yang baharu, apabila dapat membina sebuah kelompok yang mampu berkomunikasi, memberi pendapat dan nasihat kepada ahlinya. Syabas anak muridku, walau pun baru tahun 6, tetapi sudah mampu menjadi seperti seorang kaunselor.

Latihan seperti ini membuatkan mereka sendiri menjadi matang didalam berfikir, nasihat kepada orang orang sama seakan menasihati diri sendiri.

Ketika ini, tugas kita sebagai kaunselor mudah. Mereka sesama mereka memberi nasihat. Ketika saya sendiri memberi nasihat, jarang air mata jatuh kerana keinsafan, tetapi tidak, sesi ini mampu, bahkan hanya beberapa patah, beberapa minit sahaja, air muka sudah kemerahan, tertunduk dan mata pun mengalir air jernih.

Ketika ditanya, mengapa kamu menangis. Saya merasa insaf cikgu…. Rasa semacam mahu membikin sebuah filem, untuk perkongsian dengan rakan-rakan yang lain, bagaimana saya adaptasi teknik ini, yang saya gabung dari sesi kelompok biasa dengan sesi kelompok "peer" di pusat serenti. Tujuannya adalah untuk memodifikasi tingkah-laku.

Ketika kaunselor SMK Pandan Indah menghubungi saya untuk mengadakan program terhadap sekelompok murid yang bijak. Saya menyodor kan program seperti ini.

 

No comments:

Post a Comment