Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

SENARAI SEMAK KENDIRI MURID SK BERANANG

Loading…

Admin Blog

Admin Blog
Noorhisham Hamzha

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
Wednesday, October 31, 2012
 Guru saya di Aceh (Drs.Tarmizi Dahmi) pernah bermadah begini :

“Dengan Ilmu hidup akan menjadi lebih mudah”
“Dengan Agama hidup akan menjadi lebih terarah”
“Dengan Seni hidup akan lebih meriah”


  • Ketiga-tiga komponen ini saling berkait rapat dan saling memerlukan.
  • Noorhisham KR Orang yg berilmu,tanpa AGAMA,hidupnya menjadi kan dia JAHAT.Dengan ilmunya dia boleh mencuri, khianat dsb
  • Noorhisham KR Orang ada AGAMA, tetapi tidak berilmu, boleh menjadi rosak, amalannya boleh jadi tidak diterima atau BATAL gara2 tidak cukup syarat SAH,namun dia tidak TAHU
  • Noorhisham KR Orang SENI, tanpa AGAMA, menjadi LARA.
  • Noorhisham KR Alangkah Sempurnanya hidup bila ada ILMU, Seni dan AGAMA. Justeru dengarlah nasyid dan lagu mengajak anda bertaubat.Kurangkan LAGU yang tiada UNSUR penghayatan akan akhirat.Kerna ia membuat kita ALPA.


Saturday, October 27, 2012
Waktu tinggal di Beranang dulu, ada jugak nama Bukit Kepong, saya fikir disitulah tempatnya lokasi Datuk Jins Shamsuddin buat filem Bukit Kepong. Dekat Gombak pun ada tempatnya namanya Kepong. 

Kini, saya baru benar-benar sampai di Bukit Kepong yang sebenar-benarnya. Sahabat baik saya Dr Sahruddin dan Keluarga membawa saya ke sini. Daerah Pagoh Johor.

Masih ingatkan rumah ini?
Tinggal Kenangan

Mengaku sebagai pelajar SK Bandar Seri Putra, melihat wajahnya saya kenal budak yang memakai anting ini, kesian... anak Melayu, nak sangat jadi hebat. Dia lupa....akhir hidup ini dia akan mati jua. Seluruh tubuhnya kaku tidak berdaya, mulut tak boleh bercakap, tangan tak boleh bergerak, jawablah pertanyaan Malaikat di alam barzakh.

Ke mana hilang pedoman di sekolah rendah dulu? Ke mana mak ayah budak ini? Apakah masih hidup atau sudah meninggal dunia? Kenapa ada anak seperti ini di Bangi Lama yang selama ini tidaklah hebat sangat masalah sosialnya?

Saya tersenyum lihat gambar ini..hehe..Inilah yang dikatakan REMAJA.Suka meniru.. Tapi apa yang ditiru adalah amalan yang tidak berguna.


Tuesday, October 16, 2012

16 Okt 2012. Cheras.Malam tadi beliau tampil sebagai salah seorang testimoni. Saya tidak ragu-ragu lagi menggunakan produk ini, dan saya syorkan kepada semua yang ada agar dapat menggunakan SNE sebagai salah salah produk pemakanan tambahan anda.

Cuba anda perhatikan, apa yang Tun Dr.Mahathir pegang.

Tentulah jawapannya SNE.


Ibu ini pula menderita kesakitan seluruh badan, pernah koma dalam jangka masa yang lama.




Salah seorang yang berada dalam buku Testimoni...Pesakit Tiroid.. Alice Yap dari Sungai Pelek 
Saya dihubungi seorang Mahasiswa yang sedang dalam proses menyiapkan tesis Phd nya di UIA. Beliau berasal dari Bandung, Indonesia. Hajat beliau ingin menemuramah salah seorang bekas penagih yang kini sedang berada dalam proses kepulihan.Bekas penagih yang dimaksudkan adalah mereka yang pernah mengikuti proses kepulihan secara agama atau dikenali terapi reuligius.

Dalam hal ini, saya hanya mengetahui, pusat perubatan swasta yang melakukan operasi tersebut hanyalah 3 tempat di Malaysia iaitu di Kedah, Terengganu (Jertih) dan Sabah. Terapi ini menggunakan Teknik Zikir sebagai Altefnatif Perubatan untuk kepulihan klien.

Namun, sekian lama saya terputus hubungan dengan AADK,stok klien sudah tiada buat saya. Jika tuan/puan mempunyai salah seorang klien yang sudi ditemuramah untuk tujuan tersebut, boleh lah memberikan maklumat tersebut kepada saya di emel afraima@yahoo.com.

Terima Kasih
Friday, October 12, 2012
Siapa nak masuk syurga angkat tangan? Tanya cikgu kepada murid-murid tadika di sekolah itu. Semua murid angkat tangan, kecuali seorang murid perempuan, ketika guru bertanya kenapa tak nak masuk syurga? Dia menjawab "Ayah tak bagi".

Ketika satu sesi kaunseling di sebuah Pusat Serenti dalam Negeri Pahang, saya mengemukakan soalan ini kepada seorang pemuda.Kamu tahu tak, sejauh-jauh perjalanan hidup ini, akhirnya kita akan mati, selepas kematian, kita berdepan dengan soalan dari Malaikat.apa jawabnya?

