Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Blog Archive

Monday, May 13, 2013

Salam Sejahtera buat semua guru Bimbingan dan Kaunseling seluruh Malaysia.Dari hasil pertanyaan saya terhadap lebih 300 orang responden terdiri dari guru-guru Bimbingan.Saya dapati lebih ramai yang masih tidak mempunyai blog sendiri. Kalau ada pun blog sekolah yang ditadbir oleh orang lain.

Sedangkan anda ramai yang berminat untuk berblog sendiri, ingin memaparkan karya anak murid dan hasil kerja anda sendiri bukan?

Cemerlang dengan Blog

Tuan-tuan mungkin sudah membaca bagaimana saya mendapat Guru Cemerlang suatu masa dahulu hanya kerana blog.Eeee..malunya...bukan hebat pun.

Ya, blog saya norish77.blogspot.com memaparkan segala aktiviti yang saya lakukan. Semua orang yang layari blog saya tahu kegiatan saya.Malah ada seorang guru besar sudah mengenali saya ketika saya hadir ke sekolah beliau untuk berceramah. Katanya, saya sudah kenal awak...kata-katanya membuat saya terperanjat, aik..dari mana tuan kenal saya, (sedangkan kita belum pernah bersua)..katanya dari blog. (perhatikan ayat yang saya guna,tak mengikut format BM yang sebenar kan, itulah dunia blog)

Sekian lama saya menulis di dunia blog, memang ada cabarannya, iaitu masa atau waktu. Menulis diblog sebenarnya gampang, kerana tidak memerlukan sebarang editor, malah boleh di posting dimana-mana tempat tanpa program khusus seperti website.

Saat paling gembira bagi saya, apabila blog saya terpilih masuk dalam Majalah Pendidik.Tak lupa jasa Mohd Fadzli yang telah memilih blog saya.

Kemudian rakan saya dari Penang, Cikgu Azza, kemudian blog nurabadi.blogspot.com dan lain-lain. Kami semua guru juga. Lelaki dan dan perempuan.Bukan masa yang perlu kita urus kata Dr.Muhaya. tetapi kita perlu urus aktiviti seharian.

Baiklah, tanpa panjang cerita, saya ada membeli satu software dari luar negeri, khusus untuk buat design blog menurut selera kita sendiri, nak berapa kolom,warna apa,saiz apa. Saya sangat gembira, hari-hari boleh ganti template.

Jika cikgu berminat ingin membuat blog sendiri, saya ingin tawarkan untuk membuat designnya, rebonding blog lama cikgu yang sudah tak ter update tu kan. Kita ceriakan semula.Masalah waktu untuk mengepos bahan, itu cerita kedua, ada masa pos, tak de masa, nak buat macam mana, ya kan.



Berapa Kos nya? Kos nya hanya RM49.90 sahaja. Siap dengan tutorial macam mana nak memulakannya.Apa-apa pertanyaan boleh terus ke emel atau wasssap.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers