Tuesday, May 29, 2012

Susulan SKuad Ronda Desaria Memenangi Tempat Terbaik SRS N9

Read more »

 

Kisah penagih yang saya temui

Masa duk tunggu van saya kena operate (tukar ganti perkakas penghawa dingin), Fuh... setakat duk bela Vannete ni, ini kali ke tiga saya ganti Compressor nya.

Saya menghabiskan masa menunggu itu dengan membaca Kosmo dan Harakah.Sebelum ke bengkel di Jalan Reko tadi, sempat singgah nak dapatkan dua akhbar ini, sebab saya dah diberitahu akan memakan masa selama lebih 3 jam.(Mula jam 9.30 hingga 3.50 baru siap)

Mula-mula selak Tajuk Utama Harakah, ye lah asyik baca Berita Harian je kat internet, nak langgan pun tak sempat baca semuanya. Kemudian saya mula membaca Kosmo, helaian demi helaian.

Seronok dan tersenyum pabila membaca tentang Kisah Bekas Penagih yang berada di Pulau Carey Kuala Langat. Tempat itu adalah milik Sime Darby. Bekas penagih yang ingin berhenti diberikan tempat di situ untuk menginap dan bekerja sebagai pemotong rumput. Saya pernah di ajak ke situ beberapa tahun yang lalu (2008) untuk memberikan satu syarahan kepada mereka ini.

Mereka awalnya bukan kenal pun siapa saya. Cuma rakan saya (En.Razif) dulunya bekerja dengan AADK dan kini bekerja di bawah Kementerian Dalam Negeri mengajak saya bersama dengan seorang Pegawai Polis yang juga rakan saya dalam SPADA.

Memang sambutan tak sehebat mana. Sebabnya, mereka pun tak ramai yang menghuni disini. Dan kawan saya bagi tau, mereka sebenarnya tak nak dengar pun kalau orang lain yang bagi ceramah, pada mereka kita ni tak tahu pun jiwa dan perasaan mereka. Mereka, kalau nak dengar pun, syarahan dari sesama mereka.

Namun saya rasa bersyukur, sebab itu pertama kali dibawa ke Pulau Carey. Kami mulakan dengan bacaan Yasin, kemudian susuli dengan syarahan motivasi untuk membawa diri lebih hampir dengan Tuhan, meninggal semakin jauh dunia alpa, pedulikan dengan masyarakat sekeliling. Yang penting kita sudah ada nawaitu dan kita sedang berada di atas jalan menuju ke sana.

Beberapa orang yang tinggal disini (seperti dilaporkan KOSMO) tidak berkahwin, mereka khuatir jika perkahwinan akan menambah siksa hidup dia dan orang lain.Sedang memandu diri sendiri pun bukan main susah. Sebagai manusia, memang ada niat untuk hidup berkahwin.Biarlah.... sampai meninggal meninggal mereka rela begitu.

AL-KISAH

Nak cerita, salah seorang penghuni yang tinggal disitu (pada waktu itu) sudah pun disahkan terkena HIV. Punyalah dahsyat, tiap-tiap bulan dia terpaksa mencari wang sebanyak RM1200.00. Wang ini bukan untuk makan, tetapi untuk membeli ubat bagi melawan penyakit HIV nya itu.

Belum lagi untuk makan minum dan tempat tinggal. Kawan kita ni terpaksa berulang-alik ke hospital 2-3 kali sebulan untuk mendapatkan ubat, mana tidaknya marah bos dia.Asyik-asyik cuti cuti, nak pergi hospital, akhirnya terpaksa berhenti kerja.

Nasib baik dia sudah mempunyai isteri.Mungkin kerana taubatnya yang sungguh-sungguh ALLAH bantu hidupnya.Isterinya pun menyedari dirinya memang ada HIV, tetapi dengan rela hati menerimanya sebagai suami.

Saya tersenyum bila membaca nama Hafney Abdul Rahim tertulis dalam akhbar ini.Nama Hafney memang dikenali di AADK. Beliau bekas penagih tegar yang kini menjadi Pengerusi PENDAMAI Malaysia. PENDAMAI ialah Persatuan Bekas-bekas Penagih Dadah. Anda... kalau belum menagih, tak cukup syarat untuk menjadi ahli. Haha.Beberapa kali saya pernah bersama En.Hafney dipentas syarahan. Namun beberapa waktu ini semenjak kaki beliau kena potong, saya kurang bersamanya lagi.2 Kali ceramah saya dijadual bersamanya pun tidak kesampaian, ada hal yang lebih urgent lagi.

