Tuesday, April 16, 2013

Bidang Keberhasilan Guru Kaunseling

17 APRIL 2013.AMPANG.Salam buat guru-guru Bimbingan dan Kaunseling seluruh Malaysia. Di ketika ini saya sedang mengikuti program dibawah ini bersama dengan 3 orang lagi rakan kaunseling mewakili anda semua. Apa yang kami bincang di sini kemungkinan menjadi peranan dan tugasan anda suatu hari nanti. Namun saya tidak berniat menulisnya, kerana ianya masih dalam tahap perbincangan dan kami terikat dengan aku janji tidak dapat mendedahkannya.

Apa yang boleh saya tulis disini, ialah apa yang telah anda semua ketahui. Mungkin perlu saya tulis sekali lagi supaya jelas pada anda peranan sebagai guru kaunseling.

Pabila PTK dimansukhkan, guru-guru tidak lagi perlu menjawab soalan peperiksaan yang jarang-jarang orang dapat lulus cemerlang itu. Namun anda perlu terus dinilai.Saya bersetuju dengan program ini.Jika tidak, kita tidak ada garis panduan, dimana nak tentukan kecemerlangan anda untuk kenaikan pangkat.


Salah satu bidang penilaian yang akan dilakukan ialah pengurusan bilik kaunseling, program, buku rekod dan PRS. YA PRS, Pembimbing Rakan Sebaya. Bukan POwer Ranges Sekolah. Saya tahu masih banyak sekolah yang belum menubuh unit PRS dan masih terlalu ramai yang "kebingungan' tidak tahu apa nak dibuat dengan eksistensi PRS di sekolah.

Ada baiknya, jika anda belum tubuh PRS, anda bawa usul ini untuk ditubuhkan pada tahun hadapan, anda sudah boleh mencari-cari siapakah yang layak menyandang jawatan ini.

Akhir tahun nanti, Anda boleh bertanyakan kepada pelajar samada mereka mahu atau tidak memegang jawatan PRS. seterusnya urusan pembelian VEST supaya PRS anda nampak lebih bermartabat tinggi setaraf dengan pengawas-pengawas lain.

Anda boleh hubungi http://afraina.com untuk mendapat Vest yang baik. 2 Lapis dan siap dengan sulaman logo PRS serta Logo KPM.Manakala dibelakangnya tertera tulisan PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.

Antara lain, bagaimana anda menyampaikan informasi berkaitan bidang kaunseling kepada sasaran anda. Program ini dinamakan juga OutReach. Berkenaan dengan ini, saya baru menerima tempahan dari guru Bimbingan SK Sungai Besi untuk mencipta satu laman blog untuk sekolah beliau. Jika dahulu bayaran dikenakan sampai RM200.00, namun saya hanya meminta 1/4 dari jumlah itu.

Saya sendiri sudah lama berkecimpung dengan dunia blogger, sehingga kebanyakkan artikel saya ada dalam blog. 

Rahsia Kita di Nilai

Dan Pegawai PPD yang telah menilai saya sehingga mencalonkan saya sebagai guru BImbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat beberapa tahun yang lalu pun melalui blog.Anda tahu mereka tidak akan sanggup turun ke semua sekolah-sekolah untuk melihat hasil kerja anda, walau bagaimana baik dan rapi kerja anda, belum tentu anda dapat guru cemerlang. Jangan hairan jika saya yang kurang hebat dari anda dicalonkan untuk itu.Apa rahsianya? Ya..jawapannya BLOG. Mereka melayari blog saya dan membuat penilaian dari jauh apa yang saya lakukan. 

Dengan masa yang ciput, mereka terus dapat buat kesimpulan, siapa yang layak.Mungkin ini tidak adil bagi anda.Namun itulah hakikatnya.

Saya galakkan anda mencipta blog sendiri dan terus meng'updatenya, saya tahu terlalu banyak gajet-gajet terkini yang mempengaruhi anda untuk tidak duduk lama-lama di blog.Ia mengajak anda ke twitter, kemudian ke wechat dan Chats, Semua ini menjadi penghalang anda untuk maju. Jika anda boleh berkawan dengan android tetapi tidak dipengaruhi oleh nya, anda pasti akan terus mencipta nama anda ditahap lebih gemilang.

Selamat Berkarya.
 

No comments:

Post a Comment