Saturday, June 30, 2012

Kembalinya Abby Abadi


Tahniah Abby, kini Abby Abadi mula bersemangat kental, ciri-ciri yang perlu ada bagi wanita Islam.

“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah.

Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen … tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.”

Itulah kata-kata Abby semasa berkongsi pengalaman penghijrahannya di pentas Pas anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu. Penghijrahannya membuka lembaran baru buat dirinya.
“Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

“PAS yang banyak menjemput saya, untuk berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberikan sedikit kesedaran kepada di luar sana khususnya artis betapa pentingnya mendekatkan diri kepada agama Allah,”

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” kata Abby lagi.
Semoga penghijrahan Abby berpanjangan. Inginkan perubahan, Pas sememangnya wadah terbaik untuk Abby. Artis-artis yang lain juga mengikuti jejak langkah Abby Abadi.

Ulasan Penulis

Hairan dengan orang yang berfahaman, politik lain, agama lain. Boleh semak sikit, kat mana orang tu berguru dulunya.Siapa yang yang mengajarnya, politik dan agama itu lain.Terasing dari wahyu Ilahi.Bahkan  tak termasuk dalam wahyu2 yang diturunkan samada di Mekah atau Madinah.

Soalan saya: Macam mana nak perintah negeri dan negara jika tanpa politik. Dan...kerja-kerja memerintah ini bukankah (termasuk dalam) urusan agama Islam.Supaya nantinya negara itu aman sentosa apabila mengikuti peraturan Ilahi. Jika dibiarkan puak sekular memerintah, cuba jawab, dengan apa dia memerintah? Kalau bukan ikut suka dia. Bukankah ISLAM itu sempurna, syariat nya meliputi semuanya.Apakah dalam Qur'an tidak ada cara memerintah negara? Bukankah juga Nabi Sulaiman itu seorang pemerintah? JOm..upgrade pengetahuan, tingkatkan maklumat, jangan ketinggalan terus... orang lain dah tahu lama dah....anda  bagaimana? Syukur lah kalau dah tahu dan dah amalkan. 

Read more »

 

Poster Baru Menceriakan Poster Lama


Hajat nak buat untuk semua guru, namun.... nampaknya hanya beberapa orang yang gambar mereka sudah siap dalam folder guru. Cikgu Yusnira menjadi bahan sampel, (sample), nak buat ukuran, rupanya lebar dah betul, tingginya yang kurang sikit. hehe.

Poster ini mengunakan gambar Guru Besar SK Bangi untuk sample.Hari ini sudah siap 3 poster contoh.Akan menyusul berpuluh-puluh lagi.

Read more »

 
Thursday, June 28, 2012

Solat Hajat Mohon Bantuan dariNya

29 JUN 2012.Unit Agama Islam SK BANGI mengadakan solat hajat peringkat sekolah untuk murid tahun 6. Untuk hari ini kelas yang terlibat ialah 6 Jupiter dan 6 Mercury.Imam bagi murid perempuan ialah Ustazah Lasminah binyi Saimun, manakala Ustaz Suzrie mengimamkan bagi pihak lelaki.

Harapan....Semoga Solat Hajat ini masih diteruskan lagi di rumah masing-masing bersama ibu dan bapa.

Read more »

 

Menghayati Rahsia disebalik Israk dan Mikraj

KAJANG.SK Saujana Impian hari mengadakan satu ceramah kepada 360 murid tahun 5 dan 6.

Penulis bersama Ustaz Rosli.Guru Agama SK Saujana Impian. Ini kali kedua saya bertandang ke sekolah ini.Pertama kali dulu dijemput kaunselor sekolah ini untuk memberikan ceramah lain.Lupa dah .. kepimpinan ke Motivasi UPSR.

Murid barisan hadapan ramai dari tahun 5, walaupun masih kecil, namun banyak maklumat tentang Israk Mikraj telah mereka perolehi dan hafal. Tahniah!! Kadang-kadang kita pun belajar dari budak kecil.

Tahniah juga kepada murid lelaki, duduk dalam keadaan bersila sejam mendengar ceramah tanpa henti, kadang-kadang membosankan, apablagi jika tajuk yang disampaikan diluar minat kita.

Read more »

 

Bengkel Transformasi Minda GBK Hulu Langat

Kemampuan OTAK atau BRAIN memikir sangat hebat.Terdapat 100Bilion Sel Otak dalam OTAK kita. Ciptaan Tuhan yang sangat tidak ternilai. Bengkel pagi ini yang disampaikan oleh Dr.Jamaliah dapat membongkar kehebatan otak, penyebab otak menjadi rosak dan bagaimana mengembalikan semula kecerdasan otak. Produk Brain Tutor 2012 adalah jawapannya.

