Tuesday, June 25, 2013

Disana ada Bahagia

Alhamdulillah, minggu ini sudah 2 kali Jumaatan dilaksanakan di surau Desaria, Pak Mufti mengingatkan bahawa surau ini tetap surau dan tidak disunatkan untuk sholat "tahiyyatul masjid". Semangat warga Desaria untuk pulang Jumaatan membara, sehingga yang jauh pun sanggup mengejar masa untuk tiba pada saatnya.Khuatir sang jamaah tidak mencukupi. Namun jamaah melimpah, demikian laporan dari blog desariaku.blogspot.com yang di miliki Pak Tom.

Saya menerima jemputan untuk berkhutbah sesekali. Sebagai menambah warna penghidupan dan penghayatan ruh agama.Insya Allah, kita tiupkan semangat kecintaan kepada ilmu dan agama.

Tik, tik, jarum saat berdetik. Tak terasa pula, Ramadhan pula kian menghampiri, ada dikalangan teman-teman kita sudah mula berpuasa, bahkan melatih anak untuk berpuasa.Syabas..bukan satu perkara yang mudah.Hanya mereka yang melaluinya akan merasainya.Nikmat hujungnya.kerana berjaya menjadi salah seorang yang patuh padaNya.Yang belajar ingin mencintaiNya sepenuh jiwa.

Untuk sepanjang bulan Ramadhan, pihak surau Ibtidaiyyah Batu 6 Bangi Lama sudah menghubungi saya semalam, memohon kesediaan untuk menyampaikan wejangan, atau kuliah subuh setiap Sabtu dan Ahad sebanyak 9 kali.

Syukur, walaupun ilmu kita tidak lah banyak,ada sedikit kita kongsikan. Firman Nya,"wama uu tiitum minal ilmi illa qoliila" dan tidaklah Aku memberikan kepada kamu ilmu melainkan sedikit sahaja.

Dengan itu, kita perlu sentiasa merasa ketiadaan ilmu.Semakin belajar semakin terasa kurang ilmu.Orang yang berilmu itu,takut akan tuhannya. Ketika saya tiba di Banda Acheh 1998, antara kuliah kami yang menarik ialah disampaikan oleh Bapak Warul Walidin. Kata beliau, ilmu itu ada 4 tingkatan.

1.Al-Qur'an
2.Hikmah
3.Ilmu
4.Pengetahuan

Yang kita maklum, yang profesor tahu itu adalah pengetahuan. Belum lagi ilmu.Kerana ilmu akan membuat seseorang menjadi khauf, yakni takut pada tuhannya. Lebih tinggi dari ilmu ialah Hikmah, ini dikurnikan kepada ahli sufi, ilmu ladunni. Lebih tinggi lagi ialah Al-Qur'an.

So,sejauh mana ilmu kita sekarang?BOlehkah di iktiraf sebagai seorang yang sudah berilmu? Sudahkah kita tahu perbezaan antara syaitan dan Jin. Jika belum...belajarlah lagi.

Allah itu sangat hebat.DibuatNya sesuatu perkara ada tinggi dan rendah,cantik dan huduh, baik dan buruk, bahkan jahat. Jikalah Tuhan hanya tahu buat yang tinggi, maka terhad lah ilmu Tuhan.Oh tidak.Dia Maha Sempurna. Dia buat tinggi dan rendah. Menandakan Dia mampu berbuat segalanya. Sempurna dan Cacat. Namun manusia jangan berkata pabila ditanya, mengapa engkau tidak solat, atau mencuri, jangan dijawab kerana tuhan yang menjadikan aku begini.

Kerana kita diberi pilihan. "wa hadainahun najdain" Dan Kami hidayahkan, beri petunjuk kepada manusia dua jalan.(Yakni baik dan buruk).Dan manusia itu diberi pilihan untuk memilih antara baik dan buruk.

Wallahu a'lam.
 

No comments:

Post a Comment