Tuesday, July 31, 2012

Mydistress membantu mengatasi masalah jenayah


Penulis sempat bersama dengan seluruh Pengetua dan Guru Besar dari seluruh Negeri Selangor hari ini di IPK Shah Alam.Kelihatan dalam gambar Ketua Polis Selangor Tun Hisan bin Tun Hamzah sedang menunjukkan baju (luar) polis baru yang dilengkapi lampu berkelip-kelip. Sementara Noorhisham Hamzah (belum ada Tun lagi) sedang berdiri di belakang.

Read more »

 

Buat Malu Je

Read more »

 
Sunday, July 29, 2012

Mencari Rezeki di Bumi Allah





Read more »

 

Istiqomahlah dalam beramal

ASSALAMUALAIKUM, dalam siri Tazkirah saya yang pertama di Desaria pagi Sabtu lalu ada menyebutkan tentang Falsafah Rukun Islam. Alhamdulillah, sempat juga hujung-hujungnya menyentuh soal menayangkan gambar manusia di dinding rumah.

Banyakkan Berdoa

Kita disuruh supaya banyakkan berdoa, lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan, kerana doa orang yang berpuasa itu (dijanjikan) akan dimakbulkan. Pada gambar yang dipajan itu, menurut Dialog Antara Jin Islam dengan Muhammad Isa Dawud, ada syaitan yang duduk bertenggek disitu. Cuba baca buku tersebut tajuk (Dialog dengan Jin Islam)

So,(kalau bukan bulan puasa), syaitan ada disitu lah.Makanya doa kita susah nak makbul.Begitu lah kira-kira.Kerana rumah yang dimasuki syaitan, tidak akan dimasuki Malaikat. Bukan begitu?

Sedikit Persoalan.

Namun persoalan timbul, jika selain bulan Ramadhan bagaimana? Bukankah syaitan itu kena rantai (katanya). Jadi, bolehlah kita pajankan gambar semula ya, sebab syaitan tak ada disitu?Hmmmm..ada ke gitu pulak.Bukankah lebih elok jika rumah Muslim itu ada hanya ayat-ayat Al-Quran sebagai hiasan, atau nama Allah dan Muhammad. Hiasan didinding rumah dan hiasan juga didada kita,sambil kita amalkan. Tidak macam sesetengah orang, dia letak ayat Qur'an di dinding, ayat seribu Dinar lah, ayat Kursilah. Tapi dia??? Hampeh...Sembahyang pun tidak. Tapi saya masih pujilah kalau dalam hatinya masih ada rasa bangga kerana meletakkan ciri-ciri keislaman dalam rumahnya.

Hakikat syaitan kena rantai itu pun masih tersirat rahsia. Apakah betul-betul ia dirantai bagaikan manusia kena rantai dengan rantai besi atau perkataan ia dirantai itu sebenarnya secara falsafah. Kerana dikatakan syaitan itu menjalar disetiap pembuluh darah anak Adam, apakala kita berpuasa, maka pembuluh darah itu menjadi sempit, hinggakan syaitan mahu berjalan-jalan pun agak sukar.Pun boleh jadi begitu.Keinginan untuk berbuat jahat, bercakap kuat dan bertindak sembrono menjadi pasif.

Hakikatnya, manusia yang baik dan jahat tetap ada walaupun dibulan Ramadhan, mentang-mentang syaitan kena rantai, tidak ada lah orang jahat, bunuh diri, sepak orang, oooo tidakkk...Semalam pun sahabat saya, menulis di facebooknya, jirannya perempuan mati bunuh diri dalam bilik, ia terjadi waktu berbuka puasa.Sedang suami dan anaknya sedang menjamu juadah berbuka.

Orang yang tak berpuasa pun ramai.Belum campur yang terlupa nak puasa, terlupa niat nak puasa, padahal bangun bersahur.Macam-macam lah jika ilmu kita kurangkan.Dan belum dikira yang lupa bangun tidur, kemudian terus pergi kerja, terlupa mandi dan gosok gigi. Alamak...ada jugak ya.

Seperkara yang belum sempat saya sentuh ialah isu menjaga graf ibadat kita. Semua maklum bulan ini kita bangun awal kerana perlu bersahur. Kebetulan bangun awal itu, kalau sempat, solatlah 2 rakaat solat sunat Tahajud ke atau (kalau dah dekat subuh) solat sunat Fajar.Kemudian berdoa memohon ampun, kerana ini anjuran Al-Quran sebagaimana termaktub dalam surah Al-Imran ayat 17. ..Dan orang-orang yang memohon ampun diwaktu sahur...

Namun,apabila masuknya Syawal, graf kita menurun, sayangnya kan.Ini yang perlu kiga jaga,Kenapa menurun? Ya lah...sana sini ada rumah terbuka, makan sana sini, malamnya berhibur dengan acara TV, sambut orang datang ke rumah kita atau kita bertamu ke rumah orang. Dekat-dekat subuh nanti, kita dah tak bangun seperti bulan Ramadhan dah...Ye kan... So....ini yang kena jaga.Ramadahan atau bukan Ramadhan, hendaknya kita sentiasa istiqomah dalam beramal.

So, berdoalah agar kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beramal secara istiqomah sampai akhir hayat.Amin. Beramal lah dengan apa yang sudah kita yakini benar akan ia, jangan banyak bertanya seperti Assamiri yang bertanya tentang lembu dalam surah Al-Baqorah. Sejarah telah banyak membuktikan, orang yang banyak bertanya tidak ke mana.

Namun, jika ada was-was dalam agama, atau memang kita jahil bab berkenaan, kita mesti bertanya, berdoa mohon petunjuk, merujuk alim ulama dibidang masing-masing. Ilmu tasauf mesti dirujuk pada ulama yang arif bidang Tasauf. Ilmu tasauf membicarakan hal batin, hal yang jauh bersifat rohani, yang tidak nampak dimata kasar.Dan yang menjadi sukar, tidak ramai pula orang yang arif dibidang ini di zaman kita ini.

Hal Thoriqah, (perjalanan menuju Tuhan) tanyalah pada ahlinya. Bertanya pada bukan ahli, akan membuat kita semakin bingung.Akhirnya kita semraut dalam perjalanan menuju Tuhan. Destinasi kita tak sampai.Hasrat tinggal hasrat.Impian tinggal impian. Berkubur dalam perjalanan.Nauzubillah.


Read more »

 
Friday, July 27, 2012
Wednesday, July 25, 2012

Salam Aidil Fitri


Read more »

 

Sekilas di Bazar Ramadhan BSP

Suasana di Tapak Bazar BSP 
(Warna Hitam)Air Mata Kucing 
Syukur..Jam 6.30 Air dalam balang sudah tinggal 1/3






Pupu minum Air Soya  
Ibu Imah dan Pak Teguh sempat makan bersama di dalam gelap Maghrib 
Maghrib Sudah... Flat BSP

Read more »

 
Tuesday, July 24, 2012

Selamat berpuasa dibulan Ramadhan


"Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu, kamu menjadi manusia yang bertaqwa" QS Al-Baqarah - 183

Murid-murid sekalian, siapa yang puasa hari ini? Syabas siapa yang sedang berpuasa hari ini. Puasa memang meletihkan, tetapi ada banyak manfaat sebenarnya. Sehingga agama lain pun, (selain agama Islam) menyaran penganutnya agar berpuasa.

Tujuan berpuasa bukanlah supaya kita lapar dan haus semata-mata, tetapi untuk mengekalkan kesihatan kepada tubuh badan kita.

Selama ini, kita tidak pernah pun merehatkan perut kita dari dimasuki makanan. Hari-hari tubuh kita memproses makanan, mesin dalam perut tidak pernah berhenti mengisar makanan. Makanya, sesekali ia perlu direhatkan.

Kereta bapa kita pun, kalau tidak pernah masuk bengkel untuk ganti minyak hitam, padahal sudah tiba masanya ia di service, pastinya ia akan rosak.Cubalah kalau tidak percaya.

Makna Taqwa. Adapun tujuan puasa yang paling besar sekali ialah, supaya kita menjadi manusia yang bertaqwa. Untuk apa taqwa itu ? Taqwa itu ibaratnya tiket untuk masuk syurga. Dengan bahasa yang mudah, ulama memberi makna “taqwa” itu ialah menjauhi larangan Allah dan melaksanakan segala titah perintahNya.

Makna Puasa. Puasa itu pula maknanya menahan. Kita disuruh menahan diri dari makan dan minum dari tempoh sekian hingga tempoh sekian. Walaupun makanan itu halal, walaupun kita ada duit.Tidak boleh sesekali, makan atau minum jika belum tiba masanya berbuka.

Lebih jauh dari itu, maksud menahan tidak sekadar menahan makan dan minum sahaja.Banyak perkara yang perlu kita “menahan diri” kita. Contohnya dari melakukan sesuatu yang ditegah atau dilarang agama. Kerana semua tegahan itu pastinya membawa kepada mudarat, dosa dan berhujung dengan siksaan.

Kita adalah hamba kepadaNya, ibaratnya kita ini tidak lebih dari seorang kuli kepada seorang tauke. Apa yang tauke suruh, mesti buat. Kalau tidak, tak dapatlah gajinya.

Anak-anak, hakikatnya kita adalah hamba abdi kepada Pencipta kita, ada keinginan-keinginan kita yang tidak tercapai dan ada yang tak mungkin akan kita capai. ­

Dari itu, tuhan mengajar kita supaya "menahan" . Tahanlah dirimu dari itu dan ini yang menyalahi peraturan agama. Tahanlah dirimu dari sesuatu yang tidak ditakdirkan buatmu.

Kalau boleh kita nak jadi orang yang glamour macam artis kan? Tetapi, bila mengetahui ianya salah kerana kehidupan artis (yang kita saksikan hari ini) banyak dengan dosa,maka kita bersabar dan menahan diri kita dari menjadi artis.

Bagaimana puasa menjadikan muslim insan bertaqwa ?

Ayat 17 didalam Surah Al-‘Imran memberikan jawapannya, "Orang-orang yang sabar, orang-orang yang benar,orang-orang yang tetap didalam ketaatan, orang-orang yang menafkahkan (sebahagian dari harta mereka) dan orang-orang yang bangun mohon ampun diwaktu sahur"

1. Sabar. Sabar ketika berpuasa mengajar kita menahan haus dan lapar dari pagi hinggalah terbenamnya matahari. Bersabar pula berterawikh dimalam hari.

Sabar ketika miskin, sabar juga ketika anda kaya, ingatlah hidup ini penuh dugaan. Semuanya menguji diri anda. Selagi anda hidup, selagi itulah cobaan akan datang pada diri anda terus menerus.

