Thursday, August 29, 2013
Sunday, August 25, 2013
Tuesday, August 20, 2013

PTK sudah dimansukhkan?

Salam kekawan semua, saya berada di Kuching selama 5 hari dalam menunaikan tanggungjawab negara. Kali ini bersama Ustaz Ismail merangkap Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan dari SMKA Slim River, juga En.Zamzan Omar, Naib Pengerusi MGKK dari Negeri Sembilan, En.Miskun Tumin dari Johor, Pn.Khasidah Dawi (jemputan) dari Sarawak dan saya. Kami berlima mewakili guru bimbingan dan kaunseling seluruh Malaysia seramai 9000 orang untuk membina soalan PTK baru.            PTK ialah Penilaian Tahap Kecekapan untuk kenaikan pangkat guru-guru dari 29 ke 32, 44 ke 44, 48, 52 dan seterusnya.
Apa beza PTK baru dan lama?
PTK lama, anda mesti pergi menjalani peperiksaan, manakala PTK baru, anda didatangi orang untuk dinilai. Kami membina skala sedaya upaya agar dapat ditemukan 10% guru yang cemerlang melalui PTK yang baru ini. Sakit kepala memikirkan untuk menjadikan ianya boleh diguna pakai.

Kita mempunyai lebih kurang 4000 orang bimbingan yang mendapat Diploma 14 minggu.Selebihnya adalah guru yang berijazah.Baik dalam bidang kaunseling mahupun dalam bidang komunikasi.
Inilah yang menjadi punca berlakunya kekurangan ilmu kaunseling itu sendiri pada guru-guru. Latar belakang guru yang tidak diketahui oleh orang lain ini,sebenarnya kurang arif dalam seni kaunseling. Saya sendiri bernasib baik kerana sempat belajar dengan Prof.Dr Saedah di USIM bagaimana menjalani sesi kaunseling. Awalnya saya sendiri tidak memahami bidang ini searif itu.

Saya, kalau boleh ingin kawan-kawan memahami apakah persoalan yang akan dinilai untuk mendapat markah prestasi yang bagus. Boleh rujuk buku Panduan Melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.Selain itu ada lagi yang lain-lain, bersifat hide yang tidak dapat ditulis kan dalam ruangan ini. Pokoknya ...

Team rubrik di Hotel De Palma Ampang.

Read more »

 
Wednesday, August 14, 2013

Apa mungkin saya disini tgl 19?

Read more »

 

Bersama Cikgu Iznan, Kuantan

Bersama Guru Cemerlang (GC) dari Kuantan.Cikgu Iznan.Pencipta Program SPK (sistem pengurusan kaunseling)penerima anugerah guru cemerlang beberapa kali.Kini membina dan telah menyiapkan program data perpustakaan sekolah2 seluruh MAlaysia yang dipangil MyLibrary

Ada satu kisah yang cikgu Iznan ini tak tahu, seorang guru kaunseling telah didatangi jamaah nazir, jamaah nazir ini memeriksa bahagian kaunseling.beliau melihat data2 kaunseling dan repot yg gbk buat.Akhirnya beliau mencadangkan kepada Gb dan GBk sekolah itu supaya menggunakan program SPK. Gbk itu menghubungi saya untuk mendapatkan SPK tsb.Akhirnya dapatlah sekolah itu mgunakan SPK spt yg saya gunakan.

Read more »

 
Sunday, August 4, 2013

Hadiah Paling Bermakna

Dalam hidup ini,semua manusia (kalau boleh) ingin memberi dan diberi,jika kita tak punya apa,apa yang nak kita berikan?

Ada 3 Hal yang paling penting dalam hidup ini.Jika tak dapat beri pun, kita doakan pun sudah dikira bagus. 

Yang pertama Salam : Keselamatan Siapa pun kita,dari apa bangsa pun,pasti mengharap keselamatan dalam hidup ini.Untuk diri,keluarga,rumah, kenderaaan dan apa saja yang dibuat.Sebab itu dalam syurga Tuhan menyampaikan salamNya..Salamun Qaulan Mirrabi rahiem. Juga pada malam Israk dan Mikraj Malaikat Turun menemui orang yang beribadah, Salamun Hiya Hatta Matla il Fajr..Malaikat mengucapkan Salam Salam Salam (kepada hamba itu) hingga terbitnya Matahari.

Yang Kedua Rahmat : (Kasih Sayang)

 Tak cukup rupanya dengan sekadar selamat andai tiadanya rahmat. Rahmat yang paling mahal adalah dari Tuhan. Tiada manusia yang boleh masuk syurgaNya selain kerana RahmatNya.Ertinya masuk syurga dengan kasih sayang Tuhan. Lalu yang kedua paling penting ialah kita mencari rahmat Tuhan, memburu kasih sayangNya. Tak cukup sekadar beramal tanpa mendapat rahmatNya.

 Yang Ketiga Barokah : Keberkatan

 Apa pun kerja kita,jika mendapat berkat, yang miskin menjadi cukup, yang kaya bertambah subur. Sebab adanya keberkatan dalam rezeki.Carilah keberkatan juga dalam ilmu dan serata pelusuk ruang yang ada.Jika rezeki tak berkat, sentiasa tak cukup,hati remuk dalam kecamuk.Rasa terhimpit dalam sempit.Itulah hati sudah ditimpa sakit. Manisnya gula tak dapat dirasai oleh orang kaya lantaran sakit kencing manis.Masinnya garam pun tak dapat dirasa oleh hartawan yang terkena darah tinggi. Mereka miskin dalam kaya.Bukan kerana tak berkat,tetapi kerana nikmat sudah di angkat.

 Sebab itu kita di anjur untuk memberikan salam. Di pagi Raya yang mulia ini,sebarkanlah salam kepada sesiapa pun baik yang kita kenal mahupun tidak. Assalamu alaiku (salam) wa rahmatullahi (rahmat) wa barokaatuh (Keberkatan). itu salam yang sempurna.

Read more »