Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Blog Archive

Monday, October 8, 2012

Bangga, hampir menitis air mata, ada juga cemburu, melihat sahabat saya, seorang guru Cemerlang, beliau ialah Cikgu Zukurnan dari Pasir Puteh. Beliau pernah belajar di SPADA tahun 2008 bersama dengan saya, menuntut ILMU dengan beberapa orang Professor. Termasuk (kini) Prof.Dr Abdul Halim Hussin, selaku Ketua Pusat Penyelidik Dadah Asia.

Setelah pulang dari SPADA, beliau tidak jemu-jemu menerjunkan dirinya dalam masyarakat, berbakti untuk bangsa yang tertimpa musibah najis dadah. Saya tahu, banyak masa beliau habiskan, banyak juga wang ringgit yang mengalir, terpaksa meninggalkan anak dan isteri di rumah, semata-mata mengikuti kempen dengan AADK dan NGO setempat.

Memang itu bukan tugas utama sebagai seorang guru. Tetapi itulah yang menaikkan beliau antara pelajar yang lain. Kegigihannya belajar dari dulu sudah terserlah, setiap minggu berulang-alik dari Pasir Puteh ke Ampang, semata-mata untuk belajar, walaupun ketika itu usianya hampir mencecah 40 tahun.

Semoga kegigihan Cikgu Zukurnan belajar dan menabur khidmat bakti, menjadi contoh kepada semua pelajarnya.Syabas kawanku.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers