Saturday, March 31, 2012
Wednesday, March 28, 2012
Tuesday, March 27, 2012

Kalam Hikmah

Usaha

Read more »

 

Buletin ke 3 2012



Galakan Memberi Salam

Antara program yang telah berjalan pada bulan Mac ini ialah galakan memberi salam.

Hal ini tanda kasih kita sesama kita, kasih guru pada murid dan sebaliknya. Ada kelebihan yang besar rupanya bagi siapa yang mendahului memberi salam. Ganjarannya lebih besar berbanding yang menjawab.
Cikgu-cikgu sekolah kalau rajin memberi dan menjawab salam, mudah-mudahan akan diberikan kesihatan sepanjang masa. Susah nak demam, apalagi sakit teruk. Apa tidaknya, hari-hari ada orang bagi salam, ramai-ramai pulak tu.

Satu kelas bagi salam, maknanya paling kurang 30 orang mendoakan cikgu supaya selamat dan mendapat rahmat Allah Taala.

Sabda Nabi Muhammad SAW mafhumnya, “Barangsiapa yang terlebih dahulu mengucapkan salam, akan dicabut darinya sifat takabur” Sifat takabur ialah satu sikap yang tidak baik. Suka membesarkan diri sendiri, suka menunjukkan dia hebat, pandai, bijak dan segala-galanya.

Lawan dari sifat Takabur ialah Tawaduk.Sifat Tawaduk ialah sifat merendah diri. Sifat ini tuhan suka.
Kita sebagai hambaNya memang layak merendahkan diri kita. Sebab semua yang kita miliki, semuanya datang dari pemberian Dia. Sebab itu, antara nama Allah ialah Arrozaak.(Maha Pemberi)

Perhatikan tubuh kita, siapa bagi? Anggota badan seperti mata, telinga, mulut, hidung, kaki, perut dan diberikan juga fungsi yang sepatutnya kepada semua alat-alat itu.

Otak kita yang boleh menyimpan semua data, warna, bau, perasaan pada waktu itu dan segala-galanya. Canggih kan. Lebih canggih dari sebuah komputer.

Apa kata kalau mata tak berfungsi, ada tetapi tidak boleh melihat, ada telinga tetapi tidak boleh mendengar. Ada mulut tetapi bisu. Sangat-sangat sedih kan. Ada tapi bagaikan tidak ada. Seolah-olahnya seperti alat perhiasan.

Semua pemberian itu adalah pinjam-pinjaman semata. Mungkin satu hari nanti, Dia akan ambil semula. Pada waktu itu, kita perlu redha.

Orang yang redha dengan Allah Taala, akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Wah…. bukan mudah ya hendak dapat pangkat redha ini.

Redha bukan hanya rela dijadikan sebagai manusia, tetapi rela melakukan apa sahaja demi mematuhi kehendak Allah.Rela menurut apa sahaja kehendakNya. Itulah nilai hamba yang sejati. Rela dengan takdirnya, baik buruk, senang susah, di terima pemberian tuhan dengan hati yang redha.

Kalau Allah perintahkan kita solat, maka kita kenalah solat. Walaupun terasa solat itu berat sangat.
Soal Selidik

Beberapa buah sekolah yang cikgu pergi berceramah termasuk SK Bangi, sangat-sangat menyedihkan bila ditanya berapa ramai yang solat “full” semalam. Dari 120 orang calon UPSR hanya 17 orang yang angkat tangan.

Maknanya, kita masih tidak berapa mengambil berat soal solat. Mak ayah kita pun mungkin tidak pandang solat itu sangat penting. Walaupun agak pahit, itulah kenyataannya. Kalau tidak, kenapa 100 orang lagi itu tidak boleh solat dengan sempurna? Zohor buat, Asar tak sempat, Maghrib buat, Isyak terlepas.

Padahal kita ni sedang mengejar kejayaan. Dengan siapa lagi harus kita meminta, merintih dan berdoa kalau bukan dengan Allah Taala.

Aneh, jika ada orang selalu berdoa, memohon itu ini dengan Allah, tetapi dia tidak solat.Solat itu kan berasal dari perkataan “silah”, maknanya hubungan. Tidak solat, maknanya tidak ada hubunganlah dengan tuhannya.
Fuh! Gawat kan. Hanya orang yang solat biasanya akan berdoa.

Sebab Anak Susah di Bimbing

Salah satu punca anak-anak susah dibimbing ialah kerana kurangnya doa dari ibu dan bapa untuk anak-anak mereka. Doa tak bersungguh-sungguh. Mengharap anak akan tahu sendiri nilai yang baik dan buruk. Padahal, untuk melaksanakan kebaikan pun perlukan taufik dan hidayah. Harapan cikgu, tolonglah buat perubahan.
Utamakan soal hubungan kita dengan Allah Taala.

Andai kita cerdik, dapat masuk sekolah asrama penuh sekalipun, kalau bab hubungan dengan Allah Taala kita gagal. Tidak ada maknanya kata orang.

