Saturday, July 27, 2013

Rumah tak dimasuki Malaikat

Pada malam.Lailatul.Qadr.70 000 para Malaikat turun ke bumi dengan diketui.Malaikat Jibrail.Lalu Jibrail.memacakkan 4 benderanya disekitar Mekah hingga Palestin.kemudian Jibrail arahkan Malaikat lain bertebaran diseluruh muka bumi mencari orang orang mukmin yang beramal.

Semua rumah Malaikat dan penjuru.Malaikat masuk kecuali rumah yang ada anjing khinzir orang berjunub secara tak halal, rumah yang ada arak dan rumah yang adanya gambar.

Rumah yang ada anjing atau khinzir payah nak.kita jumpa dalam kaum muslim.Tetapi rumah yg ada gambar....itu masih banyak.Gambar yang digantung di dinding.

Catatan Lalu

Baru jumpa buku ini, artikel saya yang ke 1386 menerangkan sedikit berkaitan masalah tidak boleh menggantung sebarang gambar manusia atau makhluk bernyawa didalam rumah.

Artikel 1387 ini pula hanya nak bagi tahu muka surat berapa. Dalam buku kulit biru muda ini, saya jumpa pada halaman 144.

Jin Islam berkata kepada Muhammad Isa Dawud selaku pengarang buku, syaitan akan duduk bertenggek di atas gambar tersebut.

Dari 1 aspek, doa kita tidak akan diterima, kerana semasa berdoa, syaitan ada bersama kita. Doa kita minta anak dapat 5A dalam UPSR, minta suami selamat, minta itu ini, tapi rumah kita penuh dengan gambar-gambar.

Kadang-kadang anak muda sekarang ini suka pacak gambar artis di dinding, orang main gitar karen, itu menjadi idola dia. Yang perempuan suka "tempek" gambar artis separuh bogel, dia ambil dari Majalah Mangga, URTV lah.

Ada juga pelajar yang pulang dari luar negeri, tunjuk-tunjuk gambar dia dalam almari, macam sebuah rak tayangan. Gambar perkahwinan dan sebagainya. So, simpan saja gambar itu, atau dibalikkan supaya gambarnya tidak kelihatan.Insya Allah orang tahu kita dah kahwin, kita dah pergi luar negeri, kita ada itu ini dan segalanya....

Edit

Apalah nak dibanggakan dengan foto-foto itu,hanya sekadar gambar perjalanan kita dari satu muka bumi ke satu muka bumi. Perjalanan yang   mahal adalah mikraj dari hamba menuju Tuhannya. Mungkin gambar itu yang menjadikan doa-doa kita selama ini terhalang untuk dimakbulkan. Sebab Malaikat tidak memasuki rumah yang ada terpampang manusia.

Satu Fakta, bahawa makhluk yang dipanggil jin atau setan (jin yang jahat) ini pun suka bergambar.Ada orang mengambil gambar di lokasi Dataran Merdeka, yang difoto cuma beberapa orang, tetapi ternyata kelihatan
lebih dari seorang.
Saran Penulis

Ada baiknya, rumah kita keluarga muslim digantung foto-foto Ka'bah atau Maqam Rasulullah atau ayat-ayat Al-quran. Rumah Pak Tengku Tarmizi Dahmi sebagai guru saya di Aceh ada tertulis di dinding pintu masuk dalam kalimat bahasa Arab "Haza Min Fadli Rabbi" Inilah lah dia Kelebihan Tuhanku.

Bukankah lebih indah dan nyaman jika kita hiasi seperti itu. Kita berdiri di depan gambar maqam Rasulullah. Sambil kita menikmati pemandangan indah ini, kita katakan, ""Ya Rasulullah, daku tak pernah sampai di depan makam mu ini, tetapi daku berharap agar suatu hari nanti kakiku ini dapat berada di depan maqam mu ini untuk ku berikan salam kepadamu"



Read more »

 
Friday, July 26, 2013

Tanda tanda akan munculnya yang benar

Assalamu alaikum,kenalan sekalian,inilah video antara yang menjadi bukti,bahawa di akhir zaman dimana2 akan terjadi kekacauan, peperangan,pembunuhan,dan segala macam kejahatan telah berlaku,inilah saatnya kemuncak hari kebangkitan akan berlaku,inilah saatnya sudah dekat akan munculnya kebenaran. nantikan gerombolan yang membawa obor dan bendera kebenaran,lalu ikutilah mereka sebelum kamu bertemu dengan yang terlebih baik dari mereka.

Read more »

 

Ribut melanda Pasar Ramadhan BSP



Ramai peniaga datang dan terkejut melihat gerai mereka berterbangan.Akhirnya ada yang pulang sahaja tanpa berniaga.

Read more »

 
Monday, July 22, 2013

Salam Ramadhan


Read more »

 

Kita Ibarat Patung

Diri manusia,boleh diibaratkan seperti patung,asalnya tidak bernyawa,tidak ada nafsu,tiada penglihatan,tiada pendengaran,tak ada kudrat(kuasa), tidak bergerak, diam kaku, tiada iradat (kehendak),tiada keinginan. Hanya wujud sahaja yang ada.(pun asalnya kita tak wujud) Kita asalnya tuli, buta,bisu dan lain-lain.Lalu Tuhan yang Esa memberikan kepada manusia 

Zahir - Nampak dilihat
Bashar - Penglihatan
Sama' - Pendengaran
Qudrat-Kuasa
Iradat-Kemahuan
Hayyun-Kehidupan
Latif -kelemah-lembutan
Kalam-Boleh berkata-kata

Kita juga dikurniakan perasaan, untuk menilai, akal untuk berfikir.Lalu Tuhan berikan 2 jalan."Wahadainahun najdain" dan Kami berikan (petunjuk) kepada manusia 2 jalan". Jalan baik atau buruk.Bahagia atau Derita.

Lalu Tuhan jadikan manusia sebagai pengganti diriNya."Inni Jaailun fil ardhi kholifah" Sesungguhnya Aku jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi".

Pantaskah manusia bertindak selain dari kehendak yang menjadikan dirinya. Pantaskah manusia mempunyai lain-lain keinginan yang berlawanan dengan keinginan Tuhannya.

Sesudah diberikan kita kehidupan yang sementara ini,dengan segala macam susah payah untuk bertatih dari satu keadaan ke satu keadaan,akhirnya kepada Dia kita akan dikembalikan."Tsumma Ilahi Tur ja uun" Kemudian kepadaNya kamu semua dikembalikan. Baik artis atau rakyat biasa, baik penguasa dibumi atau golongan miskin.Baik yang gagah perkasa atau yang tak berdaya.Semuanya akan kembali kepadaNya.

Read more »

 
Thursday, July 18, 2013

Kunjungan Sahabat Kaunselor

2 orang kaunselor dari SMK Kajang Utama dan seorang dari SK Cheras Jaya bertandang ke SK Bangi hari ini.

Mereka datang dalam rangka mengambil Vest PRS untuk anak murid.

Read more »

 
Wednesday, July 17, 2013

Bicara Ghaib

Ada orang berkata, "Hal-hal yang ghaib kita serahkan pada Allah", kadang-kadang menambah bingung jadinya. Soalnya, adakah syaitan itu termasuk hal yang ghaib? Sebenarnya syaitan itu bukan hal yang ghaib, dia ada di depan mata kita pun. Minal Jinnati wannas..dari kalangan jin dan manusia. Baca Tafsir oleh Professor Quraish Shihahb di Indonesia yang pakar bahasa arab. Apa kata beliau ketika menafsir surah al-Haj... ayat yang berbunyi :


"wa yattibi u kulla syaitanim mariid"

Wujudke Syaitan tu?

Nabi sebut ada dalam hadis, dalam Qur'an pun disebut.

Ya. Syaitan tu wujud... Tapi atas diri manusia dan jin. dan bukannya wujud dalam bentuk yang digambarkan kepada anak-anak kita selama ini dalam majalah dan komik. Disini berlaku perselisihan fahaman. Dalam bentuk itu (seperti yang digambar dalam majalah) ianya tak wujud. 

