Saturday, May 12, 2012

Sejauh Mana Kita Berjalan

Sejauh Mana Kita Berjalan, akhirnya ke rumah jua kita akan pulang. Saya , Ruzilah Sidek dan Nik Mohd Zaki adalah antara 3 orang sama-sama satu kelas bermula tahun 1,2 dan 3. Sekolah kami ialah Sekolah Kebangsaan Padang Garong. Lokasinya di kompleks sekolah-sekolah KOta Bharu. Darjah 4 kami berpecah kelas.Tingkatan 1 lagi lah kami tidak bertemu.

23 Tahun saya menghitung tempoh masa saya dan kawan baik saya (Zaki) berpisah. Hari ini, ditemani Ruzilah dan adiknya, membawa saya bersua kembali.Tahun terakhir kami bertemu ialah semasa darjah 6 (1989). Saya ke Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Anuar Pulau Melaka. Gara-gara dihantar ke sana sebab banyak sangat main. Saya suka main bola, hingga lupa makan dan rumah.

Semasa sekolah dulu, Zaki antara kawan rapat saya selain Syafizan Rasyid yang hingga kini belum saya temu dimana keberadaannya.
Dari jauh, Zaki tidak berani menghampiri kami, kerana dia tidak kenal / cam siapa kami. Setelah disuruh datang oleh kakak kedai sebelahnya, dia cuba mengamati.Kenal tak siapa ni? Dia tengok wajah kami.

"Yang perempuan ni rasa macam kenal"
"Yang ni (saya) tak ingat"

Ini Hisham la Zaki....Ooo..dia kembali mengingati memori lama.Baru jumpa dalam hard disk memori silamnya.

Haha.. Kata Ruzilah muka kami tidak jauh berubah.Dari dulu sampai sekarang masih muka yang sama.
Zaki kini mempunyai restauran sendiri. Menjadi penjaga kepada pekerja boss nya yang juga abangnya seramai 27 orang.

Semasa sekolah dulu, tiap-tiap hari Zaki datang sekolah membawa cerita.Macam-macam cerita dia kongsi. Walaupun tinggal di Kampung Tingkat, dia menaiki basikal dengan abangnya. Semangat ke sekolah tak pernah luntur.

Antara cerita yang pernah dia kongsi, kalau nak tengok hantu katanya, "Sewaktu daun jatuh dari pokok, cepat-cepat pergi tangkap, sebelum daun itu jatuh ke tanah. Pegang sampai tidur daun tu, nanti akan nampaklah hantu".


Kedai kepunyaan Zaki.
 Kedai inilah juga Zaki menjaga 27 orang pekerjanya. Dibeli dengan harga 2 Juta. Dibayar RM15,000 perbulan.

Untuk rekod, setelah tamat darjah 6, Zaki belajar di SMU Panchor, Kemumin. Kemudian ke SMU Badang. Setelah rasa ingin menceburi bidang perniagaan, seawal usia 17 tahun, dia mula membantu abangnya mengusahakan perniagaan makanan.

Zaki kini ada 5 orang anak, satu sudah berpindah ke alam Baqo. Yang sulung tingkatan satu.Belajar Tahfiz bersama anak kedua di Shah Alam.

Norish77:Tumpang Bangga Anak Melayu mampu membeli kedai harga berjuta, malah membayar gaji pekerja berpuluh-puluh orang.
 

No comments:

Post a Comment