Friday, November 23, 2012

Fahami Isi Kandungan Ini

Setelah menyeru kaumnya (bangsanya) ke arah menyembah Allah, bertaqwa dan taat padaNya, akhirnya Nabi Nuh pasrah, kaumnya menutup telinga apabila dia berdakwah,mengejek bahkan sombong takabbur, lebih suka mengikuti orang yang duit banyak, akhirnya Nabi Nuh merintih dengan TuhanNya,doanya dirakam dan disalin semula dalam Al-Qur'an surah Nuh ayat 21 : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).

Akibatnya : Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).

Nabi Nuh Berdoa Lagi : Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!..

Read more »

 
Wednesday, November 21, 2012
Monday, November 19, 2012

Gambar sekitar kejayaan UPSR 2012


Anak penjual Kueh, cucu kepada Bapa Angkat Sekolah Kebangsaan Bangi ini sememangnya pelajar lincah dari awal persekolahan lagi.Pernah dilanda masalah, namun berkat usaha dan doa dari ibu bapanya, dia bersabar dengan masalahnya, memandang terus ke depan, tanpa menoleh ke belakang, melupakan sejenak masalahnya, hari ini dia dan ibunya mampu tersenyum dengan iringan air mata, 4A dalam gengamannya,

Murid pintar tapi malas buat kerja rumah. Fatin Izzaty dipanggil ke bilik kaunseling kerana itulah sikapnya. Kalau lah dari awal dia berjaya mengubah sikapnya, dia akan bersama dengan pelajar 5A. Tapi hari ini dia hanya dapay 4A.Apa pun. Fatin datang menemui saya dan mengucapkan terima kasih atas bimbingan dan kaunseling selama ini sehingga membuat dia berjaya mendapat 4A.Tahniah..
 
Mengharukan...Nash Aiman berbaju kuning, tidak memakai pun baju sekolah sebagai ditetapkan, hari ini dia dan ibunya tidak menyangka anaknya akan mendapat 4A dalam UPSR.Nash Aiman telah diberikan 2 kali ciuman kebanggaan oleh ibunya.Satu sebelah kanan dan satu lagi sebelah kiri.Tahniah Nash.Teruskan Usaha diperingkat selanjutnya.
 
Sebaris nama pelajar-pelajar yang mengharumkan nama sekolah tahun ini.Biarpun keputusan tidak setanding tahun 2011.Namun itulah keputusannya..setelah kita berusaha sehabis daya upaya.

Kegembiraan untuk keluarga juga

Hasil kejayaan awal
 
Lain-lain tempat
  '>

Read more »

 
Sunday, November 18, 2012

Siapa Mahu Anak Seperti ini?


Foto yang sering dikongsi difacebook
Anda tahu apa persamaan antara kedua foto ini


Read more »

 

Baru Pulang dari Ziarah Makam Syeikh Mohd Noor kali ke3


Dibalik Tenang Sg.Chinchin : (Ambilan dari blog)


Masjid Sg. Chinchin, Gombak, terletak kira-kira 13 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya tidak jauh dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan PULPA (Pusat Latihan PEPIAS - ABIM) sendiri.

PEPIAS mempunyai hubungan yang baik dengan Masjid ini. Sekitar tahun 2009 sahaja, PEPIAS telah mengadakan beberapa siri program di Masjid Sg. Chinchin seperti program PEPIAS prihatin, Induksi cawangan Gombak, kelas prep Masjid, dan Tamrin Ramadhan (TAMAR).


Di sebalik itu, sesungguhnya Masjid ini menyimpan khazanah sejarah yang sangat berharga untuk disemangati bersama.Masjid Sg. Chinchin telah dibina seiring dengan pembukaan Kg. Sg. Chinchin sekitar tahun 1894. Kg. ini telah dibuka oleh Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi. Namanya tersenarai sebagai 7 Wali Melayu, sebaris nama - nama ulama' terkenal seperti Tok Kenali, Tokku Paloh, dan Tn Hussein Kedah Al-Banjari (7 Wali Melayu; Penerbitan Hikmah, 1993).
Beliau tersenarai kerana ketokohan beliau sebagai Pengasas Kampung Islam Contoh; Membangun Perkampungan Berteraskan Syariat, Menegakkan Pusat Tarbiah Wa Ta'lim dan Menguatkuasa Undang-undang.
Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi berketurunan Mendeleng dan berasal dari Penyambongan di bahagian Sumatera Utara indonesia. Beliau telah membuka Kg. Sg. Chinchin 10 tahun selepas ketibaan beliau di Tanah Melayu. Terdapat sumber mengatakan bahawa Kg. Sg. Chinchin merupakan sebidang tanah kurniaan Sultan Selangor kepada beliau.



Turut behijrah bersama ulama sufi ini ialah adik angkatnya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama lain.
"Mereka dari keturunan Mendeleng. Keempat-empat mereka alim-alim belaka dan apabila sampai ke Semenanjung mereka berpecah, seorang menetap di Tapah Perak, seorang lagi mungkin di Perak juga, cuma mereka berdua (Syeikh Muhammad Nor dan Syeikh Zainal Abidin) yang tidak berpisah."
- Hajah Fatimah, 69 tahun, anak bongsu kepada Syeikh Muhammad Nor.
(7 Wali Melayu; Penerbitan Hikmah, 1993)
Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi adalah khalifah ke-35 Tareqat Naqsyabandiah dan terkenal sebagai seorang wali Allah dengan berbagai karamah. Beliau juga seorang pemimpin masyarakat yang bewibawa dan berjiwa sufi. Ini terbukti dengan berjayanya beliau memimpin ahli jemaahnya di perkampungan Sungai Cincin, Gombak, sekitar tahun 1894-1919, di mana satu struktur pentadbiran dan undang-undang yang dilagangnya sendiri dapat dipraktikkan.
Syariat Islam benar2 terlaksana di Sg Cincin krn al-Kholidi begitu bijak memimpin, mentarbiah di samping menyusun strategi pembangunan utk memenuhi tuntutan hidup.

Utk memastikan syariat Islam benar2 terjaga, al-Kholidi mewujudkan petugas2 (polis). Beliau juga membina 4 rumah penjara (4 buah) utk mendidik mereka yg melakukan kesalahan dan kesan bangunan penjara ini masih wujud hingga kini.

Dlm soal melaksanakan hukuman al-kholidi tidak bersikap pilih kasih. Siapa shj yg bersalah pasti akan dikenakan hukuman, bahkan salah seorg drp isterinya sendiri pernah juga dipenjara beberapa hari.
Dengan sokongan orang ramai, Syeik Muhammad Nor dapat membangunkan sebuah pusat pengajian (sekolah agama) yang bukan saja menekankan soal-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah. Utk tinggal dan menuntut ilmu di Perkampungan Islam Sg Cincin ini, al Kholidi tidak mengenakan sebarang bayaran. Tetapi mereka digalakkan menanam padi, mendulang bijih dan berkebun.
Sekolah agama itu kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sg Chinchin, Gombak.
Merujuk petikan yang bertajuk orang hidup dikebumikan (tabloid Kosmo), Sheikh Muhammad Nor Al-Kholidi, mewujudkan sebuah kubur olok-olok di bahagian luar mihrab Masjid Sungai Cincin, Batu 9, Gombak, Selangor.

Menurut Ketua Kampung Sungai Cincin, Wilayah Persekutuan, Abd. Rani Awang, 66, kubur itu dibina sekitar waktu pembinaan Masjid Sungai Cincin, iaitu pada tahun 1894 sekali gus bermaksud kubur itu sudah berusia lebih 100 tahun.
Lubang sedalam kira-kira dua meter yang hanya seluas 2.16 meter persegi itu mungkin tidak pernah digunakan untuk menanam sesiapa namun pengalaman dibiarkan di dalam liang lahad di dalam kubur itu untuk satu tempoh, dikatakan mampu mengetuk kesedaran dalam diri sesiapa saja tentang kematian.
Semasa Tanah Melayu diserang Jepun, Kampung Cincin bukan shj tidak putus makanan bahkan melimpah ruah pula rezeki yg datang. Perkampungan ini juga tidak tergugat sama sekali oleh kehadiran tentera Jepun. Kehidupan dan pengajian berjalan sebagaimana biasa
.



Muhammad Nor al-Kholidi meninggal dunia dlm usia 58 tahun pd 1932 dan meninggalkan begitu byk jasa dan murid.

Read more »

 
Saturday, November 17, 2012

Nak Pinjam Spek


Read more »

 

Anda Nak Cantik Tak?

Ketika menyaksikan video pembedahan plastik (malam semalam di Hotel Royal Bintang), bagaimana wajah seorang manusia dibedah menggunakan laser, seorang lelaki di sebelah saya tidak senang duduk, dia menutup mukanya, terdengar bunyi dari mulutnya..sssssss......saya kata...apalah dia ni,macam ni takut. Anda pernah tengok? Wah ngeri jugak rupanya. Videonya saya rakam...tapi belum jumpa yg serupa dengannya di Utube..

Mula-mula wajahnya dibakar dengan laser sampai kelihatan keluar asap....(kesan terbakar) untuk mematikan sel kulit lama.

Saksikan antara babak dalam video ini.Video yang saya rakam sebenarnya lebih ngeri...



SNE dengan Buetskin sebenar dapat membantu anda tanpa kos yang mahal dan risiko yang tinggi

Nak cantik punya pasal... ada pula yang menggunakan BOTOX...anda guna apa nak cantik?
Ah Bee...(kiri) sebelum menggunakan SNE..(kanan) setelah menggunakan SNE


Seorang nenek, wajahnya sebelah kiri ketika awal bersahabat dengan SNE, dan sebelah kanan wajah terbaru setelah 3 bulan.

Read more »

 
Friday, November 16, 2012

2 Kali ke stesen kereta kabel

Gara-gara pengunjung amat penuh dan padat, hari pertama misi kami tidak tercapai, bas terpaksa berpatah balik. Ini kerana setibanya kami dilokasi ini,kelihatan deretan bas-bas dan kereta memenuhi ruang parkir.Ah..sudah...nampak gaya tak ada rezeki nak  join.

Read more »

 

Seketika di Pulau Langkawi

Tempat Makan Antara yang paling menarik

Read more »