Sunday, September 30, 2012

Indah Musik Menyusuri Isi Nan Indah.Hayatilah

Yang pertama saya kalungkan ucapan terima kasih kepada hamba Allah yang telah memuat naik video ini, penuh padat dan sarat dengan pengajaran bagi manusia terleka seketika dalam pelayaran menuju Yaumil Mahsyar. 

Tersentak... di mana kita dan ke mana aku akan dibawa? Rupanya perjalanan hidup ini, alias Kembara Hidup ini amat cepat.Setiap langkah-langkah berlari cepat bagaikan detik-detik masa berlalu. Mata yang tadinya hampir kuyu, kini terbuka untuk mendengar, mendengar dan terus mendengar suara Tuan Guru Dato Harun Din.

Bahasanya mudah, tidaklah gagah bagaikan Pemimpin Nombor Satu Dunia.Slow dalam suara yang telah dimamah usia, namun padat dengan tazkirah.

Buletin Menyentuh Qalbu

Terkenang jua saya pada mesyuarat semalam, Ustazah Hadifah dari Sekolah Agama Pekan Bangi dalam sesi mesyuarat melahirkan rasa terharu beliau setelah membaca tulisan saya dalam buletin yang terakhir ini. Beliau katanya memanggil anak-anaknya untuk membaca di hadapannya.Khuatir buletin dan berita ini hanya di bawa pulang sebagai ole-oleh.Lantas menyuruh anak membaca dihadapannya. Syabas atas tindakan Ustazah dan Terima Kasih saya iringkan atas pengiktirafan. Entah berapa ramai lagi ibu atau bapa yang telah berbuat demikian. 

Sebelum ini, pernah seorang murid mengatakan, dia telah menggantung Buletin Bimbingan dan Kaunseling di rumahnya mengikut sesi dikeluarkan. Minat, dia menjadikan satu bahan hiasan dinding rumah.

Terlintas juga, apa yang saya tulis sebenarnya ya, yang membuat touching bagi ustazah. Apakah orang lain yang membacanya tidak sama-sama merasai apa yang dirasakan oleh ibu kepada anak di SKB ini. Ke mana perginya segala respon, apakah tenggelam dalam kegelapan malam, atau sememangnya tiada?

Saya akan teruskan usaha ini.Insya Allah.

Read more »

 
Wednesday, September 26, 2012

Saya jumpa dengannya malam tadi

Read more »

 

Ditimpa Masalah

Hampir berderai air mata ini membaca suara hatimu. Hanya ini ku utuskan untukmu. Semoga menjadi renungan dimalam hari dan iktibar disiangnya.=>Perjalanan yg panjang dalam dunia ini penuh berliku,tidak pernah menjanjikan kebahagiaan yang maksimal, jika adapun bahagia, hanya sebahagian dari bahagia nya hidup di syurga nan abadi.Sejauh mana kita berjalan, akhirnya... kepada DIA kita kembali. Ujian mematangkan diri, mengajak diri menyebut, melirih dan merintih padaNya, mungkin agak lama kita berjauhan dariNYa... Pasrah dan Redha... Semoga Dia meredhai mu...Kuatkan Semangat sahabatku

Read more »

 
Monday, September 24, 2012

Sidang Redaksi Majalah SKB

Assalamualaikum wr wbt. Tiada perkataan yang ingin diungkapkan selain rasa syukur, lantaran impian yang sekian lama terpendam untuk menerbitkan sebuah majalah kesayangan sekolah akhirnya hampir menjadi kenyataan. Banyak juga cabaran yang pastinya telah ditempuhi, maklum ianya pertama kali. Awalnya terpaksa bertarung untuk mencari sebuah nama yang sifatnya unik, menggambarkan ciri-ciri sebuah sekolah yang lama, namun telah berjaya memproduksi insan-insan yang berjaya dalam kehidupan, lalu muncullah sebuah nama yang indah “Merintis Usia”.

Gembira bekerja dengan team redaksi yang gigih dan bersemangat tanpa mengira penat lelah dari awal lagi, cukup membuat perjalanan menerbitkan majalah ini semakin laju. Harapan kita semua, agar ianya terus di rintis oleh waris selepasnya. Siapa yang menerima kayu baton sebagai guru di SKB selepas ini, teruskan menerbitkan majalah ini. Gabungkan tenaga, buah fikiran dan segalanya, untuk menjadikan SK Bangi sebuah sekolah yang gah di mata masyarakat.