Saya ada kisah lain. Satu malam, pada malam hari raya, saya di ajak ke Pusat Serenti untuk menghadiri satu majlis tertentu.Dalam majlis ini, semua penagih dikumpulkan dalam sebuah dewan, lampu dimatikan. Ditengah-tengah dewan ini ada sebuah Replika Masjid, yang di dalamnya ada beberapa buah lampu-lampu kecil.

Untuk menaikkan semangat hari raya dan rasa keinsafan, lagu hari raya dimainkan.Seorang penagih mengepalai majlis ini, dia keluar dari barisannya, kemudian menghampiri replika masjid, dengan kepala tangan di atas meja replika masjid, dia menunduk dan meletakkan kepalanya di tangan, dia menunduk, kemudian menangis, selang beberapa detik kemudian dia mulai bercerita. 

Alangkah sedihnya hati ini, disaat orang lain sedang berkumpul bersama keluarga tersayang, aku mendekam disini gara-gara dadah, Tiada siapa peduli aku lagi. Satu persatu di buka. Kisah silam diselak. Setelah meluahkan semua perasaannya, kemudian dia masuk.

Saya diberitahu, biasanya, apa yang dia pendam sekian lama, akan terkeluar pada malam ini.

Seorang lagi keluar,  katanya ibunya sudah lama mati, mati perasaannya kerana dia, aku yang bunuh ibu akuuuuu.... aku yang bunuh perasaan ibu aku.... akulah manusia yang paling jahil dan bodoh dalam dunia ini.... ayah aku pernah membawa aku ke Mekah supaya bertaubat, sedang dalam poket aku masih ada dadah. Aku pergi Mekah percuma.... mana ada orang dalam dunia seperti aku... lanjutnya.

Semasa ibu aku meninggal.... aku turunkan jenazah ibu aku ke dalam liang lahad, tetapi tiada siapa pun tahu, aku masih membawa sepekat dadah dalam poket ku masa itu...itu lah aku..

Seorang lagi berkata semasa saya membuat temubual, dia berasal dari Utara, apa sebab kamu ada niat nak berhenti Wan? Katanya, semasa dia dan dan kawannya sedang asyik menghisap dadah di dalam kebuh getah, tiba-tiba ada seorang datang beritahu pada kawannya....

"Hai baliklah engkau.... (ke rumah) mak kau dan meninggal tu..." Jerit orang tu. Member Marwan ni punyalah tegar menjawab....ala.....kejap lagi ....aku nak habiskan sikit gian ni...

Bila dah habis melayan gian... si mamat berdua ni pun pulanglah ke rumah. Marwan menghantar membernya ke rumah.Sesampai disana, mayat ibunya sudah tiada lagi, mana nak adanya, sudah dibawa ke kubur. Menyumpah sakan lah orang sekeliling.. Apa punya bahlul anak...mak meninggal  pun tak balik.... dasar penagih dadah....begitulah kot sumpah seranah maki hamun yang dia terima.

Sedang Marwan mendengar sahaja cemuhan orang itu, tetapi dia mengambill iktibar, macam mana lah agaknya andai kata mak aku sendiri yang meninggal nanti bisiknya. Sejak dari itulah timbul nawaitu ingin berhenti.

Nawaitu ini namanya Turning POint dalam penagihan.Bukan mudah nak dapatkan turning point, tengok tu, yang mak nya meninggal, tak ada pun nak berhenti jadi penagih, malah yang member ni yang dapat hidayah. Dalam bahasa agama, saya menggunakan turning point sebagai HIDAYAH.

Berkata En.Hafney, orang yang betul-betul boleh sembuh dari dunia penagihan ini hanyalah satu dalam seribu.Awas tu...jangan biarkan...suami anda, anak-anak anda, isteri anda dan siapa pun yang anda kenali menjadi penagih dan hamba kepada dadah.

Read more »

 
Monday, May 28, 2012

Rombongan KRT Langkawi menjadi tamu di Desaria


Kain Rentang diusahakan oleh Sdr Sufian

Setiausaha membaca Doa agar rombongan tetap dalam keselamatan pergi dan balik

Ucapan Balas dari Ketua Rombongan KRT Langkawi

Saling Bertukar  Cenderahati

Bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan

Hafiezhah ikut serta meramaikan dan meraikan tetamu

En.Sufian mengucapkan selamat jalan kepada Ketua Rombongan

Read more »

 

Pertama Kali Mendaftar Syarikat

Setelah semalam kehabisan RM1590.00 gara-gara menukar 1 Set Penghawa Dingin. Hari ini pertama kali mendaftar sebuah syarikat persendirian.

