Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Pengenalan Apa Itu Mic.Office 365

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Tuesday, February 26, 2013

Salam Sejahtera, Ahad lepas saya berceramah dihadapan ibubapa Melayu dan India, hari ini saya menyampaikan ceramah motivasi untuk anak-anak UPSR India Melayu dan Cina. Biarpun berlainan bangsa dan agama, tetapi yang satu tetap sama, hidup ini hanya sementara, berjuanglah jika ingin hidup senang dan berjaya. Ingat, hidup hanya sementara, jangan matipun seperti matinya anak ayam yang dilanggar lori.Tetapi berusahalah untuk meninggal sebagai manusia terhormat.
Sunday, February 24, 2013
Syukur,pertama kali tadi dalam mesyuarat PIBG saya menyampaikan ceramah Keibubapan di depan ramai kaun India. Saya mencuba sedaya upaya agar ceramah ini tidak dilihat sebagai ceramah agama,walaupun saya lulusan Agama. 

Ada selitan dan sorotan dari Al-Qur'an, namun itu ditutup supaya mereka tidak merasa ketidak enakan. Masa satu jam berlalu pantas, tidak sempat menghurai sedalamnya peranan sebagai manusia.

Kebetulan mereka baru habis mesyuarat, mungkin kepala dah teringat rumah. Saya singkatkan,hingga 1 jam 10 minit. Syukur, YDP baru datang menemui dan meminta nombor telefon untuk diajak ceramah sekali lagi di sekolah yang lain.

Akuinya, isi ceramah saya sangat bagus untuk anak-anak juga.Terima Kasih buat sahabat Abumusyairi Alkhattab atas jemputan untuk kali kedua ini. Terus kan perjuangan hidup ini walaupun ia singkat cuma

Monday, February 18, 2013
Antara Tanggungjawab Seorang Kaunselor di sekolah ialah menumbuh rasa cinta murid pada "ILMU" dan rasa hormat yang mendalam pada "Guru" yang mencurahkan ILMU. Hubungan antara Guru dan Ilmu sangat berkait rapat, bagaikan dua sisi mata wang syiling.

Keberkatan akan datang apabila murid mempunyai rasa hormat pada guru, walaupun murid itu berbangsa India atau Cina dan sebagainya. Sekalipun dia tidak beragama ISLAM, tidak berdoa, tidak baca Yasin, dia boleh LULUS bahkan Cemerlang. Baca Yasin dan Sholat ataupun mana-mana amalan spiritual adalah tanggungjawab antara khalik dengan Makhluk nya. Tidak menjadi jaminan akan cemerlang dalam dunia.Doa-doa itu hanyalah pengharapan dan tanda kehambaan seseorang insan.

Saya pernah jumpa seorang ayah yang berniaga buah dipasar malam, berasal dari Indonesia, saya tahu sangat dia tidak pernah solat kalau waktu berniaga, tetapi anaknya mendapat 5A dalam UPSR. Dengan bangga dia sebutkan pada saya.Ternyata hubungan agama atara si ayah dan ibu pun bukan jaminan untuk lulus atau gagal.

Masalah yang berlaku disekolah menengah yang sangat memeningkan kepala sang guru ialah,apabila ada antara murid yang disifatkan sebagai keras kepala, tidak dengar cakap guru, bersembang bila kita berceramah, menyakiti guru dengan perbuatannya. Ini adalah masalah pelajar itu sendiri TIDAK MENGENALI SIAPA DIRINYA. Jikalah dia tahu, bahawa kematian akan mendatanginya, dan segala kehebatan dirinya akan punah begitu saja bagaikan ditiup angin, apakah dia mahu tonjol kehebatannya yang tidak ke mana itu?

So,inilah peranan dan tanggungjawab guru kaunselor, mengubati penyakit hati pada murid tersebut. Banyakkan memberi peringatan pada mereka bahawa hidup ini sementara, sehebat apapun manusia tidak kemana, sebutir pasir masuk ke matanya ketika mengederai motor, sudah mampu membuat dia terjatuh dan mati, seekor nyamuk menggigitnya pun sudah mampu membuat dia hilang nyawa dan sebutir batu kecil yang ada dalam kasutnya pun, sudah mampu membuat dia tidak enak.