Bantuan dari TNB

Kita semua mengucapkan rasa syukur dan terima kasih banyak pada pihak Tenaga Nasional Berhad atas terbukanya hati mereka untuk membantu kewangan. Bantuan mereka telah meringankan bebanan ibu bapa anda semua. Tidak perlu lagi membeli buku-buku untuk membuat latihan.
Manfaatkan sepenuhnya nikmat itu.

Kempen Makan Tak Tumpah

Program yang baru dilancar akhir bulan Mac ialah “Program Makan Tak Tumpah”.
Pihak Hal Ehwal Murid dipengerusi Puan Norizah mengambil inisiatif ini untuk mendidik pelajar semua agar menjadi manusia yang menghargai nikmat Tuhan kepada kita yang melimpah-ruah. Sangat sedih jika kita tidak hargai rezeki tuhan, sedangkan di Somalia, Afrika dan negara kebuluran, mereka hari-hari tidak cukup makan.

Lihatlah badan mereka kurus, sampai nampak tulang dada. Ada yang terpaksa makan nasi yang sudah basi. Ada yang berkongsi dengan haiwan.

Facebook

Ini kisah budak-budak zaman sekarang. Semenjak wujudnya dunia facebook semua nak daftar facebook. Tidak ada facebook, sampai menangis nak buat facebook.

Ada satu kisah pasal facebook ni, seorang perempuan, dia ada facebook, tetapi kemudian meninggal, tidak dapat dipastikan pula sebab apa dia meninggal.

Malamnya, mak dia bermimpi, anaknya yang meninggal itu menangis-nangis, minta tolong di buang semua gambar-gambar dalam facebook nya yang tidak menutup aurat. Katanya dia amat tersiksa kini di alam kubur.
Namun apa boleh orang lain buat. Kerana kata kuncinya tiada siapa yang tahu. Jadi, kalau kamu nak selamat, usahlah letak gambar-gambar yang macam itu. Atau berikan kata kunci kamu pada rakan yang rapat. Kalau kita meninggal nanti mudah orang hendak tolong edit.


Berita Lain : PAFA

PAFA ialah Perkara Asas Fardu Ain. Semua murid mesti ambil berat dengan hal ini. Mohon ibubapa bagi kerjasama, mohon peruntukan masa untuk mendengar bacaan solat anak-anak.
Selain itu ada juga tayamun, 2 kalimah syahadah.
Sasaran murid yang terlibat ialah dari tahun 1 hingga 6.

Pembentukan asas semua murid adalah dari sini. Sambil-sambil tu mak ayah pun boleh belajar sekali lagi.
Majalah Sekolah

Pada tahun ini beberapa orang guru mula bercakap tentang Majalah Sekolah.

Sekian lama kita belum pernah ada majalah seumpama itu. Jikalau hasrat ini menjadi kenyataan, cikgu minta semua murid melibatkan diri untuk membantu selesainya Majalah Sekolah ini.

Read more »

 

Tingkat Keceriaan Bilik

Read more »

 

Antara Ombak dan Pantai

A : Amacam, sudah mula bangun tahajud?
B : Dah...tapi baru sekali je
A : Jam berapa bangun nye tu?
B : Jam 2 pagi
A : Buatlah lewat2 sikit, jam -jam 5 pagi gitu untuk permulaan
B : Susah la nak bangun
A : Kalau susah nak bangun, buatlah masalah.
B : Hah Buat masalah?
A : Ya Lah.. kita kalau ada masalah memang tak boleh tidur kan, tidur pun tak lena, makna tak kenyang, mandi tak basah.
B : hahaha.

Read more »

 
Monday, March 26, 2012

Hidupkan Salam...Sebarkan Syiar Islam





Salam


Program yang telah berjalan pada bulan Mac ini ialah galakan memberi salam. Hal ini tanda kecintaan kita sesama kita, cinta guru pada murid dan sebaliknya. Ada kelebihan yang besar rupanya bagi siapa yang mendahului memberi salam. Sabda Nabi “Orang yang terdahulu memberi salam, akan tercabut darinya sifat takabur”.

Cikgu-cikgu sekolah kalau rajin memberi dan menjawab salam, dia akan diberikan kesihatan sepanjang masa. Susah nak demam, apalagi sakit teruk. Apa tidaknya, hari-hari ada orang bagi salam, ramai-ramai pulak tu.

Satu kelas bagi salam, maknanya 30 orang mendoakan cikgu supaya selamat dan mendapat rahmat Allah Taala.

Sabda Nabi Muhammad SAW mafhumnya,  “Barangsiapa yang terlebih dahulu mengucapkan salam, akan dicabut darinya sifat takabur” Sifat takabur ialah satu sikap yang tidak baik. Suka membesarkan diri sendiri, suka menunjukkan dia hebat, pandai, bijak dan segala-galanya.

Lawan dari sifat Takabur ialah Tawaduk.Sifat Tawaduk ialah sifat merendah diri. Sifat ini tuhan suka.

Kita sebagai hambaNya memang layak merendahkan diri kita. Sebab semua yang kita miliki, semuanya berasal dan datang dari Dia.

Perhatikan tubuh kita, siapa bagi? Anggota badan seperti mata, telinga, mulut, hidung, kaki, perut dan diberikan juga fungsi kepada semua alat-alat itu.

