Tuesday, August 28, 2012

Harapan Menggunung UPSR Untuk Pelajar SKB 2012

"Barangsiapa yang berusaha, dia akan mencapainya apa yang diusahakannya" Demikian pepatah Arab sejak zaman berzaman. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, UPSR akan menjelma secara pasti. Tiada lagi siksaan penantian berkurun lama..UPSR adakalanya menjadi dinding yang akan memisahkan antara anak dan kedua ibu bapa. Sekolah berasrama menjadi tempat menuntut ilmu sekian lama, sehinggalah SPM. Sesekali balik rumah untuk melepaskan penat dan letih di asrama. Maklum semua kerja di asrama kena buat sendiri, dari lipat cadar dan kain selimut, hinggalah basuh baju dan kasut. Semuanya dilakukan sendiri.

Bagi pelajar yang tidak pernah memegang seterika, agak kekok hendak menggosoknya, bagi pelajar lelaki, asal tak nampak kedut sangat, pakai je lah.Lagi pun bukan ada sesiapa yang nak bagi markah pun kan.

Baiklah, sempena UPSR yang hampir tiba ini, pihak sekolah menyediakan air Yasin  untuk murid, air ini dibacakan sempena Solat Hajat waktu berbuka puasa baru-baru ini. Harap-harap air ini dapat dijaga dengan sebaiknya, sebelum minum, bacalah Fatihah sekali hadiah kepada Nabi, kemudian selawat dan berdoa apa hajat, kemudian minum. Inilah doa kita, bukannya kata air ini boleh mengubah nasib, oh tidak, tetapi inilah usaha, menandakan kita ada Tuhan.

Guru-guru berharap agar berlaku peningkatan kuantiti dan kualiti pada tahun ini dan yang sangat tidak ingin berlaku ialah, murid tidak hadir dengan pelbagai alasan pada hari peperiksaan.

Solat Hajat 29 Ogos 2012
 

No comments:

Post a Comment