Read more »

 
Monday, June 25, 2012

Hidup Ini Laksana Sebuah Buku



Read more »

 

Ranjau didalam Taubat

Sekiranya bertaubat itu satu hal yang mudah atau gampang, maka tidaklah besar pahalanya bagi orang yang bertaubat.Tuhan acap kali memuji orang yang bertaubat, Tsumma Tuubuu.lantaran dia mundur kembali ke jalannya yang lurus menuju destinasi yang menyampai ke arah bahagia hakiki.

Jalan yang lurus menuju syurga, tanpa belok-belok kiri kanan, tanpa terjun atau terhumban dahulu ke lubang neraka. Makanya kita memohon  Ihdinassiratal Mustaqim,Tunjukkan kami jalan yang lurus. Mungkin antara kita lebih ramai tahu membacanya dengan fasih macam orang Arab, namun kurang memahami apa maknanya sih, siratal Mustaqim itu.


Kita tinggalkan sebentar pembuka bicara itu, saya pernah temui seorang penagih dadah, dia berasal dan tinggal di Serdang Lama. Seronok berbual dengannya, mulanya ada perasaan takut-takut untuk menegurnya, ketika saya memberikan kuliah di surau dalam pusat serenti, matanya memandang terus ke arah saya. Wajahnya kelihatan agak garang dan bengis. Ah... nampak macam gedebe dia ni, nanti dia. Bisik hati kecil saya. Habis ceramah, diwaktu yang lain, ketika habis solat asar (kalau tak salah) saya mendekatinya.Bertanya dari mana asalnya.

So, cerita yang saya dapati darinya begini, kesimpulan yang dapat saya kutip, rupanya bukan mudah untuk bertaubat. Jangankan bertaubat, untuk memulakan taubat pun bukan main susah. Dalam penagihan, orang yang ingin berhenti dari menagih, dia mensti mendapatkan  turning point (faktor untuk berhenti dari terus menagih) dalam hidupnya. Turning point adalah sebab untuk berhenti. Untuk apa dia nak berhenti dari terus menjadi penagih. Kalau ini dia tidak temui, maka sampai mati pun dia akan hidup dalam dunia penagihan. Dalam penagihan juga, berkata Saudara Hafney,,, hanya 1 dalam seribu yang berjaya berhenti.

Penagih Pulang

Ketika nanti seorang penagih pulang ke rumahnya, setelah setahun atau 2 tahun berada di pusat serenti. Pastinya kawan sekampung sepenagihan mengetahui akan kepulangannya. Dia sebenarnya pada aspek fizikal sudah bersih dari noda dadah, cuma, pada fikirannya sahaja yang masih menghantui dirinya. Ni datang pula kawan lamanya.... Tak terima orang kata sombong, maka layanlah... Ada juga penagih berkata, dia duduk depan rumah, bila saja dengar ekzos motosikal membernya lewat, terus dia lompat naik ke dalam rumah. Khuatir ternampak member lama.Tak tahan dengan ajakan.

Al-kisahnya datanglah kawan tadi :

Member : Assalamualaikum, lama tak nampak, mana engko pegi ?
X Penagih : Wa alaikum salam...mana Lagi...Pusat (pusat serenti) la... (bukan pusat bujil)
Member : Eh.. kau tak rindu ke...aku ada ni (dadah) sikit...jomla.. (begitu lah ajakan pertama)
X Penagih :(pandang kiri kanan, tak ada orang rupanya) ....Jom....

Maka bermulalah sekali lagi episod kedua dalam dunia penagihan. Terjerumus lagi.

Orang yang sudah bertaubat, kadang-kadang berdepan dengan sindiran masyarakat, pertanyaan demi pertanyaan yang membuat jiwanya sakit dan kacau, rasa-rasa dia ingin kembali semula ke dunianya, buat baik, orang kata aku jahat, buat jahat apa lagi. Dah bertaubat pun orang masih tidak percaya lagi, masih ada lagi ketidakyakinan orang padanya, bukannya memberi semangat untuk terus berubah.

Inilah laluan sukar dalam bertaubat. Jika tidak kuat...nescaya akan jatuh semula.Sebenarnya si penagih memerlukan sokongan buat dirinya, tiada siapa memahami dirinya amat lemah dalam mengendalikan dirinya.