Apa kata kalau mata tak berfungsi, ada tetapi tidak boleh melihat, ada telinga tetapi tidak boleh mendengar. Ada mulut tetapi bisu. Sangat-sangat sedih kan.

Semua pemberian itu adalah pinjam-pinjaman semata. Mungkin satu hari nanti, Dia akan ambil semula. Kita perlu redha.

Orang yang redha dengan Allah Taala, akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Wah….bukan mudah ya hendak dapat pangkat redha ini.

Redha bukan hanya rela dijadikan sebagai manusia, tetapi rela melakukan apa sahaja demi mematuhi kehendak Allah.

Kalau Allah suruh kita solat, maka kita kenalah solat. Walaupun terasa solat itu berat sangat.

Soal Selidik

Beberapa buah sekolah yang cikgu pergi berceramah termasuk SK Bangi, sangat-sangat menyedihkan bila ditanya berapa ramai yang solat “full” semalam. Dari 120 orang hanya 17 orang yang angkat tangan.

Maknanya, kita masih tidak berapa berapa mengambil berat soal solat.

Padahal kita sedang mengejar kejayaan ni. Dengan siapa lagi harus kita meminta, merintih dan berdoa kalau bukan dengan Allah.

Aneh, jika ada orang selalu berdoa, memohon itu ini dengan Allah, tetapi dia tidak solat.
Hanya orang yang solat biasanya akan berdoa.

Salah satu punca anak-anak susah dibimbing ialah kerana kurangnya doa dari ibu dan bapa untuk anak-anak mereka.

Read more »

 
Saturday, March 24, 2012

Siapa yang takutkan MATI, Baca ini.

24 Mac 2012.Sekolah Alam Shah, Putra Jaya.Berikut adalah sedikit khulasah ceramah saya tadi di Masjid dalam Sekolah Alam Shah. Hal ini (ilmu) tidak diajar dalam mata pelajaran dalam kelas. Saya turunkan dari kitab lama.


Dan satu bab (bab ke6) Pada kitab pada menyatakan bahawa setelah keluar ruh  meninggal dunia, kemudian pergi ia ke kuburnya dan pulang ke rumahnya. 

Telah bersabda Nabi "Apabila keluar ruh itu daripada badan anak Adam maka apabila lalu 3 hari, berkata ruh itu"


"Ya tuhanku, izinkan olehMu bagiku untuk ke berjalan ke kuburku, dan aku lihat kepada jasadku yang adalah aku (dulu duduk) padanya"

Maka memberi izin Allah Taala baginya, maka datang ia kepada kuburnya dan menilik ia kepadanya dari jauh, sesungguhnya telah mengalir daripada 2 lubang hidung dan mulutnya itu darah dan menangis ia akan tangisan yang panjang, kemudian berkata ia :

"Oh Jasadku yang miskin, Hai Kekasihku, adakah engkau ingat akan beberapa hari  dalam hidup engkau, bermula rumah inilah rumah yang liar, rumah bala, rumah penderitaan, rumah dukacita dan rumah penyesalan "

Hari kelima

Kemudian berjalanlah (pergi)  ia. Maka apabila tiba hari kelima, berkata ia,

"Wahai Tuhanku, izinkan olehMu bagiku hingga dapat aku melihat akan jasadku" Maka memberi izin akan Allah Taala padanya. Maka datang ia ke kuburnya dan melihat ia dari jauh. Dan sesungguhnya telah mengalir dari 2 lubang hidungnya, mulutnya dan telinganya itu air danau dan nanah, maka menangis ia akan sebagai tangisan yang panjang.kemudian berkata ia :

"Hai jasadku yang miskin adakah engkau ingat akan beberapa hari semasa hidup engkau dalam dunia dahulu, akan rumah ini yang penuh dukacita, cobaan, ular, kala jengking dan sesungguhnya telah memakan ulat itu akan daging-daging engkau dan telah mencarik ia akan kulit engkau dan segala anggota badan engkau"

Kemudian pergilah ia. Maka apabila tiba hari ketujuh, berkata ia "Hai Tuhanku, izinkan olehMu akanku untuk jengok akan jasadku" 

Maka memberi izin Allah Taala baginya.Maka datang ia ke kuburnya, maka menilik ia dari tempat yang jauh, dan sesunguhnya telah jatuh padanya (jasad) ulat yang amat banyak, maka menangis ia akan tangisan yang amat sangat sehingga berkata ia.

"Hai jasadku, adakah engkau ingat akan beberapa selama hidup engkau dahulu, dimanakah segala anak engkau, dimanalah segala keluarga engkau, dimanakah aurat engkau, dan dimanalah segala saudara engkau, serta jamaah engkau,dan dimanakah jiran engkau, yang engkau suka berkawan dengannya, pada hari ini, menangis ia atasku dan atas engkau" 

Dan diriwayat daripada ABu Hurairah, Apabila mati orang mukmin, beredarlah ruhnya pada keliling rumahnya sebulan, maka menilik ia pada barang yang tinggal daripada hartanya, betapa telah dibahagi-bahagikan akan dia, dan betapa telah ditunaikan akan hutangnya.