Macam mana syaitan kena ikat? Serah pada Allah jawabnya. Susah jugak kan..Sebab bukan syaitan yang kita gambarkan dalam pemikiran selama ini dek ditipu oleh majalah-majalah, bukannya di ikat macam manusia kena ikat. Ada maksud lain. Dan maksud itu takkan tepat, sebab tak pernah diberikan contoh yang tepat. Syaitan itu rupanya manusia itu sendiri yang melampaui batas.Pernah tengok manusia kena ikat? Orang kena ikat kan tak boleh berbuat apa-apa, nak garu tak boleh, nak ambil telefon dalam poket seluar pun tak boleh, bercakap je boleh..maknanya ia terbatas...pergerakkannya terbatas...

Read more »

 
Tuesday, July 16, 2013

Surat dari Syurga

Read more »

 

Terima Kasih atas sokongan semua

Khusus buat keluarga, kemudian pihak pentadbir SKB di atas kenaikan ini

Read more »

 
Monday, July 15, 2013

Kitakah yang Mengajar Ilmu Salah

Semenjak mendapat penjelasan lebih terang tentang syaitan, saya menjadi semakin berhati-hati dan sedikit takut untuk menyampaikan maklumat atau ilmu pengetahuan. Dulu pernah terbersik,wujudkah syaitan itu, saya hairan kenapa antara Bulan Ramadhan dan bukan Ramadhan sama sahaja, tidak ada pun rasa kehadiran dan kehilangan  syaitan. Sama sahaja. Lebih pusing lagi, bila kejahatan yang berlaku dibulan yang mulia ini dilakukan oleh umat Islam sendiri.

Apabila membaca buku, hadis nabi, buat kajian sendiri dan mendengar kata-kata ulama dan ceramah ustaz kini, saya campur semua, saya dapat jawapannya, rupanya syaitan itu tidak wujudkan (seperti yang digambarkan oleh saya selama ini).

Bererti kita telah tersilap pemahaman, tersalah kaprah kata orang jawa, dan mungkin banyak lain maklumat lain yang kita salah faham...dan lebih malangnya, kita sampaikan pada orang lain.

Majalah-majalah komik juga telah melukiskan watak syaitan itu bagaikan seekor jin yang sedang menghasut manusia. Walhal bukan demikian hakikatnya, syaitan yang digambarkan seperti itu tidak wujudkan. Kerana perkataan syaitan bukan kata nama, tetapi kata sifat.

Saya juga berbincang dengan ustaz muda, rupanya dia pun sama. Tidak tahu menahu syaitan itu tidak wujud dan berapa banyak lagi maklumat lain yang kita ada tetapi sebenarnya salah.... malang lagi apabila kita sampaikan pada orang lain. Jadi kita sudah jadi...penyampai ilmu salah... alias "ilmu sesat".



Apa yang silap faham ialah, syaitan itu adalah makhluk lain yang tinggal di alam lain. Padahal syaitan itu tidak wujud seperti itu, hakikatnya, syaitan itu adalah manusia sendiri dan jin. Cuba perhatikan yang tidak solat dan puasa...siapa? Manusia kah atau syaitan? Jawabnya manusia..jadi manusia itulah syaitan. 
Lihat foto disebelah, yang mengganggu manusia itu jin atau syaitan? Jawabnya Jin. Jin yang menjadi syaitan.

Adapun syaitan yang digambarkan dalam komik itu, adalah tidak pun wujud. Apakah kita sudah menyampaikan ilmu yang salah?

Renung-renung semula.

Ada orang tanya, syaitan itu disebut dalam Al-Qur'an.

Betul lah syaitan itu disebut, tetapi... dalam bentuk bagaimana wujudnya? Betulkah dalam bentuk seperti yang dilakarkan oleh pelukis-pelukis itu? Seperti gambar dibawah ini?
atau seperti ini

atau

Ketika kita solat, datangnya pelbagai gangguan... betulkah gangguan itu datang seperti ini ?
Atau memang perasaan kita sebenarnya, atau memang kerana kita yang lebih utamakan dunia dan tidak mengenal Allah sehingga kita boleh lupa pada Allah ketika berhubung denganNya?

Sungguh terbatasnya ilmu kita. Walau pun sudah punya Ijazah dan Master Phd.