Buat keluarga yang anaknya terlibat, bersabarlah menerima kenyataan. Sabar mendidiknya semula.Jangan pernah sesekali membuat kenyataan berbetuk sindiran, kerana ini bukan membina dirinya, malah menjatuhkan dia semula. Jangan pula bertanya seakan menjatuhkan hukum padanya, seolah tidak percaya padanya, ragu boleh saja ada, tapi jangan asal main tembak, cari bukti dulu, baru kita cuba ungkapkan.

Jangan sampai orang sebel dengan kita.Kalau orang sudah sebel, habislah kita.  Pernah seorang kakak membawa adiknya bertemu saya, tujuannya untuk memberikan sesi kaunseling penagihan. Ketika sesi bual bicara tidak rasmi itu, adiknya berkata, hari pertama aku keluar pusat hari tu, malam tu jugak aku pergi cari benda tu, Terkejut Beruk kakaknya. Inilah realitinya manusia yang bernama penagih.

Masuk penjara 3,4 kali bukannya pelik. Saya pernah di Plaza Imbi dengan motosikal, waktu hendak parking, datang Cina membantu saya memarkir. Melihat wajahnya, saya tahu dia adalah penagih. Kamu sudah berapa kali masuk pusat? Dia renung sekejap. 5 Kali!! Kuat dia sebut tu.Terus blah. Ya kan... dah agak dah tadi. 

Read more »

 
Sunday, June 24, 2012

Derma Darah


Sempena Program Kempen Gaya Hidup Sihat... saya mengambil kesempatan untuk kali ketiga ini menderma darah. Hihi... Ingat kat radio tu....saya...takut daraahhh... Kali pertama derma darah masa kat sekolah menengah dulu tahun 1995, masa tu tengah nak jadi Askar Wataniah. Last-last tak jadi. Kali kedua di Hospital Kota Bharu. Sijil tu pun entah hilang ke mana dah. Terpaksalah sekarang buat sijil baru dan mulakan semula.

Eh....ternampak gambar Fadhil Hasan kat Facebook Member

Fadil berbaju hijau duduk, alumni Maahad Muhammadi kemudian sambung ke Aceh

Read more »

 
Saturday, June 23, 2012

Hafaz Nama-nama Nabi

Awalnya saya  merasakan lokasi pengambilan video ini di Rumah Sakit Zainal Abidin (RSUZA) Banda Aceh, Indonesia. Semasa mengambil Ijazah dalam Jurusan Bimbingan dan Penyuluhan Islam di IAIN Ar-Raniry, saya pernah berada selama sebulan di sini. Hehe...Awas yaa... bulan sebagai pesakit, tetapi sebagai mahasiswa yang menjalani praktikum. 

Kalau tak salah saya, selama 3 minggu saya disini. Masih ingat, hari pertama saya ke sini, saya melihat keadaan rumah ini, di Indonesia, Hospital dipanggul rumah sakit. Haa...ada satu cerita, kalau kita berada di Aceh, orang akan tanya kita begini. Pak...Katanya di Malaysia rumah sakit tu namanya Rumah Korban Laki-laki ya? Haha...Nak tergelak saya.



Rupanya, kata sahabat saya, yang namanya Rumah Korban Laki-laki (Tempat Bersalin Wanita) tu, adanya di Negara Brunei.Mana orang Brunei.....betul tak ni? Kalau saya salah, maafkan saya.

Sambung cerita tadi, so, hari kedua saya bawa sabun Daia kerana mengingat suasana disini tidak kondusif untuk saya menjalani praktikum. Biliknya kotor dan berbau busuk. Maklum tempat orang sakit mental. Saya ajak mereka yang berada di wad kelas 3 (wad ni penghuninya agak OK) untuk bersihkan bilik tu.Mereka bawa baldi dan segala macam benda lah.

Lalu kami basuh siap-siap. Besoknya baru nak guna untuk solat berjamaah dengan pasein ini. Saya membawa doa yang namanya Dzikir untuk mereka.Masih tersimpan gambar saya berada dihadapan mereka menerangkan keperluan ibadah dalam hidup ini.

Ada 2 orang berbangsa Cina, mungkin dah agak lama tinggal disini.Mereka mungkin tak tahu mahu mengadu masalah ke mana lagi.Salah seorang tolong bagi tau saya, mereka yang 2 orang tu teringin masuk ISLAM.Wah...sukanya saya, apabila mereka tertarik dengan ajaran yang benar ini.