Maka apabila sempurna baginya satu bulan, berkeliling ia pada kuburnya, maka berkeliling dia kemudian daripadanya hingga sempurna setahun, maka menilik ia akan orang yang meminta doa baginya, dan orang yang dukacita ia atasnya dan apabila sempurna setahun, di angkatkan ruhnya ke tempat perhimpunan segala ruh hingga hari kiamat.

Read more »

 

Satu Tin Air, Tanda Kenangan

24 Mac 2012. Pn Zalmie menjemput saya ke sekolah beliau hari untuk menyampaikan ceramah kepimpinan kepada anak-anak muridnya.Antara isi ceramah tadi ialah :
 
1. Pemimpin merupakan orang pertama atau VVIP yang akan dijemput duduk dibawah naungan Arash di padang Mahsyar kelak.

2. Orang yang pernah menangis kerana takutkan Allah Taala akan dijemput untuk duduk dibawah Naungan Arash. Kalau ingin ketawa, biasanya manusia akan jumpa manusia ramai. tetapi jika anda ingin menangis, duduklah sendirian. Ingatlah dosa-dosamu. Bila kah masa paling sesuai duduk sendirian? Ketika dimalam hari, semua manusia sedang tidur. Makanya disebut dalam hadis, "Zakaral lah ha kholian, fafadhat 'ainahu" Mengingati Allah dikala bersendirian, maka mengalirlah kedua air matanya.


Ikrar Pengawas untuk menjadi pengawas yang berdedikasi. Pemimpin cilik yang akan memikul tanggungjawab demi kebaikan sekolah tercinta.
Air tanda kenangan

Ketika nak balik, seorang pelajar lelaki datang, jumpa saya
Cikgu.... ada orang bagi ni katanya, (Sambil berikan setin air)
Siapa ? lelaki ke perempuan.?
Perempuan jawabnya...

Hmmmm...tERIMA kASIH
 

Read more »

 
Tuesday, March 20, 2012

Hilmieah Ainoul Mardhiah


Memasuki Usia 6 Bulan.Di Lahirkan 16 September 2011 (Hari Penubuhan Malaysia) Hospital Serdang

Read more »

 
Monday, March 19, 2012

Mengenang yang pergi,menghitung hari yg ada lagi

Bila terkenang nama-nama ini,sayunya perasaan memenuhi diri, (1)Almarhum Zamani (Sg Budur),(2)Zaki (Sik),(3)Cikgu Fakhrul,(4) Muammar,(5)Ramli Gua Musang, (6)Warsito, (7)Asfarihan (8)Murshidi Mustafha, dan sebaris nama-nama yang tidak rapat dengan kehidupan saya, apa tidaknya, mereka semua rakan baik saya, namun kini sedang berada di dalam lapisan tanah.Adakah jasad-jasad anda telah menjadi tanah? oh sahabatku.

Oh kawan...sedang apaan anda semua sahabatku? Nama-nama kalian cukup menjadi bukti nyata, bahwa hidup ini hanyalah sementara cuma. Kita tak ubah seperti pelakon yang sedang berteater di pentas dunia, kelak, kami pun akan menyusulmu semua.

Maafkan daku kiranya ini sahabatmu, yang pernah mengaku dirimu sebagai sahabat baik dunia wal akhirah, namun sesaat terlupakan dirimu yang sedang berada di alam baqo.Ku sedar teman, pemergian mu semua tidak akan kembali lagi, dan ku sedar juga, kalian amat memerlukan doa-doa dari kami, apalagi dari anak cucu anda.

Oh Tuhan,apakah disaat pemergian ku nanti, pun begitu terpaksa memikul beban takdir seperti mereka jua,hidup seadanya, pergi alakadarnya, tak siapa mengenang lagi daku dilapisan tanah nanti. Kiri kanan hanyalah tanah, tiada suara-suara anak-anak, tiada suara-suara rakan,teman dan taulan,tiada suara kekasih, tiada bunyi alunan muzik dunia.Tiada juga tiupan angin sepoi-sepoi. Dunia sepi seribu bahasa, hanya menanti tiupan akhir seruling Israfil.

Ya Tuhan, kepada sebaris nama-nama diatas, antaranya pernah menjadi pengikutku dalam jalan menuju Mu, ampunkan dosa-dosa mereka Ya Allah, sesungguhnya rahmat Mu luas, tak terhingga. Kami insan yang penuh dosa, datang padaMu mengheret dosa-dosa yang kiranya masih belum Kau ampun.

Sebagai manusia, kami punya naluri, tahu kasih dan sayang, tahu nilai benci dan hina, ampunkan kami, andainya kami mengasihi makhluk MU, padahal wujudMu lah yang benar adanya, Kekal adanya,tak kan sirna dek hancurnya kekuasaan dunia. 


