Tuesday, January 31, 2012

Bahan Power Point untuk sudut PPDa


Salam Sejahtera semua sahabat rakan kaunselor, bahan ini adalah saya ciduk dari rakan semasa SPADA dahulu, kemudian modifight ikut keadaan semasa. Tuan-tuan boleh edit bagi nampak lebih cantik dengan perisian photoshop, print, laminate dan tampal di sudut PPDa sekolah tuan-tuan dan puan-puan.




Bahan tersebut boleh anda dapati di sini http://www.skbangi.com/kaunselor atau link

Sudahkah komputer anda mempunyai lisen AntiVirus ? Jika belum, jangan sayang duit untuk menjaga keselamatan data pada komputer anda, hanya RM35.00 setahun. 1 User 1 Key.

Read more »

 
Sunday, January 29, 2012

Kilometer 183 : Sepatu yang Tertinggal

Ini kisah tertinggal sebelah selipar oleh mak cik ini boleh dijadikan satu bahan untuk renungan sebelum kita dibawa kembali menghadapNya. Di kilometer 183, arah dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, tepatnya di Stesen Minyak Shell bersebelahan RnR Gua Musang, ketika saya memarkir kenderaan untuk menunaikan solat jamak. 

Terpandang lah akan selipar yang agak-agaknya tidaklah murah sangat, mahal pun tidak. Mungkin dalam RM50.00 ke RM60.00 gitu. Pastinya selipar perempuan yang tertinggal ini, gara-gara dia hendak naik kereta menuju ke Kuala Lumpur, tau-tau hanya kaki yang naik, malahan seliparnya yang tertinggal dek kecuaian dirinya.

Apakah yang akan mak cik ini berkata-kata pada dirinya sendiri sewaktu dia tiba di Kuala Lumpur (Destinasinya) nanti, lalu ketika ingin turun, tiba-tiba dia dapati sebelah seliparnya tidak ada dalam keretanya.

Mungkin beberapa kalimat 'kesal' keluar dari mulutnya, mungkin juga rasa geram kerana terpaksa membuat dirinya susah untuk berjalan dan sebagainya, untuk membuat 'u turn' mengambil semula selipar itu, nampaknya sudah jauh sangat, padahal ianya masih boleh di ambil, kemungkinan besar selipar itu masih ada di stesen minyak.

Moral

Kalau mak cik ini merasa kesal setelah sampau ke destinasinya, 

Read more »

 
Tuesday, January 24, 2012

Murshidi Mustafa : Dalam Kenangan

SALOR. 24 Januari 2012..Bertahun lamanya saya berkeinginan untuk menziarahi kubur arwah, (Murshidi Mustafa, teman sepengajian di Banda Aceh 1998-2000) baru hari ini hal itu terjadi.

Sebelumnya sempat menziarahi orang tuanya di Kampung Gertak Lembu. Bapanya kini berusia 65 tahun. Mengikut cerita dari adiknya, arwah meninggal pada 28.05.2012 di Hospital Ampang. 2 minggu sebelumnya arwah ada pergi mandi di Air Terjun Bukit Belacan (dimana ya).Kawasan Ampang lah ni.

Pulang dari situ, selama dua minggu mengalami sakit-sakit, akhirnya 28 Mei beliau di bawa ke Hospital. Sedangkan dirumah tidak mampu lagi berjalan, hanya mengensot, arwah terus dibawa ke ICU, jam 12.00 malam terus menghembuskan nafas yang terakhir.Doktor telah meramalkan keadaannya sangat kritikal.

Anak sulong dari 8 orang adik-beradik ini mempunyai cita-cita yang tinggi.Sukar di tebak keinginannya yang luas. Minat bidang perniagaaan, perubatan, pembuatan buku dan sebagainya. Tapi tak sempat menghabiskan pengajian bersama kami di Aceh, beliau menyambung ke Padang dan mennyelesaikan Ijazah Pertamanya dalam bidang syariah di Pekan Baru.

