Wednesday, August 29, 2012

Jika lah Ada Mak Ayah Sedang Berdoa di kala ini

ALHAMDULILLAH, perkataan yang palings sesuai kita iringi pabila melihat pencapaian anak-anak yang semakin baik. Keputusan ini adalah yang terakhir setakat ini, tahniah kepada semua guru, semua pelajar dan juga ibu bapa yang telah membantu dengan apa jua dorongan untuk melihat anak-anak anda berjaya.                                                               

Apalagi yang mahu kita lakukan, dan apalagi yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan prestasi sedia ada bagi yang sudah mencapai target 5A dan mengangkat anak-anak yang mendapat 4A untuk dilonjakkan ke 5A, sebaris dengan anak-anak orang lain yang berjaya?

Doa Senjata Mukmin

Jikalah anda mahu percaya kepada hadis di atas, anda yakinlah, doa satu-satunya alat yang dikatakan "spelet" untuk mengubah nasib anak anda. Disamping berusaha dengan gigih dan sungguh-sungguh, mengenepikan segala yang perlu diketepikan. Tiada lagi marah, membebel dan merepek saat ini, yang ada hanya doa, dorongan, solat, senyum, ketenangan dan kebahagiaan menanti saat-saat genting yang pertama dan terakhir dalam hidup mereka ini.

Jam 2.00 pagi, waktu sangat baik untuk memanjatkan doa.Apakah dikala ini, ada antara ibu bapa SKB yang meninggalkan katilnya yang empuk, berwuduk lalu menyembah Tuhannya, dengan bahasa yang mendayu dan merayu, menyeru penciptaNYa, agar diberikan segala upaya untuk menghadapi ujian kecil ini, agar berjaya. Ya, saya katakan ini ujian kecil, sebab kita masih tidak keluar dari sebuah bulatan ujian besar.

Sebagai hamba kepada Tuhan yang namanya Allah, masih banyak pekerjaan yang wajib dilaksana, berjayakah anda mengaplikasi kewajiban ini terhadap anak anda? Bagaimana solatnya Bu ? Bagaimana akhlaknya ayah? 

Mencapai 5A dalam UPSR adalah sesuatu yang luar biasa. Namun ianya menjadi kecil jika dibandingkan dengan kewajiban kita selaku hambaNYa. Masih tak lupa penulis, apabila ditanya murid-murid tahun 6, berapa persen yang solat 5 waktu? Aduhai...malang...anak yang sudah cukup umur, yang sudah menanggung beban dosa dan pahala, masih gagal melaksanakan kewajiban ini?

Terlepas soal kewajiban agama, kita pulangkan ke bahu masing-masing. Syukur pihak sekolah telah melaksanakan solat hajat beberapa kali, dan minggu ini dilakukan lagi 7 hari berturut-turut.Namun perlu juga berpaling ke belakang sejenak, apakah dengan doa-doa tadi....sudah memadai...terima atau tidak, itu urusan Allah lah. Begitu?

Oh tidak, apa yang kita minta, pastikan akan menjadi kenyataan.Sementelahan kita bermohon dengan Allah, bukan sekadar Tuanku Sultan Negeri kita, mestilah permohonan itu adalah hal yang sangat penting, dan bukannya main-main ya kan.

Apa kata Nabi berkenaan dengan hal ini? Ada seorang hamba Allah kata Nabi, "Dia berjalan dengan tengah padang pasir, sampai disana dia berdoa, sedangkan bajunya dari sumber yang haram, makanannya dari sumber yang haram, doanya tidak diterima".
Alamak...ada seperkara yang perlu menjadi list untuk kita periksa, agar doa kita benar-benar menjadi senjata, alias yang Nabi sebutkan.

Read more »

 
Tuesday, August 28, 2012

Harapan Menggunung UPSR Untuk Pelajar SKB 2012

"Barangsiapa yang berusaha, dia akan mencapainya apa yang diusahakannya" Demikian pepatah Arab sejak zaman berzaman. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, UPSR akan menjelma secara pasti. Tiada lagi siksaan penantian berkurun lama..UPSR adakalanya menjadi dinding yang akan memisahkan antara anak dan kedua ibu bapa. Sekolah berasrama menjadi tempat menuntut ilmu sekian lama, sehinggalah SPM. Sesekali balik rumah untuk melepaskan penat dan letih di asrama. Maklum semua kerja di asrama kena buat sendiri, dari lipat cadar dan kain selimut, hinggalah basuh baju dan kasut. Semuanya dilakukan sendiri.