Read more »

 
Thursday, July 11, 2013

Intisari Khutbah Hari ini

Kalimat TAQWA juga sering diterjemah dengan makna takutlah akan Allah. Seruan ini diulang-ulang setiap kali khutbah Jumaat.Takut pada Allah tidak sama dengan takut pada neraka. Takut pada Allah,kita mesti dekati Allah.Takut pada neraka, kita mesti berusaha menghindari neraka.

Sehubungan dengan itu,untuk menjadikan kita sebagai muttaqin, Allah Taala memfardukan puasa dibulan Ramadan. Antara 5 rukun Islam. Sebagai mana firmanNya :
ِ
2:183
AlBaqorah : 183

“Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas kaum yang terdahulu,mudah-mudahan dengan berpuasa engkau menjadi insan yang bertaqwa”.

مسلمين يغ درحمتي الله،
Ada ulama berpendapat : Pengertian TAQWA yang dimaksudkan dalam atas di atas dihuraikan dalam surah al-imran ayat 17. A uzubillahi mins syaithanirrajim.

3:17

Orang2 yang sabar, yang benar, yang tetap dalam ketaatannya, yang menafkahkan hartanya dan yang bangun memohon ampun diwaktu sahur.

Yang pertama 3:17 Sabar

Nilai orang yang bertaqwa itu terletak pada kesabarannya dalam menghadapi hidup. Sabar berpuasa di bulan Ramadhan, walau pun haus walau lapar.. Sabar. Lebih jauh dari itu saudara kaum muslimin,sebagaimana yang kita sedia maklum, bumi ini bukan tempat tinggal kita selamanya. Allah Taala menjadikan bumi dan kita ini semua adalah sebagai kelas ujian,untuk menentukan siapakah yang layak mendapat syurgaNya di akhirat nanti.

Dunia ini bukan tempat senang,segala perlu dicapai dengan usaha,oleh itu sabar..ketika ditimpa musibah,sabar..ketika di ambil apa yang menjadi milik kita selama ini. Allah Maha Memberi, dan Dia Boleh mengambil semula pemberiannya. Sabar menunaikan hak-hak Allah Taala dan sabar meninggalkan segala laranganNya.

Yang kedua Assodiqin, benar.

Orang yang bertaqwa itulah mestilah benar, jujur.Jujur dalam berpuasa, tidak melakukan perbuatan yang membatalkan puasa walau pun tiada siapa yang melihat. Jujur dalam percakapannya,jujur dalam perbuatan,jujur dalam menjaga amanah. walaupun tiada seorang pun yang melihat perbuatannya.kerana Allah masih melihat.Orang yang bertaqwa yakin Allah sedang melihat dan menilai segala perbuatannya.

Yang ketiga 3:17, yakni terus tetap terus dalam ketaatan.Orang yang yang tetap terus memelihara ketaatannya kepada Allah baik ketika muda hingga hari tuanya,ketika bersendirian atau bersama rakan,ketika ditimpa nikmat atau musibah.

Nilai  keempat orang bertaqwa adalah munfiqin, orang-orang yang sanggup menafkahkan sebahagian harta dari gaji atau pendapatannya untuk jalan agama atau untuk membantu orang lain yang sedang ditimpa musibah, mereka sangat perlu kepada pertolongan dari orang2 yang rezekinya lebih dari orang lain.

Ingatlah,rezeki itu semua dari Allah Taala.diberiNya kepada kita lebih sedikit dari orang lain bukan kerana kita lebih mulia,bukan kerana kita lebih hebat, bukan… tetapi itulah Rahmat Allah Taala dilimpahkan kepada kita. Tuhan boleh berikan kepada sesiapa sahaja, walaupun hamba itu tidak solat. Bersyukurlah… kerana kita terpilih. Mendermalah… semoga Allah menambah2 rezeki hidup anda di dunia. Rezeki anak, rezeki pasangan hidup yang bahagia, rezeki kerja, rezeki persahabatan, rezeki ilmu dan lain-lain.Subhanallah. Merasa cukup apa yang ada.Tidak pernah mengeluh atas kekurangan yang tuhan jadikan.Semoga orang-orang yang sentiasa menderma akan dipenuhi segala keperluan hidupnya.