Alhamdulillah saya sempat ISLAMkan mereka.Walaupun namanya pesakit mental dan nama lokasinya di Rumah Sakit. 

Nak cerita hari kedua.saya tiba pagi-pagi lagi.Baru je parking motor bebek merah saya tu, tiba-tiba datang seorang pesakit menghampiri saya (dikawasan parking tu jugak lah).Pak..Pak...ada orang bunuh diri...katanya... Dalam hati saya, betul ke dia ni.Nak percaya ke tidak,inikan pesakit yang bercakap ni. Ah...baik aku pergi tengok dulu, bisik hati. 

Mana dia? Tanya saya.Ada sana.....dalam stor.. Pergilah saya ke sana untuk melihat kebenarannya. Memang sahkan, mayatnya telah diikat mukanya supaya tidak terbuka mulutnya, namun sedihnya dia memang duduk dalam stor yang sempit.

Macam mana dia meninggal? Salah seorang menjawab...Dia tadi pagi duduk dalam kamar mandi, lalu ambil kain ikat lehernya dan duduk sampai meninggal dunia. Salah seorang menyampuk, Dia mati syahid kan pak...mati syahid kan pak.  Dalam hati saya jawab...syahid tengkorak kau...haha...Mati bunuh diri.

Saya minta fail peribadi dirinya. Nak semak latar belakang. Tau-tau dia dari Sigli. KIra-kira 2 jam dengan kenderaan dari sini.Dia agak pendiam menurut laporan. Kebelakangan ini sering murung dan duduk termenung. Terlibat dengan dadah namanya ganja. Akibat tak cukup duit, dia minta dengan orang tuanya, gara-gara tidak diberi kan wang, dia ugut mahu buat itu dan ini. Lantaran itulah dia dihantar ke sini.

So, dari penelitian saya, matinya dia kerana kurangnya ILMU agama, berjinak dengan DADAH dan tiada SOKONGAN setelah dia terjerumus ke lembah itu. Sukarnya untuk berpatah balik pabila terjatuh dalam lubang noda. Beberapa jam kemudian bapanya tiba dari kampung, sayu melihat bapanya berketayap nak bawa jenazah anaknya balik. Sekian lama hidup membesarkan anak, akhirnya anak meninggal bunuh diri. Alahai.....Sabda Nabi...Bunuh Diri itu dosa yang tidak diampun dan kekal didalam neraka. 

Read more »

 
Friday, June 22, 2012

Kata Aluan Ket Editor Majalah SKB (Tak Siap2 Lagi)


Cikgu Faizal sebelum ganti baju

Sesudah ganti baju...hehe


Sekian lama Majalah Sekolah duduk dalam sebuah impian. Impian menjadikannya sebuah realiti di alam fana telah sekian lama bersemi didalam impian segenap guru. Namun waktu itu belum masanya ia menjadi kenyataan. Hadirnya beberapa orang guru baru, dengan  semangat baru dengan pengalaman yang tidak kurang hebatnya, menjadikan langkah mewujudkan Majalah Sekolah semakin ke depan.

Walaupun kita masih bertarung untuk mencari sebuah nama yang gah, nama yang mesti dilihat mempunyai ciri-ciri sebuah sekolah yang unik, yang telah melahirkan ramai bakat-bakat dan manusia yang berjaya dalam segenap segi kehidupan.

Apa yang mampu saya ungkapkan adalah, perkataan syukur, syukur kerana proses menerbitkan majalah ini kian menampakkan hasilnya. Saf Team Redaksi yang gigih dan bersemangat tanpa mengira penat lelah dari awal lagi, cukup membuat perjalanan menerbitkan majalah ini semakin laju.

Harapan kita semua, agar ianya terus di rintis oleh waris selepasnya. Siapa yang menerima kayu baton sebagai guru di SKB selepas ini, teruskan menerbitkan majalah ini. Gabungkan tenaga, buah fikiran dan segalanya, untuk menjadikan SK Bangi sebuah sekolah kebangsaan semua.  


Read more »

 

Beruntunglah Orang Itu

BANGI.22 JUN 2012Beruntunglah siapa yang dapat mengetahui kapankah waktu dirinya akan dikapankan.

Tidak ramai orang yang mendapat info atau berita awal, tanda-tanda dia akan pergi buat selamanya.

Walaupun hal ini adalah antara RAHSIA Allah Taala, (rujuk Surah Luqman ayat 34) Namun ada juga manusia dikalangan hambaNya yang diberikan info ini.

