Thursday, January 31, 2013

Seandainya ... Neraka Sedalam Ini

Dari Khalid bin Umar, ia berkata, ''Utbah bin Ghazwan menyampaikan pada kami, ia berkata, ''Sesungguhnya ia menyebutkan pada kami tentang batu yang di lemparkan dari tepi neraka dan meluncur selama 70 tahun sebelum mencapai dasarnya.'' Demi Allah, Jahanam akan dipenuhi. Apakah kalian terkejut?'' (H.R. Muslim secara mauquf, sedangkan Imam Ahmad meriwayatkan secara mauquf dan marfu'. Yang lebih tepat, hadis ini adalah mauquf. 

 At-Tirmidzi mengeluarkan hadis dari Hasan. Ia mengatakan bahwa 'Utbah bin Ghazwan menyampaikan di atas mimbar kami, maksudnya mimbar Bashrah, ucapan dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, ''Sesungguhnya batu besar di lemparkan dari tepi Jahanam. Ia meluncur selama 70 tahun, tetapi belum mencapai dasar Jahanam.'' Lalu 'Utbah berkata bahwasanya Umar pernah berkata, ''Perbanyaklah kalian mengingat neraka karena sesungguhnya panasnya sangatlah panas, sedangkan dasarnya sangat dalam, dan alat pemukulnya terbuat dari besi.'' 'Utbah berkata, ''Hasan tidak di ketahui pernah mendengarnya dari 'Utbah bin Ghazwan.'' 

 Selain itu, dalam hadis lain di keluarkan oleh Imam Muslim dari hadis Abu Hurairah, ia berkata, ''Ketika itu kami sedang berada bersama Rasulullah, lalu kami mendengar suara benda yang jatuh. Rasulullah bersabda, ''Tahukah kalian suara apa itu?'' Kami (Abu Hurairah dan teman-teman) menjawab, ''Allah dan Utusan-Nya lebih mengetahui.'' Rasulullah bersabda, ''Itu adah batu yang di jatuhkan ke dasar neraka Jahanam semenjak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.'' 

 Muslim juga mengeluarkan hadis dari Abu Hurairah, ia berkata, ''Demi Dzat yang jiwa Abu Hurairah berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya dasar Jahanam itu dicapai selama 70 tahun.'' Begitu juga, Hakim telah mengeluarkan hadis dari Abu Hurairah, dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, ''Apabila tujuh unta gemuk yang sedang hamil dilemparkan dari tepi jurang Jahanam, mereka baru akan sampai ke dasar Jahanam selama 70 tahun.'' Al-Bazar dan Ath-Thabrani mengeluarkan hadis Buraidah dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, ''Sesungguhnya batu (yang dilemparkan ke dasar Jahanam itu) seimbang dengan tujuh unta gemuk yang sedang hamil tua. Batu itu dilemparkan kedalam Jahanam selama 70 tahun, tetapi belum juga mencapai dasarnya.''

 Ibnu Hibban, dalam Shahihnya, telah mengeluarkan hadis dari Abu Musa Al-Asy'ari, dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, ''Andaikan sebuah batu dilemparkan ke dasar Jahanam, ia akan jatuh meluncur selama 70 tahun sebelum mencapai dasarnya.'' Ibnul Mubarak berkata, ''Yunus telah menyampaikan kepada kami, dari Az-Zuhri. Ia berkata, ''Telah sampai kepada kami bahwa Mu'adz bin Jabal bercerita dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda, 

''Demi Dzat yang jiwaku berada pada genggaman-Nya, sesungguhnya di antara tepi neraka dan dasarnya terdapat batu keras seberat tujuh unta gemuk yang sedang hamil tua yang jatuh ke dasar neraka selama 70 tahun sebelum mencapai dasarnya.'' Ibnu Al-Mubarak mengatakan bahwa Hasyim berkata, ''Zakaria bin Abi Maryam Al-Khaza'i berkata, ''Aku mendengar Abu Umamah berkata, ''Sesungguhnya jarak antara tepi jurang Jahanam dan dasarnya adalah jarak selama 70 tahun bagi batu yang meluncur ke dasarnya. Batu itu seberat 10 ekor unta yang gemuk.'' 