ShazaHamdy

Read more »

 

Antara Bahagia dan Derita

Tiada makhluk yang bernama manusia ingin hidup songsang tanpa kasih-sayang. Normalnya mereka akan mencari sumber yang membuat batinnya puas, bahagia,sekali pun perlu berdepan ombak lautan luas, atau rimba nan kelam, itu semua tak dipeduli, untuk sebuah kebahgiaan, itu semua sanggup dirempuhi.Biarlah kaki harus berdarah, biarpun luka terpaksa singgah dijasadnya, apalah erti sebuah kelukaan, demi sebuah harga kebahagiaan, itu lebih besar dari segalanya.

Namun ....
Ada kala dan tikanya,
Bahagia itu hadir lewat sebuah penderitaan.
Ianya ada  dalam kemiskinan, dalam derita, payah, susah dan nestapa,
ia juga terselit antara celahan rintihan sang hamba
Rintihan sang hamba memanggil tuhannya,
Ia temui kedamaian disana.
Biarpun hasrat menggunung untuk menggapai sebuah impiannya,
Berkecai bak kaca yang jatuh berderai, hancur luluh hatinya.

Namun..
Ketika dia belajar meredhai hakikat sebuah perjalanan hidup ini memang begitu, dan mulai belajar pasrah pada takdir Ilahi, jiwanya mulai sedar akan kekerdilan diri. Mulai sedar siapa DIA dan siapa aku.
Berapa banyak nikmat sudah kita telan, berapa jutaan gelen air yang sudah kita minum,
Berapa banyak udara yang pernah kita sedut dan keluar,
Oh itu semua nikmat yang lebih besar...
Patutkah daku sebagai hambaMU, meminta-minta itu dan ini......
OH Tuhan....

Tuhan...
Kau Bisa memberikan daku sesuatu yang Kau Mahu
dan Kau Bisa mengambilnya semula tanpa persetujuan ku,

Pernah ku ucapkan Selamat Tinggal pada dunia ini,
tiada lagi keinginan untuk memiliki itu dan ini,
ku serahkan sepenuhnya pada takdir Mu

Ya Allah..
Terima Kasih segalanya
Bahagia atau Derita..
Jadikan ia
Sama saja bagi ku
semuanya mendekatkan aku padaMu

Rupanya...
tidak semua bahagia itu
ada dalam senyum dan tawa
tidak juga dalam banyaknya harta
tidak pula dalam kemrwahan berpakaian

Read more »

 

Rintihan ku... Apakah Dikau Mendengarnya

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Read more »

 
Saturday, March 17, 2012
Friday, March 16, 2012

Antara Cinta dan Persahabatan

Antara cinta dan persahabatan
andai ku diberikan pilihan untuk memilih diantara kedua-duanya..
akan kupilih kedua-duanya.
kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku

CINTA...
satu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya
kerana disebalik keindahan cinta itu
tersirat seribu kepahitan
pastinya merentap kedamaian jiwa
seorang pecinta setia
tatkala ikatan diundang kekecewaan
namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
yang punya hati dan perasaan
hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini tak terungkai dengan bicara di bibir
tak tergambar dengan lakonan
begitu syahdunya dengan kurniaan ilahi
lahirnya dari hati seorang insan
berakal, beremosi,penyayang dan berperasaan....

PERSAHABATAN...
suatu ikatan yang lahir dari hati
keinginan yang ikhlas
bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
sesunggguhnya...
sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
tentang impian dan pengertian hidup ini
persahabatan yang murni dan suci
adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
diwarnai dengan keikhlasan
dicurahi dengan kasih sejati
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan
teman yang budiman
mengertilah maksudku ini
sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku
sejak perkenalan kita
kita bina tugu persahabatan
yang dipagarai besi kedewasaan
yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
tak tumbang dek rintangan
hanya satu pintaku
agar dikau sentiasa mengingati diriku....


Read more »

 
Saturday, March 10, 2012

Nak Berjaya, Tirulah Orang Berjaya


Cita-cita tertinggi sebagai mukmin ialah hidup bersama dengan Nabi-nabi, Siddiqin Syuhada di Syurga kelak. Dengan adanya cita-cita, maka akan lahirlah tindakan.Tanpa cita-cita, manusia tidak akan bertindak.

Read more »

 
Friday, March 9, 2012

Salam dari EkoKid Resort Sungai Merab

Salam buat semua kaunselor daerah Hulu Langat khususnya, buat pertama kali saya bertamu ke lokasi kem kepunyaan Cikgu Jinggo.Beliau merupakan seorang motivator yang sudah terkenal selama ini, dulunya kem beliau di daerah Gombak.

Saya mengenali beliau melalui facebook. Berikut adalah beberapa keping gambar saya tinggalkan untuk anda semua.

Laluan berhalangan
antara tempat-tempat yang menarik di sini
dalam dewan yang mampu memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa. Kebetulan semasa sesi lawatan saya ke sana, pengawas sekolah dari SMK Taman Tun sedang mengikuti program ice breaking.
Cikgu Harun atau lebih dikenali dikalangan blogger dan ahli FB Cikgu Jinggo
Untuk menghubungi di alamat facebook http://www.facebook.com/profile.php?id=100001284445933 atau klik sini 
Kantin makan
salah satu dorm atau bilik untuk peserta lelaki

Bilik untuk guru
Night Tracking



Ada monyet gak kat sini...


