Tuesday, June 12, 2012

Membebel atau Menasihat? Adakah Hasilnya

Sebenarnya cikgu saya ada masalah,saya rasa banyak masalah, tapi satu je masalah saya iaitu stress.Saya dah guna banyak cara tapi tidak berkesan.Saya stress sebab mak saya selalu marah-marah lama-lama saya rasa macam saya dah tak siuman, macam dah gile. Saya dah tak tahu nak buat macam mana.Disebabkan stress saya rasa malas belajar, letih dan tak bermaya.Saya rasa susah nak hadapi hidup kalau saya tak bermaya.Saya pernah tenangkan fikiran, tapi tidak berhasil.Entahla macam mana nak cakap, saya rasa susah sangat.Saya ni dah bosan dengan hidup saya cuma saya buat apa yang mampu.

Saya nak buat servei kajian, sila angkat tangan siapa disini yang suka mendengar orang membebel? Sila angkat tangan tinggi-tinggi! Ump..kok ga ada. OK..Sila angkat tangan siapa yang suka membebel?? Tak berani ya.

Adakah, mentang-mentang dia anak kita, kita boleh membebel sesuka hati kita ikut perasaan? Bukankah membebel itu sebahagian dari marah atau sifat ammarah? Seorang pernah mendatangi Nabi memohon nasihat, jawab Nabi, La Taghdhab3x, Jangan marah, jangan marah dan jangan marah.

Pada satu saat, kita perlu juga marah, Tuhan sendiri pun telah memasukkan ke dalam diri kita sifat marah, ya marah biar kena pada tempatnya. Apakah selama ini ibu-ibu yang suka membebel pernah membuat satu senarai semak, berapa kali anda membebel dan berapa banyak hasil dari kejayaan membebel itu. 

Ibu, anak-anak anda sekarang nak berdepan dengan UPSR, dia sangat-sangat memerlukan perhatian anda. Jangan kerana silap sikit, membebelnya macam silap banyak.Dia ada perasaan.Anda cantik ibu, tetapi ketika anda membebel, orang lain melihat anda seperti kurang siuman. Semua perkataan mahu di sebut, semua perkara mahu di ungkit, apakah begitu cara mendidik?

Jangan lah seperti kisah kawan saya ceritakan ini. Mentang-mentang anak dia, dia boleh buat apa sahaja. Kawan saya ni bekerja sebagai pegawai di penjara Kajang. Ada seorang banduan katanya dipenjara sebab kesalahan merogol anak sendiri.

Satu hari kawan saya ambil kesempatan untuk bertanya, apa sebab engkau dipenjara, apa sebab engkau rogol anak sendiri? Jawab banduan itu, la...tak kan tak boleh itukan anak saya, saya buatnya, saya besarkan dia, saya belikan segala untuknya, kalau nak nak ........, tak kan tak boleh? Kerana geram, atas tindakan reflek, kawan saya terus memhempuk ke mukanya. Memang rasa bersalah katanya, tetapi aku geram sangat dengan jawapannya.

Fikir-fikirkan bu, anak kita ada masa depan dia sendiri. Dia boleh menolong kita apabila kita berada di dalam kubur nanti.Berapa lama lagi umur ibu? Tak tahu kan.Nah..kalau ibu meninggal, sementara anak ada perasaan benci yang amat-amat sangat.Apakah dia akan sentiasa berdoa untuk anda?

Beberapa tips telah diberikan oleh pakar-pakar berhubung menjaga anak-anak semasa mereka berdepan dengan peperiksaan.Seorang pensyarah di UKM, DR.Salleh Amat ketika saya hubungi memberikan tips berikut, jangan marahkan anak, atur jadual waktu belajarnya, temani dia belajar.doakan untuknya.

Anak Lari Rumah

Pernah juga sekali, seorang pegawai di AADK menghubungi orang bawahannya, minta carikan anaknya yang hilang beberapa tak balik rumah,minta rujuk dengan bomoh mana-mana yang terkenal. Jawapan bomoh itu, anaknya sekarang berada di lebuh raya menuju ke Utara.

Pening juga kepalanya, sambil bersembang dengan kami, beliau katanya, inilah hasilnya apabila ibunya selalu membebel.
 

No comments:

Post a Comment