Kemudian seseorang bertanya kepada Abu Umamah, ''Wahai Abu Umamah, apakah ada suatu benda di bawahnya?'' Abu Umamah menjawab, ''Ya, yaitu kesesatan/kegelapan dan dosa.'' Hadis ini telah diriwayatkan dengan jalur sanad dho'if, yaitu dari jalur Luqman bin 'Amir, dari Abu Umamah, dari Nabi Muhammad SAW. Ada tambahan redaksi, ''Aku bertanya, ''Apa ghayy dan apa itu atsam?'' Nabi Muhammad SAW, menjawab, ''Yaitu berupa sumur, yang didalamnya mengalir nanah penghuni neraka yang bercampur darah.'' Inilah yang disebutkan dalam firman Allah:

Sejarah Terbentuknya Lubang Besar di Guatemala

Lubang Guatemala
Lubang Guatemala
Lubang Guatemala

At least 115 people have died after 

Read more »

 

Apabila Hati Tersentuh

31 JAN 2013. LABU HILIR. Selama 2 jam kurang 5 minit saya menyampaikan ceramah motivasi kepada anak-anak di sekolah ini seramai 75 orang. Aspek awalnya pengurusan masa dan Rahsia Cara Belajar. Tidak ditinggalkan pada penghujung slot, sesi keagamaan, menitik berat soal agama.

Jika syarat ingin berjaya ialah berdoa, bagaimana kita nak berdoa jika kita tidak sembahyang. Ramai juga anak-anak yang mengaku secara tanpa paksaan, bahawa ibu dan bapa mereka (ramai) tidak solat.

Soalan Malaikat dalam kubur memang sudah umum bak soalan bocor.Tetapi yang menjawab nanti bukanlah mulut kita, akan tetapi amalan kita.

Berikut sedutan foto-foto yang sempat dirakam sepanjang ceramah tadi.
Dan berikut adalah video yang saya paparkan menyebabkan mereka....

SK Bandar Sri Putra
Motivasi UPSR

SK Bandar Seri Putra
Motivasi UPSR

Read more »

 
Wednesday, January 30, 2013

Kita Bukan Bodoh

Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Dan Dia menjadikan bagimu pendengaran, dan penglihatan dan hati, agar mudah-mudahan kamu menjadi manusia yang bersyukur.

An Nahlu

Setiap manusia mempunyai 100ribu sel neuron.
100 bilion neuron
jika saluran darah dalam otak disusun ia akan merentang sepanjang 100,000 batuotak manusia adalah organ yang paling berlemak di dalam badan manusia. ia mempunyai sekurang-kurang 60% lemak

Serebrum adalah bahagian yang paling besar dalam otak manusia dan melitupi 85 % daripada berat otak.75% daripada otak adalah air.Otak mempunyai struktur yang amat kompleksKetika lahir, otak mempunyai berat 350-400g, semasa dewasa, berat otak meningkat sehingga 1300-1400g .Dikawasan bahagian kiri otak mempunyai 186 juta lebih neuron dari kawasan bahagian kanan.750-1000ml darah mengalir didalam otak dalam seminit atau lebih kurang 3 tin penuh Coca Cola.Kelajuan yang paling rendah apabila maklumat dihantar diantara neuron adalah 416 km/s dan ia nya bersamaan dengan kelajuan tertinggi kereta terpantas dunia, Bugatti EB 16.4 Veyron.

Berat otak manusia lebih kurang 2% dari berat keseluruhan badan tetapi ianya menggunakan 20% tenaga badan.89.06 peratus manusia dilaporkan menulis dengan tangan kanan, 10.6% dengan tangan kiri dan 0.34% dengan kedua-dua belah tangan.Satu otak manusia menghasilkan lebih banyak impuls eletrik dalam sehari berbanding dengan semua Telefon didunia.Neuron terhasil dalam peratusan 250,000 neuron setiap minit ketika awal kehamilan.Otak berhenti membesar pada umur 18 tahun.Ketika lahir, otak anda hampir sama besar dengan otak manusia dewasa dan mempunyai sebahagian besar sel untuk keseluruhan hidup anda yang diperlukan otak.Manusia terus menghasilkan neuron baru sepanjang hidup dalam reaksi kepada aktiviti mental.Otak bayi yang baru lahir membesar tiga kali lebih besar dari saiz pada tahun pertamanya.Membaca dengan kuat dan kerap bercakap dengan budak kecil membantu meningkatkan perkembangan otak merekaOtak menggunakan 20% dari keseluruhan oksigen dalam badan

Struktur Bahagian Otak Semasa sedar, otak menghasilkan tenaga sebanyak antara 10 dan 23 watt dan mencukupi untuk menghidupkan sebiji mentol lampuOtak boleh hidup sehingga 4 hingga 6 minit tanpa oksigen, kemudian ia akan mula mati. Jika otak tidak mendapat oksigen dalam 5 hingga 10 minit ia akan menyebabkan kecederaan kekal.Kajian terhadap sejuta pelajar di New York menunjukkan pelajar yang makan tengah hari tanpa pewarna tiruan dan bahan pengawet berjaya melakukan ujian IQ 14% lebih baik dari pelajar yang makan tengah hari dengan bahan tambahan tersebut.Anda tidak boleh menggeletek diri sendiri kerana otak anda boleh mengenal pasti samada ianya sentuhan luar ataupun sentuhan sendiri

Tanpa sebarang perkataan, anda boleh mengetahui samada seseorang itu berada dalam keadaan baik, sedih atau marah dengan hanya melihat memek atau air muka mereka. Kerana satu kawasan kecil didalam otak yang dinamakanamygdala, bertanggungjawab dalam kelebihan seseorang untuk membaca memek atau air muka orang lain sebagai petunjuk apa yang mereka rasa.Otak wanita mengambil masa yang lebih lama untuk mengambil keputusan dan sentiasa berpegang kuat dengan keputusan itu, berlainan dengan lelaki, yang senang untuk mengubah fikiran selepas membuat sesuatu keputusanSetiap kali anda mengingat sesuatu perkara atau mendapat idea baru, otak anda akan menghasilkan rangkaian baru Waktu tidur adalah waktu yang sesuai untuk otak memperkukuhkan segala ingatan yang terjadi semasa kita berjaga

Kekurangan tidur mungkin mengakibatkan kebolehan otak anda untuk menghasilkan ingatan baruJuara dunia dalam mengingat, Ben Pridmore mengingati 96 detik bersejarah dalam masa hanya 5 minit dan mengingati setiap susun atur daun terup yang telah di ‘shuffled’ dalam masa 26.28 saat.Insulin boleh menyebabkan kitaran paras gula dalam darah stabil, tetapi kajian saintis baru-baru ini menunjukkan insulin juga boleh membantu otak untuk mengingati.Hanya kerana kita tidak mengingati mimpi tidak bermakna kita tidak bermimpi. Setiap orang bermimpi 

Kajian menunjukkan gelombang otak menjadi lebih aktif apabila bermimpi berbanding semasa dalam keadaan sedar5 minit selepas bermimpi, separuh dari mimpi tersebut akan kita akan lupa. 10 minit selepas mimpi, lebih 90% daripada mimpi tersebut akan dilupakan. Tulis mimpi anda secepat mungkin jika anda mahu mengingatinyaKebanyakan manusia bermimpi 1 hingga 2 jam semalaman dan mengalami 4 hingga 7 mimpi berlainan, dalam anggaran.12% manusia bermimpi dalam keadaan hitam putih manakala selebihnya didalam keadaan berwarnaJika anda berdengkur, ia menunjukkan yang anda tidak bermimpiPengkaji-pengkaji jepun telah berjaya membangunkan satu teknologi yang boleh meletakkan gambaran di atas skrin dan kemudian ia boleh menyaksikan mimpi orang yang sedang bermimpi.