Ketika sama-sama belajar di Aceh, saya bercerita padanya tentang cari wang derma di Kuala Lumpur, menumpang di rumah Pok Hen, arwah setuju ikut saya ke Kuala Lumpur. Lalu pada semester kedua, kami pulang dan berdomisili di Selayang Pandang. Dari rumah setinggan itu, kami mengatur langkah menuju ibu kota Kuala Lumpur. Pok Hen yang menjadi pengatur strategi.

Saya tidak tahu persis, kenapa beliau ingin pindah belajar dari Aceh ke Padang, katanya kerana peperangan, ah..saya tidak peduli sama peperangan, walau bom dan tembakan M16 bergema di sana-sini, apa lagi di malam hari. Saya teruskan juga langkah demi langkah, akhirnya sampai ke kemuncaknya. Sedangkan beliau berada di Padang.

Inilah buku yang sempat disiapkan beliau, yang pernah saudara Saiful Rizam bersembang di KL. Beliau banyak kenalan orang-orang besar yang ntah dari mana kata adiknya, datuk-datuk, orang-orang kaya. Nampaknya hasrat arwah banyak nak melakukan itu dan ini. Maklum beliau anak sulung. Tapi sayangnya, tempoh hidupnya ternyata sekejap cuma.

Kulit Belakang bukunya, memaparkan beliau pernah belajar di IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, kemudian ke Padang dan akhirnya ke Pekan Baru. Namun sempat juga belajar di MADEWA dan Pondok (Pesantren) Lam Ateuk, Banda
  
Wajah ibu dan bapa Murshidi, saya ke kubur arwah bersama bapanya dengan membonceng motosikal. Kalau ada sesiapa yang masih terlekat hutang dengan arwah, boleh lah hubungi keluarganya, atau pun menghalalkan sahaja seberapa yang mampu atau kesemuanya, itu lagi bagus, semoga ruh beliau tenang bersemadi di tanah perkuburan Gertak Lembu, Salor.

Kepada yang mengenalinya, mari kita sedekahkan Al-Fatihah.

Read more »

 
Thursday, January 19, 2012

Borang Maklumat Ahli PRS

BANGI : 20 Jan 2012. Saya  mencari borang maklumat PRS di dalam folder kursus PRS 3 tahun yang di Port Dickson, namun tak jumpa. Maka terpaksalah saya create yang baru. Mudah-mudahan yang ini pun dapat membantu sebelum kawan-kawan dapat memberikan contoh borang yang sebenar.

Read more »

 

Mandi Sungai Waktu Koko-Tindakan Merugikan

RABU:17 Januari 2012. Sekumpulan murid tahun 4 didapati tidak menghadiri kelas Koko. Mereka pergi mandi sungai di Bangi. Menurut seorang warga Kampung Bangi, beliau telah melihat sekumpulan murid ini mandi semasa pelajar lain sedang menghala ke sekolah.

Lalu beliau menghubungi seorang guru untuk memaklumkan hal yang demikian. Ketika 2 orang guru tiba dilokasi, seramai 8 orang sedang mandi dengan riang ria. Ketika ditanya mengapa tidak hadir koko, jawapnya saya tidak ada buku koko.

Mereka disuruh naik dan hadir ke sekolah. Rupanya hanya seorang yang hadir, manakala yang lain pergi ke Cyber Cafe.

Bukan apa cikgu, jelas pemanggil, di situ banyak Ular Senduk. Huh... Cikgu pun takut. Sekali kena patuk, boleh membuat mangsa mati disitu juga.

Ketika sesi soal jawab besoknya, mereka mengatakan keluarga mereka jarang mendapat cuti. Makanya kesempatan untuk mandi sungai atau laut, tiada dalam hidup mereka. Bukan tak boleh mandi sungai, tapi jangan waktu koko dan mandilah dengan mendapat kebenaran dahulu dari ibu dan bapa. Bukan apa, cikgu pun takut ular senduk tadi.

Read more »