Perihal kan pada nya cerita Namrud yang mati gara-gara seekor nyamuk yang masuk ke telinganya.Mana kehebatannya selama ini,mana harta dan askarnya, apakah mampu membantunya?

Bangkitkan kisah-kisah dalam kubur, peritnya azab dan sengsaranya ketika nyawa tercabut dari badan.Tayangkan mayat2 yang meninggal akibat membawa motor tak tentu hala. Nah, lihatlah... apa sudah jadi pada mereka.

Oleh itu,guru perlu meningkat ilmunya, dekatkan diri dengan Tuhan, yang tak ada Tuhan, carilah Tuhan, tenangkan dirimu,hadapi semua ini dengan niat amal ibadah untuk memodifakasi perangai manusia yang telah hancur akibat kehilangan permata agama yang sangat bernilai dalam hidupnya.

Selamat Bekerja
Thursday, February 14, 2013
Salam Motivasi

Siapa pun anda, berasal dari ibu yang satu, siapa pun ibu anda, datangnya mereka dari keturunan yang sama, dari Manusia yang pertama, Adam namanya, yang menjadikan dia adalah Tuhan yang bernama ALLAH. Diberinya kita hidup sementara cuma di dunia ini, kerana ada alam yang kedua yang akan memberikan pembalasan baik dan buruk segala tindakan kita.

Adalah amat-amat tidak LOGIK, seseorang menanam tembikai tumbuhnya cili, begitulah amat2 tidak patut, seseroang berbuat baik, akhirnya dia mati begitu saja tanpa mendapat pembalasan.

Begitu juga orang yang jahat,merompak sana sini, membunuh dan segala macam kerja yang jahat,akhirnya dia mati begitu saja. Tanpa mendapat pembalasan.Dia bebas merdeka. Kaya atas penindasan, hebat atas kejahatan. Patut tak?

Sebab Itu, Seorang ILMUan, Emmanual Kant pernah berkata, adalah sangat LOGIK, sekiranya Tuhan menjadikan alam yang kedua bagi UMAT Manusia ini, untuk mendapat Pembalasan yang SETIMPAL.

Ingat2 lah sobat2, kita sedang di uji,bergembiralah dengan adanya hari akhirat, kerana akhirat tidak akan terjadi sebelum adanya kematian, dan kematian itu akan menamatkan segala kesusahan hidup di dunia ini.

Sesusah apa pun dalam dunia ini, ada yang sudi menolong.Lihatlah banduan dalam penjara, sesusah dan sejahat dia,ada yang membantunya ketika dia demam dan sakit, ada yang membawanya ke klinik, TETAPI.... apakah kita akan dibantu, jika kita adalah antara penghuni neraka Jahanam. Dalamnya neraka 70,000 tahun batu yang dilepas baru sampai ke dasarnya.

Mudah-mudahan hati anda bisa tersentuh.
Ikhlas, Noorhisham KR

Dalam usaha membantu rakan-rakan yang jauh dari lokasi kedai-kedai buku, saya menyediakan ruang untuk anda membeli buku-buku kesukaaan anda dari pelbagai Syarikat Penerbitan, semuanya secara online, pesanan, bayaran kemudian dihantar ke alamat anda.

Sila daftar dahulu sebagai pengguna tanpa apa-apa bayaran sebelum membuat pembelian.
Klik pada Gambar

Wednesday, February 6, 2013


Salam Sejahtera dan Assalamualaikum buat kaum muslimin.. Alhamdulillah... Dunia semakin Canggih, anda yang minat membaca pastinya merasa senang mendengar berita ini.

Anda punya hobi membaca dan memang berkemampuan untuk membeli majalah kesukaan anda sekali sebulan, namun sayangnya kedai itu berada jauh.

Nah, hari ini, dengan teknologi yang canggih, dengan cara paling mudah anda dapat mencari dan membeli buku-buku kesukaan anda di sini, 
terdapat 2000 produk, buku2, CD, dan lain-lain. Sila layari stormreaders.net/afraima.uhb atau klik sini

Noorhisham Hamzah
GSBM
Monday, February 4, 2013
Apa yang dikatakan Kepimpinan Melalui Teladan?

Anda tahu tak dalam dunia ini negara mana paling bersih kotanya? Cuba google kat internet, pasti anda jumpa. apa sebab kota itu bersih.Dato Bandarnya, apabila ternampak sampah, dia akan memberhentikan kenderaannya, lalu mengambil sampah itu dan mencari tong sampah atau membawanya pulang ke rumah. Perangainya menjadi ikutan orang. Orang lain rasa malu nak buang sampah apabila Dato bandar bertindak sedemikian. 

Kepimpinan Allah Taala

Allah Taala memang mewajibkan solat Fardu.Namanya pun Fardu.Tetapi tidaklah menjadi asbab orang yang solat fardu itu untuk disayangi Tuhan. dalam sebuah hadis Qudsi Allah Taala berfirman,

"Tidaklah menjadikan seseorang itu lebih dekat denganKu dengan amalan-amalan yang Aku fardukan ke atasnya, melainkan dia mengerjakan amalan-amalan sunat, sehingga Aku menjadi sayang padanya. dan apabila Aku sayang padanya, aku menjadi matanya yang mana ia melihat, telinganya yang mana ia mendengar dan kakinya yang mana ia berjalan."

Lihat tu, amalan wajib tetap wajib, Allah Taala perbesarkan khasiat amalan sunat sehingga mendapat predikat hamba yang disayangi.Namun tidaklah seseorang meninggalkan amalan fardu.(Kerja Wajib)

Sebagai bos, kita boleh memberi motivasi kepada orang bawahan kita dengan memperbesarkan amalan-amalannya di tempat kerja yang bukan dibawah bidang kerjanya yang wajib.Jika dia telah banyak berkorban wang ringgit masa dan tenaga untuk tempat dia bekerja, hargai dia!! Dia telah membayar sesuatu dengan wangnya sendiri, padahal itu bukan kerja dia, padahal syarikat kita ada dana sendiri.Tetapi dia bermurah hati mendermakan wangnya.

Jangan perbesarkan kesalahan kecil yang ada.Memang manusia tidak ada yang sempurna dalam dunia ini. Bagaimana hebat penulisan seseorang, masih ada salahnya, tidak boleh menyalahi Al-Qur'an yang sedikit pun tidak mempunyai kesalahan.Dr. Haron Din menyiapkan Tesis Phdnya dalam Bahasa Arab, pun masih ada salah dan silapnya.

Inikan pula orang bawahan kita yang baru saja tamat Degree.Tiada pengalaman bekerja. 

Tips Untuk BOs Menjadi Baik

Ingatlah.. orang yang suka menyakiti hati orang lain, akan disiksa dalam kubur nanti. Sikit-sikit bercakap sindir orang itu, sikit-sikit sindir orang ini, lantaran kita punya kuasa.Begitu ke? Cubalah cari cara lain,asalkan kita selamat di akhirat dan hati dia tidaklah terusik. Hebat bukan, bila kita boleh menegur dengan jalan yang paling berhemah. tanpa melukai perasaan orang lain.

Bagaimana Menyentuh Hati?

Kalau orang bawahan ingin rasa dihargai, kemudian dikasihi, begitulah jiwa seorang bos. Bos hakikatnya tidak boleh bekerja tanpa bantuan orang bawahannya. Betul kan. Bos tak sepatutnya melukakan perasaan orang bawahannya, carilah kelebihan orang bawahannya, bantulah kelemahannya, bukan yang salah sedikit itu di highlight, yang jasanya besar tidak pernah pula di sebut dalam mana-mana mesyuarat sebagai tanda penghargaan.

Wahai ketua-ketua jabatan, jangan sombong, anggap diri anda kurang sempurna, kecuali bantuan orang bawahan anda.Bekerjalah dengan hati yang senang.Apa nak dikejar dalam dunia yang sementara ini? Jangan anggap anda lama, anda layak menjadi bos, apatah lagi merasa tidak pernah buat salah.

Penulisan ini adalah sebahagian dari isi penulisan saya yang akan dibukukan nanti. 

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada