Thursday, June 7, 2012

Barzakh : Destinasi Kita

Apa pun usaha kita, semuanya mesti menghala ke arah akhirat. Bercakap, bertindak dan melakukan segala aksi, akhiratlah yang perlu di fikirkan. Kehidupan di dunia ini, jika dibanding dengan akhirat hanyalah seolah sekelip mata. Itu lah usia dunia.

Amat rugilah, jika disini kita bahagia sementara sahaja, manakala kemudian menanggung azab tak terperi disana nanti.

Ketika kita berpeluang berbuat dosa, ingatlah akan azabNya. Carilah jalan semoga kita terhindar dari dosa. Tubuh kita terlalu kecil, tak sanggup duduk dalam api yang panas membahang. Mendekat sahaja sudah bergumuruh jiwa, inikan pula terjun ke dalamnya untuk tempoh yang lama.

Hidup ini hanyalah cobaan. Justeru, kita akan terus menerus berada dalam cobaan, ujian. Mungkin ini semua pahit buat kita, kerna inilah perjuangan hidup.

Seorang penulis berkata, bergembiralah wahai orang yang kesusahan, bahawa hidup ini akan berakhir dengan kematian, dan kematian itu akan menamatkan segala penderitaanmu.
 

No comments:

Post a Comment