Bagi pelajar yang tidak pernah memegang seterika, agak kekok hendak menggosoknya, bagi pelajar lelaki, asal tak nampak kedut sangat, pakai je lah.Lagi pun bukan ada sesiapa yang nak bagi markah pun kan.

Baiklah, sempena UPSR yang hampir tiba ini, pihak sekolah menyediakan air Yasin  untuk murid, air ini dibacakan sempena Solat Hajat waktu berbuka puasa baru-baru ini. Harap-harap air ini dapat dijaga dengan sebaiknya, sebelum minum, bacalah Fatihah sekali hadiah kepada Nabi, kemudian selawat dan berdoa apa hajat, kemudian minum. Inilah doa kita, bukannya kata air ini boleh mengubah nasib, oh tidak, tetapi inilah usaha, menandakan kita ada Tuhan.

Guru-guru berharap agar berlaku peningkatan kuantiti dan kualiti pada tahun ini dan yang sangat tidak ingin berlaku ialah, murid tidak hadir dengan pelbagai alasan pada hari peperiksaan.

Solat Hajat 29 Ogos 2012

Read more »

 
Sunday, August 26, 2012

Orang Malaysia Hebat


Kalau anda ke Vietnam khususnya Ho Chi Minh City, anda tak akan melihat foto seperti ini.

Read more »

 
Saturday, August 25, 2012

Hantu Tak Ada Kerja

Assalamualaikum, apa khabar anda semua, setelah berpuasa sebulan, amacam? Cuba tengok perut, design terkini anda hari raya pertama, cantikkan? Tapi awas...jika tidak dijaga, kelestariannya bakal hilang. Jangan-jangan Syawal menculik kecantikan body anda.Hehe. Makanya dikatakan puasa itu menambah sihat. Nampak macam kurus je...Ye lah...Itu lah Sihat..Cuba gemuk-gemuk sikit, ops..maaf, bukan gumuk sikit, tapi gumuk banyak-banyak...macam-macam penyakit ada, kencing manis juga ada, darah tinggi la dan ntah apa-apa lagi. Ngeri kan. Jom kita kekal cantik, sukses, nak ibadah pun mudah. Cuba tengok orang gemuk, apalagi orang sakit nak bangun pun payah, alamak.... 

Sebab itu, kita di anjur merebut 5 perkara sebelum 5 perkara. Muda sebelum datangnya tua, Sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum kalut, hidup sebelum mati. Jiran-jiran yang balik kampung pun dah mulai membanjiri taman-taman. Ada yang dah mula puasa 6 pun. Awalnya dia. Kita pula, bila nak start puasa 6 ni? Susah nak mula kan, sayang kan makanan yang akan jadi (ek ek) tu, tapi kalau dah mula sayang nak tinggal kan.

Hantu Tak Ada Kerja

Ni cerita saya balik kampung..ketika patah balik naik ke KL saya sering singgah beberapa tempat untuk tidur berehat, maklum pemandu hanya seorang, kalau ada member tumpang boleh lah gilir-gilir bawa. Saya tidur di kawasan ini, (gambar dibawah), lokasinya berhampiran Bulatan Petronas nak masuk ke Bentong dari Kuala Lipis. Sudah 2 kali saya kena tindih hantu masa tidur kat sini, dulu sekali, ni pun kena lagi, padahal dah pindah tempat jauh sikit dari lokasi asal.

Geram betul kat hantu sini, tak ada kerja, nak tindih orang waktu malam lak tu, tengah kita tidur lagi, kalau kita sedang bukak mata, tak ada pulak dia tindih.
Kawasan pertama saya kena.Parking tepi jalan sini selepas bulatan.
Kawasan kedua di Petronas.Berdepan dengan bulatan.