Saya berminat menggunakan nama afraima, nama yang saya temui pada tahun sekitar 1999.Namun sayang sudah digunakan orang lain. Akhirnya...

Hasrat nak melebarkan penjualan Banner PPDa ke sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.

Setakat ini, Sekolah yang sudah membeli
Sekolah Daerah Patu Pahat
Muar,
JOhor Bharu,
Sarawak.

Read more »

 
Sunday, May 27, 2012

Kisah Mayat Berulat

Kenapalah Jadi Begini Nasib ku...?

Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah. Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama.


Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.


Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-



Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.

Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook,

Read more »

 

Indah itu Hanya Sementara

Tiada yang kekal abadi selain Allah Azzawajalla.

Read more »

 
Saturday, May 26, 2012

Aku Terpenjara

Mulut ku diplaster
mata ku ditutup
tangan ku digari
kaki ku di ikat

dimana keadilan bagiku
apakah kerana menjunjung nilai 
sebagai seorang insan 
aku dilempar jauh ke sudut
bagaikan kain buruk
tiada ruang untuk menjawab
tiada peluang untuk membela
kiri kanan depan belakang
memerhatikan ku

dimana lagi kawan
setelah kawanku semua
menjadi telinga dan matamu

Read more »

 
Friday, May 25, 2012

Masa Membawa Kita Tanpa Suara dan Wajahnya

Selangkah demi selangkah kita melangkah
akhirnya pada Nya jua kita kan kembali
kalau pernah diri merasa bahagia
syukur tak terhingga padaMu Jua

Andai diri pernah merasa terhiris,
itulah cobaan dalam dunia nan sementara,
Hidup dan mati adalah hal yang pasti,
cuma jangan diri menemui sengsara.

Jalan Bahagia ada dimana-mana
nikmati hidup bersyukur tanpa khufur,
nescaya bahagia akan bersama kita
dalam meredahi hidup penuh luhur

kekadang kita lupa dan alpa
bahawa hidup ini bak sebuah persinggahan
lalu terjadilah sebuah dusta dan nista
antara kita sesama manusia

detik demi detik
persinggahan dunia sudah uzur
kita akan diusung ke lembah menakutkan
alam barzakh kekal dalam penantian

apakah nasib kita disana
sedang didunia kita jauh dengan Nya
pun masih kita bersoal
apakah layak kita mendekatiNya 

Read more »

 

Persinggahan Sementara

Read more »

 
Tuesday, May 22, 2012

Sekian Lama Surau Dalam Impian

Alhamdulillah, sekian lama hasrat warga SK Bangi beserta ibu bapa dan penderma budiman yang ingin melihat tegaknya tiang dan dinding surau SK Bangi kini akan menjadi realiti.

Jentera sedang mengalihkan tanah untuk kerja-kerja asas pembinaan tiang.


Puan Norizah selaku PK HEM memerhatikan kerja yang baru bermula hari ini 23 Mei 2012. (Rabu)

Tanah yang sudah diratakan.

Pokok-pokok sudah ditebang untuk kerja-kerja pembinaan asas.

Anggaran awal surau ini dahulunya (2 tingkat ) ialah  sebanyak RM150.000. Namun sekarang plan asal sudah di ubah menjadi RM110.000. Wang yang sudah ada baru sekitar RM50.000-RM60.000. Derma orang ramai dari kaum ibu bapa, pelajar, bekas pelajar (Alumni), orang perseorangan adalah diharapkan agar surau ini menjadi realiti.

Read more »

 

Rintihan Mengiringi Kegelapan Malam


Setiap hari menjelang malam, kalao boleh kita merintih sebegini :

"Ya Allah, terima kasih di atas segala nikmat pemberian Mu hari ini,aku sangat bersyukur atas segalanya, jadikanlah daku, antara hamba-hambaMu yang redha dengan ketentuanMu dan Redhalah daku sebagai hamba Mu... Andai besok daku tiada lagi di dunia ini, terima aku sebagai hambaMu yang penuh dengan kedhaifan, penuh dengan kelemahan sebagai insan.."




Read more »

 
Sunday, May 20, 2012

Alangkah Indahnya Hidup Ini

Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai Semua Keinginan
Dapat Kita Gapai...

