Tuesday, June 5, 2012

Orang Berzikir Sama Dengan Orang Hidup

Orang yang berzikir itu jika dibanding dengan orang yang tidak berzikir sama ibarat orang yang hidup dengan orang yang mati.

Justeru, orang yang berzikir, doanya didengari, kerana dia hidup, manakala orang yang tidak berzikir, doanya tidaklah cepat dimakbulkan, boleh jadi tertolak sebab dia orang mati.

Jika orang menzalimi orang berzikir, bererti dia menzalimi orang yang hidup, orang hidup ini boleh memohon kepada Allah.

Manakala jika kita MENZALIMI orang yang tidak berzikir samalah menzalimi orang yang mati dan mereka tak boleh membalas.



"الرابع والعشرون تخفيف الاثقال يوم القيمة لقوله عليه أَلسَّلامُ سَبَقَ الّمَفَرٌِدُونَ قالوا وما المفردون يا  رسول الله صلى الله عليه وسلم  الله قال المسنهترون بذكر الله يضع الذكر اثقالهم يوم القيمة " :
Artinya: yg ke 24 : meringankan akan segala yg berat-berat pada hari qiãmat kerna sabda  Nabi SAW “ Telah mendahului akan kamu oleh orang yang Mufarridun itu” berkata mereka siapa  orang yg Mufarridun itu hai Ya Rasulallah ? Maka Sabdanya “Mereka itulah yang mengekalkan akan dengan menyebut Allah padahal menghilangkan dan meringankan menyebut dzikir itu daripada akan segala yang berat-berat daripada dosa mereka itu pada hari Qiãmat”


 

No comments:

Post a Comment