Baca doa pun tak nak lari jugak. Akhirnya bagi ayat kursi sekali, kemudian tiup baru dia pergi. kacau lal. 

Read more »

 

Jumpa Abang Letting Abdul Hamid Jusoh

Abang Hamid Jusoh memang seorang yang peramah, juga seorang yang pemalu, namun beliaulah yang sering menghidupkan suasana perbualan di Aceh satu masa dulu. Pabila pulang ke tanah air, kami masing-masing berpecah mengikut haluan hidup sendiri. Pernah satu hari, beliau yang mengjadi AJK Surau di kampungnya di Tumpat menjemput saya untuk menyampaikan kuliah di surau itu.

Kebetulan Aidil Fitri ini, beliau berada di rumah isterinya di Kedai Buloh, saya mengejar kesempatan untuk bersua, dari ke Tumpat yang mungkin agak jauh dan jalan bersesak. Tahniah.... Juga sudah punya 3 orang anak. Isterinya masih bekerja di Hospital Melaka.

Read more »

 
Friday, August 24, 2012

Dulu SMUDA kini MADa


Asrama baru sebelah dengan asrama lama (dalam sawah)..Dulu tak ada.

Kelas saya dulu..tinggat 2. Masa SPM tingkat atas sekali.

Tanah dimana berdirinya bangunan 3 tingkat inilah dulunya (1999) kelas saya yang dibuat dari kayu satu tingkat sahaja.Kini dah menjadi 3 tingkat.



Salah satu lokasi bersejarah





Kalau lah seorang insan berbangsa India sanggup tunduk dan menkucupi tangan beliau.




Pertemuan antara anak murid dan gurunya


Read more »

 

Kemalangan di Simpang Ciku

Sabtu : Makcik memandu Hilux hitam ini membawa suaminya yang lumpuh, tujuannya ke klinik, sesampai ke simpang ini, makcik telah terlanggar sebuah proton dari arah sama (Gua Musang-Kuala Krai).









Suami terpaksa di usung keluar untuk menumpang Hilux lain (putih) untuk membawanya ke klinik.

Read more »

 
Tuesday, August 14, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamulaikum, sempena raya tahun ini, penulis nak berpesan beberapa perkara kepada adik-adik.

1. Tunaikanlah Sholat Sunat Aidil Fitri, kerana ianya hanya sekali setahun.
2. Perbanyakkan menyambung silaturrahim dengan menziarahi ke rumah jiran dan saudara mara jauh atau dekat.
3. Apabila bertamu ke rumah orang, jaga adab, jangan utamakan duit, jangan buka sampul duit di depan orang, apabila membanding-bandingkan dengan pemberian mak cik dari rumah lain.
4. Jaga pakaian, aurat mesti dijaga, termasuk dengan adik-beradik ipar, aurat tetap haram didedahkan.
5. Jadikan semua kunjungan, senyuman dan sedekah itu sebagai satu ibadat.
6. Jaga makan, mentang-mentang dah habis puasa, semua boleh makan, ooo jangan begitu.Kesihatan mesti dijaga.
7. Bagi yang tahun 6, Ingat UPSR hanya tingga lebih kurang 20 hari saja lagi.Sentiasalah ingatkan buku, nota dan bahan berkaitan peperiksaan.
8. Awasi menonton TV, jangan duduk depan TV lama-lama.

Read more »

 
Sunday, August 12, 2012

Orang yang paling tidak terhibur

Berkata seorang Ustaz, dalam dunia ini, manusia yang paling tidak terhibur ialah tukang penghibur. Penyanyi, pelakon, sahlah jiwa mereka kosong, apabila mereka tak punya hubungan dengan Tuhan yang menjadikan dirinya. Masak dia boleh lupa pada Tuhannya sehingga terputuslah hubungan itu.

Dewasa ini, kian ramai artis yang kembali kepada Ajaran ISLAM, yah...Islam di dahulukan, Syariat diUtamakan, mereka merasai betul, kekosongan batin mereka. Beruntunglah orang yang mendapat hidayah atau turning point tersebut.