Jika belum umrah dan haji, akan dihantar ke Mekah,jika anak-anak sedang menghadapi masalah,akan dikurangkan masalahnya.Jika yang sakit-akan dikurangkan sakitnya atau dihapus sama sekali.

Saudara,

Yang Kelima mustaghfirrin bil ashar, bangun minta ampun diwaktu sahur, tuan-tuan kaum muslimin, waktu sahur adalah antara waktu yang paling sunyi,tiada kesibukan kerja dan urusan dunia.inilah kesempatan yg terbaik untuk kita bangkit memohon ampun. Sedarlah.kita hamba yang banyak dosa,
Apalah maknanya kekayaan kita kalau ada, apalah ertinya kehebatan kita dimata masyarakat, wang berjuta kalau ada, rumah mewah, nama terkenal,tetapi pulang menemui Tuhan dalam keadaaan diri berlumuran dosa.

Bangunlah  mohon ampun dihujung malam, bangunlah mohon ampun sambil solat sunat 2 rakaat, semoga besok hari ada sinar bahagia untuk kita. Inilah buah didikan dari Ramadhan, semoga dapat di amalkan berterusan hingga akhir hayat kita semua.

مسلمين يغ درحمتي الله،


Sebagai balasan kepada orang-orang mencari nilai taqwa dalam hidupnya,Allah Taala berjanji balasannya seperti berikut :
 78:31

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan,

78:32

(yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, dalam syurga nanti

78:33

dan gadis-gadis remaja yang sebaya, muda belia

78:34

dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman).bermacam-macam jenis minuman yang jauh lebih sedap dari makanan dan minuman yg ada didunia ini.
78:35
Di dalamnya yakni syurga, mereka tidak akan mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) mendengar perkataan bohong.
78:36

(Inilah dia) Sebagai pembalasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak.


Ayuh marilah kita mencari pangkat taqwa disisi Tuhan.Inilah pangkat yang melayakkan kita mendapat redhaNya dan beroleh syurgaNya yang dijanjikan.

Read more »

 
Wednesday, July 10, 2013

Mengenal Tuhan Melalui Bayang-Bayang

Allah bukanlah berjirim dan berjisim, Allah bukanlah berbentuk dan terzahir seperti makhlukNya.
tidakkah kamu melihat kepada bayang-bayang dan kalau Dia menghendaki niscaya Dia menjadikan tetap bayang-bayang itu, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk atas bayang-bayang itu..AlFurQan

sebagaimana terangnya matahari, sehingga Manusia tidak mampu melihatnya (secara jelas), tetapi kita boleh meyakini adanya matahari dengan melihat sinarannya.
allah wujud terlalu jelas, segala alam ini berbicara tentang wujudnya, alam ini adalah bayang-bayang akan wujud allah dan hebatnya dia, cantikkan kejadiannya dan cukup-cukup ajaib.



Cukuplah bayang-bayang itu sebagai tanda adanya sesuatu yang sebenar, bayang manusia tanda adanya manusia, bayang kejadian alam ini tanda wujudnya DIA, pengaturannya tidak pernah terjadi kecacatan.

Read more »

 
Tuesday, July 9, 2013

Tazkirah Ramadhan

Siapa sudah beli baju raya? Anda tahu kebanyakkan kes kemalangan yang masuk surat khabar dibulan Ramadhan, pemberita akan menyelitkan ...."mangsa yang sudah membeli baju raya beberapa minggu lepas".. atau "mangsa yang sudah menempah baju raya".

Ingat2lah..Ramadhan datang untuk kita beribadah,bukan bergembira menghitung hari menyambut raya.Jika anak-anak gembira dengan raya dan kita pun sama, maka kita tak ubah seperti kanak-kanak.

Aduh...hidup itu terlalu singkat. Rata-rata umur umat Nabi Muhammad 60 tahun dan lebih sedikit.Jika anda sudah berada pada usia 30-an, anda sudah berada di border line.

Jika 31 tahun ke atas...anda berada di usia sudah menurun. Usia teratas anda, usia kekuatan paling hebat anda sudah pun berlalu.Kini masa menurun... turunkan egomu wahai saudaraku, turunkan pangkat mu ke taraf hamba, berapa kali sudah kau Tuhan datangkan alamat, berapa kali sudah kau sakit-sakit, berapa kali sudah kau pasrah dengan takdir.Apa kau masih belum mengerti lagi..

