Friday, October 12, 2012

Hantarkan Anak kepada Keyakinan akan Hari Qiamat

Siapa nak masuk syurga angkat tangan? Tanya cikgu kepada murid-murid tadika di sekolah itu. Semua murid angkat tangan, kecuali seorang murid perempuan, ketika guru bertanya kenapa tak nak masuk syurga? Dia menjawab "Ayah tak bagi".

Ketika satu sesi kaunseling di sebuah Pusat Serenti dalam Negeri Pahang, saya mengemukakan soalan ini kepada seorang pemuda.Kamu tahu tak, sejauh-jauh perjalanan hidup ini, akhirnya kita akan mati, selepas kematian, kita berdepan dengan soalan dari Malaikat.apa jawabnya?

Entahlah, saya pun tak tahu, betul ke ada pertanyaan dalam lubang kubur tu. Jujur dan polos.Dua kes diatas cukup bagi menggambarkan anak-anak zaman ini, tidak mempunyai keyakinan terhadap wujudnya hari kebangkitan.
 

No comments:

Post a Comment