>>>>>>>>:::<<<<<<<<
_Perintah dan saranan Allah Taala supaya
manusia menuntut ilmu sangat jelas di dalam Al-Qur’an. Majoriti Ulama berpendapat ayat pertama yang
turun adalah ayat "Iqra". (Bacalah) Tempat turunnya ayat ini di Gua
Hirak.Ayat yang paling awal ini merupakan perintah supaya manusia membaca atau dengan kata lain belajar.
Tersirat, bahawa ilmu itu sangat penting bagi manusia.
Letaknya titik perbezaan antara manusia
yang cerdik dan tidak adalah pada ilmunya. Begitu juga tahap kesedaran
seseorang, pun tergantung sejauh mana pengetahuan dan maklumat yang dia miliki.
Sebagai contoh, budak kecil tidak takut pada ular yang berbisa, kerana ilmu
atau maklumat yang dia ada tentang ular sangat terbatas, sedangkan orang
dewasa, jangankan duduk dekat dengan ular, mendengar sahaja “ular tedung”, boleh
jadi ada yang meremang bulu roma.
Islam mengajar kita sebagai penganutnya “ilmu” itu mesti dituntut.Penggunaan kalimat
“tuntut” pun mempunyai makna yang
tersirat. Ibarat orang berhutang dengan kita, tiba saat yang dijanjikan, dia
tidak menjelaskan hutang tersebut, maka kita boleh menuntutnya kembali. Ada yang mengartikan perkataan "menuntut" memberi makna kita
hendaklah mendapatkan sesuatu yang ianya adalah milik kita.
Kalimat “ilmu”, jika di tulis dalam tulisan Arab, ianya mengandungi tiga
huruf, iaitu "Ain, Lam dan Mim". Seorang guru saya yang bernama Drs.Tarmizi Dahmi dari Aceh Selatan ketika
mencurahkan ilmu beliau di malam pengajian dirumahnya berkata :
“Apabila
seseorang menuntut ilmu, dan berhasil pula mendapat ilmu, maka dia akan
memperolehi 3 perkara. Yang pertama Ain 'Ali, kedua Lam, Lathief dan ketiga
Mim… Mulk”
Bukankah tuhan pernah berfirman :
[
] [ QS Al-Mujadilah ayat 11]
"Allah
Taala mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang
diberi ilmu akan beberapa darjat"
Pertama “Ain”, dikatakan seolah-olah ringkasan dari ‘Aali’ , membawa makna
tinggi. Ini seakan mengambarkan bahawa orang yang berilmu, akan ditinggikan
kedudukannya disisi masyarakat. Ketinggian ilmunya berbanding orang lain
membuatkan masyarakat memilihnya untuk menjabat jawatan itu dan ini. Orang yang
berilmu juga akan dipandang tinggi tarafnya oleh orang lain, sampailah dia
meninggal dunia. Lihatlah guru atau cikgu, sampai bila-bila pun namanya tetap
melekat dengan gelaran cikgu. Itulah
sebuah penghormatan dari masyarakat.
Huruf kedua Lam... membawa makna Lathief.
Lathief maknanya lembut. Penuntut ilmu akan mewarisi sifat dan tingkah laku
lemah-lembut, ini sesuai dengan akhlaknya Nabi. Tidak kasar. Sabda Nabi :
“Dan
janganlah kamu berkasar dengan manusia, kelak mereka akan lari daripadamu”
Orang yang dikatakan berilmu, tetapi masih
memiliki sikap kasar, keras pada bukan tempatnya, maka seolah ilmu itu belum
lagi benar-benar menyerap dalam dirinya kerana ilmu itu sifatnya, merubah
seseorang dari kasar kepada lembut akhlaknya. Inilah hasil ilmu yang membawa
seseorang menjadi takut akan Tuhannya.
Dan yang terahir ialah ialah Mim.. (Mulk)[kerajaan], orang yang
berilmu akan diberikan kerajaan oleh Allah Taala, ini sesuai dengan ayat "
kerajaan bumi itu diwariskan kepada orang yang mukmin".[QS
]
Manusia yang memiliki ilmu dikatakan juga
akan di "rajakan" oleh manusia, dengan kata lain dia akan
di ikut oleh kebanyakan manusia. Bukanlah bermakna dia menjadi raja atau sultan
di sesebuah negeri, tetapi menjadi raja dihati manusia.
Demikianlah kata guru saya akan kelebihan orang yang berilmu
dalam kuliahnya. Sebab itu, kita sebagai
umat Islam, jangan merasa puas untuk belajar, belajarlah walaupun dimana jua.
Anda boleh membaca karangan-karangan seperti ini, ianya pasti memberikan satu
motivasi kepada kita, untuk terus belajar. Bacalah lagi tafsir-tafsir Al-Qur’an
versi bahasa kita sendiri. Sungguh! Cukup menakjubkan huraian ayat per ayat dan
surah per surah. Ianya mengandungi keterkaitan antara satu sama lain.
Seperkara lagi yang penting dalam hidup
manusia ialah "harta". Tidak ada manusia yang tidak inginkan harta.
Lihatlah dunia ini, apakah urusan yang membuatkan ianya menjadi sibuk? Hartalah
membuat manusia mundar-mandir, ke sana sini, siang malam, sampai adakalanya
manusia bergaduh dan saling ingin membunuh hingga terbunuh, dek kerana harta.
Berkenaan dengan hal ini, ada pertanyaan
tentang perbezaan antara ilmu dan harta. Dizamannya Saidina Ali, beberapa orang
berkumpul untuk menguji ilmu Saidina Ali. Setelah berbincang, mereka akhirnya
mengumpul 1 soalan untuk ditanyakan kepada Saidina Ali. Sedangkan orang yang
bertanya itu berbeza-beza.Orang pertama datang bertanya soalan itu, kemudian
berlalu pergi, begitulah orang kedua, ketiga bahkan sampai 40 orang.
Berikut adalah
antara jawapan yang diberikan oleh Saidina Ali.
1. Ilmu lebih baik
daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah
pusaka Qarun dan Firaun.
2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu,
tetapi kamu pula yang memelihara harta.
3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu
ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.
4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila
dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan
berkurangan.
5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu
diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama
bakhil.
6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu
dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu
akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab
hartanya.
8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan
binasa, manakala harta pula akan binasa.
9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan
hati dan harta pula mengeraskan hati.
10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu
mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.[]