Dulunya, saya pernah bertanya pada diri sendiri, apabila melihat gahnya perkahwinan artis, sehingga berpuluh-puluh ribu wang hantaran, majalah mana yang tidak masuk, akhbar mana yang tidak sebut, sampai ke luar negeri, last-last...tup tup....gempar sekali lagi, perceraian sedang menggoncang rumahtangga mereka. Aduhai, alangkah jauhnya hidup mereka dengan Allah Taala.

Berkata guru saya, di padang mahsyar kelak, semua manusia akan dikumpul, "Yauma la tamliku nafsun linafsin" HAri akhirat itu, hari tiada seorang pun yang boleh menguasai atau mengatasi orang lain. So..bersyukur atas nikmat itu wahai anda semua.


Read more »

 

Konotasi Antara Mukmin dan Dzikir

Satu hubungan yang begitu erat sekali, apabila kita membaca ayat-ayat berkaitan dengan sikap orang Mukmin. Antara ayat tersebut ialah, "Fazakkir, fainna zikra tanfaul mukminin" Maka hendaklah engkau memberi peringatan, tazkirah, ceramah, kultum atau apa saja namanya, kerana sesungguhnya peringatan atau tazkirah itu sangat bermanfaat bagi orang mukmin. Orang mukmin dilukiskan sebagai manusia yang akan mendapat manfaat dengan majlis ilmu, so, kita harus pertanyakan, status manusia yang tidak menyukai akan majlis ilmu atau tazkirah. Terang lagi bersuluh, ayat tadi menegaskan, tazkirah itu bermanfaat bagi orang mukmin. Syukurlah, jika dalam jiwa kita ada rasa suka pada majlis ilmu.

Dalam ayat yang lain.Tuhan berfirman lagi, "Wa nunazzilu minal Qur'aani waa huwa syifaaun wa rahmatun lil mukminin"Dan Kami turunkan Al-Qur'an itu, mengandungi (syifa') obat, dan rahmat, bagi orang-orang mukmin. Lihat tu, orang mukmin juga yang mendapat manfaatnya. 

Sedangkan, dalam surah Al-Anfal, Tuhan berfirman. Sesungguhnya, orang-orang mukmin itu, apabila disebutkan nama Allah, maka bergementarlah hati mereka. Jelaslah, orang mukmin itu mendapat kedudukan disisi Tuhan. Disini kita temui adanya kaitan atau konotasi, (conotation) antara orang mukmin dengan Dzikir. Betapa kuatnya ketakutan mereka kepada Allah, sehingga  apabila saja ada orang berceramah, atau menjelaskan tentang kebesaran dan kehebatan Allah, maka jatuh rasa takut dihatinya, lalu dia mengambil langkah untuk membuat perubahan diri, perubahan hidup ke arah syariat Ilahi yang diredhai. Dia sedar hidup ini tak lama, hanyalah persinggahan cuma.

Anak isteri, suami, harta, kekayaan, kemashuran dirinya akan ditinggalkan di dunia ini, ketika jasadnya di usung ke tanah perkuburan. Subhanallah. Ampuni dosa kami Ya Rabb.Tiada yang bermanfaat lagi, selain dari amal. Ketika itu, jika lah ada peluang untuk hidup dan memperbaiki hubungan dengan Tuhannya, pasti dia tidak akan lepaskan. Namun sayang seribu kali sayang, segalanya telah berakhir.

Ya Tuhanku, berikan kami kesempatan untuk terus membuat perubahan dalam hidup, dari biasa-biasa kepada luar biasa, dari beramal dengan amalan manusia awam, kepada amalan orang-orang yang ingin mendekatkan dirinya kepadaMu.

Maka barangsiapa yang ingin melihat wajah Tuhannya,maka hendaklah dia beramal Soleh, dan janganlah mensyirikkan Tuhannya, dalam beribadah.

Read more »

 
Saturday, August 11, 2012

13 Tahun yang lalu

Assalamualaikum, apa khabar semua sahabat, beberapa hari sudah saya ingin menggerakkan jari jemari ini untuk menulis, dan saya akan terus menulis selagi Tuhan membenarkan saya berdakwah lewat media Blog ini. Sebelum Kembara Hidup dilancarkan, Tinta Norish telah bertapak sebelumnya. Perubahan waktu, Tinta Norish terpaksa di rubah, memandang mesej yang dibawanya lebih kepada nuansa dakwah Islami.

Ramadan di Aceh

Seingat saya, ketika menjalani ibadah puasa di Banda Acheh dahulu (tahun 1999).Habis solat Asar, saya mengayuh basikal dari Kampung Tanjung Selamat ke Mess Malaysia di Jalan Inong Balee.Jaraknya sekitar 6 kilometer atau lebih. Maklum di rumah sewa kami tiada TV sendiri, kami beramai-ramai menonton TV RCTI (di Mess) menjelang waktu berbuka, lebih seronok jika bersama rakan-rakan.waktu itu cukup ramai yang meminati filem drama lakonan Krisdayanti.(Lupa judulnya).Filem itu kemudian dibawa masuk ke Malaysia.

Dekat-dekat waktu berbuka,mucul syarahan di TV yang lebih dikenali kultum (Kuliah 7 Minit) oleh Prof.Dr.Quraisy Shihab, waktu itu saya mula mengayuh basikal kembali ke rumah. Itulah rutin harian saya.Di Indonesia yang seronoknya, setiap kali Ramadhan, sekolah libur panjang sepanjang bulan Ramadan sampai Aidil Fitri muncul.Pernah sekali, wartawan Malayisa datang mewawancara kami, termasuk saya, akhirnya bila hari raya, saya pulang juga ke negeri bertuah saya, wawancara tadi masuk ke Akhbar Berita Harian.

Menyebut saya diwawancara, sekali lagi teringat waktu peperangan berlaku antara GAM dan Tentera Indonesia, saya dalam perjalanan dari Medan ke Banda Aceh menaiki bas.Dalam perjalanan kawasan Lhoksemaweu, bas-bas semua terpaksa berhenti, perjalanan tidak dapat diteruskan, gara-gara peperangan antara 2 puak itu sedang terjadi dilokasi yang tidak jauh dari situ. Tiba-tiba datang wartawan TVRI (TV Republik Indonesia), dia mencari beberapa seorang untuk diwawancara, oleh kerana saya warga Asing, saya menawarkan diri untuk diwawancara, maka bicaralah saya tentang peperangan itu, dan saranan saya, kalau nak berperang pun, silakan, tetapi dikawasan yang agak jauh dari jalan utama ini.Cutt!!!!! Kata salah seorang.Alamak...jawapan saya agak mengejutkan mereka. 

Petangnya saya tiba di Banda Aceh, menungguh juga mana gambar saya tadi..Rupanya tak keluar. Itulah...Pandai sangat nak jawab tak kena dengan jawapan yang munasabah.

Kini, saya sudah bergelar Cikgu, walaupun ada yang memanggil Ustaz, nasib baik tidak ada yang panggil Ustazah.Saya bersekolah di Sek Men Agama Darul Anuar, guru besar saya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, 7 tahun saya bersama beliau dalam kuliah Maghrib dan Subuh, belum masuk kuliah di Jalan Dato Pati, kemudian saya ke Institut Agama Islam Negeri di Aceh, setelah pulang ke negeri sendiri, saya dapat pekerjaan sebagai guru pada tahun 2005, kemudian menyambung lagi ke Universiti Sains Islam, walaupun saya berprofil guru, tetapi tugasan dakwah tidak dikesampingkan. Itulah tugas saya, dan tugas semua umat Islam.So, gelaran itu (Ustaz) saya terima dengan malu-malunya.

Tazkirah 

Dalam meniti hari-hari terakhir Ramadan ini, bercampur baur perasaan, antara gelisah nak balik kampung dengan Ramadan yang nak pergi. Khuatir jalan pasti Jem, sedang saya memandu sendiri, dengan gear manual, cukup meletihkan kaki kiri. Namun gambaran kampung dan keluarga sudah menjelma dalam minda.

Sedangkan kita sedar, banyak mana amal yang telah kita kutip.Bak kata seorang pengarang bernama Lutfi dalam Harakah, ramai tidak mengendahkan pada malam 1000 bulan. Manusia lebih asyik pada hal-hal yang lain.

