Friday, June 21, 2013

Penagih yang Tahu mana Halal dan Haram

Dalam kunjungan saya baru-baru ini ke Pusat Rawatan Penagihan Dadah swasta,seorang penghuni (daam usia 60-an) yang hampir menamatkan sesi terapinya berkata,"Anak saya masuk U cikgu 3 orang,saya tahu asing duit mana yang halal dan mana yang haram, yang saya bagi makan pada anak itu duit halal, sebab itu anak saya masuk sampai U".


Beliau merupakan seorang yang manusia yang pernah melalui hidup senang dizaman persekolahan.Bayangkan saya dahulu semasa tingkatan 6 sudah mempunyai sebuah kereta. Jalan Hamzah (zaman tu masih berkarat dosa)masa tu saya yang jaga kawasan sekitar situ,rumah urut, pelacuran, judi arak, semua saya sentuh, termasuklah menjadi pengedar.Sebab itu saya hidup senang zaman tu.

Namun sekarang beliau terpaksa menghabiskan sisa hidup untuk mempelajari kembali tentang kehidupan ini.Untung masih dikurniakan umur oleh Tuhan.

Namun sekarang beliau terpaksa menghabiskan sisa hidup untuk mempelajari kembali tentang kehidupan ini.Untung masih dikurniakan umur oleh Tuhan.


 

No comments:

Post a Comment