Antaranya, adalah Baginda Sendiri, Muhammad SAW. tatkala turunnya ayat (Alyauma akmaltu lakum dienakum wa atmamtu 'alaikum ni'mati wa rodhitulakul islaama dienaHari ini Aku telah sempurnakan Agama untuk mu (hai hambaKu) dan telah ku sempurnakan nikmatKu padaMu dan telah Redho akan daku Islam sebagai Agamamu.

Ayat ini menandakan perjuangan telah sampai selesai. Majoriti para sahabat bergembira, kerana perjuangan telah menemui kemuncaknya.

Segala penat lelah selama ini telah disirami dengan berita gembira. Pengorbanan untuk menegakkan syiar ISLAM mendapat RESPON dari Allah SWT.

Berapa ramai yang sudah terkorban di jalan ALLAH? Gara-gara mempertahankana agama yang datang secara asing ini.

Badaal Islaamu Ghariiban,,wa sa ya'uudu ghariiban. Bermula datangnya Islam ini dalam keadaan asing dan terasing, dan akan kembali menjadi asing (di akhir zaman nanti).
Namun lain dengan Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar, tatkala mendengar ayat ini turun beliau menangis kesedihan. Sehingga sahabat lain bertanya, kenapa engkau menangis wahai Abu Bakar?

Jawabnya, Apakah engkau tidak memahami, dengan turunnya ayat ini, menandakan kerja beliau (Nabi) sudah selesai, dan inilah tandanya, beliau akan meninggalkan kita semua (buat selamanya).


Kemudian, setelah mendengar penjelasan Saidina Abu Bakar (yang tinggi kasyaf dan pemahamannya ini), barulah semua yang lain turun berduka dan sedih. Ada yang menitis air matanya.

Pemuda Khabarkan dirinya akan Meninggal

Itu yang pertama, yang kedua ada lagi, anda boleh temui kisah ini dalam buku Untaian Kisah Para Wali Allah, cetakan Pustaka Nasional, Singapore.

Seorang remaja lelaki, telah memberitahu akan sahabatnya, bahawa besok dia akan meninggal dunia menemui Ilahi, lokasi disini, (sambil menunjukkan tepat itu di tepi sungai) apabila engkau temui (jasad) aku disini, maka tolonglah uruskan jenazahku, tolong mandikan, kafankan,solatkan dan semadikan.

Begitu masa berlalu, besoknya pemuda yang menerima pesanan itu pun terlupa akan pesanan itu, lalu bergegas ia ke sana. 

Maka benarlah didapati, pemuda tersebut sudahpun meninggal dunia.

Lalu disempurnakan amanatnya.

Seorang Sufi Dapat Ilham

Saya juga menemui kisah seorang insan yang ketika hampir-hampir meninggal dunia, dia juga seakan menerima informasi ini. Sehingga dia telah membeli batu nisan dan kain kapan untuk dirinya.

Lucu bercampur haru..
Saya bertamu ke rumahnya setelah 2 minggu beliau meninggal dunia di Kuala Besar Kota Bharu Kelantan ditemani sepupu. Cerita anak perempuannya, semasa ayah masih hayat, beliau sentiasa bangun tahajud, ketika malam terakhir beliau akan pergi, kami terdengar suaranya batuk-batuk...kemudian ketika hampir subuh..suara itu sudah tiada...kami dapati ayah sudah pun tiada lagi..

Saya bertanya, apakah yang sering beliau buat semasa hayatnya? Tidak ada apa jawabnya, kecuali ayah kami sering membaca dan mengulang-ulang 2 buah buku itu.

Cuba ambil buku itu, pinta saya kerana ingin melihatnya. Mungkin 2 buah buku ini belum ada dalam koleksi saya. Setelah diambil baru saya tahu, buku itu adalah, Tazkiratul Auliya dan 70 Syarahan Syeikh Abdul Kader Al-Jailani. Alhamdulillah, koleksi ini sudah saya punya. Tidaklah saya ketinggalan sangat rasanya.

Kami kemudian ke lokasi perkuburan beliau di tanah perkuburan Kuala Besar. Disebelahnya ada sebuah sekolah rendah. Mungkin itulah SK Kuala Besar.

Sementara sepupu saya menziarahi kubur arwah abahnya, saya duduk dikuburan beliau tadi. Terpacak di hujung tanah kuburnya satu kayu, diatasnya ada papan warna putih, bertulisan jawi, Ahli Sufi.Saya memberi salam.... lagi sekali....dan lagi sekali sampai 3 kali.