Noorhisham bin Hamzah
Ketua Editor Majalah '>

Read more »

 
Tuesday, September 18, 2012

Merdeka, Pergi dan Impian

Assalamualaikum dan salam sejahtera murid-murid sekalian, kita baru sahaja selesai menyambut bulan kemerdekaan (Ogos) bagi negara kita yang tercinta. Kasih dan sayang sehingga berkorban kepada negara tanah tumpah darah kita adalah salah satu dari tuntutan agama Islam. Hubbul Watani Minal Iman. “Cintakan tanah air sebahagian dari (tanda) keimanan”.

Manakala murid tahun 6 pun sudah merasa merdeka juga.Merdeka sebab sudah selesai menjalani ujian besar di sekolah rendah.

Selama 6 tahun kamu bersekolah, akhirnya semua ilmu yang cikgu curah dan ajarkan, disoal dalam peperiksaan hanya dalam tempoh 1 jam.

Bayangkan, betapa mahal ilmu kamu, selama 6 tahun belajar. Dapat satu sijil namanya UPSR. Orang belajar di Universiti untuk dapatkan ijazah pun hanya 4 tahun sahaja.

Kita patut berterima kasih pada guru-guru yang pernah mengajar kita, dari kita tidak tahu ABC, 123, Alif Ba’ Ta, Tolak Campur Bahagi Darab, hinggalah kita tahu semuanya. Adakalanya kita lebih tahu sesuatu perkara lebih dari guru kita. Betul tak?

Namun jangan lupa pada jasa guru, agama Islam sendiri mengajar kita supaya menyelitkan guru kita dalam ungkapan doa. Sebagaimana yang sering dibaca.

Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapa kami, dosa guru-guru kami dan dosa seluruh muslimin-muslimat, mukminin mukminat.

Betapa tingginya kedudukan guru, tarafnya adalah selepas ibubapa. Setelah kita minta ampun untuk ibubapa, kita iringan dengan guru-guru. Betul tak? Makanya jangan lupa pada guru kita, nama mereka dan jangan lupa mendoakan kesejahteraan buat mereka sepanjang hayat kita.

Siapalah kita tanpa guru, secerdik mana manusia, pasti ada gurunya. Biarpun guru kita lebih miskin dari kita, namun nilai perhormatan kita jangan berkurang sampai bila-bila pun. Nama guru pun tak kan hilang “cikgu”nya, walaupun dia telah pencen atau menjadi arwah. Faham kan?

Nabi Muhammad sendiri diajar oleh Malaikat Jibrail.Itulah gurunya.

Selamat Jalan Murid Tahun 6

Datang dan pergi, itulah adat dalam hidup. Selama 88 tahun Sekolah Kebangsaan Bangi berbakti pada nusa dan bangsa, sudah lebih 8000 orang bersekolah di sini termasuk kamu. Tidak pula cikgu ada rekod berapa ramai sudah guru atau bekas murid yang meninggal dunia.

Cikgu doakan kamu semua dapat menempuh perjalanan hidup baru didunia sekolah menengah.

Belajar wahai anak-anak, sampai ke universiti.Tabah dan sabar menghadapi kesusahan. Jangan ikut bergaul atau meniru perangai kawan-kawan yang tidak sejalan dengan agama. Hidup ini hanya sementara, kelak mati jua yang menunggu kita.

Tujuan selepas UPSR

Ke mana arus kamu ingin tuju selepas UPSR? Mungkin sudah ada yang tahu dan mungkin ramai yang masih keliru.

Terserah kamu ke mana hendak tuju, yang penting belajar dan tidak melakukan kesalahan dari segi syariat. Itu kuncinya. Kalau belajar di sekolah sukan sekalipun, tetapi tidak mendatangkan dosa, silakan. Itu yang perlu dijaga.

Berkat dalam belajar.

Dato Dr.Fadhilah Kamsah berpesan, jika ingin keberkatan dalam belajar, amalkan 4 perkara ini.