Read more »

 
Thursday, March 8, 2012

Pulang Kampung atau Kita di pulangkan?

Wal aakhiratu khairun laka minal uula.Dan akhirat itu lebih baik bagi mu dari yang pertama (dunia). Allah Taala mencipta 100 rahmatNya. 1 rahmatNya diberikan kepada semua penghuni dunia, kepada manusia, haiwan, jin dan tumbuh-tumbuhan, sehingga berkasih-sayang antara mereka. Tiada sang harimau marahkan manusia apabila anaknya diganggu, melainkan kerana Rahmat Allah Taala.
99 Rahmat tuhan akan tuangkan kepada manusia di akhirat kelak. Segala yang didunia ini akan sirna. Ianya bersifat fana.Tiada kekal abadi. Syurgalah tempat kembali kita yang abadi lagi bahagia. Malang jika bukan syurga lokasi penetapan kita.

Ayuhlah...berlumba-lumba menuju ampunan dan rahmatNya. Yang luasnya seluas langit dan bumi.

Update

Terima Kasih Ya Allah atas kesedaran yang Engkau limpahkan, disaat air mata masih lagi berguna buat kami. Kami sedar, lambat atau cepat, kami pasti dibawa kepadaMu, disaat air mata sudah tiada gunanya lagi.

Read more »

 
Tuesday, March 6, 2012

Get The Power From Doa

Setiap kali bunyi detik jarum jam berdetik, setiap saat itulah, tempoh kita untuk kembali kepada Tuhan semakin hari semakin dekat. Usia umat akhir zaman puratanya tidak melebihi 60 tahun. Setiap hari, minggu, dan bulan ada sahaja orang di sekeliling kita yang telah pergi. Satu demi satu.

Secara zahirnya kita bekerja dengan tubuh dan jasad atau kata orang tulang empat kerat dengan goverment atau dengan boss kita, namun secara hakikatnya kita sedang bekerja dengan Tuhan kita.

Masakan bukan dengan tuhan ? Siapa yang beri kita udara? Air? Tubuh yang sihat? Detik demi detik yang berlalu. Telah kita nikmati semua kemudahan dan prasarana yang maha harganya. Masakan kita hanya menerima sahaja nikmat-nikmat itu tanpa pembalasan kepada yang Memberi.

Kita disini bukan lama, hanya sekadar sementara jua. Dunia ini tak ubah bilik ujian kepada kita. Laksana murid mengambil peperiksaan. Keputusan ujian tidak akan dalam bilik ini. Kelak guru akan umumkan. Begitulah kita disini sepertinya sedang menjalani ujian yang maha besar, sedang menjawab kertas peperiksaan rumah tangga, pergaulan dengan orang ramai, menangani masalah-masalah yang problema yang timbul.

Kelak entah esok atau lusa, tuhan akan memanggil kita pulang. Dunia ini tempat persinggahan yang bukan abadan abada. Di sana nanti, kita akan diberikan jawapan kertas peperiksaan di dunia ini. Katakanlah kita akan menerima buku rekod ujian. Setiap jawapan yang kita jawab atau tidak, pasti tercatat semuanya, tanpa terhapus atau terdelete dalam simpanan Allah Taala.

Ujian Dunia

Segala yang kita temui di dunia ini adakalanya bisa membahagiakan kita, akan menjadi milik kita (pun buat waktu nan sementara), dan ada sebaliknya yang akan kita tinggalkan, hanya menjadi sebuah memori indah yang berkekalan. Terpahat rapi dan kejap dalam ingatan kita buat selamanya, itu selagi ingatan kita masih subur.Tangisan kita tak mampu membuat kita dapat mendakap, memeluk apa yang kita inginkan itu. Menangislah bagaimana pun, takdir tetap takdir, sebagai hambaNya yang Maha Dhaif, kita harus belajar pasrah, belajar menerima setitik demi setitik ketetapan itu.

Berbahgialah, segala yang kita inginkan ada disana. Bukankah Dia pernah berfirman "Falaa ta'lama nafsun ma ukhfiya lahum min qurrati a'yun jazaa am bima kaanuu ya'malun" Dan tidaklah mengetahui akan manusia apa yang telah kami sembunyikan buat mereka (yang sangat indah bila mata memandang) itulah sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan di dunia"

Bersabar itu adalah sebahagian kerja kita didunia. Tetap beriman dan menambah subuh iman yang ada.Menambah amal, dari hanya sekadar wajib/fardu, kita tambah yang sunat. Dari hanya solat 5 waktu, kita tambah dengan tahajud. Zikir kita tambahi masa, perpanjangkan bila keadaan mengizinkan.

Hati Oh Hati

Hati kita kekadang inginkan sesuatu yang lebih dari pemberian tuhan kepada kita. Ya, kita kekadang tak ubah seperti anak-anak, yang merenget, merintih meminta itu dan ini. Terlupa rupanya kita sedang dalam buaian takdir, bahawa apa yang telah dan akan kita perolehi, itu semuanya sudah tertulis semenjak azali. Tersimpan rapi dalam lauh mahfudz. Tiada yang bisa berubah... Betul kah begitu? Adakalanya bisa berubah, kalau tidak, untuk apa kita berdoa supaya dihindari mara bahaya? Pastinya doa kita boleh merubah takdir kan.