Otak memainkan peranan penting semasa kita tidurKajian juga menunjukkan bahawa mempelajari sesuatu yang baru membantu otak untuk berubah dengan lebih cepatKetawa pada bahan lawak adalah bukan kerja yang mudah untuk otak, ia memerlukan aktiviti dalam lima bahagian berbeza dalam otak.Otak juga mempunyai bank tersendiri. Di Universiti Havard, sebuah bank otak ditubuhkan dan menyimpan 7,000 otak manusia untuk tujuan penyelidikanKekurangan graviti di luar angkasa mempengaruhi otak didalam beberapa keadaan yang berbeza. 

Saintis-saintis masih lagi mengkaji mengapa dan bagaimana ia terjadi.Pembelajaran muzik telah menunjukkan ia mampu meningkatkan organisasi dan kebolehan didalam otak, baik dewasa ataupun kanak-kanakBerdasarkan kajian yang dilakukan oleh Bristol – Myers Squibb, seorang Akauntan mempunyai risiko yang paling tinggi untuk mendapat sakit kepala, diikuti oleh pustakawan, kemudian pemandu bas dan lori.Aristotle (pemikir greek) telah tersalah dengan mengatakan fungsi otak sebenarnya berada di dalam jantung.Perkataan ‘otak’ atau ‘brain’ disebut sebanyak 66 kali dalam pementasan William Shakespeare.

Otak Albert Einstein adalah lebih kurang sama dengan manusia lain kecuali di dalam satu kawasan yang bertanggungjawab dalam perkiraan matematik. Didalam kawasan itu, otak beliau 35% lebih luas daripada otak manusia lain. Otak beliau juga sebenarnya lebih ringan daripada otak manusia biasa.


Read more »

 
Friday, January 25, 2013

Ceramah Membuat Murid Menangis

Salam, Ada beberapa cara yang boleh membuat pendengar menangis, paling mudah sebab mereka tersentuh atau bercampur perasaan takut. Saya tidaklah pandai macam kawan-kawan yang lain seperti pemunya blog aspirasidiri.blogspot.com. Juga sahabat saya Encik Jamhari Saari yang kini menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Raja Melewar.
Namun ceramah Mengenal Diri malam tadi dengan iringan suara latar, muzik dan juga video kematian paling membuat suasana bertambah bising. Bising kerana ada yang menangis sehingga tangisannya mengganggu pendengar yang lain.

Mengenal Diri Sendiri adalah antara part terpenting dalam hidup ini. Man Arafa Nafsahu Arafa Rabbah.Barangsiapa Mengenal dirinya, maka dia akan kenal SIAPA TUHANNYA.

Tak kenal diri, automatik tak akan kenal Tuhannya. Tuhan ada banyak. Mana satu tuhan dia. Salah satu Tuhan bernama ALLAH. Itulah Tuhan yang Esa, Hidup, Kekal Baqo, Tidak Musnah, Dialah yang menciptakan Alam Semesta nan luas ini. Dialah yang menjadikan kita dan Dialah yang menentukan panjang atau  singkatnya hidup seseorang. Kepada DIALAH kita semua akan kembali. 

Baik samada kita rela atau terpaksa. Hidup ini terpaksa, mati juga terpaksa.Nak tak nak, kita mesti membuat preparation ke arah itu. Siapa pun anda, akhir hidup anda adalah dalam tanah nan sempit, gelap gelita.

Oleh kerana takut, ramai tidak mahu lihat, hanya menunduk dna menutup mata. Saya pula yang meminta mereka melihat, sebab mereka adalah pengawas, mesti kuat. Mereka terpilih untuk menonton filem pendek ini.

Waktunya pula waktu malam.So.. sangat bertepatan. Minggu depan, SK Bandar Sri Putra menjemput saya untuk acara yang sama pada waktu malam. Insya Allah video ini akan menjadi sebahagian tatapan mereka disana nanti.

Berikut adalah beberapa slaid yang diperlihatkan malam tadi.
Dan ini pula videonya

Anda mahu Slot ini?
Hanya RM10.00



Read more »

 

Maulidur Rasul 2013

Read more »

 
Wednesday, January 23, 2013

Untuk yang Memerlukan Sahaja

UPDATE 

MAKLUMAT INI SUDAH MENJADI 32GB, SIAPA NAK, ADA BAYARAN KERANA KOS PENDRIVE, POS DAN SEBAGAINYA, BOLEH WASSAP KE 011 1081 5141
Lebih Berharga Dari Sebutir Permata
Salam untuk semua kaunselor seluruh Malaysia, Saya Encik Noorhisham bin Hamzah, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Bangi Kajang Selangor, pemilik laman blog http://norish77.blogspot.com ingin berkongsi sesuatu dengan anda.Mungkin ianya sesuatu anda sedang cari-cari.

