Monday, July 15, 2013

Kitakah yang Mengajar Ilmu Salah

Semenjak mendapat penjelasan lebih terang tentang syaitan, saya menjadi semakin berhati-hati dan sedikit takut untuk menyampaikan maklumat atau ilmu pengetahuan. Dulu pernah terbersik,wujudkah syaitan itu, saya hairan kenapa antara Bulan Ramadhan dan bukan Ramadhan sama sahaja, tidak ada pun rasa kehadiran dan kehilangan  syaitan. Sama sahaja. Lebih pusing lagi, bila kejahatan yang berlaku dibulan yang mulia ini dilakukan oleh umat Islam sendiri.

Apabila membaca buku, hadis nabi, buat kajian sendiri dan mendengar kata-kata ulama dan ceramah ustaz kini, saya campur semua, saya dapat jawapannya, rupanya syaitan itu tidak wujudkan (seperti yang digambarkan oleh saya selama ini).

Bererti kita telah tersilap pemahaman, tersalah kaprah kata orang jawa, dan mungkin banyak lain maklumat lain yang kita salah faham...dan lebih malangnya, kita sampaikan pada orang lain.

Majalah-majalah komik juga telah melukiskan watak syaitan itu bagaikan seekor jin yang sedang menghasut manusia. Walhal bukan demikian hakikatnya, syaitan yang digambarkan seperti itu tidak wujudkan. Kerana perkataan syaitan bukan kata nama, tetapi kata sifat.

Saya juga berbincang dengan ustaz muda, rupanya dia pun sama. Tidak tahu menahu syaitan itu tidak wujud dan berapa banyak lagi maklumat lain yang kita ada tetapi sebenarnya salah.... malang lagi apabila kita sampaikan pada orang lain. Jadi kita sudah jadi...penyampai ilmu salah... alias "ilmu sesat".



Apa yang silap faham ialah, syaitan itu adalah makhluk lain yang tinggal di alam lain. Padahal syaitan itu tidak wujud seperti itu, hakikatnya, syaitan itu adalah manusia sendiri dan jin. Cuba perhatikan yang tidak solat dan puasa...siapa? Manusia kah atau syaitan? Jawabnya manusia..jadi manusia itulah syaitan. 
Lihat foto disebelah, yang mengganggu manusia itu jin atau syaitan? Jawabnya Jin. Jin yang menjadi syaitan.

Adapun syaitan yang digambarkan dalam komik itu, adalah tidak pun wujud. Apakah kita sudah menyampaikan ilmu yang salah?

Renung-renung semula.

Ada orang tanya, syaitan itu disebut dalam Al-Qur'an.

Betul lah syaitan itu disebut, tetapi... dalam bentuk bagaimana wujudnya? Betulkah dalam bentuk seperti yang dilakarkan oleh pelukis-pelukis itu? Seperti gambar dibawah ini?
atau seperti ini

atau

Ketika kita solat, datangnya pelbagai gangguan... betulkah gangguan itu datang seperti ini ?
Atau memang perasaan kita sebenarnya, atau memang kerana kita yang lebih utamakan dunia dan tidak mengenal Allah sehingga kita boleh lupa pada Allah ketika berhubung denganNya?

Sungguh terbatasnya ilmu kita. Walau pun sudah punya Ijazah dan Master Phd.
 

2 comments:

  1. Dari mana dapat ilmu? Dalam Al Quran memang jelas Syaitan itu makhluk. Wajib percaya adanya benda2 ghaib.

    ReplyDelete
  2. Dari Quran juga, rujuk satu ayat, Kami sediakan dlm neraka Jahanam itu untuk Jin dan Manusia, mereka ada hati tapi tak faham, ada mata tapi tak melihat dan ada telinga tapi tak mendengar.

    (mana syaitan) syaitan itu ialah manusia dan jin sendiri

    ReplyDelete