Thursday, May 16, 2013

Maqam orang Ikhlas, syaitan tak boleh ganggu

Satu ilmu atau pengetahuan bagi bagi kita, mungkin pada orang alim bidang tasauf mereka sudah lama maklum,sebenarnya kita boleh hindari diri dari digoda,maksudnya kita boleh capai satu keadaan dimana syaitan tidak lagi mahu peduli kita... dalam buku Mengenal Diri Ilmu dari Tok Kenali... karangan anak murid beliau menjelaskan persoalan ikhlas, orang sudah capai maqam ikhlas,syaitan tidak peduli lagi, dengan kata lain syaitan tak akan ganggu,apa ayatnya? sesunguhnya kami akan ganggu anak Adam sampai (kiamat) melainkan hambaMu yang ikhlas..(illa ibadika mukhlisin)... selain hambaMU yang ikhlas. Jadi, tidak terhad hanya Nabi sahaja yang syaitan tidak akan ganggu, kita juga,jika telah capai maqam ikhlas,tiada lagi gangguan atau godaan syaitan.

tertulis dalam blog yang di ambil dari http://herbs-yashfien.blogspot.com/2011/10/pintu-rahsia-kemasukan-jin-syaitan.html Pada saat ini saya bukakan pintu rahsia iaitu jin, syaitan, iblis laknat terkutuk sebenarnya tidak sekuat mana seperti yang digembar-gemburkan. Apa yang lebih nyata, jin, syaitan, iblis tidak akan mampu mengganggu hamba-hamba Allah yang ikhlas, redha, bersih pemikiran hatinya serta selalu berzikir kepada yang Allah. Disebabkan kasih dan cinta seseorang yang tulus kepada Allah, setiap langkah dan pergerakkan hamba Allah ini akan selalu diiringi oleh pandangan Allah. Orang seperti ini, InsyAllah, tidak akan mampu diganggu, dirosak atau dihasut oleh jin, syaitan, iblis laknak terkutuk.

 Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Hijr:39) 

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik (ikhlas)". (Hijrr:40)
 

No comments:

Post a Comment