Friday, June 8, 2012

Motivasi Orang Lahir Bulan Jun

Gelap cerah, gelap cerah, tup tup, kita sudah pun berada dibulan Jun. Tinggal 3 bulan sahaja lagi bagi murid tahun 6 untuk berdepan dengan UPSR.  Datangnya sekali seumur hidup, andai kata keputusan ini tidaklah bagus sangat, tidak boleh sesekali mengulanginya lagi, walaupun menangis-nangis sampai habis air mata.

Kelebihan orang lahir bulan Jun

Buletin bulan ini akan memaparkan kelebihan orang yang lahir pada bulan ini, bulan apa lagi kalau bukan bulan Jun. Angkat tangan siapa lahir bulan Jun? Berapa orang semua? Tahniah lah, anda lahir dibulan ini,kerana orang yang lahir bulan ini tidak kurang istimewanya daripada orang yang lahir bulan lain.
Hehe. Jangan kecil hati orang lahir bulan Mei atau April. Orang lahir bulan Julai, tungguuuuu…

Baiklah, tak usah bercerita panjang. Orang yang bulan ini istimewanya dia sebab (1) Berfikiran jauh dan berwawasan. Orang ini suka berfikiran jauh sampai kedepan, tapi awas, jangan sampai berfikir hal-hal yang tidak perlu difikirkan.Hinggakan kamu dapat rasakan seseorang itu begini dan begitu. Pastilah dia tu begini dan begitu. Jangan sampai tahap begitu. Tidak semua kita tahu, Tuhan tidak buka semua ILMU-NYA kepada kita.

Mudah ditawan kerana sikap baik. Yang ni agak bahaya, silap haribulan, dia akan ditawan oleh lanun laut dalam.Hehe..Saja gurau. Awaslah dalam bersabahat. Pandai-pandailah membuat pilihan. Kita memang perlukan ramai kawan, sebaliknya jauhilah bermusuh.

Berperangai yang lemah lembut.Hmmm..orang lahir bulan ini rata-rata mempunyai akhlak yang lemah-lembut. Lembut tingkah lakunya dan lembut juga kata-katanya.

Mudah berubah sikap, perangai idea atau mood. Bagus jika anda mudah berubah, lebih-lebih lagi berubah ke arah kebaikan. Tapi jangan mudah berubah ke arah yang lain. Tetap istiqomah berperangai baik jika telah menemui jalan yang baik.

Idea yang terlalu banyak di kepala. Haha..Orang kelahiran bulan ini rupanya terlalu banyak idea. Senang kalau kita nak bertanya apaa-apa, ada saja jawapan dia.  

Bersikap sensitif.Ayooo…
Otaknya aktif (sentiasa berfikir) .
Sukar melakukan sesuatu dengan segera .
Bersikap suka menangguh-nangguh.Ni yang tak best ni.
Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik.
Cepat marah dan cepat sejuk .
Suka bercakap dan berdebat .
Suka buat lawak dan bergurau .
Otaknya cerdas berangan-angan .
Mudah berkawan dan pandai berkawan .
Org yang sangat tertib .
Pandai mempamerkan sikap .
Mudah kecil hati .
Mudah kena selsema .
Suka berkemas .
Cepat rasa bosan .
Sikap terlalu memilih dan cerewet .
Kurang mempamerkan perasaan .
Lambat nak sembuh apabila terluka hati .
Suka kepada barang yang berjenama .SAMSUNG
Mudah menjadi eksekutif .
Kedegilan yang tidak terkawal .
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya .

Bersambung...

 

No comments:

Post a Comment