Wednesday, February 29, 2012

Semangat Perlu Membara

AMPANG. 1 Mac 2012. Terima Kasih kepada guru-guru SK Taman Bukit Teratai, juga buat Cikgu Widyawati atas jemputan saya menyampaikan ceramah Motivasi UPSR hari ini.

Read more »

 
Monday, February 27, 2012

Andai Masa Dapat ku Putar Kembali

NILAI..Sayu melanda hati ini, bila menatap gambar ini yang menjadi kenangan zaman berzaman.Apa tidaknya, semua nama-nama yang tercatat di atas sudah pun pergi dibawa arus Tsunami 2004. Tepatnya 26 Disember. Hanya 15 minit air hitam mematuk rumah-rumah di Kampung Jawa. Pak Buyung (paling kanan) merupakan ayah kepada Dayat (ana paling bongsu) terpaksa menanggung perpisahan buat selamanya dengan anak dan isteri. ( Bu Sum).

Dari kiri, Si Fir, bapaknya Pak Jamal, Ir, Pak Syed, Saya, Dayat, penulis, pak Hasan, Mimi, Ardian Shah dan Pak Buyung, Yang masih hidup ialah Mimi, Pak Syed, Ir dan saya.Yang lain semuanya sudah pergi, kendatipun Pak Buyung baru saja menutup matanya beberapa tahun lepas.(Al-Fatihah)

Sedangkan Si Ir (3 dari kiri) selamat bersama dengan Rara (Adiknya). Ir kini bertugas sebagai anggota polis. Namun setelah bapaknya meninggal, rumahnya di Aceh dijual. Untuk membantu masa depan Rara, bapaknya membeli sebuah rumah baru di Medan.

Pada tahun 2002 saya baru pulang dari Indonesia, tahun 2004 Tsunami melanda Aceh. Jauh dalam lubuk hati, rasa kesian sangat pada ibu-ibu (majoriti) yang sering mendengar syarahan saya setiap petang minggu di Kampung Jawa. Nak pergi tak ada wang, maklum baru balik dan belum punya pekerjaan tetap. Rumah Pak Amir Kambing (Orang Banten) sering penuh bila hari Ahad. Ibu-ibu datang untuk mengaji dan solat Asar berjamaah. Habis solat, Pak Amr arahkan saya menyampaikan syarahan.Ini berlaku selama hampir setahun lamanya.

2007 saya menggagahkan kaki untuk singgah di Banda Aceh, hari itu suasana raya,, tunggu punya tunggu bas dari Medan tidak juga muncul, akhirnya kami menaiki Van Rusa. Selama 15 jam perjalanan dari Langkat ke Banda Aceh, kami bergilir memandu Rusa. 

Seorang ibu (Mama Cut) menyambut kedatangan kami dengan gembira, maklum lama tak jumpa. Sempat Ibu Mama Cut bertanya kepada saya, "Pak Sam udah lupa sama kami ya? Kok nga pernah ke mari" Gambar ibu dan rumahnya tak sempat saya upload. Namun foto rumah mereka yang baru setelah rumah lama ditelan ombak naga telah saya upload ke Facebook.

Rupanya

Banyak hal yang kita tidak sangka akan berlaku dalam dunia ini.Termasuklah pertemuan dan perpisahan dengan seseorang. Andainya masa kan bisa kita ulangi kembali, nescaya akan saya putar kembali, untuk meniti hari-hari remaja yang sangat indah. Membaiki kesilapan masa lampau, membuang jauh kebodohan diri. Sesungguhnya manusia itu sikapnya tergesa-gesa, apabila diberi kebaikan dia menjadi bangga dan apabila diberi kesusahan dia gelisah - (Al-Maarij : 19)

Semoga jasad-jasad di atas bersemadi dengan tenang. Pak Tengku (Ayah pada Ardian Shah) berkata isterinya akan ke Mekah tahun depan (2013). Wah...walaupun kerja Pak Tengku hanya nelayan, tapi sempat juga mengumpul wang untuk ke Mekah.