Nabi bersabda kepada Saidina Ali.”
“Wahai Ali, sabar itu ada 3 kategori, sabar menjalankan perintah Allah, sabar menghadapi musibah dan sabar menerima qadha Allah Taala”

Bersabarlah dikala menunggu sesuatu yang belum kita dapat, dan bersabar setelah apa yang kita dapat, di ambil semula.

Tabahkan hatimu, sentiasa berhubungan dengan Tuhan, jangan lupakan Dia saat kita senang mahupun susah.

2. Sidiq (Benar)
Orang-orang yang berpuasa hendaklah jujur, tidak boleh sesekali mencuri-curi makan, jujur juga pada perkataannya, jujur tingkah lakunya. Jujur dalam berniaga, jujur dalam semua hal. Sabda Nabi SAW, "Peniaga yang jujur duduk seperti ini dengan ku di syurga" sambil menunjuk isyarat dua jari (telunjuk dan jari tengah). Bayangkan betapa dekatnya orang yang jujur dengan Nabi.
3. Qonitin. (berterusan didalam ketaatan)

Ketaatan anda hendaklah berterusan, dari pagi sampai malam, dari buka mata hingga tutup kembali, dari muda hingga tua, dari anda mengenal apa itu agama, hinggalah anda meninggal dunia. Mentaati Allah adalah perjuangan, menjaganya bukan mudah. Perlu kekuatan batin dan sokongan dari luar.

Anda perlu cipta suasana yang membawa anda ke arah suka dan cintakan ibadah. Antara ciri-ciri rumah tangga yang harmoni, ialah semua ahli keluarganya beribadah bersama-sama. "Iyyaa ka na'budu wa iyyaakanasta iin " Justeru, bentuklah dalam keluarga kita suasana itu.
4. Menafkahkan harta (Bersedekah)

Dalam dunia ini manusia dicipta bermacam-macam tingkatan. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang tidaklah kaya, tetapi dia mampu untuk membantu orang lain ala kadarnya. Bila kita rasa keperluan hidup kita sudah mencukupi, mana yang lebih itu, kita berikan pada orang lain. Biar mereka sama-sama merasa nikmat hidup ini.

5. Mustaghfirin Bil Ashar (Mohon ampun di waktu sahur)

Inilah ciri kelima TAQWA. Selaku insan yang banyak kelemahan, kita tidak lepas dari salah dan dosa sesama manusia dan tuhan. Mohon ampunlah kesalahan lampau kita dengan Tuhan. Tuhan amat tahu kita banyak dosa, siang malam Dia perhatikan kita tanpa mengantuk pun dan Tuhan tahu kita tidak ada masa sangat, maka waktu sahur adalah time yang paling hening, saat semua manusia sedang enak dibuai mimpi.

Mukmin yang sedar dirinya akan balik menemui Tuhannya (pada satu saat nanti), dia akan bangkit untuk memohon ampun.Dia sedar, sebanyak mana hartanya, sehebat apa dirinya, jika mati membawa dosa, maka itu tiada guna baginya.

Demikian 5 aspek penting yang menyempurnakan puasa seorang hamba, sehingga pada pagi raya Tuhan mengatakan, mereka seolah-olah bayi yang baru lahir. Maknanya suci dan bersih dari dosa. Bukan disebabkan berlapar sahaja, malah ada lagi amalan lain, yakni bersabar dibulan Ramadhan menahan lapar dan dahaga, berperangai baik, mengerjakan solat terawikh pada malamnya, dan menjauhi lagha. Maka sempurnalah puasa seorang hamba dengan 5 elemen di atas.

Oleh itu, mari kita pastikan, kelima-lima syarat untuk menjadi insan bertaqwa itu, kita cuba sedaya-upaya untuk menunaikannya. Sesibuk apa pun kita, jangan lupa tanggungjawab kita selaku hambaNya.Salam Aidil Fitri, mohon Maaf Zahir dan Batin.

Read more »

 

Ke mana cikgu curahkan?

Dari jauh nampak comel budak perempuan tu berjalan, siap ada lesung pipit, rambut dibiar mengurai, semakin dekat, semakin dia tengok padaku, ku tengok lagi, Cikguuuuu...tegurnya. Ya Ampun, rupanya anak muridku, dalam hati berkata sendirian, kenapalah anak muridku yang pernah ku siramkan ilmu, betapa dosanya membuka aurat, betapa dalamnya api neraka, betapa azabnya siksaan itu. Toh... masih berani kamu berbuat seperti itu.

Termanggu sendirian, kemana ilmu cikgu berikan selama ini, tidak cukupkah Silivus yang Ustaz dan Ustazah sudah sampaikan, masih lompong benarkah ilmu-ilmu yang kamu terima.

Apa boleh cikgu buat? Hanya menatap dan membalas senyummu. Itu saja. Dikejauhan ini, cikgu hanya  termenung sendirian. Terserah padamu mahu ke mana pergi. Fa alhamaha fujuraha wa taqwaha. Dan Kami telah ilhamkan kepada manusia, samada memilih fujur atau taqwa. Up To You.

Read more »

 
Sunday, July 22, 2012

Bahan Tazkirah

Point-point penting sempena hadirnya Ramadhan, boleh dijadikan bahan Tazkirah semasa.