Entahlah, saya pun tak tahu, betul ke ada pertanyaan dalam lubang kubur tu. Jujur dan polos.Dua kes diatas cukup bagi menggambarkan anak-anak zaman ini, tidak mempunyai keyakinan terhadap wujudnya hari kebangkitan.
Wednesday, October 10, 2012


Malam tadi, saya bertemu dengan Tuan Saari ini di Cheras Kuala Lumpur. Takjub dengan kebesaran Allah Taala, setiap penyakit ada obatnya. Beliau sebagaimana dituturkan, diserang stroke pada tahun 2007. Mungkin inilah penawar bagi anda, setelah sekian lama berusaha dan telah putus asa.

Tuan Saari turut berada dalam Buku Testimoni SNE.
Antara produk yang sedang diamalkan

Harga Produk SNE adalah RM220.00 bagi Harga Jualan. Namun jika anda menjadi AHLI, harganya hanya RM180.00. Anda akan menerima cek (setiap bulan) bagi setiap kotak yang anda belanjakan. Cek RM5.40 akan dihantar ke rumah anda jika anda membelinya 1 kotak.

Produk untuk meningkat keupayaan MINDA.Terbukti, saya ada testimoni bekas pelajar sekolah saya. Ibunya membawa kepada saya, minta saya soal anaknya sifir berapa. Otomatik dia akan jawab tanpa memikir panjang. Dulu anaknya sering mendapat markah kurang memuaskan, sekarang sudah potong kawan-kawan yang lain. Balik rumah tak belajar pun, jelas ibunya, kerana masa di sekolah apa yang cikgu ajar, dia simpan terus. Otaknya sudah boleh terima.

Anda boleh melihat lagi produk ini di laman facebook SNE Marketing
Tuesday, October 9, 2012

Saya difahamkan malam tadi produk Buetskin habis buat sementara waktu. Begitu larisnya jualan.Barang belum sampai tetapi pengguna telah meletakkan wang sebagai tempahan. Saya sempat mengambil hanya 3 kotak, itu pun dari orang yang sudah membelinya, itupun dengan cara merayu dan yang membuat rayuan adalah upline saya.

Beutskin adalah produk untuk kecantikan kulit. Siapa yang tak nak cantik kan? Cubalah..anda pasti teruja

Bangga, hampir menitis air mata, ada juga cemburu, melihat sahabat saya, seorang guru Cemerlang, beliau ialah Cikgu Zukurnan dari Pasir Puteh. Beliau pernah belajar di SPADA tahun 2008 bersama dengan saya, menuntut ILMU dengan beberapa orang Professor. Termasuk (kini) Prof.Dr Abdul Halim Hussin, selaku Ketua Pusat Penyelidik Dadah Asia.

Setelah pulang dari SPADA, beliau tidak jemu-jemu menerjunkan dirinya dalam masyarakat, berbakti untuk bangsa yang tertimpa musibah najis dadah. Saya tahu, banyak masa beliau habiskan, banyak juga wang ringgit yang mengalir, terpaksa meninggalkan anak dan isteri di rumah, semata-mata mengikuti kempen dengan AADK dan NGO setempat.

Memang itu bukan tugas utama sebagai seorang guru. Tetapi itulah yang menaikkan beliau antara pelajar yang lain. Kegigihannya belajar dari dulu sudah terserlah, setiap minggu berulang-alik dari Pasir Puteh ke Ampang, semata-mata untuk belajar, walaupun ketika itu usianya hampir mencecah 40 tahun.

Semoga kegigihan Cikgu Zukurnan belajar dan menabur khidmat bakti, menjadi contoh kepada semua pelajarnya.Syabas kawanku.
Thursday, October 4, 2012
Habis ceramah, teman baik saya, Saudara Adlan membawa saya menemui Tuan Guru Besar SK Dusun Tua, Tuan Hj Mohd Sahar. Dalam perbualan dengan Guru Besar, disamping mengucapkan terima kasih atas kehadiran saya, beliau juga memberikan banyak tips untuk saya berceramah.

Katanya beliau dulu seorang guru di SMK Abdul Jalil, bersama dengan dengan En.Rahim yang sekarang menjadi Pegawai Kaunseling di KPM. Beliau mengingatkan saya, agar banyak bercakap soal NEGATIF dalam ceramah penagihan ini, kesan negatif pada pengambil dadah, keluarga, masyarakat dan negara.

Yang kedua perbanyakkan salinan dari akhbar-akhbar tentang dadah. Potong dan masukkan dalam satu fail besar. Scan dan masukkan ke dalam POwer Point.

Yang ketiga buat penutupan ceramah dengan IKRAR atau doa dalam bahasa Melayu untuk menguatkan lagi pendengar agar tidak terjebak walau selangkah dengan dunia penagihan. SUNGGUH amat bermakna, jarang orang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman. TERIMA KASIH sekali lagi pada SK Dusun Tua, saya suka dan senang hati ke sini. Norish77

Blog Archive

Anda ada Blog?

Saya menawarkan kepada anda memiliki blog seperti ini, saya akan bangunkan untuk anda dan serahkan untuk anda guna. Kos terendah RM49.90 sahaja.

Curahkan tulisan anda, karya anda di blog untuk dinikmati generasi selepas anda.

Search This Blog

Link Crosword

Klik

noTA cROSWORD Klik

Chat

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Siap Maju

Siap Maju