Ingatlah, semulia apa pun diirmu, kau tetap berada di belakang punggung dan tapak kaki orang lain. Lihat lah falsafah solat berjamaah, ketika kita sujud,apa yang ada didepan mata kita jika kita mendongak? Bukankah telapak kaki dan punggung orang di depan kita?

Tiadalah lah mulia bangsa Arab,Melayu, Indonesia dan lain-lain, melainkan taqwa disisi Allah Taala,

Ramadhan menjanjikan rahmat awalnya,pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan api neraka (hanya) buat mereka yang menggunakan peluang ini sebaik mungkin.... Beramallah (bekerjalah) untuk duniamu...seolah-olah engkau akan hidup selamanya....tetapi jangan lupa...kau akan meninggal....justeru itu beramalkan juga untuk akhirat mu...seolah-olah engkau akan meninggalkan dunia yang fana ini esok hari.

Read more »

 

Tazkirah Puasa

Ayat "Auzubillahi mis syaithoonirrajim" kita fahami sebagai "Aku berlindung dari syaitan yang direjam" Secara logiknya, jika kita ingin berlindung dari bahaya harimau, kita mesti kenal dulu mana harimau dan mana kucing.Ini supaya kita benar-benar selamat.Jika manusia ingin berlindung dari syaitan, dia mesti kenal siapa itu syaitan.

Selama ini ramai yang memahami syaitan itu seakan satu makhluk yang tidak nampak, hidup di alam lain, kerjanya datang ke setiap hati manusia lalu membisikkan ke dalam hati kita perkara yang tidak baik. Rupanya kita sudah salah kaprah.Sudah salah pemahaman.

SYaitan bukanlah seperti itu,kata syaitan maknanya sifat melampau dari perintah Allah Taala. Makhluk yang Tuhan jadikan selain alam ini yang kita maklum ialah manusia, jin dan malaikat. Hantu-hantu toncit, lampu, raya, pocong dan lain-lain itu semua adalah dari kalangan jin. Pengertian Syaitan ialah mana-mana manusia atau jin yang engkar perintah Allah Taala, dialah syaitan.

Nabi pernah bersabda, (lebih kurang maknanya)cuba kita fahami, "perempuan yang berjalan ditengah malam selepas maghrib seorang diri ialah syaitan" Hadis lain, "Kalau nak kenal syaitan, ketika orang azan dia lari" Hmmm...fahamkan...sebenarnya syaitan itu terdiri dari manusia dan jin. Orang berpuasa dia tak puasa, padahal jual air tu dibulan Ramadhan,itulah syaitan.

Pengertian Syaitan di ikat

Orang yang berpuasa, sifat melampau dalam dirinya terikat, tak berapa bebas nak itu dan ini, dia lemah akibat puasa.Tetapi orang yang tidak berpuasa, syaitannya masih bebas, tidak kena gari dan kurung pun, maka tidak hairanlah jika masih ada kejahatan di bulan Ramadhan seperti mencuri dan lain-lain. Malah kadang-kadang bulan Ramadhan lah lebih banyak kes pecah rumah dan kecurian.

Puasa Mengantar kita ke Predikat TAQWA

Untuk memahami taqwa, baik kita semak ayat 17 surah al Imran


Read more »

 
Sunday, July 7, 2013

Tuhan Bisa Balikkan


Seorang budak, asalnya anak miskin, menjadi pengamen, (istilah di Indonesia ) pemain muzik jalanan.Kini telah berada di tengah-tengah ribuan peminat layaknya digelar artis.

Dengan suara yang mantap kurniaan Tuhan, dia (namanya belum tahu) mampu meniti hidup menuju tingkat teratas dalam rangking kehidupan awam.

Ramadhan di Kait

Andai anak tadi, boleh diubah hidupnya menjadi manusia yang asalnya miskin menjadi kaya, kita pun berpeluang berubah dari hamba yang "tak kenal" Allah menjadi kenal diriNya. Mohonlah dengan segala kerendahan diri kita untuk mengenal diriNya melalui alam ciptaanNya sebagai lukisannya.