Yang pertama ucapkan terima kasih pada guru.Tanpa guru sehebat apa pun manusia, kepandaiannya mesti bermula dari seorang manusia bergelar guru. Jangan berat untuk berterima kasih.

Yang kedua jumpa cikgu, minta maaf dengan cikgu. Kamu dah hendak pergi ke sekolah menengah. Belum tentu kamu dapat berjumpa lagi dengan guru kamu ini.

Sebagai pelajar kita banyak buat silap, maklum sebagai manusia yang sering alpa dan lalai, apalagi sebagai kanak-kanak. Jangan malu untuk meminta maaf, bila kita sanggup minta maaf, itu tanda hati kita kuat, kita ada potensi untuk jadi manusia hebat. Mahu tak? Kalau mahu, silakan belajar meminta maaf.

Yang ketiga minta cikgu halalkan segala ilmu. Mudah-mudahan ilmu itu berkat dan bertambah-tambah keberkatannya. Semakin berusia semakin bagus hidup kita nanti.

Manakala yang keempat, minta cikgu doakan kita agar menjadi manusia yang “Berjaya dan Cemerlang” dunia sampai akhirat.

Pada seorang guru ada keberkatannya, walaupun nampak lemah-longlai langkahnya. Doanya boleh jadi sampai ke langit, kata-katanya boleh jadi menjadi nyata. Awasi kemarahan guru.Jangan sampai kita kena marah dek kenakalan kita. Takut tidak berkat. Pernah seorang murid yang nakal lagi sombong dengan gurunya, belajar sambil kaki diletakkan dalam laci meja, ketika menginjak usia dewasa, dia berada di penjara. Kenapa? Fikir-fikirkan.

Sekian Wassalam.

Read more »

 

Hilang Beg di Airport LCCT?


Harusnya pihak Airport menghubungi kita apabila kita tertinggal beg di sana kan. Tapi tidak begitu rupanya. Sesudah 6 hari berlalu, sahabat saya dari Sydney Australia baru perasan bahawa salah satu beg nya tidak ada.


Disedarinya sewaktu hendak mengambil sesuatu di dalamnya.

Puas dicari disekeliling rumah saya, bawah katil malah ke belakang rumah. Mana tahu tersorok dimana-mana.

Hari ini saya ke LCCT.Ketika memasuki ruang ketibaan dari luar negeri.Saya menemui seorang polis perempuan disitu. Bertanya, apakah caranya untuk masuk ke dalam pergi ke tempat "Lost and Found" tujuannya untuk melihat adakah barang yang tertinggal masih ada disitu.

Jawabnya encik harus ke sana, jumpa orang conter information Air Asia.Nanti minta Pas Masuk dari sana.Saya dan kawan pun meluru ke arah Mc Donald. Jumpa seseorang berpakaian baju merah putih didepan kaunter jualan tiket.

Saya cuba bertanya.

Tuan, macam mana mau cari barang yang hilang?
Hilang dimana ? Rasa-rasanya ketinggalan disini.Kerana sesudah sampai dirumah, baru sedar ianya tidak ada. Kami mahu minta pass masuk untuk cek didalam. Jawabnya, kami tak boleh bagi pas sesuka hati nak masuk-masuk gitu. Jadi macam mana? Mesti pastikan barang hilang dimana katanya.

Ya...kita pun tak pasti hilang dimana, tapi ini kan usaha untuk mencarinya.Ah...tanya mamat ni tak jumpa jawapan yang kita mahu. Saya tinggalkan dia dengan ucapan terima kasih. Sesampai di kaunter information. Bertanya lagi soalan yang sama. Barang kalau hilang didalam Airport, pasti ada dalam lagi, tapi kalau hilang diluar, kemungkinan ada disini atau balai polis.Mana balai polisnya? Sana jawabnya..

Saya ke Balai Polis di LCCT. Bertanya lagi soalan yang sama kepada pegawai polis perempuan. Kata orang di kaunter tadi, barang itu mungkin ada di 2 tempat, sama ada tempat mereka atau di balai polis (jika orang terjumpa menyerahkan pada pihak polis).