Kisah lanjut saya tidak dapat paparkan diruangan ini khuatir ianya menjadi fitnah, cukup disitu sahaja pengalaman saya bersama dengan orang mengetahui kapan dirinya akan pergi.

Sungguh beruntung, ya beruntung lah orang yang mendapat tahu dirinya akan pergi, kerna dia bisa berbuat persiapan untuk itu. Sungguh malang orang yang tidak membuat persiapan, lalu kematian mendatangi nya secara tiba-tiba.

Sebenarnya, menurut Imam Ghazali, surat-surat awal orang akan meninggal telah dikirim jauh-jauh hari sebelum dia meninggal dunia. Antara surat-suratnya ialah : 

1. Rambut putih (beruban)
2. Gigi rontok
3. Rambut Gugur
4. Kulit Berkedut
5. Pendengaran sudah berkurang
6. Tenaga kian layu dan lemah
7. Mata sudah kurang terang

So...jangan menyalahi TUhan, jika kita mengatakan lewat menerima informasi ini. 

Hidup ini hanya sementara cuma, kita hanya singgah di pulau ini, kemudian pergi. Kapal yang membawa kita tidak akan berpatah kembali.

Walaupun ada antara manusia dipadang mahsyar nanti berkata :

Rabbana Absorna wa sami'na farji'na nakmal soolihan inna muuqinun. Tuhan kami, kami telah melihat, (bagaimana indahnya balasan orang ke syurga) dan kami telah dengar, (bagaimana teriak tangis ahli neraka) maka tolonglah kembalikan kami semula ke dunia, kami berjanji akan berbuat amal soleh.  





Read more »

 
Thursday, June 21, 2012
Wednesday, June 20, 2012

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj


Read more »

 

Dia Nangis Cikgu


Assalamualaikum sohabat sekalian, terima kasih kerana sudi menjadi tamu blog norish77.

Saya diberitahu seorang kawan, "Cikgu Sham, husband saya suka baca blog Cikgu Sham". Terima Kasih lah, yang saya jadi rajin ni pasal ada orang nak baca. Ada juga yang tulis tu sesaja, nak tampal bahan untuk renungan diri sendiri.

Ada juga yang katanya baru tahu dan baru pertama kali masuk blog ini. Entah sampai bila blog ini bisa bertahan.Kerana dia percuma. Saya khuatir ia akan menjadi macam laman web http://picfu.net, dulu saya banyak upload gambar ke situ dan paste kat blog ini. Sekarang laman web itu dah expire.So...mana-mana gambar yang tuan-tuan tengok tinggal rangka sahaja, macam frame saja yang ada, sedangkan gambarnya tak ada, itulah gambar yang saya ciluk dari pifcu.net.Hehe..ciluk..

Mungkin kisah yang saya nak paparkan ini tak menarik pada orang tua.Tapi sekadar menulis sembari jari-jari masih boleh menulis, dan minda pun dalam keadaan bersedia. 

Semasa kelas ganti Tasmik tadi, saya masuk kelas 3Jupiter.Minta murid buka surah Isra atau Surah Bani Israil.Baca ramai-ramai ayat 1 sahaja.Sambil betulkan bacaan dan juga makhraj serta panjang pendek bunyinya.

Kemudian huraian 15 minit pengertian surah ini. Budak-budak ni bersih jiwanya. Bila kita hurai bab akhirat, bab bagaimana tangisan yang perlu kita tangis, pabila mengenangkan dahsyatnya siksaan neraka itu. Warna neraka itu hitam pekat, gelap.tak ada cahaya. Siksaan nya masya Allah tak tertanggung.Ada sejenis neraka yang tiap hari penghuni neraka berdoa sampai 400 kali sehari minta dijauhkan dari digeser ke neraka itu.

Didalamnya tak ada makanan, kecuali buah zaqqum, lantaran terlalu lapar, penghuni neraka pun memakannya, apabila dimakan terus perutnya pecah berhamburan.Itulah makanan didalam neraka. Kemudian di dalamnya tak ada air.Air paip pun tak ada, kalau ada air syabas pun OK jugak kan. Apalagi air strawberri. Air yang ada, bila kita nak minum,letak saja dimuka kita, terus wajah kita meleleh cair disebabkan panasnya air itu.

Ha...murid-murid inilah yang perlu kita takut dan tangiskan.Ini tidak...menangis konon kerana tak dapat tengok cerita Doraemon.Menangis kerana sakit perut atau sebab mak suruh sembahyang.Alahai...ada jugak yang macam tu.

