Tuesday, June 12, 2012

Suka Ria di Perjalanan Ini


10 Jan 2009. Hari kedua perjalanan ke Cau Dai Temple. Lokasi ini adalah rumah ibadah bagi semua agama. (kata mereka). Mana-mana penganut dari agama apa boleh saja masuk dan beribadah mengikut fahaman masing-masing.
Bila masuk dalam, beginilah rupanya. Ingat nak solat sunat tadi, mana boleh kalau kek gini tempatnya, penuh dengan patung, naga dan ular di dalam. Kat luar pun ada lagi...
Mereka sedang sembahyang, jam 10.00 pagi. Udara di sini dingin, inilah yang sedapnya kat Vietnam ni, sebabnya mereka terima piasan udara dari China, sejuk...
Berada di luar rumah ibadah semua agama. Cau Dai Temple
Cau Dai Tample
Cau Dai Temple

Mencari Turning Dalam Kehidupan


Seorang penagih dadah bukanlah mudah untuk berhenti, saya sendiri pernah berdepan dengan 2 orang penagih (dalam sistem NA masih menggunakan istilah penagih walau sudah lama berhenti), memberikan statement bahawa dia akan ambil semula barang (morfin dan heroin) tersebut apabila keluar nanti (dari pusat).

Saya tidak mengatakan sistem pemulihan di Pusat Serenti itu tidak berjaya 100%. Kita tinggal dulu pasal pusat serenti. Namun....apabila kita mendekati penagih yang telah berhenti, mereka bercerita...untuk berhenti mesti ada satu turning point. Dan setiap orang melalui turning point yang berbeza.

Saya cuba mendekati dan mengorek rahsia 2 orang prs (bekas penagih) di bawah ini, mereka kini berada di Pusat Serenti Raub bekerja sebagai PRS secara kontrak. Gambar mereka saya ambil dengan kebenaran dan bertujuan dimasukkan ke dalam blog saya, sebagai pengajaran kepada orang lain yang masih menagih dan bukti kepada masyarakat bahawa penagih dadah sememangnya boleh berhenti.

Ketika ditanya pada Bakri, (rujuk foto) apakah turning point beliau yang memberikan satu kekuatan untuk berhenti secara terus. Katanya yang masih bujang, sebenarnya saya tak ada niatpun untuk berhenti, saya sebenarnya saya ingin cepat masa kurungan dalam pusat ini dipercepatkan, semakin hari semakin dekat nak keluar, semakin rindu pada heroin, sambungnya yang menagih selama 15 tahun.

Ketika keluar dari pusat kali terakhir (3 kali masuk pusat dan 5 kali masuk penjara,rakannya yang disebelah), saya turun dari bas di penang dan ingin pergi membeli benda tu hasil dari duit yang saya dapat selama bekerja di pusat serenti ini.

Ketika itu, kaki saya menjadi kaku, lemah dan tak berdaya, semacam lumpuh. Ya Allah, Engkau berikan aku peluang lagi kali ini, sama ada aku nak terus ke sana atau balik ke rumah. Kaki dah kaku ni. Bila saya tukar niat untuk balik, terus Allah Taala berikan saya kekuatan untuk bergerak. Terus saya ke kedai Hard Ware dan belikan satu rantai dan satu mangga besar.

Bila balik ke rumah, saya minta ayah saya rantai saya 24 jam, kecuali waktu makan dan sembahyang. Selama setahun saya begitu, bila kawan datang, atau dengar ekzos motor, mereka terus saya lari naik ke dalam rumah. Sampai sekarang al-hamdulillah, saya mampu bertahan.

Ketika ditanya, apa perasaan anda apabila mengenang kehidupan anda yang lalu? Saya merasakan sangat rugi, kerana kehidupan berlalu begitu saja dan hari ini pun saya tidak memiliki apa-apa, kecuali wajah yang sebegini.


Zulkifli bin Zainal, 22 tahun menagih tetapi kini dengan bangganya, sudah 4 tahun berhenti (kiri), Bakri Abdul Rahim (kanan) 15 tahun menagih, juga baru 4 tahun berhenti.
 

No comments:

Post a Comment