Saya bertanya padanya, dimana agaknya mayat Yan (panggilan manja untuk Adrian). Entahlah jawabnya, saya pun tak tahu.Saya sudah pergi kemana-mana waktuhari tu (Tsunami) mencari mayatnya, namun tak ada kontak sikit pun.

Kepada anak-anak yang pernah bersama dengan saya dan isteri dahulu di Bumi Rencong, tunggu kami di syurga ya.

Read more »

 

Jadual Waktu Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Read more »

 
Friday, February 24, 2012

DVD tutorial Untuk Menjadi Bijak Photoshop

macam mana gambar di atas boleh jadi seperti dibawah


atau pun seperti ini

Alangkah cantiknya gambar-gambar yang ada dalam facebook, laptop, power point dan bahan P&P Cikgu bila cikgu rajin edit dengan perisian Photoshop.



Tapi berapa ramai antara kita yang mahir dengan photoshop, sedangkan hati selau duk cemburu bila melihat kekawan pandai edit kawan. Nak tanya bukan mudah dia orang nak ajar kita kan.




Sudahnya kita simpan dan simpan hasrat itu sampai ke sekarang.


Tapi..


Cikgu-cikgu tak perlu risau lagi, sekarang sudah ada ratusan video tutorial bagaimana menggunakan perisian ini. Saya sendiri asalnya kosong bab benda alah ni, tapi lama-lama makin seranok, kawan-kawan pun minta buat banner, backdrop, button batch la dan lain-lain.




DVD Photoshop Top Secret adalah satu Kursus Latihan Photoshop Extreme yang mengajar anda langkah demi langkah, Bagaimana untuk mencipta grafik canggih dan Kesan khas dengan Adobe Photoshop. 4DVD-ROM ini sangat mesra pengguna dengan 16 GIGABAIT tutorial video dan fail projek. Video HD. Sangat Jelas. Anda juga boleh melayari www.photoshoptopsecret.com.




Anda boleh melihat, belajar, mengamal, dan menguasai teknik-teknik ini dimana jua anda berada, tanpa perlu hadir ke kelas yang mahal atau tutor yang rumit. PESAN SEKARANG!




Nanti Dahulu! Anda bukan sahaja akan memiliki 4DVD Utama itu sahaja. Tetapi saya akan memberi DVD Editing Potrait secara Percuma. Semuanya hanya berharga RM40 termasuk kos penghantaran termasuk Sabah dan Sarawak. Apa salahnya melabur hanya RM40 untuk ilmu sebegini seumur hidup. Jangan tunggu lagi.


TEMPAHLAH SEKARANG!


Reply jika anda berminat tentang DVD ini. Saya akan inform tentang proses pembayaran kepada anda. Terima Kasih.

Read more »

 
Saturday, February 18, 2012

Pengawas Sekolah Pemimpin Cilik Masa Sekarang

Pengawas dari SK Seksyen 7 mendengar ceramah cikgu pagi ini dengan ceria.

Pengawas-pengawas dari SK Taman Jasmin bersemangat dan mendengar ceramah cikgu dengan penuh tumpuan. Tahniah!!

18 Feb 2012.KAJANG.Dua buah sekolah telah menjemput saya hari ini untuk menyampaikan pengisian ceramah tentang Kepimpinan. Tugasan Pengawas kita kemudiankan dulu, yang pertama dalam Islam memang mengangkat darjat pemimpin, buktinya dalam tiap kali solat, selepasnya kita diminta berdoa, yang antara lain isi doanya, Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.

Tengok tu, kita disuruh jadi pemimpin.Manakala dalam hadis pula, yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim, menyatakan, ada 7 golongan yang akan berada dibawah naungan Arasy Tuhan akhirat nanti ketika itu matahari panas bagaikan sejengkal dengan kepala. Yang pertama menjadi VVIP ialah Pemimpin yang Adil.

Tengok tu lagi. Awal-awal lagi pemimpin dipanggil. Hebatkan orang yang boleh menjadi pemimpin ini? Saya nak ucapka syabas dan tahniah, kepada semua pengawas-pengawas di sekolah seluruh Malaysia yang telah dilantik ke jawatan itu.