Selama berpuluh tahun anda menjadi Kaunselor atau guru bimbingan, berapa ramai antara anda yang telah berjaya mengumpul bahan ceramah dan modul-modul sebanyak ini? 

Tak banyak...Hanya 4GB.... Mungkin anda tidak memerlukannya, saya hanya ingin berkongsi dengan sesiapa yang benar-benar mahu memantapkan syarahannya dan juga maklumat yang tepat dan padat.
Mungkin ada beberapa fail yang sama, saya tak sempat nak edit ... kekurangan masa
Dan ini adalah antara Slaid yang saya sampaikan ketika ceramah dadah.


Slaid Penutup Ceramah Penagihan Dadah yang saya berikan ialah mengajak pendengar untuk menjadi hamba yang TAAT dibumi yang sementara ini. Slaid remaja yg meninggal di Oman kemudian kuburnya digali tidak ketinggalan, antara bahan terakhir ini lagi ialah KUBUR yang ada ULAr di dalamnya menanti sang MAYAT. Nauzubillah... Anda mahu Slaid ini? Saya kepilkan bersama dengan Bahan 4GB,namun jgn lupa bila berceramah nanti untuk menyatakan bahawa slaid ini adalah kepunyaan siapa, mudah-mudahan semakin luas ilmu saya dapat disampaikan. Slaid Penutup Ceramah Penagihan Dadah yang saya berikan ialah mengajak pendengar untuk menjadi hamba yang TAAT dibumi yang sementara ini. Slaid remaja yg meninggal di Oman kemudian kuburnya digali tidak ketinggalan, antara bahan terakhir ini lagi ialah KUBUR yang ada ULAr di dalamnya menanti sang MAYAT. Nauzubillah... Anda mahu Slaid ini? Saya kepilkan bersama dengan Bahan 4GB,namun jgn lupa bila berceramah nanti untuk menyatakan bahawa slaid ini adalah kepunyaan siapa, mudah-mudahan semakin luas ilmu saya dapat disampaikan.

Jikalau lah ada sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi saya seperti dalam info dibawah. 


Cikgu Noorhisham Hamzah
GBSM SK Bangi
http://norish77.blogspot.com
Emel : afraima@yahoo.com

Read more »

 
Monday, January 21, 2013
Thursday, January 17, 2013

Terbaru..Poster PPda Bersaiz A3


Terbaru... Poster Saiz A3
Poster ke10 -ROKOK


Jikalau sebelum ini satu set poster PPDa dengan 10 Keping yang berlainan, saiz 15X20", kini saiz lebih kompak iaitu A3. Warna lebih terang dan sama standard, cuma lebih kecil sedikit berbanding sebelumnya.
Harga yang ditawarkan adalah RM170.00 (satu set 10 keping, termasuk kos penghantaran) 

Sebelumnya Hanya 9
Asalnya hanya 6 Keping, Kemudian diperbanyakkan lagi sehingga kini menjadi 10

Siap untuk di pos


Banner Poster PPDA yang sudah di ikat akan dipos keesokan hari

Untuk penjimatan yang lebih, tuan-tuan gunalah double sided seperti ini, (Harga RM18.00 satu), kemudian tampal di mana-mana dinding atau tiang sekolah, contohnya kantin atau sudut PPDa.

Atau boleh juga letakkan pada poster lama yang sudah pun kusam tak tak sedap dilihat. 
Baru keluar dari Pusat Percetakan.

Harga Promosi RM110.00 Untuk 20 Orang Pertama atau Berakhir pada 20.Januari 2013.

Harga kemudian menjadi RM 150.00 Setelah Tarikh tersebut.