Seorang pegawai polis lelaki menjawab dengan sangat puas hati saya mendengarnya. BUkan dua (tempat) bang.Sebenarnya kalau barang hilang ada empat tempat sekarang ni. Satu Kaunter, dua disini (Balai) Ketiga di Lost and Found dan keempat di MAB.(Malaysia Airline Berhad).

So, macam mana kalau saya pergi ke tempat lost and found. Abang pergi ke depan, naik atas guna lif, terus ke MAB.Minta pass kat situ.Terima Kasih...

Saya ke atas, jumpa Polis Bantuan, perempuan lagi. Cik...Kawan saya ini dari Sydney, kehilangan satu barang, rasanya ada disini. Dia minta nombor tiket dan nombor barang. Untung terbawa sama. Dia hubungi pihak Lost and Found. Nampaknya ada jalannya. Saya serahkan IC dan dapatkan satu Pas Masuk.

Terus kami ke lorong ketibaan. Ketika sahabat saya masuk, tak henti-henti saya berdoa agar ditemukan barang itu.Tak lama kemudian dia keluar membawa satu beg besar. Wah....terkejut amat saya.

Katany, sepatutnya dikenakan denda satu beg setiap hari RM50.00. Namun....kebetulan kawan saya tak bawa wang Malaysia, kebetulan lagi yang menjaga disitu bermurah hati, kebetulan lagi boss nya tak ada, dia pun melepaskan pergi tanpa membayar sesen pun. Begitulah caranya kalau anda kehilangan barang-barang di Airport. Jangan harap dia call kita.Kita yang mesti ke sana.

Read more »

 
Monday, September 17, 2012
Friday, September 14, 2012

Terima Kasih Majalah Pendidik


September 2009, Blog norish77 terpilih berada di Majalah Pendidik, blog ini kepunyaan Cikgu Noorhisham, Guru Bimbingan SK Bangi. 3 Tahun kemudian, tepatnya, September 2012, Sejarah Sekolah dilakar kembali dalam Majalah yang sama. Terima Kasih Majalah Pendidik.

Tercatat pada halaman sebelah, SK Bangi dibina pada 1924, kira2 88 tahun yang lalu, sekolah yang didirikan 33 tahu sebelum kemerdekaan, sekolah kedua tertua setelah SK Dusun Tua.

Terima Kasih Jua pada yang telah membantu menyiapkan Sudut PPDa SK Bangi dan juga menghias bilik.
Kedudukan meja dan kerusi terpaksa dialihkan berikutan hujan yang turun sehingga membasahi sebahgaian ruang bilik ini belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Sedang berikhtiar mencari jalan ke arah itu.

Read more »

 

Alangkah Singkatnya Pertemuan Ini


Tahun lalu, saya mengunjungi salah seorang guru saya di Aceh. Beliau boleh dianggap sebagai ulamak kecil-kecilan di kampung.Kampung yang pernah saya tinggal namanya Lam Duro "Dalam Duri". Beliau mengajar ibu-ibu di madrasah lewat kuliah khas.Pernah saya ikutinya sampai ke ceruk kampung.

Ceramahnya memikat rata-rata orang, dengan nada suaranya, apalagi isinya sangat memaut perasaan. Beliau yang saya baru temui (setelah sekian lama) lantas memberikan erti kepada makna HIDUP, kemudian MATI. Untuk apa hidup ini katanya? Hanya Ini Dunia Untuk PengAbdian. Lalu untuk apa MATI itu? Kematian adalah untuk Mempersembahkan Amalan Terhadap Ilahi. Begitulah kira-kira katanya.

Sam...lanjutnya, bapak masih ingat, kira-kira berapa tahun yang lalu, sewaktu Sam bawa abang Ipar dari Jawa  ke rumah ini, masih terngiang di telinga ini suara azan (Maghrib) nya waktu itu, dan bicara-bicara waktu itu masih kedengaran? Sudah  berapa tahun tu? Hitung-hitung sudah 10 tahun. Rasanya baru kelmarin. Rupanya hidup ini sangat singkat.

Begitulah pertemuan kita di dunia ini sangat singkat.Setelah kita lewati, baru kita terasa, aduhai, rupanya singkat sahaja masa tadi. Mungkin juga, usia kita yang diberikan ini, setelah habis masanya, kita akan berkata-kata di alam kubur nanti, rupanya sungguh singkat masa ku di dunia.Apalagi anak-anak murid kami yang telah mendahului kami terlebih dahulu. Meninggal di usia belasan tahun. Aduhai... 

