Saturday, June 2, 2012

Memburu Kasih Ilahi


Salam buat semua rakan-rakan saya, kemana anda cuti persekolahan ini? Selama dua minggu mungkin banyak aktiviti yang menarik telah anda rancang.

Seronok ya jalan-jalan. Yang duduk diam dirumah, semoga anda bahagia. Tak mengapalah tak ke mana-mana pun, ramai lagi insan lain yang seperti anda. Apa boleh buat, masalah demi masalah ada saja datang, ianya kata guru saya, tamu tak di undang.

Nah... saya pun masih di kota, besok minggu kedua bercuti, kita boleh merancang itu dan ini, tetapi Allah berfirman, Manusia itu tidak tahu apa yang akan dilakukan esok hari, walau pun sudah dirancang dengan teliti. (Rujuk Surah Luqman : 34).

Saya berjalan-jalan lah dahulu ke kedai-kedai buku di Jalan Masjid India mencari sebuah buku dari Pustaka Aman Press, Pengarangnya Abu Bakar Atjeh. Judulnya Ilmu Tasauf.

Satu kedai ke satu kedai.... akhirnya tak jumpa, habis katanya.

Saya ke jalan Tunku Abdul Rahman atau orang panggil Jalan TAR.

Nampaknya disini ada banyak buku.Cuba kita masuk JOm....

Setelah bertanya pada empunya kedai, nampaknya buku yang saya buru masih tidak ditemui.

Mungkin harus ke Kota Bharu lagi...Kedai mana lagi kalau bukan Ja'far Rawas di Jalan Dato' Pati.

Ada yang membuat saya tertarik untuk menyelak helaian demi helaian, lalu saya turut tergoda untuk memiliki buku disebelah ini. 

Tidak menolak kemungkinan, apa yang dibincang dalam buku ini sudah ada dalam koleksi buku-buku tasauf saya selama ini, namun kerana menarik dan harganya pun tidak lah mahal, hanya RM9.90 sebuah, saya membelinya.

Setakat ini baru membaca beberapa halaman, antara isi kandungannya, "Orang yang berzikir laksana orang yang hidup, orang yang tidak berzikir seperti orang yang mati"



Menarik jua
 

dan ini
 

No comments:

Post a Comment