Wednesday, June 26, 2013

Beza Antara Lelaki dan Wanita dalam berfikir : Bahan Seminar Keluarga Bahagia

22 JUN 2013. Sabtu,kebetulan rata-rata semua sekolah mengadakan hari latihan dalam untuk guru-guru atau ringkasnya LADAP bagi menggantikan kursus luar. Saya dan beberapa orang rakan menghadiri satu Seminar berbayar di UIA Gombak.

Antara guru dari Hulu Langat yang hadir ialah Anuaruddin, Suhaimi Rani, Hanim, Farida, Noriah, Abu Hasan , Cikgu Ju dari SK Bdr Tasik Kesuma, dan lain-lain.

Seminar ini berbayar RM200.00, namun kami mendapat pelepasan dari membayarnya. Selamat RM200.00.Bukan itu sahaja, kami juga mendapat dua buah buku percuma dari Telaga Biru iaitu Al-Ustaz dan Majalah Solusi.

Penceramah awal dari University Kanada, Bahagian Kaunselor Keluarga Sheikh Riad Ouarzazi banyak disini ceramah beliau..banyak melontarkan perbezaan antara lelaki dan wanita didalam berfikir dan bertindak.

Walaupun hal ini sudah saya dengar beberapa tahun dahulu bersama Dr.Fadhilah Kamsah dan sahabatnya dalam Kursus Keluarga di Beranang, maklumat hari ini menambah kan lagi pengetahuan kami.
Antaranya, apabila lelaki berfikir, mereka fokus kepada satu perkara. Contoh yang dibawa isteri beliau sendiri, ketika dirinya sedang asyik memandu, sambil mendengar radio, tiba-tiba telefon berdering, sang suami akan memperlahankan suara radio,isterinya kembali menguatkan volume itu, dia kembali memperlahankan, isteri saya tidak memahami,bahawasanya saya seorang lelaki, tidak dapat memandu, dalam masa yang sama mendengar radio dan menjawab telefon. Katanya dalam bahasa Enggeris dan Arab.

Namun katanya, perempuan terlalu hebat Allah ciptakan, perempuan boleh buat hal itu, sambil memandu, sambil menjawab telefon dan dalam masa yang sama mendengar radio.Allahu Akbar!!

Lelaki juga boleh duduk diam selama berjam-jam ketika memancing tanpa berkata apa-apa pun.Namun perempuan lain, dia suka bercakap, jika ada kawannya mengajak ke tandas katanya, jom ke tandas, terus perempuan akna ikut. Tetapi tidak bagi lelaki, jika ada kawan mengajak ke tandas, dia tidak akan pergi.Ye lah...buat apa katanya. 

Jadi untuk apa perempuan pergi juga ke tandas? Untuk bercakap-cakap jawabnya. Bukannya nak buang air pun, hanya sekadar basuh muka, tetapi mereka suka bercakap-cakap.

Begitu pula di rumah, perempuan boleh memasak, sambil itu dia melihat anak buat kerja rumah dan dalam masa yang sama bercakap dengan suami di telefon.Masya Allah.

Jikalah dua kelainan ini difahami oleh sesama, tiadalah wujudnya pergaduhan.

Lelaki kadang-kadang mempunyai empty boxs katanya.Dia melihat TV tetapi kotak fikirannya kosong. Jika isterinya meminta izin untuk keluar, dia akan angguk, tetapi tidak berapa lama kemudian dia bertanya isterinya, awak ke mana tadi? Saya keluar jawab sang isterinya.Sudahkah kamu beritahu saya? Sudah kan tadi.. suami menjawab...oh tak delah..kamu tak bagi tahu pun nak keluar.Nah..situasi ini namanya empty box.Kotak fikirannya kosong. Contoh lain dia menonton televisyen, tetapi ditangannya ada buah tasbih, dia sedang berzikir.Apa yang dilhatnya itu tidak sedikitpun masuk ke kotak fikirannya. Hanya mata yang melihat, tetapi fikirannya tertumpu pada zikir.