Semoga kita dapat bersabar menempuh ujian di pentas dunia ini, tidak anak yang enaknya dalam dunia ini. Akhirat jua yang lebih baik dan kekal abadi.Wal alkhiratu khairun laka minal ula. Kadang-kadang, sebelum kita memiliki sesuatu, kita bayangkan indahnya jika dapat memilikinya, namun setelah kita berusaha dengan segala macam cara untuk mendapatkannya, akhirnya impian kita tercapai, setelah berhari-hari kita bersama, baik dengan benda yang baru seperti gadjet, akhirnya ia tidaklah mampu membuat kita puas.

Read more »

 

Projek PPD : Lakaran Sejarah 2012




Mana paling Cun

Read more »

 
Thursday, September 13, 2012

Produk SNE Untuk Kesihatan


Hari ini 5 kotak SNE Laris.Saya bawa 3 kotak, ada lagi yang nak.Terpaksa pesan 2 kotak tambahan. http://www.snemarketing.com/.









Masih ada Sekotak...

Read more »

 
Sunday, September 9, 2012

Ke Mana Hala Tuju Selepas Peperiksaan?

Biasanya, mak ayah akan berfikir, ke mana nak dihalakan anak-anak mereka sesudah UPSR nanti. Dulu kat kampung saya, hanya ada dua lorong, satu lorong ke sekolah menengah dan satu lagi ke sekolah agama.Sekolah agama ni samalah dengan sekolah Arab. Belajar Bahasa Arab, Enggeris, Matematik, Sejarah, Geografi, Khat, Nahu, Saraf, Mantik, Fekah, Balaghah dan lain-lain.

Manakala kat sekolah menengah, mereka belajar jugak, tapi tak lah sebanyak silibus sekolah Arab. Sekian lama masa berlalu, timbul sekolah pondok moden di Bachok. Syarat kemasukkan mestilah lulus SMU atau STU.

Namun kini, aliran sekolah menengah semakin banyak. Ada MRSM, sekolah berasrama penuh dan sekolah harian biasa, pergi balik, pergi balik. Soal akhlak, masing-masing terpulang kepada ibu bapa, akhlak anak, ibu baoa lah yang mencoraknya. Mungkin anak duduk di asrama lebih baik akhlaknya, dan mungkin juga yang berulang-alik itu lebih baik.

Ada pula sekolah sukan, saya belum pernah masuk ke sekolah ini, namun merasa sedikit tidak berkenan jika anak-anak murid perempuan ke sana. Sebabnya apa, tengoklah soal pakaian mereka. Agak-agaknya, kena tak dengan syariat bila masuk sekolah tu. Tu yang jadi sedikit terkilan. Terfikir... kalau lah mereka masuk sekolah sukan, bahagian berbasikal, tentunya tak boleh pakai kain sarung atau baju kurung kan.Ha...tu lah.

Apapun, kita orang ISLAM, ada panduan sendiri apabila nak buat keputusan, kita ada tempat rujukan.Apa dia? Tidak lain dan tak bukan, Al-Qur'an dan Hadis Nabi SAW.

Berkenaan dengan tajuk di atas, saya ingin menulis tentang "Pergi Belajar". Dalam surah At-Taubah ayat 122 Allah Taala berfirman.


Surah At Taubah Ayat 122

Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. 

Tidak patut semuanya umat Islam pergi berperang apabila tiba panggilan ke medan perang, adalah lebih baik, jika ada sebahagian antara mereka mewakilkan diri pergi belajar ilmu agama. Setelah pulang dari belajar, setelah tamat belajar maksudnya, mereka pulang ke kampung halaman masing-masing dan memberi peringatan, memberi syarahan atau tazkirah kepada kaum/bangsa mereka.

Sabda Nabi SAW.

من يرد الله به خيرا يفقه فى الدين


Man yuridillahu bihi khoiron, yufaqqihu fiddin. “Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkan Agama-Nya” (HR Bukhari dan Muslim)

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ

man salaka thoriiqon yaltamisu fiihi ‘ilman sahhalallahu lahu bihi thoriiqon ilal jannah. ”Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah mudahkan baginya jalan menuju Surga.” (HR. Muslim).