Percayalah, kamu dipilih bukan kerana cikgu nak kenakan kamu, tetapi dalam diri kamu memang ada potensi, kelayakan yang sesuai dengan kamu. Kerana itu cikgu berikan keyakinan untuk kamu, kepercayaan dan yakin dengan kualiti kamu.

Jika kamu rasa macam tak sesuai dengan tugas itu, kamu perlu belajar menyesuaikan diri dengannya. Sebagai contoh, biasanya si Amat selalu jadi makmun di surau, jadi dia membaca ayat-ayat dalam solatnya secara sirr (perlahan), tetapi satu hari, imam tidak dapat hadir kerana terlambat, maka ditolak lah si Amat menjadi imam pada hari itu. Maka Amat perlu mengambil tanggungjawab  untuk memimpin solat berjamaah. Dia perlu kuatkan suaranya apabila tiba pada perpindahan antara rukun ke rukun. Dari qiam ke rukuk. Kalau lah si Amat tetap menyebut perlahan ketika itu, maka kucar kacir sang ibu ibu dibelakang tabir yang tidak mendengar suara imam.

TEMPOH BERUBAH

Maka seseorang perlu berubah ketika dia dilantik menjadi Imam. Untuk berubah tidak memerlukan masa bertahun-tahun. Dalam masa itu juga, dia boleh membuat perubahan.

Read more »

 
Tuesday, February 14, 2012

Mengubah atau di ubah?

Ada yang berkata "Orang lain tidak boleh mengubah hidup kita, gaya hidup kita, cara hidup kita". Namun saya melihat, adakalanya "seseorang" boleh memberikan perubahan kepada orang lain. Kita juga pernah di ubah oleh 'seseorang' yang lain dalam hidup kita. Kita pernah di pandu menuju ke satu jalan, ke satu pemahanan, ke satu perjuangan oleh 'seseorang' yang lain.

Apakah anda, tidak memerlukan bantuan orang lain untuk berubah? Untuk menguatkan semangat anda? Untuk membetulkan diri anda dalam perjalanan menuju Tuhan? Apa anda rasa sudah betul semuanya? Sujud anda, rukuk, bacaan-bacaan, kefahaman dan sudah layak diterima sebagai amal dari anda untuk Nya?

Read more »

 
Monday, February 6, 2012

Tali Leher PRS


Tali Leher PRS RM8.50 Satu




Maybank : 10301 608 6535
CIMB : 0510 0000 694 209

Emelkan Bukti Penyetoran Wang ke emel berikut

afraima@yahoo.com

Read more »

 
Sunday, February 5, 2012

Cantik jambatan ini

Tanpa jambatan sukarnya penduduk sebuah  daerah berhubung dengan daerah lain. Itu jika jarak tempat menjadi pemisah. Pun begitu jika tinggal dalam sebuah taman atau kampung yang sama, tapi tiada 'jambatan' yang menghubung atau mengikat sebuah jalinan persahabatan, pun hubungan itu tidak wujud dan tiada berlaku.

Read more »

 
Thursday, February 2, 2012

Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Enggeris

Dewan yang indah berseri dengan warna terbaru, oren
Sebahagian murid perempuan sedang mendengar penjelasan dari Pn Ratinah
Haris sedang mengerengkan badannya supaya tidak ketinggalan masuk dalam blog cikgu
SANTAI.....Cara murid lelaki mendengar sayarahan....
Sempat mengukir senyuman tak semanis madu...hehe
Calon-calon UPSR 2012, murid terdiri dari 4 kelas
mendengar dengan teliti sambil menghayati... lihat Izyani Haron, sedang memasukkan maklumat yang diterimanya ke dalam minda...
Bersemangat dari awal hingga akhir..
Nazreen bangun menjawab soalan... beliau merupakan pelajar yang kuat ingatan, ketika sesi hafalan di dalam kelas, beliau dapat menewaskan pelajar yang lain...
Penceramah jemputan dari  SK Bandar Seri Putra, Pn Hjh Ratinah

Read more »