Ke sana sini kita berjalan,
bila mahu terbang,
kita terus terbang,
bila mahu makan,
terus makanan sampai..

Namun..
Rupanya hidup ini tidak begitu
Tidak Semua yang Kita Rancang
Bisa menjadi kenyataan..

Hidup ini tidak lepas suka dan duka,
tak terpisah gembira, tawa dan tangis,
ada saja ujian datang menimpa,

Bukankah indahnya,
jika kita boleh menghiasi warna hidup kita,
mengikut warna kita sendiri,
mengikut mahu nya hati kita.

Read more »

 
Friday, May 18, 2012

Kenangan Guru SKB 2012


Walaupun gambar ini tidak memaparkan semua guru-guru SKB (55 Orang) tapi inilah foto yang berjaya mengumpul paling ramai guru tahun ini dalam satu masa. Foto ini di ambil di tangga Hotel Pullman Putrajaya pada hari guru 16 Mei 2012. Semua kakitangan turut hadir, kecuali yang sedang bercuti bersalin, ini termasuklah Puan Roza, Puan Nik Norhafizan dan Puan Marziyana. Ops...sorang lagi..Puan Nor Liyana

Read more »

 

Khusyuk Dalam Solat

Assalamualaikum, sahabat sekalian, lama saya tak posting artikel baru, asyik upload gambar-gambar je. Adakalanya penulisan saya ingin mengundang respon pembaca, dengan respon itu penulisan saya menjadi lebih laju dan rajin.

Adakalanya penulisan saya sekadar menulis untuk santapan siapa yang ingin mengambilnya sebagai panduan atau mutiara hidup. 

Minggu lepas, dalam huraian surah Al-Mukminun di Surau Desaria, saya menyodor kutipan dari buku Tabligh, antara huraiannya berkenaan khusuk dalam solat.

Katanya Saidina Ali apabila terkena busur panah waktu perang, tak boleh nak cabut busur tu sebab terlalu sakit, kemudian Saidina Ali berwuduk dan solat 2 rakaat. Semasa solat itulah (orang lain) mencabut busur itu. Tanpa rasa sakit (seperti sebelum solat), sebab khusyuknya itu.

Dalam huraian yang lain, ada sahabat yang solat, tahu-tahu ada dinding yang runtuh (roboh), tetapi mereka tidak sedar pun bahawa dinding itu roboh kerana khusyuknya mereka dalam solat.

Kemudian saya membaca Tafsir Al-Misbah yang di jual dalam 15Jilid Berharga lebih RM1200.00, dalam tarsir surah ini, Prof Dr Qurais Shihab menyatakan bahawa Nabi tidaklah larut dalam solat nya, nyatanya Nabi mempercepatkan solatnya apabila mendengar tangisan budak dibelakang.

Lain kali, Nabi memperpanjangkan sujudnya sehingga sahabat menyangka itulah syariat baru, namun setelah itu baharu Nabi menjelaskan, tadi.... cucuku naik atas tengkok ku, kerana itu daku memperpanjangkan sujud kerana menunggu cucu itu turun dari tengkok Nabi.

Seakan ada 2 makna, yang pertama dari kitab Tabligh..seakan (saya faham) sahabat langsung tidak menyedari apa yang berlaku disekeliling mereka, dan kedua dari Tafsir Al-Misbah, menyatakan Nabi sebenarnya sedar apa yang berlaku disekeliling.

Saya merasa agak bersalah, lalu minggu ini Insya Allah hari Rabu akan dijelaskan kembali.

Read more »

 
Wednesday, May 16, 2012

Program Pengisian Sempena Hari Guru

Cikgu Zulhaimi sedang makan buah
Cikgu Nor Aisyah pun ...
Wah...Cikgu Farahina pun ada
Aik...Kak Yati pun ada...
Ni Cikgu Rusni..
Ini Cikgu Firdaus
Yang ni lak..Cikgu Shahril...Bujang lagi
Hmmmm En Shahrom..
Puan Zuraiya dengan senyumannya
Cikgu Radin sempat angkat tudung tu...posing ka
Cikgu Ros dengan anak murid kesayangan
Zamzatin ada gak...manis senyum nya
Cikgu Rosliawati... alamak....pagi ni kereta nya terlanggar pokok tumbang pulak

Read more »

 

Majlis Makan Tengah Hari di Pullman 2


Delete




Read more »