Apakah salah kita mendambakan sesuatu ? Oh tidak. Namun ada had nya dalam hidup ini. Makan pun sekadar kemampuan jasad kita, lebih dari itu, ia pasti memudaratkan tubuh kita. 

Salah kah kita disayangi dan menyayangi semua orang? Oh! Itu pun tidak. Rasulullah kan mengasihi umatnya, disaat ajal beliau hampir di kerongkongan, apa yang beliau sebut ialah ummatiiii, ummatiii..umatkuuuu umatku... Betapa tingginya kasih sayang beliau. Pun kita yang menjadi umatnya disuruh mengasihi malah menyintai beliau. Kita disuruh berselawat dan memberi salam padanya.

Apakah kita bersama Nabi di dunia? Tak kan, Nabi sudah tiada kan, tetapi cinta kita terhadapnya terus mekar. Bergantung nilai keimanan masing-masing orang. Namun kita ingin sekali bersama beliau di sana nanti. Tercapaikah hasrat kita itu? Mudah-mudahan dengan mengikuti jalan yang beliau lewati, kita akan sampai jua ke tujuannya. 

Firman Tuhan :

"In kuntum tuhibbuunal Lah ha fatti bi 'uunii
Katakanlah wahai Muhammad kepada umatmu, "Sekiranya kamu menyintai Allah, maka ikuti (jalan hidup) ku".




Read more »

 

Tuhan Memanggil aku....

Tuhan Memanggil

Tuhan memanggil
ku tidak menyahutnya
tuhan memanggil
aku mendengar saja.
Tuhan memanggil aku
ku sahut sekali sekala
tuhan memanggil aku
ku cuba menerimanya.
Tuhan memanggil
ku sahut bertalu-talu
Tuhan memanggil
ku jemu menyahutnya
tapi aku memaksa
diriku menerimanya
itulah diri aku
belum jinak dengan Tuhan.
Ku akan menjinakkan
dengan berkelana.

Read more »

 
Friday, March 2, 2012

Masa Bergembira Kita Ada, Tapi Tak Punya Masa Menangis

NILAI.02 Mac 2012.  Mungkin ramai antara kita yang jarang menangis. Kalau ya pun menangis, hanya dalam hati. Mengenang nasib diri yang malang atau kerana tidak dihargai oleh orang lain. Lebih banyak masa yang kita cari adalah untuk ketawa dan bergembira. Hatta terjadi, orang-orang yang banyak wang, menggunakan nikmat itu ke jalan yang salah. Saya pernah berjumpa sahabat yang mempunyai klien berpendapatan RM30,000 sebulan, dek kerana tidak tahu memanfaat wang tersebut, dia mengambil syabu buat menambah kebahgiaan (kononnya).

Jarang antara kita yang menyiapkan satu waktu untuk menangis. Kita banyak siapkan acara, momen indah, pertemuan itu dan ini, yang semuanya dalam ruang lingkup untuk kesenangan jiwa. Pantas bicara, untuk kita sesama kita, lalu dimana dari kita untuk Allah? Untuk tuan punya tubuh badan kita. Yang memberi kita segala nikmat di dunia, yang menunggu kita sembari kita pulang menemuiNYa nanti? 

Kawanku, anak isteri suami dan makluk ini semuanya makluk yang akan fana. Wujudnya  makhluk itu adakalanya bagaikan  fatamorgana. Kelihatan ada, tetapi tidak ada. Ia akan sirna pabila tiba masanya.Kita yang akan terlonta-lunta. Sang ibu yang meninggal dunia, anak nya masih kecil, sekian tahun berlalu, jumpa dengan saya di SK Kuala Pomson, dalam sesi ceramah saya bertanya, siapa antara kamu yang sudah kehilangan ibu atau ayah? Dua orang murid  mengangkat tangan, seorang ditanya, "Apa kamu buat bila ingatkan mak kamu?" 

"Saya buat bodohlah" Jawabnya selamba. Subhanallah, kesian betul sang ibu ini. Lalu saya memperbetulkan, lain kali bila ingat mak, bacalah Al-Fatihah, kamu jangan tinggal solat.Kasihani lah ibu kamu yang sedang berada di dalam lapisan bumi".

Dalam agama kita mengajar, menyeru, menyaran  kita supaya menangis. Sabda Nabi, "Jika engkau mengetahui seperti mana aku ketahui, nescaya kau banyak menangis dari ketawa". Tangisan rupanya boleh memberi ketenangan kepada jiwa. Membentuk peribadi yang positif, kuat mental menghadapi cabaran. Ada juga kajian mengatakan, kenapa perempuan rata-rata panjang usianya, sebab nya mereka sering menangis.Enzim tangisan membuat mereka jadi lebih panjang usianya ketimbang lelaki.