So, ada 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Naungan Arasy Tuhan di padang Mahsyar kelak, antaranya ialah orang yang mengingati Allah, (berzikir) mengingati siksaannya, secara sunyi-2 seorang diri, lalu (hingga) mengalir air matanya.

Inilah intinya Nabi dibawa naik Buraq pada malam Israk dan Mikraj, untuk diperlihatkan syurga dan neraka.

Dalam saat asyik saya menghuraikan ayat ini, seorang murid bersuara, Cikgu...dia nangis cikgu... Jawab pula yang menangis sambil mengesat air mata perlahan-lahan...Saya takut lah Cikgu...

Kringggg....Kriingggggg......Loceng balik dah bunyi...Kita sambung lain kali ek.... Semua bangunnnnnn!!!..  Sesampai diluar pintu, murid tadi hampiri saya, cikgu....lain kali cerita lagi ya. Ya...

Semasa melangkah ke pintu utama, saya sempat mencelah, Eh...sapa-sapa nak duduk bawah Arasy Tuhan nanti dipadang Mahsyar, balik jap gi solat tau. Kata saya sambil berjalan.Kalau tak nak duduk bawah tu pun, tak apa... Tak payah Solat.Mudah je kan.

Sabda Nabi : "Setiap manusia telah ditentukan samada dia (setelah meninggal nanti) ke syurga atau ke neraka" Sahabat menjawab (semacam protes lah) , kalau begitu, penatlah Ya Rasulullah jika dia beramal, namun nantinya ke neraka jugak akhirnya. Jawab Rasul...Seseorang itu akan dipermudahkan ke mana dia ditakdirkan (sama ada ke syurga atau neraka).

Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah padanya mendapat kebaikan, (Allah Taala ) akan menjadikan dia yufaqqih fiddin, memahami agama". So...kita perlu rasa risau, jika ilmu kita bab agama sikit sangat-sangat, macam mana kita nak beramal dengan sempurna jika ilmu pun kurang. Tak rasa khuatir ke,takut2 amalan yang sedang kita amal tu pun, takut tak sah. Ye dak? 

Read more »

 
Tuesday, June 19, 2012

Andai Ada..

Indahnya Air ni kannn..menari-nari di dalam sebuah gelas

Read more »

 

Teknik Menjawab Soalan UPSR

BANGI.20 JUN 2012. Teknik Menjawab Soalan Sains kini dilanjutkan lagi di SK Bangi. Puan Salmiah bertindak selaku penceramah membuat pendedahan soalan dan jawapan bagi soalan Sains.

Read more »

 
Monday, June 18, 2012

Samun Bersenjata Parang dan Karen di Desaria

Di fahamkan berlaku pergelutan semasa kejadian sebelum perompak berjaya melarikan telefon bimbit, komputer riba dan wang tunai.

JUMAAT. 15 Jun 2012. Dua kejadian samun bersenjata dalam sehari! Itulah yang berlaku di Desaria pada hari ini apabila 2 rumah yang disewa warga asing telah diserbu masuk 2 lelaki yang bersenjatakan parang. 

Kejadian pertama berlaku sekitar jam 3 petang di sebuah rumah kedai di Taman Desaria dan kejadian kedua sekitar jam 6 petang di Jalan 13. Namun hasil maklumat orang awam dan kecekapan pihak Polis seorang suspek berjaya diberkas selang beberapa jam kemudian di sebuah restoran makanan di Nilai .BERITA DISUNTING DARI BLOG PAKTOM : dESARIAKU.bLOGSPOT.COM

UPDATE

Tangan mangsa kesan tetakan dengan parang
Menurut maklumat yang diterima, suspek merupakan BERBANGSA Melayu. Mereka masuk ke rumah dengan membawa parang dan menggunakan karen elektrik direnjatkan ke tubuh mangsa.

Mangsa terbaru warga Myammar mengalami luka di bahagian tangan kiri dan kaki sehingga menerima jahitan. Dipercayai kakinya mengena urat saraf.

Tinjauan saya petang ini bersama Sdr Sufian untuk melihat perkembangan terkini berhubung kes tersebut.

Kebetulan mangsa sudah pun pulang ke rumah pada hari ini. (ISNIN). Mangsa baru tiba di Malaysia untuk bekerja masih belum fasih berbahasa Melayu. Hanya menggunakan bahasa Enggeris semasa bertutur.