  1. Setiap amal bermula dengan NIAT.Niat lah yang membezakan antara Adat dan Ibadat.Kendatipun adakalanya adat boleh menjadi (amal) ibadat. Mungkin anda perasan, kalau selama ini nak bangun pagi-pagi sebelum subuh punyalah susah, apalagi nak bangun tahajud ye kan. Nah...bila tibanya bulan Ramadhan, boleh pulak kita bangun awal ye kan. Kenapa ye? Inilah kehebatan niat. Sebelum tidur malam, kita sudah berniat/berazam untuk bangun esok pagi sebelum subuh.Kring....loceng berbunyi, kita pun terjaga dengan mudahnya.
  2. Dalam bulan ini, jagalah dan berhati-hati di dalam berbicara, kurangkan bicara dan banyakkan membaca Al-Qur'an atau berzikir. Bukankah orang yang banyak bicara itu tanda kurangnya ilmu dan boleh membuat orang lain berkecil hati, gara-gara kesilapan lidahnya. Tidaklah bermakna dibulan lain boleh ngomong seenaknya. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, tidak boleh di undur. Terlepas sms tidak boleh ditarik lagi.
  3. Kawal hati, agar tidak menerewang jauh ke lembah yang tidak perlu ia fikirkan.Puasa itu ada 3 kategori.Puasa orang biasa (awam), puasa orang pilihan dan puasa orang-orang pilihan diantara (orang) pilihan.Orang yang boleh sampai ke Maqam yang tinggi seperti Rabiatul Adawiyah itu sangatlah hebat, kita-kita ini, kalau boleh masuk ke peringkat kedua pun sudah bagus.Usahakanlah agar anda berada di situ.Sampai bila anda harus duduk pada Maqam orang Awam? Tinggalkan lah maqam itu, berusahalah untuk naik ke atas.
  4. Bersiap-siap lah untuk pulang ke kampung abadi.Biasanya kalau nak raya, semua orang sibuk nak balik kampung halaman tempat kelahiran sendiri. Lebih syok balik kampung sendiri dari balik kampung si dia.Walau dulu memang suka sangat ke rumah si dia.Orang mula sibuk beli baju baru, cek enjin kereta, cat rumah dan sebagainya, tetapi, ramai orang terlupa untuk membuat persiapan balik ke kampung halaman tempat ruhnya akan dikembalikan yang abadi selamanya. Kampung kita adalah akhirat.Disitu penghidupan yang kekal tanpa musnah.
  5. Dikesempatan Ramadhan ini rebutlah peluang untuk Jaga Solat berjamaah 40 hari.Kerana itu menjadi penghambat siksaan kubur. Selama ini, mana boleh kita tunaikan solat berjamaah, asyik sibuk dan kalut memanjang, nah...kesempatan bulan yang mulia ini, kita berjamaah Maghrib sampai Isya, kemudian sambung dengan Terawikh, alangkah bagusnya jika kita juga berjamaah bersama keluarga untuk solat subuh, Zohor dan Asar. Apalah susah sangat nak berjamaah, liat macam apa ntah. Bukankah lebih baik anda terlepas dari sifat munafiq (yang membawa anda kepada siksaan kubur) dari anda memenuhi kebutuhan hidup yang hanya sementara ini.So...fikir-fikirkan....sampai bila anda harus begitu selamanya... Apakah anda menunggu panggilan Izrail, baru semuanya mahu dikerjakan? Ooooo sudah terlewat dikala itu.
  6. Tujuan berpuasa mengantar seseorang menjadi insan taqwa.Makna Taqwa itu terungkap dalam surah Al Imran ayat 18.
  7. Orang-orang yang Sabar.
  8. Orang-orang yang Benar
  9. Orang-orang yang Taat dan patuh
  10. Orang-orang yang suka menafkahkan hartanya
  11. Orang-orang bangun mohon ampun diwaktu sahur.
Baca lagi sini

Read more »

 

Berita Terkini SKB Sempena Ramadhan


1.Besok 24 Julai 2012 adalah Ujian Percubaan (UPSR) Bagi Murid Tahun 6.Buat yang terbaik.
2.Koko Hari Rabu minggu ini dibatalkan.

Read more »

 
Saturday, July 21, 2012

Panggilan dibulan Ramadhan

Salam sejahtera dengan ucapan yang lebih sempurna Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh. Kedatangan bulan Ramadhan, ramai sms dikirim ke sana sini, tercatit padanya ucapan, "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga ianya membawa keberkahan". Saya tele kan antara ucapan sms ini dengan salam tadi, ada satu perkataan yang sama iaitu MUBARAK, atau Keberkatan. Sejujurnya, saya sendiri belum memahami secara total apa itu yang dimaksudkan dengan keberkatan. Dan mengapa (dari aspek agama)  manusia sangat-sangat memerlukannya.

Justeru tidak cukup salam hanya dengan Assalamulaikum, namun jika ingin sempurna tambahlah padanya warahmatullahi wabarokatuh. Anda tahu kenapa kita memerlukan keberkahan atau keberkatan itu? Perhatikan, dalam salam itu, ada selamat, rahmat dan berkat.

Saya tinggalkan istilah itu disitu kita gantung sejenak buat bahan pemikiran jika ada masa terluang. Berfikirlah, itu jauh lebih baik dari berkhayal sebenarnya kan.Namun kadang-kadang kita dibawa arus khayalan. Syukur, Ramadhan datang, syaitan dibelenggu, kita tidak lagi dibawa angin khayalan. Perahu kita tenang dan damai di atas air.

Saya punya satu cerita, setelah saya pulang dari Aceh, saya mendapatkan pekerjaan sementara sebagai pendakwah atau mubaligh di kawasan Kota Bharu. Dalam seminggu saya harus menyampaikan kuliah maghrib di lima buah surau dan masjid.

