Monday, April 29, 2013

Bantu Diri Untuk Lebih ke Hadapan

Bantu diri sendiri,jangan kedekut untuk berkorban supaya diri kita lebih maju dari kelmarin.Jangan duduk ditakuk lama.Orang ISLAM mesti ada Wawasan.Pandangan kita mesti JAUH ke depan.

Jika jadi guru, mengajar murid sampai (pemahaman mereka) ke akhirat.Jika jadi pensyarah,syarahlah hakikat kehidupan ini tak lama.Lewat ilmu sains dan geografi, semuanya boleh mengajak manusia kepada ALLAH. Ajaklah orang buat persiapan untuk pulang.

Syukur lah jika masih ada jalan dan laluan untuk pulang macam Bob Lokman. Berpuluh tahun tenggelam dalam dosa yang tak kan mampu dia menjawab pertanyaan dalam lubang kubur (katanya). Akhirnya dengan kematian seorang rakan karibnya, dia mendapat hidayah.Timbul pertanyaan pada dirinya sendiri. Untuk apa wang berjuta,untuk apa glamour yang luar biasa, jika nanti kau mati, 5 pertanyaan dalam kubur pun tak dapat kau jawab.

Berhati-hatilah meniti titian HIDUP.Ingat...Orang ISLAM mesti cintakan ISLAM.Sayang AGAMA, ingin lihat AGAMA ini TEGAK dalam hidup dan kehidupan.Tak RELA AGAMA menjadi antara 2 pilihan. Kalau setuju ambil, kalau tak setuju..buang. Agama bukan begitu,yakinlah. Masuk ISLAM mesti Kaafah,secara syumul dan sempurna, secara keseluruhan.Dari aspek AQIDAH,kemudian AKHLAK dan kita luaskan dalam kehidupan sampai dalam peraturan bernegara.

Read more »

 
Sunday, April 28, 2013

Pelbagai Template Pilihan Anda

Salam, berikut adalah beberapa buah template yang sudah saya ubah suai. Yang No. 2 saya menggunakan Program Software yang dibeli secara online dari US. Siapa yang berminat untuk saya tolong buatkan bagi menggantikan template blog anda, boleh PM saya melalui wassap 0168006104 atau FB Noorhisham Kr
No 1. Abyda Omar 
No.2 Abdul Muiez
No.4 SK Bangi
No.5  Cikgu Kaunseling
No.6 Bos Siti

No 7 Norish77
No.8 Cikgu Nini

No. 9 SK Tmn Sg Besi
No 10. SK Taman Universiti


Read more »

 
Friday, April 26, 2013

Sekitar Hujung April 2013

Buat pertama kalinya, SK Batu Sembilan Cheras memanggil saya untuk menyampaikan ceramah Dadah. 



Puan Norlela Hussin Guru Bimbingan SK Batu Sembilan


Terima tempahan baju Vest lagi dari Johor 46 helai.
Vest 2 lapis, siap jahit logo depan dua dan belakang satu.


 Buku Log Aktiviti PRS 50 SK Saujana Impian


Button Badge RM2.00

Read more »

 

Salam Sejahtera Salam Kaunselor

Dalam meningkat imej diri, penting bagi orang untuk melihat siapa anda. Dalam hal ini, pakaian merupakan imej pertama kita sebelum kita bercakap. Orang menilai diri kita dari pandangan mereka terhadap pakaian kita.

Dari sudut dekat, boleh lah orang menilai anda, namun dari sudut jauh. dengan apa mereka menilai anda? Saya menggunakan platform blogger sebagai tapak untuk memperkenalkan diri.

Tidak lama dulu blog Kembara Hidup aktif dengan pelbagai bahan masukan untuk pembaca. Namun ianya berjalan perlahan setelah hadirnya dunia Facebook yang di pelopori Mark Zurkeberg. Apa pun, ilmu dan maklumat semasa adalah lebih baik dikongsi disini. Kerana ianya memaparkan sesuatu yang penting.Tidak semacam facebook yang menjadi rojak bagi segala macam makanan seharian.

Ayuh..sesiapa yang ingin membina imej diri melalui blog, boleh hubungi saya di afraima@yahoo.com

Read more »

 
Tuesday, April 16, 2013

Bidang Keberhasilan Guru Kaunseling

17 APRIL 2013.AMPANG.Salam buat guru-guru Bimbingan dan Kaunseling seluruh Malaysia. Di ketika ini saya sedang mengikuti program dibawah ini bersama dengan 3 orang lagi rakan kaunseling mewakili anda semua. Apa yang kami bincang di sini kemungkinan menjadi peranan dan tugasan anda suatu hari nanti. Namun saya tidak berniat menulisnya, kerana ianya masih dalam tahap perbincangan dan kami terikat dengan aku janji tidak dapat mendedahkannya.

Apa yang boleh saya tulis disini, ialah apa yang telah anda semua ketahui. Mungkin perlu saya tulis sekali lagi supaya jelas pada anda peranan sebagai guru kaunseling.

Pabila PTK dimansukhkan, guru-guru tidak lagi perlu menjawab soalan peperiksaan yang jarang-jarang orang dapat lulus cemerlang itu. Namun anda perlu terus dinilai.Saya bersetuju dengan program ini.Jika tidak, kita tidak ada garis panduan, dimana nak tentukan kecemerlangan anda untuk kenaikan pangkat.


Salah satu bidang penilaian yang akan dilakukan ialah pengurusan bilik kaunseling, program, buku rekod dan PRS. YA PRS, Pembimbing Rakan Sebaya. Bukan POwer Ranges Sekolah. Saya tahu masih banyak sekolah yang belum menubuh unit PRS dan masih terlalu ramai yang "kebingungan' tidak tahu apa nak dibuat dengan eksistensi PRS di sekolah.

Ada baiknya, jika anda belum tubuh PRS, anda bawa usul ini untuk ditubuhkan pada tahun hadapan, anda sudah boleh mencari-cari siapakah yang layak menyandang jawatan ini.

Akhir tahun nanti, Anda boleh bertanyakan kepada pelajar samada mereka mahu atau tidak memegang jawatan PRS. seterusnya urusan pembelian VEST supaya PRS anda nampak lebih bermartabat tinggi setaraf dengan pengawas-pengawas lain.

Anda boleh hubungi http://afraina.com untuk mendapat Vest yang baik. 2 Lapis dan siap dengan sulaman logo PRS serta Logo KPM.Manakala dibelakangnya tertera tulisan PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.

Antara lain, bagaimana anda menyampaikan informasi berkaitan bidang kaunseling kepada sasaran anda. Program ini dinamakan juga OutReach. Berkenaan dengan ini, saya baru menerima tempahan dari guru Bimbingan SK Sungai Besi untuk mencipta satu laman blog untuk sekolah beliau. Jika dahulu bayaran dikenakan sampai RM200.00, namun saya hanya meminta 1/4 dari jumlah itu.

Saya sendiri sudah lama berkecimpung dengan dunia blogger, sehingga kebanyakkan artikel saya ada dalam blog. 

Rahsia Kita di Nilai

Dan Pegawai PPD yang telah menilai saya sehingga mencalonkan saya sebagai guru BImbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat beberapa tahun yang lalu pun melalui blog.Anda tahu mereka tidak akan sanggup turun ke semua sekolah-sekolah untuk melihat hasil kerja anda, walau bagaimana baik dan rapi kerja anda, belum tentu anda dapat guru cemerlang. Jangan hairan jika saya yang kurang hebat dari anda dicalonkan untuk itu.Apa rahsianya? Ya..jawapannya BLOG. Mereka melayari blog saya dan membuat penilaian dari jauh apa yang saya lakukan. 

Dengan masa yang ciput, mereka terus dapat buat kesimpulan, siapa yang layak.Mungkin ini tidak adil bagi anda.Namun itulah hakikatnya.

Saya galakkan anda mencipta blog sendiri dan terus meng'updatenya, saya tahu terlalu banyak gajet-gajet terkini yang mempengaruhi anda untuk tidak duduk lama-lama di blog.Ia mengajak anda ke twitter, kemudian ke wechat dan Chats, Semua ini menjadi penghalang anda untuk maju. Jika anda boleh berkawan dengan android tetapi tidak dipengaruhi oleh nya, anda pasti akan terus mencipta nama anda ditahap lebih gemilang.

Selamat Berkarya.

Read more »