Friday, June 21, 2013

Di mana kah syaitan?

Dalam sesi tazkirah pagi ini saya menyentuh bab syaitan, teringat saya pada kisah lama yang di utarakan oleh sahabat kami satu sekolah,beliau kini menjadi penceramah di radio Selangor, mungkin ramai yang mengenalinya..Ustaz Ahmad Dasuki. Isteri beliau dulu sekelas dengan saya.
Cerita itu berkenaan dengan kanak-kanak kecil yang pendiam tetapi mampu menyelamatkan akidah kawan-kawannya.

Ringkas cerita, syaitan itu tak wujud sebenarnya, ramai yang tak tahu, sekadar belajar ilmu syariat tak jumpa bab ini, kena masuk ilmu tasauf baru jumpa. Bukan maknanya syariat dan tasauf itu bertentangan, tetapi bezanya ia dari aspek luar dan dalam.

Buah epal lain rupanya di luar, lain pula di dalam.Kalau anda singgah di Masjid Teras Jernang ada Tertulis di dindingnya"Awas pencuri.." Disebelah nya diletakkan gambar manusia sedang membawa lari beg. Saya tanya, itu gambar manusia ke syaitan? Semua menjawab manusia. 

Lagi..yang mencuri, merompak, samun, membunuh,tak puasa, tinggal sembahyang...manusia ke syaitan? Manusia... dah tu...mana syaitannya? Anda mungkin pernah melihat hantu... ingat lagi masa kecik-kecik dulu rupa hantu bagaimana, saya juga pernah lihat jin beberapa kali, namun saya belum pernah dengar dan belum pernah melihat bagaimana rupa syaitan itu.

Rupanya, syaitan adalah perangai manusia dan jin yang melampau.Mana2 manusia yang melampaui batas, dialah syaitan.Jangan salahkan takdir jika anda menjadi manusia yang terkebelakang,yang tertinggal dan terpuruk, jangan disalahkan syaitan,sebab syaitan tidak pernah sesekali menghantar sms kepada anda,atau membuat panggilan supaya anda menjadi manusia yang jauh dari rahmat Tuhan.

Salahkan diri sendiri.Kenapa aku sampai begini tidak mengenal Allah.
Wallahu A'lam
 

No comments:

Post a Comment