Read more »

 
Saturday, September 8, 2012

Perjalanan Blog Norish

Assalamulaikum, Gelap Cerah, Gelap Cerah, Siang Berganti Malam, Bulan Bertukar Bulan, Tahun Bersilih Ganti, Tup Tup...Blog Kembara Hidup Norish77 sudah berusia 4 tahun lebih.

Tolak campur semua artikel, ulasan dan posting umum, penulis dapati sudah lebih 1000 artikel berada dalam blog ini. Termasuk sumbangan rakan-rakan penulis dan juga ambilan dari pihak ketiga.

Awalnya kewujudan blog, Cikgu Jinggo dan rakan-rakan lain termasuk Dr.Shahruddin banyak merespon setiap artikel.

Artikel terawal dipost pada 27 April 2008, sedangkan tahun sebelum, sudah banyak artikel yang sempat penulis publish dalam blog yang lama.Kesilapan penulis sewaktu memindah artikel ini, gara-gara kurangnya ilmu bab ini waktu itu dan nak cepat melihat hasil, entah berapa banyak entri terlepas begitu saja.

Memang tidak dibayar, menulis diwaktu terluang, siang malam atau sebelum subuh, merupakan satu kenikmatan tersendiri. Bagaimana manisnya nikmat itu? Hanya blogger yang dapat mengecapinya.Penulis pernah ditanya, untuk apa semua entri itu, menghabiskan masa sahaja katanya. Penulis biarkan, kita yang rasa nikmatnya.

Blog Norish pernah di angkat antara blog yang paling aktif di Malaysia oleh Blogger Ameduke, (antara blog yang dihasil oleh guru) Majalah Pendidik (2009) juga pernah menampal muka depan blog dan penulis di majalah itu.  

Cabaran


Penulis tidak menemui banyak cabaran didalam menulis, kerana penulisan kita berfokus kepada isi, bukannya kepada bahasa. Sementelahan penulis sendiri banyak membaca buku-buku dan majalah dari penulis dari Indonesia, maka tidak hairanlah jika sesekali bahasanya seperti rojak. Yang penting mesej itu sampai. Lagipun penulisan yang berformat karangan Bahasa Melayu tahap SPM kurang sesuai bagi penulis untuk berada di blog ini. Kerana blog ini penulis gunakan sebagai jalannya "dakwah". Juga sebagai iklan atas beberapa ceramah yang penulis sampaikan.
Namun ada sedikit masalah, apabila dahulunya penulis baru mempunyai seorang anak, waktu begitu banyak untuk menulis, namun ditambah kehadiran dua cahaya mata lagi, masa kita dicuri mereka, kadang-kadang, baru sahaja membuka papan depan blog, mereka dah nangis....aduh.. So...banyak juga entri yang hanya tersimpan judul dan tajuk yang indah, namun tidak sempat penulis hasilkan. Sayangkan.

Isi Blog 

Awalnya ia hanya mencatat situasi semasa yang berlaku disekeliling, baik ditempat kerja mahupun dalam masyarakat. Lama kelamaan, ia semakin berusia, penulis menulis unsur jenayah, agama, motivasi, bimbingan, dan dadah yang semakin merahaja lela tanpa kerelaan kita semua.

Kenapa Minat Berblog 

Saya bukanlah insan istimewa, yang boleh masuk TV dan Radio, sedangkan kewajipan yang terpikul atas bahu setiap kita adalah dakwah, so, inilah jalannya, ya..berblog membantu penulis menyalurkan ilmu. Ilmu ini pula, bila disampaikan, semakin bertambah, yeah...ini dapat kita rasakan.