Kita disuruh memperbanyak berdoa dibulan ini, kerana doa dibulan ini, sangat-sangat berpotensi untuk dikabulkan.Dalam banyak-banyak doa, kita di ajar supaya meminta begini, "Allahumma inna nas aluka lisaana ratban bizikrika, wa badanan hayyinan layyinan bi tho'atika" Ya Allah ya Tuhan kami, kami mohon padamu, lisan yang lembut basah sentiasa berzikir menyebut namaMu, dan kami mohon Ya Allah, tubuh badan yang ringan dalam mengerjakan ketaatan kepadaMu.

Dalam perangkap yang lain, doa itu berbunyi begini,  "Allahumma a 'inna 'ala zikrika, wa syukrika, wa husnu 'ibadatika"YA Allah, ku MOhon pada Mu, tolonglah daku untuk sentiasa berzikir kepadaMu, dan tolonglah kami untuk menjadi hamba yang sentiasa mensyukuti akan nikmatMu dan tolonglah kami, untuk memperbaiki amal kami dalam beribadah kepadaMu.  

Saudara, kita perlu sentiasa upgrade diri dalam beribadah kepadaNya, jangan tinggal ditakuk lama, apalagi kekal dalam dosa kecil dan besar sepanjang masa, sehingga ianya menjadi biasa dan sukar untuk dirubah.Masya Allah.Bebaskan diri kita selangkah demi selangkah untuk keluar dari kepompong dosa, dan bawa lah diri kita yang satu-satunya ini, yang kita sayangi untuk selamat dalam kubur nanti. Tiada siapa yang boleh menolongmu wahai saudara, ketika engkau bersendirian di dalam kubur nan panjang nanti. Walau pun kuatnya tangismu, katakan hingga habis air matamu mengalir,bahkan keluar lagi darah dari matamu, itu semua tak bisa membantu mu. Tinggal lah kamu selama-lamanya disitu, hingga hari berbangkit nanti.Sedang engkau dihukumi Tuhan melalui MalaikatNya atas dosa-dosamu didunia yang sementara ini.

Sabda Nabi kita yang tercinta, mafhumnya demikian "Orang yang beruntung ialah orang hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini, dan orang yang rugi adalah orang yang sama hari ini dan semalam, apalagi orang yang hari ini lebih dahsyat.Na'uzubillah.

Mukmin

Dalam bulan yang mulia ini juga, kita sering mendengar tazkirah dimana-mana. sambung...

Read more »

 
Tuesday, August 7, 2012

Berbeza tapi masih sama

Dalam Islam ada undang-undang yang lengkap, meliputi semua aktiviti hidup manusia, berpotensi memberi bantuan yang diperlukan oleh setiap manusia, tanpa mengira batasan tempat dan masa. Likulli zamanin wa mamakaanin.Undang-undang ASAS terkumpul dalam Al-Qur'an ul Karim, yang kita sedia maklum, diturunkan dalam bulan Ramadan secara sekali gus dari Baitul Izzah ke langit dunia, dari situlah ia diturunkan beransur-ansur ke dunia mengikut keadaan semasa kepada Nabi Muhammad SAW.Pembawanya Malaikat Jibrail 'Alaihis Salam.

Undang-undang kecil bersifat cabang atau ranting, itu semua di ambil berdasarkan prinsip-prinsip utama yang telah disebutkan secara menyeluruh dalam Kitabullah itu. Hukum menyuntik heroin ke tubuh badan manusia sehingga menjadikan pengguna itu kebingunan, rosak akalnya, pun sudah ada (termasuk) dalam Qur'an, ianya kembali kepada objektif dadah itu iaitu memabukkan. Memanglah zaman Rasulullah, Heroin dan Morfin belum disebut,tetapi sifatnya tetap sama, iaitu memabukkan.Zaman itu orang meminum arak.

Dalam beramal pula, orang yang membaca Al-Qur'an paling fasih dan bagus hendaklah menjadi imam kepada orang lain. Itu dari segi syariat.Namun dalam perjalanan menuju Tuhan, apa yang penting ialah hati yang tulus ikhlas, orang yang membaca Al-Qur'an dengan fasih semasa menjadi imam, tetapi jauh dihatinya ada perasaan, "wah bacaan ku bagus, tiada orang lain (di tempat ini) yang sebagus suaraku", maka itu sudah boleh merosakkan ibadahnya. Guru dalam tasauf arif benar tentang hati muridnya, lalu dia (yang merasa bagus suara) diminta tidak lagi tampil menjadi imam solat. Kerana apa? Kerana nak jaga hati dia. Sungguh MAHAL hati itu. Ianya perlu dijaga lebih dari menjaga tubuh. Kerana tubuh akan binasa jua, walau bagaimana cantik dan gagah perkasa, namun hati? Hati atau ruh akan terus mengembara menuju alam baqo.

Begitu juga meminta derma, kita sebolehnya dilarang meminta-minta. Ada hadis menyatakan, tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah. (Dikatakan) Bahawa orang yang meminta-minta di dunia ini, akhirat kelak, wajahnya akan luruh. Wallahu a'lam.

Namun dalam dunia tasauf, ada guru sengaja menyuruh agar (antara) muridnya meminta derma. Bacalah sejarah Sufi Agung, manusia biasa kemudian masuk dunia tasauf, ia meminta derma dengan orang ramai. Bukan tujuannya nak kan duit sebenarnya, duit hanyalah perantara, tetapi sifat yang mulia apabila meminta derma, itu yang perlu. Tanpa minta derma sifat sabar, berlemah lembut, redo susah nak didapat. Cubalah sesekali anda meminta derma dihadapan orang ramai. Wah..bukan main susah kan.Malu, gementar, takut orang kenal. Takut orang kata apa nanti. Jadi kita kena bersabar, ye lah nak kan duit orang, kena sabar dengan herdikan manusia, dan redo. Inilah tujuannya. 

Belajar Redho dengan apa yang terjadi.Itulah sifat mulia yang membawa seorang insan naik darjatnya.

Kalau anda baca sejarah Sufi, beliau menjual kayu api, wangnya dibelikan roti, kemudian diagih-agihkan kepada anak muridnya.Begitu juga dengan sang sufi yang lain.Bukan kekayaan yang dicari, tetapi ianya sebagai satu proses membentuk jiwa yang mulia.

Masih penulis ingat, sejarah  tahun 1998, 14 tahun yang lalu, sebelum penulis ke utara Sumatera Utara, Propinsi Banda Aceh Darussalam, penulis membawa sekeping surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan yang ditandatangi oleh Setiausaha Sulit MB, isi surat itu ialah, yang membawa surat ini akan menyambung pelajaran ke Aceh, beliau murid miskin, mohon sesiapa yang berkenaan membantunya.

Dari satu bangunan ke satu bangunan penulis naik, dari satu bank ke satu bank, dari sebuah masjid ke masjid yang lain, dengan pertolongan bapa angkat dan anaknya di Selayang Pandang, Alhamdulillah, berkat sabar, dapat jua hasrat tercapai. 

Namun ada satu kisah, seorang perempuan yang bekerja di bank Jalan TAR, ketika saya menghulurkan surat itu, dia membacanya, setelah habis membaca dia melemparkan surat itu ke lantai sambil berkata dengan kuatnya "Emmm. dari Kelantan rupanya, balik lah mintak dengan orang Kelantan"...Dengan sayu dan malu penulis berjalan memungut kembali surat yang dibuang itu. Dalam hati berkata, kalau tak nak bagi pun, tak apa lah. Saya ucapkan terima kasih dan terus beredar.Apa nak buat, memang begini nasib saya.

Begini rupanya pengalaman meminta derma.Bukannya saya nak bermewah dengan wang itu, cuma ingin menyambung perjalanan dimuka bumi ini mencari ilmu Tuhan.Mungkin saya boleh berbakti kepada masyarakat selepas saya pulang nanti dari pengajian. 

So, berbeza cara dalam beramal, tetapi matlamat mesti sampai. Tujuan terakhir kita ialah Menggapai Redho Ilahi, ikutlah jalan mana sekalipun, jika jalan itu bisa menyampaikan kita kepada Tuhan, laluilah. Kita tak perlu membina highway baru, jalan sudah siap, tinggal lalu saja.

Read more »

 
Monday, August 6, 2012

Indahnya

Read more »

 

TAQWA : Berjayakah kita memilikinya

Aduh...Tajuk yang boleh memberi pukulan kepada sesiapa sahaja. Sembari datangnya Ramadhan, objektif puasa atau shaum itu ingin membawa kita semua  (yang berpuasa) dekat kepadaNya dan menjadi insan bertaqwa.Jika sudah bertaqwa, upgrade diri lagi supaya lebih hampir lagi, kerana hiijab yang menutupi hati kita dengan Nya mempunyai 70,000 hijab.

Kita sudah pun berada di pertengahan Ramadhan, dan sudah pun memasuki fasa separuh masa kedua. Nampaknya majoriti umat Islam sedang mengejar yang lain dari mengejar objektif puasa itu sendiri.Baju raya yang dicari, mercun pun sudah berbunyi, lagu raya sudah diputar, nampak sangat mereka macam lebih seronok jika Ramadhan ini berlalu lebih cepat.

Entah ini pertemuan yang kali ke berapa terakhir dalam hidup kita dengan Ramadhan.Nafsu, atau keinginan batin kepada kehidupan dunia masih memberontak.Belum juga berpaling untuk tuhannya, walaupun tiap malam ayat Iyyaka Na'budu wa iyyaa ka nasta 'iem, dibacakan malah di ulang-ulang. Aduhai, betapa kerasnya hati. Cinta dunia masih melekat. Ini lah perjuangan untuk melepaskan cinta dunia dari orbit diri, supaya ruh kita dapat ke angkasaraya Tuhan melepasi cakrawala dunia. Sekali lagi, mampukah Ramadhan kali ini membawa kita ke objektifnya?

Read more »

 
Sunday, August 5, 2012

Lorongkanlah Hidupmu di lorong Ilahi

Bulan Ramadan, kereta kawan saya di pecahkan tingkap. Set Radio dicuri.sabar je lah.
Bulan Ramadan mengujii betul, nak nak raya pulak nih.
Tingkap dipecahkan, alarm tak berbunyi

Read more »

 
Saturday, August 4, 2012

Timbang berat apa ni


Ini di Desaria - Kaedahnya sama . Kalau berat badan boleh turun macam faedah pinjaman itu dikira bonus. Betul tak bro .... gambar dirakam ketika Program Cara Hidup Sihat baru baru ini. Kiri - Sdr Noorhisham, Sdr Sabarudin, Sdr Pian

Read more »

 
Friday, August 3, 2012

Antara Peci Putih dan Songkok Hitam

Syukur, Tazkirah Ramadhan siri pertama 2012 berjalan lancar.Saya mengenakan songkok hitam bagi  menyesuaikan dengan baju Melayu.Walaupun sebenarnya saya sudah membawa peci putih (istilah kopiah dalam bahasa Indonesia) pada paginya. Sebenarnya, lebih ngam memakai kopiah dari songkok, kerana, apabila kita berceramah panjang lebar, ditengah-tengah panas lagi, kepala mesti berkeringat, jadi kopiah itu menyerap peluh, ia mesra pengguna...hihi..berbanding songkok yang membuat kita semakin berkeringat, apalagi kalau PC yang kita guna untuk berceramah bermasalah. Fuhhh.. Lagi lah gawat.

Ketika kami belajar di Aceh dulu, seorang sahabat mengajukan soalan kepada Ustaz kami, Pak.mana yang lebih bagus antara peci (kopiah) dengan songkok? Jawab Pak Tengku...Peci lebih bagus, kerana kita sering menyucinya, bukankah kita nak gunakan untuk solat, sedangkan songkok mana pernah kita menyucinya..

Songkok juga, kalau lama-lama kita pakai, akan ada petik sawo (bahasa Kelantan) bintik-bintik hitam yang kita tidak nampak.Titik-titik itu lambang kekotoran.So,kalau nak solat dimasjid, surau atau rumah, sebaiknya gunalah kopiah. Sedangkan songkok hanya adat orang Melayu.Kelihatan smart pada masa tertentu.Namun tidak sesuai untuk bersolat.

Begitulah kira-kira jawapannya.

Read more »