Thursday, April 5, 2012

Apakah ini SUJUD yang terakhirku?

Assalamu alaikum wr wbt. Rakan-rakan, sahabat saya yang saya kasihi, kita memang sangat sayangkan pada diri sendiri. Kalau boleh kita ingin jadikan diri kita insan terbaik, insan yang cantik, kalau ya pun tidak yang tercantik. Paling bagus akhlak,paling di ingat orang seketika kita pergi nanti. 

Justeru sebaliknya, jiwa kecil kita sangat khuatir, jika meninggalnya kita nanti, kita tak dikenang orang. apalagi kalau seandainya ia dibenci orang. Wah...sungguh dahsyat.

Dalam roda putaran hidup ini, kita memang tidak tahu dan tidak pernah diberi tahu oleh sesiapa kapan persis, tempoh hidup kita di sini. Seandainya lah, kita diberi peluang untuk memilih berapa lama anda mahu hidup? Pastinya tidak akan ada yang menjawab, saya ingin meninggal besok hari atau pun tahun depan.

Yang pastinya, (banyak-banyak pertanyaan saya) jawapan yang saya temui   adalah kalau boleh saya ingin hidup lama. Ya.... kita renung sekejap...kalimah... "Aku ingin hidup lama, walau seribu tahun lagi".

Jikalah benar, permohonan kita untuk hidup lama itu dikabulkan, kita hidup sehingga 100 tahun atau lebih. Dapat menyaksikan anak cucu membesar. Sehingga bersambung-sambung dan melebar salasilah kita. Namun jangan lupa, usia manusia di akhir zaman ini, jika sudah memasuki usia 60-an, banyaklah penyakit dan datang. Bahkan ada yang lebih awal dari itu.

Lebih sadis, penyakit stroke, yang membuat seseorang itu seakan sudah meninggal. Tapi masih bernafas.Semua urusan hidupnya orang yang beresin.Dari makan minum, pakai baju, buang dan bersih air kecil mahupun besar.

So, kita tak boleh hidup lama (sampai ratusan tahun).Ini satu kesimpulan. Berangkat dari kesimpulan awal ini, kita perlu membuat tindakan, kita perlu atur persiapan-persiapan untuk pulang. Mahu tak mahu, kita pasti akan pulang. "Wa tazaw waduuu fa inna khairaz zaadiq taqwa"

Bersiapkah kita atau buat-buat tak tahu, buat-buat tidak mengerti, sampai saatnya kita akan diheret jua. Anda kaya, tapi jauh dengan masjid.Jangan hari biasa, solat Jumaat pun anda tak pergi. Arhh.... ini bukan kawan saya. Saya tak hairan dengan kekayaan yang sementara mu itu, jika hubungan mu dengan Tuhan kau abaikan.

KANSER HATI

Saya terpaku sejenak...pabila mengingati seorang rakan saya yang terkena penyakit kanser hati. Doktor meramalkan hidupnya hanya 6 bulan sahaja lagi. Ya. 6 bulan. Lebih kurang 4 bulan yang lalu, saya menziarahinya di Hospital Selayang. Sebak berdiri dihadapannya, saya tak mampu berkata-kata panjang.... hanya jiwa yang berkata-kata....

Katanya
"aku dah tak lama Sham...." "aku dah pesan pada anak-anak... dan isteri, siap-siap untuk menghadapi pemergian ini ". 

Semalam beliau baru pulang lagi dari Hospital, dengan keadaan kaki yang membengkak, muka semakin mengecil, mata masih kekuningan, tatkala saya masuk ke biliknya, seorang rakan yang sudah hadir bertanya, padanya,

"Kenal tak siapa ini?
"Cikgu Sham" Jawabnya...

Untung beliau  masih mengenali saya. Kami pun tak berapa yakin yang beliau akan hidup dalam tempoh yang lama lagi. Namun.... jikalah dengan keajaiban TUHAN, untuk memanjangkan USIAnya, kami gembira. Melihat kondisi tubuhnya yang sudah dimakan kesakitan, kalau dulu boleh berjalan, kini sudah tiada daya lagi. Perlu dipapah ke sana sini. Saya memberi padanya amalan wirid ketika di hospital untuk diamalkan, amalan paling ringkas... mudah dan sangat berguna.

Semalam pun, saya masih berpesan, ingat Allah...teruslah menyebut nama Allah...(sampai akhirnya) Redhalah atas ketentuan Dia terhadap kita, nanti dia ganti dengan SYURGA. Orang yang REDHA padaNYa, dia akan redha pada kita. Bersabarlah.... Kata saya dengan sebak.Cubaan tuhan pada hambaNya bermacam-macam, tuan di uji seperti ini...uhh....bagaimanalah perasaannya di ketika ini.

Sakit Cikgu Sham...Sakit Cikgu Sham...

Sambil membuka kain menunjuk tempat pembedahan dan kawasan yang sedang dideritai. Isterinya seorang guru di kawasan Nilai, sudah lama bercuti. Berat mata memandang...berat lagi bahu memikulnya.

Pesan saya pada isterinya, jagalah solat suami, tolong wudukkan dia dan ingatkan dia akan masuknya waktu solat. Solatlah sebagaimana yang boleh. Ya Rabb.... Kau permudahkan segala urusan-urusan kami, Ampuni sahabat kami.
 

No comments:

Post a Comment