Friday, July 13, 2012

Cubaan Tuhan : Upgrade Sufi

Satu masa, saya menghadiri kursus juru foto di Melaka, tempatnya Bandar Hilir. Lokasi beradu di  Hotel Naza. Kursus ini memakan masa 5 hari. Jarang saya hadir kursus sepanjang tempoh 5 hari seperti ini.

Malang buat saya, kerana tidak dapat mengikuti kursus ini 5 hari penuh, gara-gara tersalah makan di hotel sehingga saya disahkan keracunan makanan. 

Bila kita semak apa punca keracunan, rupanya Nabi pernah meninggalkan sabdanya 1400 tahun yang lalu, "jangan dicampur lauk antara darat dan laut". Nah..gara-gara enak banget makan di hotel, semua kita sumbat, akhirnya terkena lah keracunan sampai memulas perut. Sakitnya aduhai... Lepas tu dah belajar makan hanya satu lauk sahaja, sama ada dari sungai/darat atau laut.

Ada satu hari, kami mesti keluar dari hotel, pergilah ke mana-mana dalam Negeri Melaka ini untuk mengambil gambar yang terbaik, malamnya kami ke sekitar ibu kota Melaka, mengambil gambar bangunan-bangunan di bandar Melaka, besoknya, menjelang siang, saya dan rakan ke Zoo Melaka.

Setelah penat "menyenap" sana-sini, kami pun berehatlah, sementara member yang bawa lens panjang masing meneropong paruh burung di atas pokok. Saya pula memerhatikan gelagat 3 orang manusia. Seorang kelihatan sakit, seperti berbangsa Cina, kedua anak muda, dan ketiga sepertinya isteri dia. Rupanya, perempuan itu adik kepada yang sakit, kepala masih ada perban putih, sementara lelaki muda itu anak kepada yang sakit.

Anehnya...mereka bertiga ini, semasa sang ibu berdialog dengan anaknya, dia menggunakan bahasa Cina, dan apabila dia bertutur dengan lelaki yang sakit itu, dia menggunakan bahasa Indonesia.

Sambil menyuruh lelaki itu baring dia berkata " Ngak pa pa, baring aja, baring aja"..Saya mula panasaran.Kok mereka bertiga jadi gitu dan dari mana mereka sebetulnya.

Saya hampiri dan bertanya, ibu dari mana? Dari China katanya, ini (lelaki yang sakit) adik saya, dia tinggal di Pekan Baru. Baru sahaja kena tabrak (langgar lari),sehingga lukanya parah, terpaksalah dibawa di sini. (Hospital Pakar Melaka).Oo... sebenarnya ramai orang Indonesia yang mampu akan datang sama ada ke Pulau Pinang atau Melaka untuk berubat, kata mereka di Malaysia ianya lebih bagus.

Ok lah...yang saya hairan, tetapi mengapa tadi ibu ngomong sama bapak ini dengan bahasa Indonesia?  OOO... begini ceritanya kata "Bapak ini sebetulnya dia Cina, tetapi kelmarin, setelah ditabrak, ngak bisa ngomong Cina lagi, untung masih bisa memahami bahasa Indonesia" jawabnya.

Folder Bahasa

Subhanallah. Maha Hebat Allah, rupanya dalam otak kita yang dibagi 3 bahagian ini, ada satu kolom atau folder yang menempatkan bahasa, adapun bahasa Cina kepunyaan Bapak ini sudah crack, gara-gara terjatuh sewaktu di langgar. Biarpun bapak itu bercakap dan bermimpi selama berpuluh-puluh tahun dalam dialek cina, tetapi satu masa, fail cina itu boleh hilang atau ter"delete" rupanya. Masih untung juga dia, sebab dia juga memahami bahasa Melayu Indonesia. Ada satu  lagi bahasa simpanan, macam pemain bola simpanan kan.

Saya terfikir, jikalah anak Melayu yang eksiden macam ni, dahlah hanya tahu satu bahasa, apakata jika folder bahasa Melayu nya crack, pecah atau terdelete, kan langsung tak boleh ngomong kan. Cikgu... bahasa bisu kan boleh, kata seorang budak...Hmmmm...Ya lah..kalau tahu berbahasa bisu. Kalau tidak tahu? Macam mana tu.

Upgrade Diri

Bagi orang sufi, ujian mahupun cobaan Tuhan adalah bertujuan untuk meng"upgrade" diri sang sufi dihadapanNya. Jika seseorang itu merapatkan diri dengan tuhan sewaktu ditimpa bencana, bergantung sepenuhnya dengan Dia kata Syeikh Abdul Kader, nescaya dia akan melihat semua perbuatan Tuhan atas dirinya. Lalu dia mengambil jalan untuk mendekatkan diri denganNYa.

Semua manusia dilahirkan untuk susah kan. termasuk cina tadi.Akhirnya semua manusia akan meninggal alam yang fana ini kan.So...ke mana kita selepas itu? Fikir-fikir kan... tentukan destinasi kita. Selamat berjumpa lagi.
 

No comments:

Post a Comment