Monday, March 26, 2012

Hidupkan Salam...Sebarkan Syiar Islam





Salam


Program yang telah berjalan pada bulan Mac ini ialah galakan memberi salam. Hal ini tanda kecintaan kita sesama kita, cinta guru pada murid dan sebaliknya. Ada kelebihan yang besar rupanya bagi siapa yang mendahului memberi salam. Sabda Nabi “Orang yang terdahulu memberi salam, akan tercabut darinya sifat takabur”.

Cikgu-cikgu sekolah kalau rajin memberi dan menjawab salam, dia akan diberikan kesihatan sepanjang masa. Susah nak demam, apalagi sakit teruk. Apa tidaknya, hari-hari ada orang bagi salam, ramai-ramai pulak tu.

Satu kelas bagi salam, maknanya 30 orang mendoakan cikgu supaya selamat dan mendapat rahmat Allah Taala.

Sabda Nabi Muhammad SAW mafhumnya,  “Barangsiapa yang terlebih dahulu mengucapkan salam, akan dicabut darinya sifat takabur” Sifat takabur ialah satu sikap yang tidak baik. Suka membesarkan diri sendiri, suka menunjukkan dia hebat, pandai, bijak dan segala-galanya.

Lawan dari sifat Takabur ialah Tawaduk.Sifat Tawaduk ialah sifat merendah diri. Sifat ini tuhan suka.

Kita sebagai hambaNya memang layak merendahkan diri kita. Sebab semua yang kita miliki, semuanya berasal dan datang dari Dia.

Perhatikan tubuh kita, siapa bagi? Anggota badan seperti mata, telinga, mulut, hidung, kaki, perut dan diberikan juga fungsi kepada semua alat-alat itu.

Apa kata kalau mata tak berfungsi, ada tetapi tidak boleh melihat, ada telinga tetapi tidak boleh mendengar. Ada mulut tetapi bisu. Sangat-sangat sedih kan.

Semua pemberian itu adalah pinjam-pinjaman semata. Mungkin satu hari nanti, Dia akan ambil semula. Kita perlu redha.

Orang yang redha dengan Allah Taala, akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Wah….bukan mudah ya hendak dapat pangkat redha ini.

Redha bukan hanya rela dijadikan sebagai manusia, tetapi rela melakukan apa sahaja demi mematuhi kehendak Allah.

Kalau Allah suruh kita solat, maka kita kenalah solat. Walaupun terasa solat itu berat sangat.

Soal Selidik

Beberapa buah sekolah yang cikgu pergi berceramah termasuk SK Bangi, sangat-sangat menyedihkan bila ditanya berapa ramai yang solat “full” semalam. Dari 120 orang hanya 17 orang yang angkat tangan.

Maknanya, kita masih tidak berapa berapa mengambil berat soal solat.

Padahal kita sedang mengejar kejayaan ni. Dengan siapa lagi harus kita meminta, merintih dan berdoa kalau bukan dengan Allah.

Aneh, jika ada orang selalu berdoa, memohon itu ini dengan Allah, tetapi dia tidak solat.
Hanya orang yang solat biasanya akan berdoa.

Salah satu punca anak-anak susah dibimbing ialah kerana kurangnya doa dari ibu dan bapa untuk anak-anak mereka.
 

No comments:

Post a Comment