FirmanNya dalam Surah AlFussilat ayat 33
Dan Siapakah yang lebih baik perkataannya, daripada orang2 yang menyeru orang lain kepada Allah, kemudian dlm masa yang sama dia beramal soleh, dan berkata (dengan perkataan dan perbuatannya) sesungguhnya aku daripada orang2 Muslim.
Terima Kasih kepada semua yang pernah hadir ke persada blog norish. Tahniah atas sumbangsih anda, teruskan kita maju didalam beragama. Ada yang kata, ana seronok membacanya kerana penulisannya santai, bermesej, ada pula yang kata, ana dah baca hampir 70 persen isinya.Wah..Tahniah.Tidaklah sia-sia penulisan ini. Bolehlah menolak kata-kata tadi,untuk apa awak menulis? Habis masa sahaja.

Dari Mana Ilmu Berblog

Awalnya penulis temui dari buku Majalah PC keluaran tahun 2007.Sebetulnya keinginan menulis sudah lama tersirat, bahkan semenjak kaki penulis tiba di BAnda Aceh.Cuma belum ada kemudahan yang lengkap. Penulis membaca sebuah blog yang ditulis oleh mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut di Jepun, penulis hubunginya untuk belajar mencipta blog. Yeah..ternyata beliau bukan kedekut ilmu, semuanya diturunkan.

Lebih dari itu, penulis dapatkan dari Majalah PC.Waktu itu (2007) belum banyak tips-tips menulis dan menghias blog di Malaysia. Namun kini, walaupun hanya baru beberapa tahun, blog tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Read more »

 

Aspirasi Menulis Tips Memasuki Dewan Peperiksaan

Dalam menghadapi peperiksaan, terdapat banyak strategi untuk pelajar gunakan. Ia bergantung kepada kefahaman dan keupayaan pelajar menggunakannya. Berikut adalah satu strategi yang pelajar boleh gunakan jika mendapati ia sesuai dan mudah dilaksanakan.

Direction - Arahan
Sekiranya anda tidak faham sila bertanya kepada pengawas peperiksaan. Jangan takut atau malu untuk mendapatkan penjelasan. Tanya arahan bukan tanya jawapan.sambung sini

Read more »

 
Friday, September 7, 2012

Kem Semarak Kasih


ANTARA Pengisian Program.Bagaimana Mengambil Wuduk Secara Sempurna.Takutilah kamu, sebab dengan tidak sahnya wuduk, maka solat pun ikut tidak sah, Selama sepuluh tahun anda solat, sepuluh tahun tidak diterima solat, sebab jahil dalam bab mengambil wuduk.Oleh itu, belajarlah... Belajar (hukum syariat Ilahi) adalah wajib atas setiap lelaki dan perempuan muslim.

Majlis Bacaan Yasin untuk murid tahun 6 SKB 2012.


Read more »

 

Kenapa Harga Minyak Selalu Naik


Read more »

 

Inilah Peringatan Terbesar dan Terakhir


Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita, kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan. Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan, kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH.
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan."
Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.
Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.
Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah "kebijaksanaan" itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut, katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.
Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya... syurga!

Read more »

 

Cara Wudhu yang Sempurna




Berniat dalam hati
Membaca Basmalah dan Hamdalah
Mencuci tangan sampai ke pergelangan sebanyak 3 kali
Berkumur 3 kali
Bersiwak (gosok gigi)

Memasukkan air ke dalam rongga hidung sebanyak 3 kali. Usahakan untuk bisa memasukkan sedalam-dalamnya, kecuali jika dalam keadaan puasa. Setelah itu, mengeluarkannya sebanyak 3 kali pula. Juga diperbolehkan mengambil air dengan telapak tangan dan membaginya. Yaitu, sebagian untuk berkumur dan sebagian lainnya untuk beristinsyaq. Selanjutnya mengeluarkan ke arah sebelah kiri. Hal ini dilakukan sebanyak 3 kali

Membasuh muka sebanyak 3 kali. Dalam membasuh muka ini dimulai dari tempat tumbuhnya rambut kepala sampai ke ujung dagu paling bawah dan dari bagian bawah telinga sebelah kanan sampai pada bagian bawah telinga sebelah kiri.

Selanjutnya basuhlah tangan sebelah kanan sampai ke siku sebanyak 3 kali, lalu tangan sebelah kiri juga 3 kali. Dalam membasuh tangan ini, hendaklah dimulai dari jari-jari, yaitu dengan menyela-nyela antara jari-jari tersebut dan menggerakkan gelang tangan jika memakainya.

