Sunday, April 29, 2012

SMK Kajang Utama

30 April 2012. Pelajar SMK Kajang Utama terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 hari ini menerima INPUT berkaitan dadah, penyalahgunaan dadah dan pencegahan ke arah penyalahgunaan dadah.

Read more »

 
Saturday, April 28, 2012

Ceramah Keibubapaan di SK Batu Laut

28 April 2012. Sabtu. KUALA LANGAT. Hari ini saya dan Ustaz Jamhari Saari bergabung tenaga dan idea

Berada di hadapan pintu masuk sekolah SK Batu Laut
Persiapan terakhir sebelum menyampaikan ceramah

Sesi Pengenalan..
>
H

Read more »

 
Wednesday, April 25, 2012

Nikmat Mu Seluas Lautan



Ini foto bapa mertua saya meninggal di Jawa beberapa tahun yang lepas.


Harga Selautan Syukur ku hanyalah Setitik Nikmat Mu di bumi

Read more »

 
Thursday, April 19, 2012
Wednesday, April 18, 2012

Poster PPDa Besar dan Murah





Sesiapa teringin nak kan kelapan poster ini boleh PM saya.Ada lapan semuanya.Inhalan, Dadah.Rokok, Gam

Read more »

 

Poster PPDa Besar dan Murah




Sesiapa teringin nak kan kelapan poster ini boleh PM saya.Ada lapan semuanya.Inhalan, Dadah.Rokok, Gam

Read more »

 
Tuesday, April 17, 2012

Naik Taraf Bilik UBK.Menghias Tiang dengan Info Dadah

Read more »

 

1 Dah Lebih...1000 Tak Cukup

Asam garam dalam hidup memang tak pernah lekang.

Read more »

 

Mantan JK Lama Bersama Tn Hj Mahmudi

Dari kiri, Amir (Pengerusi Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling DHL 2012-2014, En.Noorhisham Hamzah, En.Abd Aziz Isa, Tn Hj Mahmudi (PPDHL), En.Suhaimi, En Zainuddin dan (mantan pengerusi) Pn Nor Hazimah Md Noh

Read more »

 
Friday, April 13, 2012

Ketika kita ditinggal pergi

Selepas jenazah dimandikan... ini lah kali terakhir kaum keluarga menatap wajah ahli keluarga mereka yang akan pergi buat selamanya.
 
Jenazah kemudian di sembahyangkan.






Kemudian dari itu, kita akan dibawa pergi dari rumah ini, rumah Allah ke satu tempat persinggahan abadi sementara menunggu panggilan abadi.

Kita dibawa pergi...

Seramai-ramai manusia tadi...lihat lah sekarang...dimana mereka..

Mereka sedang ikut kita ke perkuburan...setengahnya akan terus pulang ke rumah
 
Lihatlah
Lagi
Lagi
Dimana mereka semua?
Oh.....Satu perjalanan yang jauh..

Amat malang jika kita pergi tanpa bekal.


Dengarkan Herman Tino...7 Langkah Kau Pergi.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

    Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

    "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

    Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

    Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:

    "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. 

Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudahada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. 

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. 

Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1.     Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2.      Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3.      Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4.      Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.      Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6.      Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.      Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1.     Orang-orang yang mati syahid.
2.      Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3.      Orang berpuasa di hari Arafah.

  • KR Noorhisham
     kekasih yang paling setia ialah AMALAN2 kita. Ia akan terus mengekori kita sampai ke LIANG LAHAD.Menemani hidup kita sepanjang masa SEMBARI menunggu kedatangan hari QIAMAH.
    April 1 at 11:52pm ·  ·  2

  • KR Noorhisham aDAPUN.... kekasih di dunia, mungkin hanya selagi dia hidup, selagi nyawa ada dijasad, selagi itulah kita di ingati..... namun setelah dia jua pergi.... siapa lagi yang akan mengingati kita????
    April 1 at 11:53pm ·  ·  2

  • KR Noorhisham Siapalah kita, yang ingin di ingat2 dan dikenang2 manusia... kita tak lebih dari sekujur tubuh yang ke mana-mana membawa najis...hidup hanya menunggu mati...(SUFI).

Read more »

 

Pantai dan Ombak



Sesekali ombak menderu dengan perlahan mengurut pantai...
Sesekali ia mengganas menghunus pepasir dipantai...
Pantai tetap setia menunggu ombak membelai dirinya...
Tak pernah pantai berkecil hati dek dipukul ombak.....
Oh....
Alangkah mulianya pantai...lebih mulia dia dari hambaMu ini...
Ya Allah...Sabarnya pepasir itu, bersatu menjadi pantai....
Jadikan hatiku sesabar pantai diterpa ujian, cobaan dan dugaan hidup..

Read more »

 
Wednesday, April 11, 2012

Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali.




Sabda Rasulullah SAW :


Wahai Ali !


1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.


2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.


3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.


4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.


5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


6) Wahai Ali !


Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.
Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya
Tiada iman bagi orang yang tidaka ada wara'nya
Tiada ibadah bagi orang yang tidaka ada ilmunya
Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidaka ada sedeqahnya
Tiada keamanan bagi orang yang tidaka ada rahsianya
Tiada taubat bagi orang yang tidaka ada taufik baginya
Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidaka ada malunya


7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.


8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.


9) Wahai Ali !


Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :


1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat,
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia


10) Wahai Ali !


Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :


1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan


11) Wahai Ali !


Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :


1) berkata benar
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri


12) Wahai Ali !


Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :


1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram


13) Wahai Ali !


Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu :


1) sembunyikan ibadah
2) sembunyikan sedeqah
3) sembunyikan musibah


14) Wahai Ali !


Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu :


1) benci kepada nafsunya
2) sentiasa menghisabkan nafsunya
3) memanjangkan berdiri mengadap Allah


15) Wahai Ali !


Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu :


1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh
2) memperbaiki agamanya dengan amal
3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya


16) Wahai Ali !


Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :


1) makanan yang halal
2) duduk bersama ulama'
3) solat fardhu berjemaah


17) Wahai Ali !


Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :


1) segera dalam taat kepada Allah
2) menjauhkan segala yang haram
3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya


18) Wahai Ali !


Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :


1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah


19) Wahai Ali !


Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :


1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)
2) memberi orang yang menegahnya
3) memaaf orang yang menzaliminya


20) Wahai Ali !


Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :


1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Allah


21) Wahai Ali !


Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :


1) menjauhkan yang haram
2) menuntut ilmu
3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.


22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukana : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.


23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :


1) solat fardhu berjemaah
2) menghadiri majlis ulama'
3) menziarah orang sakit
4) memberi minuman
5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan
6) memuliakan jiran
7) memuliakan anak yatim

Read more »