Read more »

 
Tuesday, June 25, 2013

Disana ada Bahagia

Alhamdulillah, minggu ini sudah 2 kali Jumaatan dilaksanakan di surau Desaria, Pak Mufti mengingatkan bahawa surau ini tetap surau dan tidak disunatkan untuk sholat "tahiyyatul masjid". Semangat warga Desaria untuk pulang Jumaatan membara, sehingga yang jauh pun sanggup mengejar masa untuk tiba pada saatnya.Khuatir sang jamaah tidak mencukupi. Namun jamaah melimpah, demikian laporan dari blog desariaku.blogspot.com yang di miliki Pak Tom.

Saya menerima jemputan untuk berkhutbah sesekali. Sebagai menambah warna penghidupan dan penghayatan ruh agama.Insya Allah, kita tiupkan semangat kecintaan kepada ilmu dan agama.

Tik, tik, jarum saat berdetik. Tak terasa pula, Ramadhan pula kian menghampiri, ada dikalangan teman-teman kita sudah mula berpuasa, bahkan melatih anak untuk berpuasa.Syabas..bukan satu perkara yang mudah.Hanya mereka yang melaluinya akan merasainya.Nikmat hujungnya.kerana berjaya menjadi salah seorang yang patuh padaNya.Yang belajar ingin mencintaiNya sepenuh jiwa.

Untuk sepanjang bulan Ramadhan, pihak surau Ibtidaiyyah Batu 6 Bangi Lama sudah menghubungi saya semalam, memohon kesediaan untuk menyampaikan wejangan, atau kuliah subuh setiap Sabtu dan Ahad sebanyak 9 kali.

Syukur, walaupun ilmu kita tidak lah banyak,ada sedikit kita kongsikan. Firman Nya,"wama uu tiitum minal ilmi illa qoliila" dan tidaklah Aku memberikan kepada kamu ilmu melainkan sedikit sahaja.

Dengan itu, kita perlu sentiasa merasa ketiadaan ilmu.Semakin belajar semakin terasa kurang ilmu.Orang yang berilmu itu,takut akan tuhannya. Ketika saya tiba di Banda Acheh 1998, antara kuliah kami yang menarik ialah disampaikan oleh Bapak Warul Walidin. Kata beliau, ilmu itu ada 4 tingkatan.

1.Al-Qur'an
2.Hikmah
3.Ilmu
4.Pengetahuan

Yang kita maklum, yang profesor tahu itu adalah pengetahuan. Belum lagi ilmu.Kerana ilmu akan membuat seseorang menjadi khauf, yakni takut pada tuhannya. Lebih tinggi dari ilmu ialah Hikmah, ini dikurnikan kepada ahli sufi, ilmu ladunni. Lebih tinggi lagi ialah Al-Qur'an.

So,sejauh mana ilmu kita sekarang?BOlehkah di iktiraf sebagai seorang yang sudah berilmu? Sudahkah kita tahu perbezaan antara syaitan dan Jin. Jika belum...belajarlah lagi.

Allah itu sangat hebat.DibuatNya sesuatu perkara ada tinggi dan rendah,cantik dan huduh, baik dan buruk, bahkan jahat. Jikalah Tuhan hanya tahu buat yang tinggi, maka terhad lah ilmu Tuhan.Oh tidak.Dia Maha Sempurna. Dia buat tinggi dan rendah. Menandakan Dia mampu berbuat segalanya. Sempurna dan Cacat. Namun manusia jangan berkata pabila ditanya, mengapa engkau tidak solat, atau mencuri, jangan dijawab kerana tuhan yang menjadikan aku begini.

Kerana kita diberi pilihan. "wa hadainahun najdain" Dan Kami hidayahkan, beri petunjuk kepada manusia dua jalan.(Yakni baik dan buruk).Dan manusia itu diberi pilihan untuk memilih antara baik dan buruk.

Wallahu a'lam.

Read more »

 
Saturday, June 22, 2013
Friday, June 21, 2013

Di mana kah syaitan?

Dalam sesi tazkirah pagi ini saya menyentuh bab syaitan, teringat saya pada kisah lama yang di utarakan oleh sahabat kami satu sekolah,beliau kini menjadi penceramah di radio Selangor, mungkin ramai yang mengenalinya..Ustaz Ahmad Dasuki. Isteri beliau dulu sekelas dengan saya.
Cerita itu berkenaan dengan kanak-kanak kecil yang pendiam tetapi mampu menyelamatkan akidah kawan-kawannya.

Ringkas cerita, syaitan itu tak wujud sebenarnya, ramai yang tak tahu, sekadar belajar ilmu syariat tak jumpa bab ini, kena masuk ilmu tasauf baru jumpa. Bukan maknanya syariat dan tasauf itu bertentangan, tetapi bezanya ia dari aspek luar dan dalam.

Buah epal lain rupanya di luar, lain pula di dalam.Kalau anda singgah di Masjid Teras Jernang ada Tertulis di dindingnya"Awas pencuri.." Disebelah nya diletakkan gambar manusia sedang membawa lari beg. Saya tanya, itu gambar manusia ke syaitan? Semua menjawab manusia. 

Lagi..yang mencuri, merompak, samun, membunuh,tak puasa, tinggal sembahyang...manusia ke syaitan? Manusia... dah tu...mana syaitannya? Anda mungkin pernah melihat hantu... ingat lagi masa kecik-kecik dulu rupa hantu bagaimana, saya juga pernah lihat jin beberapa kali, namun saya belum pernah dengar dan belum pernah melihat bagaimana rupa syaitan itu.

Rupanya, syaitan adalah perangai manusia dan jin yang melampau.Mana2 manusia yang melampaui batas, dialah syaitan.Jangan salahkan takdir jika anda menjadi manusia yang terkebelakang,yang tertinggal dan terpuruk, jangan disalahkan syaitan,sebab syaitan tidak pernah sesekali menghantar sms kepada anda,atau membuat panggilan supaya anda menjadi manusia yang jauh dari rahmat Tuhan.

Salahkan diri sendiri.Kenapa aku sampai begini tidak mengenal Allah.
Wallahu A'lam

Read more »

 

Penagih yang Tahu mana Halal dan Haram

Dalam kunjungan saya baru-baru ini ke Pusat Rawatan Penagihan Dadah swasta,seorang penghuni (daam usia 60-an) yang hampir menamatkan sesi terapinya berkata,"Anak saya masuk U cikgu 3 orang,saya tahu asing duit mana yang halal dan mana yang haram, yang saya bagi makan pada anak itu duit halal, sebab itu anak saya masuk sampai U".


Beliau merupakan seorang yang manusia yang pernah melalui hidup senang dizaman persekolahan.Bayangkan saya dahulu semasa tingkatan 6 sudah mempunyai sebuah kereta. Jalan Hamzah (zaman tu masih berkarat dosa)masa tu saya yang jaga kawasan sekitar situ,rumah urut, pelacuran, judi arak, semua saya sentuh, termasuklah menjadi pengedar.Sebab itu saya hidup senang zaman tu.

Namun sekarang beliau terpaksa menghabiskan sisa hidup untuk mempelajari kembali tentang kehidupan ini.Untung masih dikurniakan umur oleh Tuhan.

Namun sekarang beliau terpaksa menghabiskan sisa hidup untuk mempelajari kembali tentang kehidupan ini.Untung masih dikurniakan umur oleh Tuhan.


Read more »

 
Thursday, June 20, 2013
Wednesday, June 19, 2013

16 Template Pilihan



Read more »

 

Apa pun catatkan dalam Blog

Semalam saya ditanya oleh rakan sekerja, bilakah saya pernah mendapat APC dan Anugerah Guru Cemerlang peringkat Negeri Selangor? Agak tercari-cari juga dalam hard disk minda, kerana hal itu sudah lama berlalu.
Namun ada beberapa maklumat yang ada dalam blog saya ini, bilakah saya pergi kursus, tarikh dan nama kursus. Mudah nak dapatkan semula. Tulislah dalam blog semasa anda pergi ke mana-mana. Blog sebagai catatan dairi harian. Satu masa perlu, buka blog dan taip kata kunci di kotak carian atau search.
Berikut design Blog kawan saya yang baru sahaja siap saya bina. Anda pun boleh memiliki design seperti ini.

Read more »

 
Sunday, June 16, 2013

Menuntut ILMU Photoshop

Kali pertama saya bertuah mendapat peluang bersama Sifu Photoshop En Zurkarnain. Beliau yang menggunakan nama samaran Zamrud Photography akan berhijrah ke Australia tidak berapa lama lagi bersama anak dan isteri dalam rangka menyambung pelajaran PHd.



Read more »

 
Saturday, June 15, 2013
Monday, June 10, 2013

Pembunuh Kekal Dalam Neraka Jahanam

Petang tadi sy singgah disini.Dirumah inilah bekas guru perempuan dirompak dan dibunuh sabtu lepas.Dari soalsiasat jiran terdekat memaklumkan dia baru pulang dari kebun dan mendapati ada sebuah motor diluar rumah ini.Tanpa berfikir kepunyaan siapa dia masuk ke dlm rumah utk mletakan raga.Kmd hati merasa tak sedap dia keluar dan melihat motor itu sdh pergi.Dia ke rumah jirannya mll pintu belakang dan mdapati mangsa terbaring dgn berlumuran darah.So,ada baiknya kita atau ahli ronda membuat catatan kenderaan yg tdk dikenali masuk ke tmn kita.

Jenayah sangat identik dengan penagih. Kerna itu, menurut saksi utama, 20 orang penagih dadah ditangkap pada hari yang sama. Tujuannya untuk menyiasat.


Dan Barangsiapa yang membunuh orang mukmin, dengan secara sengaja, maka balasannya neraka Jahanam kekal dia di dalamnya, dan murka Allah Taala padanya, dan melaknatnya padanya, dan dijanjikan pada nya azab yang sangat pedih.
Nisa

Read more »

 
Sunday, June 9, 2013

Bahan Berkaitan Kaunseling yang terkandung dalam Pendrive 32GB

Audio MP3 2.28GB
Bahan Ceramah Awal Remaja 141MB
Bahan Ceramah Drug Abuse (Pencegahan Dadah) 853MB
Bahan Ceramah Kepimpinan 420MB
Bahan Ceramah Parenting 1.12GB
Bahan Ceramah Mengenali Diri 222MB
Bahan Modul Perasa 205MB
Bonus 201MB
Good For Muslim 854MB
Images 773Mb
Bahan  3.44GB
Slaid Ceramah Cikgu Noorhisham 216MB
Video Bahan Ceramah 8.87GB
Video Tutorial Photoshop CS6 3.10GB

Antaranya
1001 Pilihan Hati
Bahan ceramah
Bengkel Kepimpinan
bengkel Keyakinan dan Asertif
Bengkel Personaliti
bengkel Studi Skill
CD Ceramah
Ceramah Akhlak Mulia
Ceramah Cinta
Ceramah Isu Semasa
Ceramah Keluarga Bahagia
Ceramah Kerjaya
Ceramah Kesihatan
Ceramah Motivasi
Ceramah Out Door
Ceramah Pendidikan Keibubapaan
Ceramah pendidikan Tinggi
Ceramah Pengurusan Kendiri
Ceramah Persahabatan
Ceramah teknik Belajar
Educational Cartoon
EQ Pelbagai Cerita
ESQ
Harun Yahya
Ingatan
Inventori
Kertas Kerja
Macam-macam
Kaum Keluarga
Kelompok
Kemahiran Belajar
Kepimpinan
Kepimpinan dan Motivasi
Kepimpinan Pelajar dan Pengawas
Komunikasi Cemerlang
Konferens Ibu Bapa
Lupa dalam Belajar
Malas Belajar
Modul LDK
Modul Pribumi
Pengurusan stress
pembangunan diri
Personaliti
Program Berfokus
Program Titian Remaja
Teknik Menghadapi Peperiksaan
Terapi Kaunseling

Read more »

