Sunday, July 22, 2012

Bahan Tazkirah

Point-point penting sempena hadirnya Ramadhan, boleh dijadikan bahan Tazkirah semasa.

  1. Setiap amal bermula dengan NIAT.Niat lah yang membezakan antara Adat dan Ibadat.Kendatipun adakalanya adat boleh menjadi (amal) ibadat. Mungkin anda perasan, kalau selama ini nak bangun pagi-pagi sebelum subuh punyalah susah, apalagi nak bangun tahajud ye kan. Nah...bila tibanya bulan Ramadhan, boleh pulak kita bangun awal ye kan. Kenapa ye? Inilah kehebatan niat. Sebelum tidur malam, kita sudah berniat/berazam untuk bangun esok pagi sebelum subuh.Kring....loceng berbunyi, kita pun terjaga dengan mudahnya.
  2. Dalam bulan ini, jagalah dan berhati-hati di dalam berbicara, kurangkan bicara dan banyakkan membaca Al-Qur'an atau berzikir. Bukankah orang yang banyak bicara itu tanda kurangnya ilmu dan boleh membuat orang lain berkecil hati, gara-gara kesilapan lidahnya. Tidaklah bermakna dibulan lain boleh ngomong seenaknya. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, tidak boleh di undur. Terlepas sms tidak boleh ditarik lagi.
  3. Kawal hati, agar tidak menerewang jauh ke lembah yang tidak perlu ia fikirkan.Puasa itu ada 3 kategori.Puasa orang biasa (awam), puasa orang pilihan dan puasa orang-orang pilihan diantara (orang) pilihan.Orang yang boleh sampai ke Maqam yang tinggi seperti Rabiatul Adawiyah itu sangatlah hebat, kita-kita ini, kalau boleh masuk ke peringkat kedua pun sudah bagus.Usahakanlah agar anda berada di situ.Sampai bila anda harus duduk pada Maqam orang Awam? Tinggalkan lah maqam itu, berusahalah untuk naik ke atas.
  4. Bersiap-siap lah untuk pulang ke kampung abadi.Biasanya kalau nak raya, semua orang sibuk nak balik kampung halaman tempat kelahiran sendiri. Lebih syok balik kampung sendiri dari balik kampung si dia.Walau dulu memang suka sangat ke rumah si dia.Orang mula sibuk beli baju baru, cek enjin kereta, cat rumah dan sebagainya, tetapi, ramai orang terlupa untuk membuat persiapan balik ke kampung halaman tempat ruhnya akan dikembalikan yang abadi selamanya. Kampung kita adalah akhirat.Disitu penghidupan yang kekal tanpa musnah.
  5. Dikesempatan Ramadhan ini rebutlah peluang untuk Jaga Solat berjamaah 40 hari.Kerana itu menjadi penghambat siksaan kubur. Selama ini, mana boleh kita tunaikan solat berjamaah, asyik sibuk dan kalut memanjang, nah...kesempatan bulan yang mulia ini, kita berjamaah Maghrib sampai Isya, kemudian sambung dengan Terawikh, alangkah bagusnya jika kita juga berjamaah bersama keluarga untuk solat subuh, Zohor dan Asar. Apalah susah sangat nak berjamaah, liat macam apa ntah. Bukankah lebih baik anda terlepas dari sifat munafiq (yang membawa anda kepada siksaan kubur) dari anda memenuhi kebutuhan hidup yang hanya sementara ini.So...fikir-fikirkan....sampai bila anda harus begitu selamanya... Apakah anda menunggu panggilan Izrail, baru semuanya mahu dikerjakan? Ooooo sudah terlewat dikala itu.
  6. Tujuan berpuasa mengantar seseorang menjadi insan taqwa.Makna Taqwa itu terungkap dalam surah Al Imran ayat 18.
  7. Orang-orang yang Sabar.
  8. Orang-orang yang Benar
  9. Orang-orang yang Taat dan patuh
  10. Orang-orang yang suka menafkahkan hartanya
  11. Orang-orang bangun mohon ampun diwaktu sahur.
Baca lagi sini
 

No comments:

Post a Comment