Tanyalah dimana-mana, siapa antara kamu yang sudah kehilangan orang tua? Kalau 10 orang angkat tangan, 8 dari mereka mengaku, ayah yang telah meninggal dunia.Subhanallah. Mana kaum Adam? Mana kaum lelaki yang gagah perkasa ? Saya ingin berpesan kepada anda, kita semua akan pergi lebih dahulu dari kaum ibu.

Pernah satu ketika, saya dan rombongan ke tempat rawatan penagihan tradisional di Kelantan, dalam lawatan ini saya bertemu beberapa orang mak cik yang sedang duduk bersembang di atas wakaf.

Mak cik, suami mak cik mana?
Tanya saya. Hmmmmm dah meninggal dah jawabnya.

Dah meninggal dah...berapa lama dah makcik? Sambil termenung sekejap.dia mengira, dah masuk 40 tahun dah.

Jawapan ini membuat saya rasa sangat terkejut.Seorang suami meninggalkan isteri 40 tahun.Sedangkan isterinya terus menjalani kehidupan dengan penuh keuzuran, apalagi memasuki usia tua renta.Saya tersentak. Nah.... benarlah...kita hidup sementara cuma.

HIDUP...kata guru saya ialah, Hanya Ini Dunia Untuk Pengabdian. Lalu untuk apa MATI. Mati adalah tujuannya Mempersembah Amalan Terhadap Ilahi.

Sungguh kesian pada seorang lelaki, yang ke sana sini, mencari rezeki buat anak dan isteri, kemudiannya dia meninggal dunia, sedang dia alpa dengan tuhannya.Solatnya tidak full, puasanya kerana WAJIB. Kalaulah bukan kerana syariat, pasti dia memilih untuk tidak berpuasa. Apalagi mengiringi dengan dzikir dan menjaga amalan zikirnya dari hilang dalam amalan hidupnya.

Memadam Api Neraka

Air mata sang mukmin atau mukminah yang menangis kerana takutkan Allah, boleh memadam api neraka. Tujuh golongan yang akan duduk di bawah Naungan Arasy di padang Mahsyar kelak pun, antaranya yang pernah menangis semasa hayatnya lantaran takut kepada Allah.

Seorang sahabat datang berjumpa Rasulullah, "Wahai Rasulullah, kenapa keras sangat mataku, hingga tak boleh menangis". Jawab Nabi,

"Bekunya mata (dari menangis) adalah kerana kerasnya hati, kerasnya hati lantaran banyaknya dosa, banyaknya dosa kerana panjang angan-angan, panjang angan-angan kerana cintakan dunia, dan cintakan dunia (itu) kepala bagi segala kejahatan"

Antara ciri orang muttaqin ialah, "Wa yas taghfiruuna bis ashar" mereka bangun minta ampun diwaktu sahur. Saudaraku, kita sesungguhnya hampir tak punya masa untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.(kalau ya pun, sebab hukum WAJIB) Sebahagian dari kita solat, bukan kerana ingin menghampirkan dirinya kepada Allah, sebaliknya solatnya hanya untuk menunaikan tangjungjawab sahaja. Berbeza tu, antara menghampirkan diri dengan sekadar menunai kewajipan. Orang yang sekadar menunai keWAJIBan nya, dia akan buat dengan batang tubuh dia sahaja. ruhnya tidak bersama-sama.

So, kita perlu sisihkan masa untuk berdamping dengan Tuhan. Untuk berdoa, minta ampun dan merintih. Menangisi masa lalu yang terbuang begitu sahaja. Menangisi masa depan yang belum tentu bagaimana.

Pernahkah anda bermimpi seseorang yang anda kenali akan meninggal dunia? Selepas itu anda terbangun kan? Sungguh nikmat mimpi itu, mimpi itu mengejutkan kita bukan sahaja dari tidur dimalam hari, tetapi dari lena yang panjang disiang hari.

Bangunlah untuk minta ampun. Kita ini banyak dosa.Bangla, Nepal dan Vietnam yang kelihatan tidak terurus, mungkin dia lebih baik dari kita.Andai kata kita meninggal dunia hari ini atau besok, belum pasti ke mana kita akan dilontarkan.Ya kan?

Kita mungkin pernah (seperti) tidak bersetuju dengan kehendak Allah. Allah telah menakdirkan untuk kita begini, sedang kita mahu begitu. Lain Allah nak, lain kita inginkan. Pada saya, itu dosa yang tersembunyi. Kehendak kita berbeza dengan yang menciptakan diri kita. Sedang Dia tahu apa yang lebih baik buat kita.Kehendak sang anak, yang berlawanan dengan ibunya sahaja sudah dikira tidak bagus. Inikan pula kehendak kita yang hina-dina dengan Iradah Nya.Subhanallah.

Orang-orang sufi bangkit melepaskan rasa rindu mereka kepada Allah, rindu untuk bertemu dengan yang dirindu. Namun malang seribu kali malang, kalau kita tidak rindu pada yang TERLALU banyak berjasa pada kita.Bukankah dia nama Allah? Kita berdosa...merindui makhluknya.... sedang belum pasti dia pun ke mana akan pergi.

Read more »