Tuesday, December 11, 2012

Mati Hidup Semula

".. "

Firman Allah Taala :

Wahai manusia,seandainya kamu tidak suka/patuh kepada peraturanKu di muka bumi Ku ini, maka engkau carilah bumi yang lain untukmu” Hadis Qudsi

Berapa ramai manusia yang tidak pernah menyangka bahawa dirinya akan mengalami kemalangan yang ngeri dsan sangat dahsyat, dan kemudian tanpa disangkanya juga, dengan kemurahan dan kasih sayang Allah Taala dia disembuhkan dari kesakitan itu seperti sediakala, sehingga dia merasakan dan menjaja ke serata pelosok alam, bahawa dia bagaikan manusia yang mati hidup semula. Waktu itu dia dapat rasakan dia bagaikan manusia pilihan Allah Taala.

Namun sayang serjuta kali sayang,tidak juga disangka, dia tidak mempergunakan nikmat umur yang ada itu,Allah Taala telah memberinya semula nyawa baru, untuk dia beribadah kepada Allah. Disangkanya usia dia masih panjang. Lalu dia mencari dan mengumpul harta kekayaan, untuk hidup yang sementara sahaja di dunia yang fana ini. Sedangkan dia membelakang perintah bertaqwa.

FirmanNYa dalam surah Thaha ayat 124 :

Dan berangsiapa berpaling  dari peringatanKu, maka baginya kehidupan yang sempit di dunia, dan Kami akan bangkitkan nya di padang mahsyar dalam keadaan buta matanya, (Maka) bertanyalah dia, Ya Tuhan kami, mengapa Engkau bangkitkan kami dalam keadaan buta mata,sedangkan kami dulu di dunia adalah orang-orang yang melihat? Maka jawab Allah Taala,”Demikianlah balasan bagi orang melupakan Kami semasa di dunia  ”

Manusia seperti itu dia berlakon seolah-olah dia tidak Nampak dengan mata kepalanya nikmat Allah Taala yang begitu banyak kepadanya. Seolah-olah matanya buta. Maka giliran Allah Taala pula seolah-olah lupa memberinya kembali nikmat penglihatan sehingga dia buta.

Bayangkan tuan-tuan, jika buta di dunia sahaja, sudah begitu payah lagi sukarnya untuk hidup. Dari tempat tidur ke dapur sahaja untuk mengambil segelas air terlalu sukar,sedangkan dia sedia maklum akan bilik rumahnya, inikan pula di padang mahsyar yang dia tidak pernah pergi, berjalan dalam keadaan buta tanpa orang yang memimpin.Masya Allah. Cubalah sesekali, tuan berlakon berjalan dalam gelap, tutup lampu atau mata, berjalan lah ke dapur untuk mendapatkan segelas air masak.

Ia lupa , bahawa dirinya akan berdepan dengan Allah Taala dihari akhirat kelak, dia lupa dia akan dipertanyakan seluruh hidupnya, usianya, untuk apa dia perbuat selama ini, hartanya, dari mana sumbernya dan ke mana telah dihabiskan.

Dia juga lupa, seluruh harta yang dia cari,tidak akan dibawa ke mana-mana, kelak ketika dia tua, ketika dia dipanjangkan umur, dia akan pergunakan seluruh harta itu untuk membayar perkhidmatan di hospital. Sedang waktu itu, dia pun tidak mampu lagi beribadah. Terbaring sepanjang waktu, tidak mampu bangun untuk berwuduk, Subhanallah. Apa lagi mahu solat 5 kali sehari.Azabnya telah Nampak, siksanya bakal ditanggung.Jikalah Allah Taala telah mengkifarahkan segala dosa-dosanya, alangkah bertuahnya dia.

Ketahuilah, sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan dari tiap-tiap seribu anak Adam itu, 999 darinya akan digiring ke neraka, manakala 1 lagi akan masuk syurga. Bayangkan kesukaran merebut kuota yang satu itu.Tidak lah gampang.Perlu bersusah-payah, perlu berjuang dan berkorban.Mungkin perlu diri kita terkorban.

Semoga Allah Taala menggolongkan kita semua ke dalam golongan hamba-hambaNya yang sempat meninggal dalam keadaan bertaubat dan diterima taubat kita.
 

No comments:

Post a Comment