Read more »

 
Friday, January 11, 2013

Allah dan Dadah


Assalamualaikum wr wbt. Beberapa minggu awal persekolahan ini agak sibuk. Terutama nak menyiapkan POSTER PPDa terbaru atas kehendak rakan-rakan kaunselor.Pun ada cadangan lagi agar saya mengeluarkan poster Kerjaya Holland.Untuk makluman rakan-rakan,poster PPDa sudah pun siap satu set 9 keping (buat masa ini) dengan harga yang sangat istimewa.Promosi awal seramai 20 orang telah pun berakhir.Kini memasuki promosi fasa kedua, saya mencari 50 orang lagi.

Baiklah, catatan kali ini cuba menyentuh isu yang diper-isukan hari ini.Saya mulakan dengan sepotong ayat Al-Qur'an bagi membawa pembaca berfikir dengan bijak. Firman Allah SWT, "JIka seandainya kamu bertanya kepada mereka (nonmuslim) siapakah yang menciptakan kamu? Mereka (nonmuslim) pasti akan menjawab ALLAH". 

Boleh atau tidak nonmuslim menggunakan kalimat Allah?

Berdasarkan ayat di atas, Allah Taala sendiri menyatakan, mereka akan menjawab Allah. Bukankah mereka (nonmuslim disini) menggunakan kalimat Allah? Ya.sudah tentu. 

Saya merujuk hal ini kepada Prof.Madya Dr Shukri Yeoh,Alumni IAIN Ar-Raniry yang kini bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah.Kata beliau hal ini timbul disebabkan kejahilan orang-orang Melayu (di Malaysia).

Orang-orang Kristian di Timur Tengah, sudah lama menggunakan kalimat Allah dalam kitab mereka.Manakala dalam satu ceramah khas, seorang murid bertanya kepada gurunya bolehkah seorang bukan Islam menyebut kalimat-kalimat Islam? Jawapan boleh,sebagai contoh katanya, kita tengah makan, sebelah kita orang bukan Islam, sesudah makan 

kita sebut Alhamdulillah, tiba-tiba dia pun sendawa dan menyebut Alhamdulillah, boleh atau tidak? Jawapannya boleh, mudah-mudahan dia masuk ISlam nanti. 

Yang dilarang nonMuslim menyebut kalimah Allah ialah kerana mempermain-main atau mempersenda. Jangankan manusia nonmuslim menyebut kalimat Allah, bahkan pokok-pokok serta haiwan didarat dan dilaut semuanya bertasbih memuji Allah.Ya kan..

Timbul perdebatan sihat dikalangan sahabat saya Alumni Aceh di alam maya, salah seorang berkata, kami sangat khuatir, jika nama Allah disebar luaskan oleh orang Kristian di Malaysia seperti berlaku di Aceh setelah Tsunami, banyak risalah-risalah yang menyebut nama Allah.Sangat-sangat khuatir orang yang tipis imannya akan terliur untuk membuat perubahan agama, dari Islam kepada Kristian.

Secara peribadi, apabila merenung jawapan ini, saya sedikit tersentuh, mungkin ada benarnya jua. Umat Islam yang sudah pun nipis ilmu dan imannya,akan mudah terjerumus ke negeri Kufur.

Namun saya memberi jawapan balas,semua masalah ini hendaklah kembali kepada Al-Quran dan Hadis.Mungkin zaman nabi tidak timbul isu orang-orang NonMuslim menggunakan Kalimat Allah.Dan Nabi tidak mengeluarkan Hadis beliau secara Jelas dalam hal ini.Tetapi rujukan tertinggi umat Islam adalah Al-Quran, telah pun menyebut hal ini secara halus.Ulamak lah yang berautoriti untuk mentarjihkan ayat ini samada boleh atau tidaknya. 

Yang diperdebat sekarang adalah dalam konteks negara Malaysia. KAlau di Indonesia? Wah... mereka (nonmuslim) sudah lama menggunakan kalimat Allah.Pernah penulis tersalah masuk kedai buku Kristian gara-gara terdapat nama Allah diluarnya.Namun apabila duduk beberapa saat dalam kedai itu, baru saya terperasan bahawa itu bukan 

kedai Muslim, kerana ada patung orang kena salib dan satu lagi dalam kedai itu sedang dipasang lagu Yesus. Langsung saya keluar. Kita sedar TUhan kita orang Islam adalah Allah, dan hakikatnya Tuhan mereka pun Allah. Cuma salahnya mereka berabdi kepada Tuhan bukan mengikut cara kita, mereka menggunakan patung sebagai menifestasi. Mereka akui benar,bahawa Tuhan mereka Allah. 

Soal Tuhan kita dan mereka sama-sama akui adalah Allah.Namun soal ubudiah yang berlainan cara. Menurut kita, kita berada di landasan yang betul, kerana mengikuti Nabi terakhir yang namanya Muhammad SAW.Sedangkan mereka mengikuti ajaran yang telah diselewengkan oleh pengikutnya sendiri.Bacalah dan dengarlah dalam perdebatan antara Kristian dan Islam yang berlaku di Indonesia dna telah pun dimuat naik ke youtube.

Makna Nama ALLAH

Kalau kita nak letakkan nama anak, kita pasti memikir dahulu, sebab apa saya letak nama ini.Sekian lama saya hidup, baru juga beberapa tahun lepas saya mengetahui bagaimana nama Allah itu wujud. Perkataan Allah itu terjadi dari dua huruf.Satu Ilah yang maknanya TUhan yang disembah, dan awalnya ada perkataan AL. Al disambung dengan Ilah membawa maksud TUhan itu yang disembah.Kalau ilah sahaja, maknanya Tuhan sahaja, dan memang tuhan itu banyak. Duit, manusia, harta dan segalanya boleh jadi Tuhan.Ada Tuhan namanya Allata, AL Uzza, Al Manat dan lain-lain, tetapi tuhan yang hendak dimaksudkan disini ialah Tuhan yang namanya ALLAH.

Salah seorang Alumni mengutip kata-kata Ulamak Tasauf, katanya, berkata salah seorang Ulamak yang arif dalam dunia Tasauf, Allah ialah bukan TUhan, Allah Adalah nama bagi TUhan. 


Dadah..

Kesempatan ini juga saya ingin dedahkan hasil pertemuan saya dengan Alumni SPADA yang kini bertugas di AADK pusat, kami berbincang soal pemulihan yang tidak jadi-jadi di Malaysia. Saya bertanya, kenapa dulu AADK menetapkan tahanan penagih selama setahun atau dua tahun, tetapi kini mereka berikan waktu yang bebas,terserah kepada penagih mahupun berapa lama. Jawapan beliau adalah, AADK telah membuat kajian, dan mendapati panjangnya masa mereka duduk dalam tahanan tidaklah menjamin mereka bebas dari penagihan. Ramai sudah bukti bahawa sistem yang ada GAGAL mendidik manusia kembali kepada fitrahnya.

Kami berbincang ingin membawa modul 7 Langkah Kepulihan ke dalam AADK.Modul yang diguna sekarang adalah dari barat.Acuannya barat 90%.Kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta wang ringgit setahun untuk membantu penagih, namun hasilnya? Nihil nihil...

Read more »

 
Wednesday, January 9, 2013

Hanya dari Afraina


Asalnya hanya 6 Keping, Kemudian diperbanyakkan lagi sehingga kini menjadi 8.
Siap untuk di pos


Banner Poster PPDA yang sudah di ikat akan dipos keesokan hari

Untuk penjimatan yang lebih, tuan-tuan gunalah double sided seperti ini, (Harga RM18.00 satu), kemudian tampal di mana-mana dinding atau tiang sekolah, contohnya kantin atau sudut PPDa.

Atau boleh juga letakkan pada poster lama yang sudah pun kusam tak tak sedap dilihat. 
Baru keluar dari Pusat Percetakan.



Harga Promosi RM110.00 Untuk 20 Orang Pertama atau Berakhir pada 20.Januari 2013.

Harga kemudian menjadi RM 150.00 Setelah Tarikh tersebut.

UPDATE

Kini bukan lagi 9 keping, bahkan 10 keping


Hubungi 019 614 4040

Read more »