Antara surau itu ialah Surau Raja Udang, jalan ke Pantai PCB.Satu ketika bila tiba musim Ramadhan, saya di ajak menjadi imam terawikh disurau itu.Tanpa banyak bantahan saya menerimanya.

Tiap malam kami berterawikh dan menyelip dengan tazkirah supaya Ramadhan menjadikan kaum muslimin lebih berilmu, guna untuk manfaat diri mereka.

Waktu itu, saya hanya buat 8 rakaat terawikh dan 3 rakaat witir sahaja.Ramainya dikawasan itu, orang-orang tua, anak-anak muda pula hilang entah ke mana.Mungkin baru nak membesar.

Satu malam, ketika solat sudah hampir nak selesai, datang seseorang mengetuk dinding surau, dengan suara yang agak kalut dia bercakap, ustaz...ustaz...minta tolong....ada orang nak meninggal..Panik juga saya, nak pergi ke sana atau siapkan solat ini? Dalam kebingunan itu,jamaah tolong jawab, ye lah... nanti kami siapkan solat dahulu, baru kita pergi.

Anak itu pun pulanglah ke rumahnya. Usai selesai solat, beberapa orang bergegas ke rumah itu.Saya meluru masuk ke kamar si sakit.Dari tadi lagi ni...kata anaknya, dia tidak menjawab panggilan.Cubalah tengok-tengok, mana tahu ustaz tahu. Saya pegang kepala, sudah sejuk suam.Pegang nadi, agak lemah sekali denyutannya. Tak boleh memberi apa-apa jawapan, saya diamkan sahaja.

Tak lama kemudian datanglah doktor, salah seorang ahli keluarga ini ke klinik menjemputnya datang. Setelah doktor menyuluh lampunya ke mata, membuat pemeriksaan sana sini, akhirnya doktor ditanya, bagaimana doktor? Ayah awak..... sudah tiada. Terus bising satu rumah bunyi orang menangis bersahut-sahut antara satu sama lain.

Berceritalah salah seorang,2 minggu lepas, cucunya yang pergi (meningal dunia).Hari ini dia pula yang pergi.

Dan kita..... kapankah akan menyelusuri mereka? Bersiap-siaplah, jaga solat berjamaah. Kerana, barangsiapa boleh menjaga solat berjamaah selama 40 hari dan 40 malam, nama nya tiada dalam senarai orang munafiq. Orang yang hilang dari senarai munafiq, kemungkinan besar siksaan kubur tiada padanya. 

Anda pernah melakukannya? Nah...inilah masanya. Jangan banyak ikutkan ahli dunia.Siaplah untuk pulang menemui Rabb.Jangan hanya bersiap untuk pulang ke kampung yang sementara di dunia ini saja.Kasihan bagi orang yang kalut nak beraya, sampai tertinggal solat terawikh. Padahal ampunan dijanjikan pada 10 malam pertengahan dan pembebasan dari api neraka 10 malam terakhir. Jikalah, kita duk kalut-kalut dengan dunia, tiba-tiba maut datang menjemput saat itu kita sepatutnya mengejar Redha dan Janji Tuhan.Tetapi...alangkah kasihannya pada manusia yang meninggal dalam keadaan sebegitu kan. 

Read more »

 
Friday, July 20, 2012
Thursday, July 19, 2012

Sejenak di SK Bandar Tasik Kesuma

BERANANG. 20 Julai 2012. Seramai 387 orang murid dari 10 kelas Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma hari mendengar ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR.

Pihak sekolah, menjemput saya untuk memberikan ceramah ini sekitar 1 jam.


Untuk rekod,tahun 2004, saya pernah berada di sini selama 3 bulan dalam program praktikum Bimbingan dan Kaunseling bagi mata pelajaran Major, manakala Bahasa Melayu sebagai Minor.

Saya diberikan kelas hujung tahun 2 untuk mengajar. Seorang murid yang nakal waktu itu namanya Sarven telah membuat saya hampir-hampir di fiil kan oleh pensyarah mata pelajaran minor.

En.Razif, Ustaz Asri, Puan Azlinda Abu, En.Syukor, Puan Sa'diah dan ramai lagi masih saya ingat. 
Cuma ada beberapa nama yang sudah mulai hilang dari ingatan, tengok wajah masih ingat lagi, itu guru SK BTK.


Dewan Terbuka 





 Terima Kasih semua guru-guru dan murid-murid atas perhatian semasa ceramah tadi.

Sehabis ceramah, guru di belakang menegur, hai...ingat tak ingat kami dah... Eh eh...ingat lagi la balas saya.
Ustaz Roslan berpindah ke sini tahun 2006 dari SK Bangi. Mantan guru SK Bangi.

Read more »

 

Ahlan Wa Sahlan Shahrul Mubarak


Syukur puja dan puji kita sampaikan untuk Rabbul Jalil. Atas nikmat dan anugerahnya yang sangat tidak ternilai dengan wang ringgit rupiah dongkat dolar dan sebagainya. Hingga saat ini kita dipertemukan dengan izinkan, akan bulan Ramadhan 1433. Mudah-mudahan segala kesalahan lampau kita dengan Nya akan mendapat pengampunan.

Jikalah, seorang manusia yang dihukum penjara selama 26 tahun, sangat seronok sekali sehingga menitis air matanya, gara-gara diberi pengampunan oleh Sultan Johor (semalam) sehingga dia dibebaskan dari hukuman mati kerana mengedar dadah.

Betapa seronoknya dia, kerana seorang manusia telah memberi pengampunan sehingga dia boleh kembali ke pangkuan keluarga tercinta.Eloklah masa yang tersisa itu digunakan sepenuhnya untuk keluarga, dan tuhannya.Anggaplah ini kehidupan yang kedua kali setelah tiada harapan untuk keluar dari tirai besi dikamar penjara.

Nah, apalagi jika yang memberi ampunan itu ialah Allah SWT. Bukankah lebih tinggi darjatnya dari itu. Bayangkan betapa gembiranya seseorang jika mendapat pengampunan Tuhannya.

Janji Tuhan, dengan kedatangan Ramadhan, jika dia dapat berpuasa dan beribadah dengan penuh mengharap keredhaan, pengampunan menantinya di hujung (10 hari terakhir) bulan Ramadhan.

Read more »

 
Monday, July 16, 2012

Damailah Arwah Faisal di alam sana

03 Julai 2012. Kami menziarahi Saudara Faisal di Hospital Kuala Lumpur. Kelihatan beliau tidak bermaya, namun masih gagah menyambut kami.Arwah yang dikejutkan dengan musibah sakit buah pinggang beberapa bulan lalu, namun hari ini.....segala nya telah berakhir. Jam 1.00 pagi lewat, tanggal 16 Julai 2012. Beliau pergi meninggalkan kita buat selamanya. Al Fatihah untuk arwah Faisal. Semoga ruh nya tenang dan damai di alam sana, sembari menunggu kami menyusul dan kedatangan yaumul mahsyar.

Gambar arwah semasa di Hospital Kuala Lumpur
Guru Besar Pn Siti Zaharah semasa lawatan


Kubur Arwah di Lokasi Perkuburan Nilai
Sudah menjadi janji Tuhan, Li kulli ummatin ajal..Bagi setiap umat (yang hidup) ada ajalnya.

Abadi selamanya sementara menunggu tiupan sangkakala

Semoga keluarga yang ditinggalkan, isteri dan anak-anak yang tercinta, semoga dapat bersabar, tabahmenempuh kehidupan yang penuh dengan cobaan ini.Beliau meninggal seorang isteri dan 2 orang anak.

Kepada semua pembaca blog norish77.. Saya hidangkan untuk anda dengan lagu ini.Jiwa kita perlu dihiburkan.. Nabi pernah bersabda " Wahai Bilal, hiburkan daku dengan assolah".. Nabi meminta Bilal melaungkan azan, dengan permulaan azan, sebentar lagi akan adanya Solah.



Read more »

 
Saturday, July 14, 2012

Tiada Orang Mati Ingin Hidup Semula


Sabda Nabi " Tiada orang yang mati ingin hidup semula dan ingin mati sekali lagi, melainkan orang mati syahid". Foto ini diambil dari Facebook, salah seorang Mujahid yang telah gugur, wajahnya tersenyum.

Read more »

 
Friday, July 13, 2012

Cubaan Tuhan : Upgrade Sufi

Satu masa, saya menghadiri kursus juru foto di Melaka, tempatnya Bandar Hilir. Lokasi beradu di  Hotel Naza. Kursus ini memakan masa 5 hari. Jarang saya hadir kursus sepanjang tempoh 5 hari seperti ini.

Malang buat saya, kerana tidak dapat mengikuti kursus ini 5 hari penuh, gara-gara tersalah makan di hotel sehingga saya disahkan keracunan makanan. 

Bila kita semak apa punca keracunan, rupanya Nabi pernah meninggalkan sabdanya 1400 tahun yang lalu, "jangan dicampur lauk antara darat dan laut". Nah..gara-gara enak banget makan di hotel, semua kita sumbat, akhirnya terkena lah keracunan sampai memulas perut. Sakitnya aduhai... Lepas tu dah belajar makan hanya satu lauk sahaja, sama ada dari sungai/darat atau laut.

Ada satu hari, kami mesti keluar dari hotel, pergilah ke mana-mana dalam Negeri Melaka ini untuk mengambil gambar yang terbaik, malamnya kami ke sekitar ibu kota Melaka, mengambil gambar bangunan-bangunan di bandar Melaka, besoknya, menjelang siang, saya dan rakan ke Zoo Melaka.

Setelah penat "menyenap" sana-sini, kami pun berehatlah, sementara member yang bawa lens panjang masing meneropong paruh burung di atas pokok. Saya pula memerhatikan gelagat 3 orang manusia. Seorang kelihatan sakit, seperti berbangsa Cina, kedua anak muda, dan ketiga sepertinya isteri dia. Rupanya, perempuan itu adik kepada yang sakit, kepala masih ada perban putih, sementara lelaki muda itu anak kepada yang sakit.

Anehnya...mereka bertiga ini, semasa sang ibu berdialog dengan anaknya, dia menggunakan bahasa Cina, dan apabila dia bertutur dengan lelaki yang sakit itu, dia menggunakan bahasa Indonesia.

Sambil menyuruh lelaki itu baring dia berkata " Ngak pa pa, baring aja, baring aja"..Saya mula panasaran.Kok mereka bertiga jadi gitu dan dari mana mereka sebetulnya.

Saya hampiri dan bertanya, ibu dari mana? Dari China katanya, ini (lelaki yang sakit) adik saya, dia tinggal di Pekan Baru. Baru sahaja kena tabrak (langgar lari),sehingga lukanya parah, terpaksalah dibawa di sini. (Hospital Pakar Melaka).Oo... sebenarnya ramai orang Indonesia yang mampu akan datang sama ada ke Pulau Pinang atau Melaka untuk berubat, kata mereka di Malaysia ianya lebih bagus.

Ok lah...yang saya hairan, tetapi mengapa tadi ibu ngomong sama bapak ini dengan bahasa Indonesia?  OOO... begini ceritanya kata "Bapak ini sebetulnya dia Cina, tetapi kelmarin, setelah ditabrak, ngak bisa ngomong Cina lagi, untung masih bisa memahami bahasa Indonesia" jawabnya.

Folder Bahasa

Subhanallah. Maha Hebat Allah, rupanya dalam otak kita yang dibagi 3 bahagian ini, ada satu kolom atau folder yang menempatkan bahasa, adapun bahasa Cina kepunyaan Bapak ini sudah crack, gara-gara terjatuh sewaktu di langgar. Biarpun bapak itu bercakap dan bermimpi selama berpuluh-puluh tahun dalam dialek cina, tetapi satu masa, fail cina itu boleh hilang atau ter"delete" rupanya. Masih untung juga dia, sebab dia juga memahami bahasa Melayu Indonesia. Ada satu  lagi bahasa simpanan, macam pemain bola simpanan kan.

Saya terfikir, jikalah anak Melayu yang eksiden macam ni, dahlah hanya tahu satu bahasa, apakata jika folder bahasa Melayu nya crack, pecah atau terdelete, kan langsung tak boleh ngomong kan. Cikgu... bahasa bisu kan boleh, kata seorang budak...Hmmmm...Ya lah..kalau tahu berbahasa bisu. Kalau tidak tahu? Macam mana tu.

Upgrade Diri

Bagi orang sufi, ujian mahupun cobaan Tuhan adalah bertujuan untuk meng"upgrade" diri sang sufi dihadapanNya. Jika seseorang itu merapatkan diri dengan tuhan sewaktu ditimpa bencana, bergantung sepenuhnya dengan Dia kata Syeikh Abdul Kader, nescaya dia akan melihat semua perbuatan Tuhan atas dirinya. Lalu dia mengambil jalan untuk mendekatkan diri denganNYa.

Semua manusia dilahirkan untuk susah kan. termasuk cina tadi.Akhirnya semua manusia akan meninggal alam yang fana ini kan.So...ke mana kita selepas itu? Fikir-fikir kan... tentukan destinasi kita. Selamat berjumpa lagi.

Read more »

 
Thursday, July 12, 2012

Ramadhan..Kau Datang Lagi




Publish Post



Assalamualaikum, sahabat semua, yang pernah bertandang maupun yang baru berkenalan dengan blog norish77, semoga anda semua dalam keadaan sihat wal afiat. Saudara, kita patut merasa syukur yang amat sangat, tik tik tik jarum jam berdetik tanpa sekalipun pernah berhenti, kita sekarang diambang Ramadhan lagi. Terima Kasih Tuhan.Entah berapa puluh tahun sudah kita melaluinya.Dan sudah berapa banyak hikmah dan mutiara yang sudah kita kutip.

Sekali lagi, Terima kasih Tuhan,atas nikmat kehidupan ini, dulunya aku pernah sakit, namun Kau sihatkan daku, dulunya daku jauh dariMu, kini Engkau masih memelihara diri ini, dengan nikmat kesihatan.Oh...alangkah besarnya NikmatMu.Sedang hidup ini, semakin hari semakin sedikit tempoh kami bernyawa. Dan kami sedar penghujungnya, adalah sebuah kematian sedang menunggu.

Kau hadirkan Ramadhan, entah sempat atau tidak kami melintasinya hingga ke Syawal mendatang.Semoga hidup ini berada di atas landasan redhoMu. Ya Ilahi.... tiada yang paling indah kami impikan, tiada yang paling tinggi kami inginkan, selain RedhoMu. 

Ya Rabb, andai nya corak hidup kami hari ini, jauh dari pengharapan kami, tolonglah Ya Rabb. Bawa kami yang lalai lagi alpa ke landasanMu. Kembalikan jiwa dan hati kami...yang jauh dariMu....kami sedar.Nikmat dunia hanya sementara cuma.Sedikit pun tidak dapat dibandingkan dengan nikmat Mu disana nanti yang Engkau janjikan.

Dulu aku pernah merasakan, di penghujung Ramadhan,  semakin sayup-sayup tirai ramadhan menjatuhkan dedauannya, rasa rindu...dan terus terlintas....apakala di rakaat akhir terawikh, ketika alunan Qul A'uzubi rabbin naaas...apakah esok masih ada peluang lagi untuk aku bersama Mu? Sekarang... ku sedari Kau masih berikan sisa untuk ku bernafas, walaupun daku tidak istiqomah dalam berabdi kepada Mu, tidaklah diri ini sehebat Rabiatul Adawiyah, sekalipun dia perempuan, tetapi jiwanya mengalahkan kami yang lelaki.

Ya, hate lon sepi, peu na cit pluang pada lon untuk bertemu Dron lagi Ya Rabb? Semoga ada kekuatan kiranya masih ada sisa hayat dibadan. Ya Tuhan, dalam kembara hidup ini yang tak menentu hujungnya, permudahkan segala hajat kami untuk mencapai bahgia bak donya nyoe.

