Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Blog Archive

Saturday, February 18, 2012
Pengawas dari SK Seksyen 7 mendengar ceramah cikgu pagi ini dengan ceria.

Pengawas-pengawas dari SK Taman Jasmin bersemangat dan mendengar ceramah cikgu dengan penuh tumpuan. Tahniah!!

18 Feb 2012.KAJANG.Dua buah sekolah telah menjemput saya hari ini untuk menyampaikan pengisian ceramah tentang Kepimpinan. Tugasan Pengawas kita kemudiankan dulu, yang pertama dalam Islam memang mengangkat darjat pemimpin, buktinya dalam tiap kali solat, selepasnya kita diminta berdoa, yang antara lain isi doanya, Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.

Tengok tu, kita disuruh jadi pemimpin.Manakala dalam hadis pula, yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim, menyatakan, ada 7 golongan yang akan berada dibawah naungan Arasy Tuhan akhirat nanti ketika itu matahari panas bagaikan sejengkal dengan kepala. Yang pertama menjadi VVIP ialah Pemimpin yang Adil.

Tengok tu lagi. Awal-awal lagi pemimpin dipanggil. Hebatkan orang yang boleh menjadi pemimpin ini? Saya nak ucapka syabas dan tahniah, kepada semua pengawas-pengawas di sekolah seluruh Malaysia yang telah dilantik ke jawatan itu.

Percayalah, kamu dipilih bukan kerana cikgu nak kenakan kamu, tetapi dalam diri kamu memang ada potensi, kelayakan yang sesuai dengan kamu. Kerana itu cikgu berikan keyakinan untuk kamu, kepercayaan dan yakin dengan kualiti kamu.

Jika kamu rasa macam tak sesuai dengan tugas itu, kamu perlu belajar menyesuaikan diri dengannya. Sebagai contoh, biasanya si Amat selalu jadi makmun di surau, jadi dia membaca ayat-ayat dalam solatnya secara sirr (perlahan), tetapi satu hari, imam tidak dapat hadir kerana terlambat, maka ditolak lah si Amat menjadi imam pada hari itu. Maka Amat perlu mengambil tanggungjawab  untuk memimpin solat berjamaah. Dia perlu kuatkan suaranya apabila tiba pada perpindahan antara rukun ke rukun. Dari qiam ke rukuk. Kalau lah si Amat tetap menyebut perlahan ketika itu, maka kucar kacir sang ibu ibu dibelakang tabir yang tidak mendengar suara imam.

TEMPOH BERUBAH

Maka seseorang perlu berubah ketika dia dilantik menjadi Imam. Untuk berubah tidak memerlukan masa bertahun-tahun. Dalam masa itu juga, dia boleh membuat perubahan.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers