Wednesday, June 26, 2013

Beza Antara Lelaki dan Wanita dalam berfikir : Bahan Seminar Keluarga Bahagia

22 JUN 2013. Sabtu,kebetulan rata-rata semua sekolah mengadakan hari latihan dalam untuk guru-guru atau ringkasnya LADAP bagi menggantikan kursus luar. Saya dan beberapa orang rakan menghadiri satu Seminar berbayar di UIA Gombak.

Antara guru dari Hulu Langat yang hadir ialah Anuaruddin, Suhaimi Rani, Hanim, Farida, Noriah, Abu Hasan , Cikgu Ju dari SK Bdr Tasik Kesuma, dan lain-lain.

Seminar ini berbayar RM200.00, namun kami mendapat pelepasan dari membayarnya. Selamat RM200.00.Bukan itu sahaja, kami juga mendapat dua buah buku percuma dari Telaga Biru iaitu Al-Ustaz dan Majalah Solusi.

Penceramah awal dari University Kanada, Bahagian Kaunselor Keluarga Sheikh Riad Ouarzazi banyak disini ceramah beliau..banyak melontarkan perbezaan antara lelaki dan wanita didalam berfikir dan bertindak.

Walaupun hal ini sudah saya dengar beberapa tahun dahulu bersama Dr.Fadhilah Kamsah dan sahabatnya dalam Kursus Keluarga di Beranang, maklumat hari ini menambah kan lagi pengetahuan kami.
Antaranya, apabila lelaki berfikir, mereka fokus kepada satu perkara. Contoh yang dibawa isteri beliau sendiri, ketika dirinya sedang asyik memandu, sambil mendengar radio, tiba-tiba telefon berdering, sang suami akan memperlahankan suara radio,isterinya kembali menguatkan volume itu, dia kembali memperlahankan, isteri saya tidak memahami,bahawasanya saya seorang lelaki, tidak dapat memandu, dalam masa yang sama mendengar radio dan menjawab telefon. Katanya dalam bahasa Enggeris dan Arab.

Namun katanya, perempuan terlalu hebat Allah ciptakan, perempuan boleh buat hal itu, sambil memandu, sambil menjawab telefon dan dalam masa yang sama mendengar radio.Allahu Akbar!!

Lelaki juga boleh duduk diam selama berjam-jam ketika memancing tanpa berkata apa-apa pun.Namun perempuan lain, dia suka bercakap, jika ada kawannya mengajak ke tandas katanya, jom ke tandas, terus perempuan akna ikut. Tetapi tidak bagi lelaki, jika ada kawan mengajak ke tandas, dia tidak akan pergi.Ye lah...buat apa katanya. 

Jadi untuk apa perempuan pergi juga ke tandas? Untuk bercakap-cakap jawabnya. Bukannya nak buang air pun, hanya sekadar basuh muka, tetapi mereka suka bercakap-cakap.

Begitu pula di rumah, perempuan boleh memasak, sambil itu dia melihat anak buat kerja rumah dan dalam masa yang sama bercakap dengan suami di telefon.Masya Allah.

Jikalah dua kelainan ini difahami oleh sesama, tiadalah wujudnya pergaduhan.

Lelaki kadang-kadang mempunyai empty boxs katanya.Dia melihat TV tetapi kotak fikirannya kosong. Jika isterinya meminta izin untuk keluar, dia akan angguk, tetapi tidak berapa lama kemudian dia bertanya isterinya, awak ke mana tadi? Saya keluar jawab sang isterinya.Sudahkah kamu beritahu saya? Sudah kan tadi.. suami menjawab...oh tak delah..kamu tak bagi tahu pun nak keluar.Nah..situasi ini namanya empty box.Kotak fikirannya kosong. Contoh lain dia menonton televisyen, tetapi ditangannya ada buah tasbih, dia sedang berzikir.Apa yang dilhatnya itu tidak sedikitpun masuk ke kotak fikirannya. Hanya mata yang melihat, tetapi fikirannya tertumpu pada zikir.
 

No comments:

Post a Comment