 
Saturday, June 1, 2013

Terima Kasih kepada semua sekolah dibawah ini

1.SK Betong
2.SK Taman Medan
3.SK (LKTP) Kechau Kuala Lipis
4.SK Taman Dato Harun
4.SK Saujana Impian
5.SK Telok Pulai Klang (PPDa)
6.SK Subang Bestari
7.SK (LKTP) Chini Timur 1, Pahang
8.SK Dusun Nanding Hulu Langat
9.SK Taming Jaya, Selangor
10.SK Rawang Selangor
11.SK Tok Muda Selangor
12.Cikgu Noor Aan Melaka
13.SK Kem Tentera Sandakan Sabah
14.SK Abang Abdul Kadir Betong Sarawak
15.Puan Suhana Ismail
16.SK Leftenan Adnan Selangor
17.SK Puchong Indah
18.SK Jalan 6 BB Bangi
19.SK Bdr Baru Bangi Jalan 2
20.SK Lembah Jaya
21.SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUTEH
22.SK Bandar Seri Putra,Pn.Rohaiza
23. SK Abang Abdul Kadir (Hakidah Katang)
24.SK Bukit Quin, Rahim b.Mohd Isah
25.SK Tg Karang, Hambali Siman
26.SK Mahmud Pahang, Rosliza
27.SK Seri Geliga Zahani Ab Razak
28.SK Taman Daya 2,JB, Pn Maimunah
29.SK Batu Sembilan, Pn Norlela
30.SK Nongkolud Sabah, Siti Maimunah
31.SK Tok Muda, Pn Husni
32.SK Encik Buyong, Pn Linora
33.SK (2) Gombak,Pn Norhaida
34.SK Seri Tebrau,Johor
35.SK Seri Geliga, Pn Zahani
36.SK Serian, Sarawak Pn Hamidah
37.SK Convent Teluk INtan Perak
38.SK Pulau Gaya,En.Salmani
39.SK Teluk Pulai
40.SK Rawang


1.SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BARU
2.SMK Subang
3.SMK BINTULU
4.Sekolah Menengah Kg Dangar Pasir Mas Kelantan
5.SMK Saas Kajang, Selangor
6.SAM Muhammadiah Sabak Bernam
7.SMK Kajang Utama
8.SMK Bandar Damai Perdan
a 9.SMK Sungai Petai Kelantan
10.SMK Kulai Besar Johor, Cikgu Fazlie
11.Limbang Sarawak SMA Nahdzah BUkit Besar Alor Star Kedah,
13.SMA Daeratul Maarif Kepala Batas PP
14.SMK Taman Megah Jaya Tawau
15.SM Sains Selangor Kuala Lumpur
16.SMK Datuk Haji Abdul Wahab
17.SMK Oya Dalat Sarawak.
18.SMK Bukit Rambai
19.SMK Dato Hamzah, Jln Pandamaran
20.SMK Taman Jasmin
21.SMK Seremban Jaya.Pn Khairinfariza
22.SMK Dungun
23.SMK Tengku INtan Zaharah,Pn.Lenny
25.SMK Lembah Jaya (suzilawati)
26.SMK Sukau, Kinabatangan, Azlinda
27.SM Sains Selangor, INtan Shahida
28.SMK Agama Baling
29.SAM Muhammadiah Sabak Bernam
30.SMK Maran, Pn Norazura
31.SMK USJ 23,Pn Sabariah
32.SMK Palong Sebelas, Gemas
33.SM Sains Kuching,Nordalina
34.SMK Paka, Rohana Saarani
35.SMK Tan Sri Jakfar Johor
36.SMA Al-Irsyadiah, Nurhidayu
37.SAM Tinggi Kuala Kubu Baru
38.SMK Subang Bestari,Pn Rafeah
39.SMK Datuk Hamzah P.Klang
40.SMK Bdr Baru Bkt Mertajam
41.SMK Seri Desa,Tg Karang.Farah Hazwani
42.SMK Seri Mutiara Pn Farizah
43.SMK Agama Miri, Abdullah Zahid
44.


W.Norawati Hulu Bernam
IPG Kampung Temenggung, PN Saadah
Deni, Belaga Sarawak
Nor Ann Omar, Kelantan
Suriana Ali Raman,Tuaran Sabah
Mohd Zulhairi Semanggol Perak
Rafidah Kastawi Tmn Setiawangsa
Nurul Fildza Ranau Sabah
Hanan Ramli, Pasir Gudang
Ahmad bin Jabi,Tawau Sabah
Fauzi bin Kasina Lahad Datu Sabah
Mohd Shah Jaharun, SK Tun Hj Mustafa Kudat
PN.Rosida Yunus, Balok Kuantan


Jemputan Ceramah Dadah 2013
.Pn Ruhaida Kaslam
.SK Jalan Tanjung.Pn Noorul Ain
.SK Teluk Pulai
.SK Batu Sembilan
.SK Kampung Cheras Baru
.SK Taman Seroja, NIlai
.SK Cheras Indah,Pn Faizah

Read more »