Kemudian usaplah kepala secara keseluruhan atau seperempat kepala pada bagian depan satu kali saja, yaitu dengan menggunakan kedua telapak tangan setelah membasuh keduanya dengan air. Caranya dimulai dari depan ke belakang, kemudian menariknya dari belakang ke depan. Dari sisa air yang masih ada pada tangan, boleh digunakan untuk mengusap kedua telinga, baik bagian luar maupun dalam sebanyak satu kali.

Kemudian basuhlah kaki sebelah kanan sebanyak 3 kali dan sebelah kiri juga 3 kali. Keduanya sampai ke mata kaki. Hal ini dilakukan dengan disertai penyelaan terhadap jari-jari kaki dan meratakan basuhannya mencapai tumit. Perhatikanlah urutan ini dan berhati-hatilah untuk tidak membiarkan sedikitpun dari bagian atau anggota wudhu yang harus dibasuh tidak terkena air, sehingga wudhu dan shalat yang dilakukan menjadi sah, tidak batal. Selain itu hendaknya tidak berlaku boros di dalam menggunakan air. Di dalam membasuh atau mengusap bagian-bagian yang harus dibasuh dan diusap, tidak diperbolehkan menyelang waktu yang terlalu lama antara satu bagian dengan bagian yang lain, sehingga bagian sebelumnya telah menjadi kering. Juga tidak diperbolehkan berbicara pada saat berwudhu, kecuali karena adanya suatu kepentingan yang diperbolehkan.

Setelah selesai berwudhui, ucaplah doa :

Asyhadu an la ilaaha illa allahu wahdahu la syarikalah, wa asyadu anna muhammadan abduhu wa rasuluh, Allahummaj ‘alni minattawwabiina, waj’alni minal muttatohhirin

Aku bersaksi, bahwa tidak ada ilah yang patut disembah selain Allah dan tiada sekutu bagi-Nya. Aku juga bersaksi, bahwa Muhammad adalah hamba sekaligus rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan pula aku termasuk orang-orang yang mensucikan diri

Read more »

 

Kem BIG SKB



Wuduk yang sempurna

1.Galakan mengekalkan wuduk sepanjang masa
2.Dosa2 berguguran lantaran dengan pengambilan wuduk yg sempunra
3.Wuduk yang SEMPURNA menjamin solat diterima dan memnghapus dosa-dosa

Hadis Nabi SAW :

Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya).” (Hadis riwayat Muslim)

Seterusnya, wudhu dapat memberi cahaya di akhirat.

“Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu.” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Pernahkah kita dengar bahawa wudhu dapat membuka ikatan syaitan? Ya, Rasulullah ada bersabda bahawa ikatan syaitan pada manusia akan terlerai dengan wudhu.

Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

sumber http://myibrah.com/fadhilat-wudhu

Read more »

 
Thursday, September 6, 2012

Majlis Serah dan restu Ilmu 2012




Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.




Iza Aradallahu bihil khairi, yufaqqihhu fiddin,Apabila Allah hendak memberikan kebaikan kepada seseorang, Dia akan memprogram seseorang itu menjadi seorang yang faham tentang agama.



Read more »

 

Ujian Dalam Hidup

Read more »

 
Tuesday, September 4, 2012

Mencari Kak Wa dari IAIN Ar-Raniry Banda Acheh

Wawa ketika di Aceh sekitar 2002
Salam..semasa saya hampir selesai menjalani pengajian Ijazah  di Aceh, adik-adik letting (adik batch baru) datang ke sana.Antara yang datang ke sana ialah Kak Wa (nama ringkas je tahu). Semasa berpisah untuk pulang ke tanah air, sempat Kak Wa memberikan sekeping gambar bersama nota dibelakangnya.
Masing-masing menjalani kehidupan sendiri. Kami terpisah. Hari ini saya ingin menjejaki lagi dimana Kak Wa berada.Semoga ada yang membaca sudi mengkhabarkan dimana keberadaan beliau.

Hadis Nabi : Sesiapa yang menghubungi silaturrahim akan dipanjankan usianya dan dimurahkan rezekinya.

Read more »

 
Monday, September 3, 2012

Salam dari Meja Penulis


Menulis dan berceramah memberikan ILMU baru buat saya.

Read more »