Mudahkan kami menemui-Mu dalam doa dan bacaan Dzikir kami. Andai di sini diri Mu tiada ku temui, sia-sia rasanya segala nya yang ku dapatkan di dunia, sebab hanya sementara, mengalir bagai air sungai segala Nikmat-Mu, tapi jiwa kami gersang...gersang jauh dari mengenal-Mu, sang pencipta jasad dan diri kami. Ku ingin yang baqa....

Kami sedar...
tik, tik....masa terus bergulir, dan saat ini pasti tidak kan kembali lagi buat selamanya. Oh indahnya dunia Ciptaan-Mu ini, tapi ku dambakan akhirat......di sana kehidupan yang kekal abadi.

Kami sedar...
Hidup ini bagai menunggu kedatangan sebuah mobiliti yang akan menamatkan segala lakonan udep bak donya nyoue. Tik......tik...tiik...... ku kan pergi jua..... Ya Tuhan....perkuat kan kesabaran kami dalam melayari bahtera lautan hidup, rupanya gelombang dan taufan, semakin hari semakin mengganas.Kadang-kadang bagaikan menggila.Jangan sampai kami ditarik nafas dalam keadaan Kau tiada memandang kami dengan pandangan redhoMu.


Ya...Tuhan...sukarnya mendidik hati... Sesungguhnya Engkau pernah berfirman, " Innal Lah ha La Yanzuru ila tsuwa rikum..walakinnal Lah ha yanzuru ila qulubikum wa a'malaalikum".Sesungguhnya Allah tidak melihat pada pakaianmu, akan tetapi Dia melihat kepada hatimu dan amalan kamu.

Read more »

 

Selamat Balik Kampung

Read more »

 

Karnival Kaunseling Kerjaya di Putrajaya

Read more »

 
Tuesday, July 10, 2012

Menemui Kembali Skil yang HILANG

Mengingat dan Merenungi betapa risaunya anak-anak, betapa kalutnya ibu bapa saat anak mereka memasuki darjah 6. Ya. Murid-murid sekolah di seluruh Malaysia akan mendepani peperiksaan (besar) yang pertama dan terakhir buat mereka di alam sekolah rendah. Kami pihak sekolah terpaksa menjalankan aktiviti ini walaupun disaat akhir, memandangkan disaat-saat beginilah, kami juga terima rungutan  dari anak-anak. Banyak perilaku dari ibu bapa yang kurang menyenangkan bagi mereka sang anak.

Kepala di "tonyeh" saat makan sarapan pagi bersama keluarga, ibu asyik membebel sepanjang masa akibat kesalahan yang kecil. Ibu tertekan, anak tertekan...Hasrat kita semua untuk melihat anak-anak berjaya semakin jauh dari impian yang kita bina bersama.

Apakah faktor kesengajaan atau kebetulan, sang ibu yang banyak menjadi bahan rungutan anak-anak, mungkin ibu lah orang yang paling banyak mengambil berat hal anak ketimbang bapa. Mungkin ibu lah insan yang paling cemas melihat anaknya semakin mundur dalam akademik. Dan mungkin ibulah insan yang paling kuat ingin melihat anak-anaknya berjaya. Namun...kadang-kala, cara kita kurang disenangi. Matlamat yang kita kejar melalui pendekatan yang menoreh jiwa sang anak, membuat mereka terluka.

Mungkin sesuatu yang terlepas pandang atau tidak disengajakan telah berlaku. Namun hal itu telah benar-benar meninggal kesan dan parut dihati anak. Mungkin anda tidak tahu, ada antara anak-anak kita, yang telah berhasrat, untuk meninggalkan rumah setelah tamatnya UPSR nanti.

Kejayaan dalam UPSR yang mereka kejar, adalah tiket untuk lari dari rumah.Lari dari belenggu masalah dan rantai yang mengikat kepuasan hidup mereka. Entah siapa yang benar dan salah. Siapa yang telah tergelincir dari jalan syariat Ilahi.Inilah maksud Program Gilapan Permata diadakan sekali lagi.

Read more »

 
Monday, July 9, 2012
Saturday, July 7, 2012

Air Mata Berarak

Hujan Air Mata - Siti Musliha

Mendung berarak
Dalam hidupku
Tak siapa tahu
Derita kalbu

Tiap jelmaan
Malam dan siang
Airmataku bagaikan hujan

* Usahlah diri ini dibezakan
Usahlah diri ini disisihkan
Kita semua
Di pentas dunia
Yang sama

** Ku sedar diri serba kekurangan
Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan
Ku gantung setinggi harapan

*** Pada mereka yang membantu
Redhakanlah aku
Setiap budi yang diberi
Ku bawa ke mati

**** Terima kasih
Padamu teman
Selamat tinggal
Aku ucapkan
Di malam sunyi
Yang memisahkan
Airmataku
Bagaikan hujan


Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Amran Omar

Read more »

 
Wednesday, July 4, 2012

Dimana rasa keinsafan sebenar

Tersentuh Hati ini apabila memasuki sebuah wad pesakit di HKL.Apa tidaknya, melihat pelbagai jenis penyakit, ah itu biasa.... tetapi apabila melihat pelbagia usia peringkat 50 ke bawah, itu satu kejutan.Seorang tua dengan mata putihnya lebih kelihatan dari mata hitamnya, bernafas dengan bantuan plastik yang diletakkan dimulut dan hidungnya, sedang anaknya tertidur disampingnya.




Read more »