SUSPEK 

Untuk makluman, suspek menaiki kenderaan bermotor. Kejadian pula berlaku disiang hari, bukan dimalam hari. Ingat.... SIANG HARI. Jika anda melihat rumah warga Myammar ini, sebenarnya tidak ada apa yang mahu dirompak. Apa nak dirompaknya, mereka warga ASING. Kalau ya pun ada, tak seberapa nilainya dibanding dengan kerugian, kecederaan atau kematian mangsa.

Pintu Pagar Terbuka

Namun suspek telah melihat adanya peluang bagi mereka untuk menceroboh. Ya, pintu pagar rumah dalam keadaan terbuka disiang hari.

Kami ahli ronda begitu prihatin, bayangkan pada malam hari pun, masih terdapat beberapa buah rumah yang tidak menutup dan mengunci pagar rumahnya. Agaknya mereka ada mengamalkan ayat kebal atau rumah mereka sudah dipagari dengan doa-doa yang mustajab atau pun adanya jin-jin yang menjaga rumah mereka secara sukarela.


Lebih malang, apabila kami ahli ronda memanggil tuan rumah yang kelihatan ada di dalam, untuk memaklumkan keadaan rumah mereka, seorang pun tidak menyahut. Sedangkan kita berpakaian seragam ahli ronda.Bukannya berpakaian preman.Mereka masih asyik menonton TV.

KES MINGGU SEBELUM INI

Tangan Mangsa yang dijahit

Untuk rekod, (saya terima maklumat dari Sdr Sufian) ada sebuah kereta telah memasuki kawasan perumahan Desaria pada minggu lepas. Kereta proton Iswara warna Silver. Terdapat 4 orang dipercayai warga Indonesia. Salah seorang berambut panjang telah keluar dari kereta dan memanjat pagar sebuah rumah, kebetulan suri rumah tidak bekerja, apabila menyedari rumahnya dimasuki orang, dia bertanya, mahu ke mana kamu? Tiba-tiba sahaja penyamun itu lompat keluar dan melarikan diri.

So, suri-suri rumah boleh buat permuafakatan, dapatkan nombor telefon jiran-jiran terdekat untuk saling menyebar maklumat. Jika dulu, kita ada PTT, Push To Talk, namun sayangnya MAXIS telah menamatkan perkhidmatan walkie-talkie ini tanpa sebarang alasan yang KUKUH. Jikalah PTT masih beroperasi, maklumat sebegini tersebar dengan cepat dan meluas. Sayang sekali seribu sayang. Saya dapatkan contoh untuk ibu-ibu, link sini,  lihat bagaimana Channel Skuad Pemantau digunakan oleh warga Putrajaya untuk membasmi jenayah dikawasan mereka.

Pernah juga kejadian berlaku, dimana sepasang lelaki dan perempuan menaiki sebuah kereta, lalu memarkir di depan sebuah rumah yang menjadi targetnya, peristiwa ini berlaku di siang hari, dimana perempuan akan masuk ke dalam rumah sambil memegang penyapu, kononnya sedang membersihkan halaman rumah, manakala lelaki masuk menggeledah didalam rumah. Beberapa minit kemudian setelah berjaya menyamun, mereka pun blah.
Kaki juga menjadi mangsa

Ingat, Kejadian Jenayah Berlaku kadang-kala disebabkan peluang yang kita berikan kepada mereka. Teringat saya pada seorang murid yang rumahnya menjadi mangsa rompakan, setelah penyamun masuk ke dalam rumahnya dan mengikat seluruh ahli keluarga, dia berkata, "Sebenarnya aku bukan nak masuk pun rumah ini, tetapi aku tengok pintu (dalam keadaan) terbuka, aku pun masuklah"

Sekali belum kena tak apa, kalau dah kena, barulah cari ahli ronda, barulah nak cari Saudara Sufian.Menurut Ketua Keselamatan KRT Desaria Sdr. Suffian Rahaman (kiri) di dalam 2 kejadian ini pihak KRT berjaya menyalurkan maklumat dengan cepat kepada pihak Polis bagi membantu penangkapan suspek.


Menurut Sdr Suffian lagi dengan pelancaran Program Rakan Cop di Desaria baru baru ini adalah diharap warga Desaria akan terus menjadi 'mata dan telinga' bagi pihak Polis agar kejadian jenayah saperti ini dapat dipantau dan dibanteras dengan berkesan khususnya di Desaria 

  
Di luar pintu rumah, bersebelahan dengan Taman Desa Saga.Jalan 13.

Read more »