Sangat malang, jika kita menyembah Allah tetapi tidak tahu siapa yang kita sembah. Ma Sya Allah

Read more »

 

Perutusan Ramadhan 2013

Mungkin Ramadhan ini atau yang terakhir buat kita.Wallahu A'lam.Hanya saja DIA yang mengetahui. Tinggal beberapa hari saja lagi mentari 1 Ramadhan akan tiba, semoga kita sempat berada di dalamnya hingga akhirnya.AMIN.

Kenapa Orang Menunggu-nunggu kadatangan Ramadhan?

Ini kerana, janji Allah Taala, Ramadhan itu awalnya adalah rahmat, tengahnya adalah maghfirah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.(Ini semua adalah merupakan hadiah bagi yang sanggup menurut perintahNya, yakni berpuasa disiang harinya dan berterawikh dimalam harinya, disamping tidak meninggal amalan solat dan menjauhi larangan lainnya.

Justeru itu,Nabi berdoa, padahal beliau Nabi, jika tak berdoa seperti ini pun sudah dijanjikan syurga baginya. Apa doa beliau? YA Allah sampaikan kami ke bulan Ramadhan.

Adalah amat malang jika kita hamba yang penuh berlumuran dosa tidak berdoa.Sombong dan tak kenal diri. Marilah sama-sama kita berdoa. "Ya Allah, golongkan kami ke dalam golongan hamba-hambaMu yang mendapat keampunanMu,mati dalam beriman dan dalam golongan orang-orang yang bertaubat". AMIN

Read more »

 
Tuesday, July 2, 2013

Orang Hebat Punya Tanda Semejak Kecil

Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang di utus sebagai rasul, sesempurna manusia, zahir dan batin, tentunya beliau seorang yang hebat.Dimasa kecilnya beliau sudah dilihat kelainan, pernah di belah dada nya ketika berada di bawah jagaan Halimatun Sa'diah.

Manakala seorang wali besar bernama Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani pula, ketika kecilnya beliau tidak meminum susu ibunya menjelang puasa.Ketika masuk bulan Ramadhan, dia pun turut berpuasa. Hebatkan?

Read more »

 

Contoh Design untuk Sekolah


Read more »

 
Monday, July 1, 2013

Bunting Sempena Ceramah Dadah


Read more »

 

Carilah Damai di hati

Perasaan, hanya perasaan sebenarnya yang menjadikan kita tidak dapat hidup aman.Tidak ada pun bisikan syaitan yang datang.Hanya perasaan yang timbul dari dalam diri,lalu kita percaya dan mengambil tindakan susulan sebagai follow up.Akhirnya kita seolah bagaikan seorang dukun yang handal.

Firman Allah Taala:


Allazi yuwas suwisufi shudurinnaasi minal jinnati wannaas.iaitu yg meniupkan perasaan was was dihati manusia,dari kalangan jin dan manusia.

Minal jinni maknanya dari jin,ayat ini tidak ilal jin atau ilan naas .kepada jin dan manusia.ayat yg diguna ialah 'dari' bukan 'kepada'

(Perhatikan dalam Al-Qur'an, surah Jin...ada, Surah Annass ..ada...) surah Jin dan Manusia kedua-duanya ada.Tapi surah Syaitan tidak ada.

Pepatah Melayu ada menyebut, ikut hati mati, ikut rasa binasa.Kesimpulannya,jgn kita ikut perasaan2 yang datang,kerana perasaan itulah yang menjadi kita sebagai syaitan.Elakkan  menuduh,jangan saling curiga mencurigai jika mahu hidup aman tenteram dalam sebuah dunia yang hampir karam.

Hancurnya sebuah kerajaan yang besar dek sebuah perasaan yg kecil,apalagi sebuah keluarga yang kecil.

Lalu sahaja kehidupan ini,yg sudah berlalu,biarkan dia pergi.Buat apa kita jemput keresahan bertandang,andai benar ingin bahagia.Pandang ke depan,sisa hidup yg ada bukannya panjang,amal yg terisi pun b)lum tentu dipandang.

Cari damai didunia yg sementara ini,semoga besok ada rahmat yg berkekalan disana selamanya.

Read more »